Monday, 15 February 2010

Oh! Love - 5

Ashie sudah balik ke rumahnya. Dah pun memohon maaf dengan hubbynya akan mistakenya. Setelah cerita disahihkan oleh dua sahabat baik Toma, Pi-kun dan Oguri-kun. Berusaha betul Ashie untuk mendapatkan cerita sebenar dan dia sanggup menebalkan muka berjumpa dengan Oguri-kun di pejabatnya. Iyehh..dalam istilah fandom cerita ini, 'menebalkan muka' bermaksud mengkonkritkan air muka dan hati agar tidak jatuh hati dengan kehenseman tahap Perilly's Shun Oguri, jejaka idaman tanah jepun! lol. Suka suki je pembuat cerita ni memberi erti maksud yang lain kan? Kekeke..sila abaikan.

Tapi Toma masih lagi balik lewat. Ashie, Shee dan Yamapi sudah tidak tahu apa lagi nak buat. Bila ditanya Hurul, ada update ke tak dari bank- takde pulak katanya. Dan kenyataan ini membuatkan Ashie semakin curious. Bukannya apa dengan kenyataan yang dilahirkan oleh Rucci tiga hari lepas sewaktu dia merajuk tak hengat dunia boleh melahirkan perasaan salah sangka pada sahabatnya itu.

Flashback kat rumah Shee

"OHMYGOSH!" Ashie dan Shee beteriak serentak.

"WHAT?" tanya Rucci.

"Aini-chan!!!"

"Eyh?" confuse Rucci.

"Could it be.. the same person?" tanya Ashie pada Rucci.

Rucci membalas," manalah aku tau. Tapi yang pastinya the only Aini I know is her. Tapi orang tak panggil dia Aini. Unless you are very, very, very close with her to the point of being more than an acquaintance. Then she will let you call her that. Well- sometimes, aku panggil dia Aini juga. Tapi sebab aku dah terbiasa panggil dia Hurul..so she doesn't mind either."

"Ahh- sheesh..hubby aku pon semalam ada tanya pasal nama full dia. Mungkinkah?" Shee meletakkan jari telunjuknya di bawah bibirnya. Berfikirlah kononnya. Mungkinkah Yamapi dan Toma punya hubungan luar biasa dengan Hurul? Shee mula risau.

"Ahh..now that I recall back, semalam pun Hurul-chan ada cakap dia nak hubungi Toma. And to think about it, diaorang kan belum pernah berjumpa. SHEESHHH!!!" Ashie menghempas gelas yang dipegangnya ke atas meja.

"Sabar Ashie..sabar..kalau ye pun ko marah.. janganlah rosakkan harta benda awam.. mau bermara hubby aku nanti," Shee cuba menenangkan sahabatnya itu.

"RUCCI!!" panggil Ashie.

"Hmmm.." Rucci menyahut dengan satu bunyi memandangkan mulutnya sedang mengunyah mee goreng yang baru disuapnya. Aigoo..budak Rucci ni betul-betul tak kisah lah orangnya. Well- bukannya dia tak kisah sebenarnya. Tapi dia tak tahu apa hujung pangkal cerita, so baik dia enjoy mee goreng yang Shee buat itu. Lagipun dah lama dia tak makan mee goreng mamak style ni.

"AKU NAK KO JADI SPY AKU!"

"EYH???? Apsal pulak aku?"

"Sebab aku rasa there's something going on between laki aku dengan Hurul-chan. Mengikut bukti-bukti dan petanda-petanda yang telah berlaku semalam" terang Ashie.

"Hmm..okay, aku on je. Kerja me-ninja ni kerja part-time aku sebenarnya"

"Maksud ko?" curious pula Shee bertanya.

"Well- you know Hiro-kun, dia tu hengsem mengalahkan apa..so khuatir juga kalo-kalo dia melencong temapt lain.... so aku spy lah dia sometimes"

"UWOAHH! MUNG SIYES KE?"

"PERFECT CANDIDATE" Shee patted Rucci on the back!


End of Flashback

Lagu Koe Wa Kikasete dari kumpulan Big Bang berkumandang dari telefon Shee. Dengan berkumandangnya lagu itu, itu bermaksud Ashie yang menghubunginya. That's her assigned song. Shee menjawab panggilan itu.

"Shee, aku tak sedap hati lah wei. Teman aku pergi bank" tanpa salam terus saja suara Ashie menerpa gegendang telinganya.

"Bank? Ko nak buat apa?"

"Aku nak jadi spy. Ko temankan aku lah wei.. apa2 ko boleh back-up aku"

"Eh tapi bukan ke ko dah hantar Kimchi jadik spy. Dia pun setuju jer kan? Let her do her work lahh.."

"I know.. tapi aku betul2 rasa tak sedap hati ni.."

Shee susah hati. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serba salah juga dia ingin setuju dengan permintaannya ini. Kalau tahu dek Yamapi, habislah dia. Seolah dapat membaca fikirannya, Ashie berkata, "No worries lah. Kalau Pi-kun tanya..katakan lah kau nak pergi minum kopi dengan aku. Well- lagipon Cafe Kawaii kat depan bank tu jer kan?"

"Ahh..ya tak ye juga. Ok lah..tapi aku warning kau awal-awal. Tolong jangan buat benda yang tak elok"

"Hey babe, no worries lah.."

Di dalam Cafe Kawaii..

Ashie dan Shee sengaja memilih tempat duduk di hadapan untuk memudahkan mereka melihat orang yang keluar masuk dari bank.

"Apa yang buat ko rasa Toma datang bank hari nih?" tanya Shee ingin tahu.

"Instinct seorang isteri. Dari tadi pagi, aku rasa tak sedap hati" jawab Ashie ringkas dan matanya fokus dengan keadaaan di luar.

"Macam tu je? Instinct?"

"Hurmm..eh ko tanya aku ni. Pi-kun tak de cerita apa-apa lagi ke..bagi klu ke apa-apa" Ashie mengorek-gorek apa yang patut dari Shee.

"Takde lah pula. Well- he has been busy lately. With his Code Blue thing" balas Shee sambil menghirup hot chocolatenya. Dan Ashie pula mengerat kecil blueberry cheesecake yang terhidang di depan matanya dan menyuapkannya ke mulut. Memejam matanya ingin menikmati rasa lemak manis cheesecake itu.

"Ashiee..cuba ko tengok tu!" Shee menunjuk pada apa yang dilihatnya di luar sewaktu Ashie sedang mengalihkan pandangannya pada blueberry cheesecake di hadapannya. Terlepas pisau kecil dan berdenting di atas pinggan kaca berwarna biru gelap itu. Ashie tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Dan dalam sekelip mata saja- dia sudah berada di luar. Dan waktu itu juga salji turun. Shee menuruti dari belakang.

Dan kini Ashie berhadapan dengan apa yang ketiga-tiga wajah yang cukup dikenalinya itu. Pucat muka Toma bila isterinya berada di hadapan. Hurul-chan pula menjadi tidak tentu arah. Dan Rucci terpinga-pinga.

"Sayang! So ni lah..ooo..rupanyaaa...tuduh orang main kayu tiga.. tak sedar dia sendiri yang main kayu tiga" tengking Ashie di khalayak ramai. Ada yang kaki sibuk menoleh dan berhenti. Dan ada juga yang tidak kisah. Shee sudah menarik tangan Rucci.

"Dan ko, Hurul- tak cukup lagi ke dengan Yuma, sampai ko nak ambik laki aku.." Ashie sudah mula menengking sahabatnya itu. Lebat air matanya turun selebat salji yang turun.

"Sayaang.." seru Toma pada Ashie dan meraih tangan Ashie.

"What sayaang.. sayaang.." melepaskan tangannya dari genggaman suaminnya itu.

"Ashie, dengar dulu.." Hurul-chan mencelah.

"Hey, apa ni? What's happening?" Dan keluar dua orang lelaki dari bank mendekati kumpulan kecil itu. Yamapi dan Yuma.

"BB!! What are you doing here?" tanya Shee apabila menyedari suaminya juga turut berada di tempat kejadian. Bukankah sepatutnya hari ini Pi-kun ada penggambaran? What is happening now?

Shee dan Rucci mendekati Ashie yang sudah terduduk di depan pintu bank. Yuma pula mendekati isterinya, Hurul dan Yamapi mendekati Toma.

"Apa kata kita masuk Cafe dulu? Kita akan bincangkan tentang perkara ini. Nampaknya ada benda yang I perlu terangkan dengan your wife, Ikuta-kun. This can not be a secret anymore. Our relationship, she has to know"

Mendengar akan penjelasan Hurul, Shee dan Rucci berpandangan sesama sendiri. Dan mereka memapah Ashie masuk ke dalam cafe. Diikuti dengan Toma, Yamapi, Hurul-chan dan suaminya.

Toma duduk bertentangan dengan Ashie. Dilihatnya air mata Ashie masih laju turun membasahi pipi isterinya. Salji di luar pun turun semakin lebat. 'Cantik pula isteri aku ani kalau dia menangis macam ni..I'm sorry my dear..takde niat pun sebenarnya ingin melukakan hati you,' desis hati Toma tersenyum pahit. Ingin sekali dia menyapu air mata isterinya itu. Tsk tsk..

"Eh you guys rupanya.. buat apa kat sini?" seorang lelaki berbaju kemeja putih, berseluar panjang hitam dengan apron berwarna coklat cair mendekati.

"Eyh.. Hiro-kun, what chu' doing here?" tanya Shee sambil memandang Rucci yang duduk di sebelahnya.

"Ohh..heeee... cafe ni sebenarnya famili laki aku yang punya. So since hari ni dia off-day shooting ,so dia kerja kat sini lah. And aku pun sebenarnya dalam perjalanan ke cafe ni sebenarnya. Then tup-tup terserempak dengan Hurul dan Toma. So tegur diaorang lah.. ingat nak spy-spy.. tapi tak sangka pulak you and Ashie dah ada kat sini. And since nampaknya you sendiri dah kat sini.. then rasanya kerja spy tu tak yah lah ye.., " ulas Rucci panjang lebar.

"What? You are spying on me, Rucci?" tanya Hurul tidak puas hati.

"Well- I don't know. Ashie ask me to.. takpe lah korang selesaikan dulu masalah ni.. I'll get coffee and cakes for you," Rucci berlalu dengan suaminya ke dapur. Senang sikit kerja dia. Sebenarnya dia menuju ke cafe itu kebetulan pula untuk memulakan sesi intip mengintip. Dah macam-maca dah dia cuba korek-korek dari Hurul dan Toma tadi. Takde pula something fishy. So macam tak thrill sangat, dia pun terus lah nak lepak di cafe. Tapi tak sangka pulak dia yang budak berdua Ashie dan Shee sudah ada di sana terlebih awal. Tu lah yang dia terpinga-pinga tu.

"Sampai macam tu sekali you tak percayakan I, Ashie? I thought we were friends. Aku sebenarnya memang tidak ada apa-apa dengan Toma. He is my client. Not more than that."

"Betul cakap Hurul-chan tu Ashie-chan..Toma is a client. Ada benda yang perlu diuruskan," Yuma pula mengiyakan dan menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih dari beg sekolahnya. What? Beg sekolah?? Oh yahh.. lupa pula nak bagitahu. Yeah, sebenarnya Yuma-chan masih bersekolah. Part time. In between singing and studying. Hehehehe.. itu arahan Presiden Johnny yang menyuruh anak-anaknya menghabiskan high school mereka before diaorang masuk universiti.

"Izinkan I, Toma-kun" tanya Yuma pada Toma meminta izin untuk mennyerahkan smapul surat itu pada Ashie. Toma mengangguk sambil tersenyum pada Hurul.

Ashie yang melihat scene di hadapan matanya itu mengetap bibir. Cemburu.

"A-a-apa ni?" Ashie menyambut sampul surat yang dihulurkan Toma. Dan bertanya sambil memandang tajam pada Toma.

"B-b-buka dulu..sayaaang.." gugup Toma berkata dan tidak berani membalas pandangan Ashie.

Ashie melap air matanya dan perlahan membuka sampul surat itu. Berdebar hatinya. Dikhuatirinya jika itu adalah mimpi ngerinya. Dikhuatirinya jika dalam sampul surat borang meminta izin kahwin lain or yang sewaktu dengannya. Jika ianya benar, dia akan pastikan Toma akan menyesal seumur hidup.

Dan bila melihat isi kandungan surat itu, semakin laju air mata Ashie.

"K-k-kenapa tak bagitau I?"

Shee terasa sebak. Dia tidak dapat menahan rasa. Dan air matanya juga jatuh perlahan. Dan Yamapi memegang bahu isterinya. Tak sangka Toma sanggup bertindak begini.

No comments: