Showing posts with label OC. Show all posts
Showing posts with label OC. Show all posts

Monday, 15 February 2010

Oh! Love - Epilog

*THE EPILOGUE*


####################


VENICE!!

"Sayang, jom kita makan kebab! Kebab kat sini best tau!" Ashie menarik tangan Toma selepas mereka turun dari Gondola dan dalam perjalanan balik ke hotel semula. Semalam konsert Lee Min Ho is the best. Dia berkesempatan untuk bertemu dengan Toma secara berdepanan. He really is someone with full of charisma. And such a sweet guy. Bak kata Kimchi, kalau tak mengenangkan suami yang berada di sebelah dan memegang erat jari jemarinya.. memang dia dah bawak lari dah Lee Min Ho tu. Tersenyum Ashie sendiri. Lee Min Ho juga very the peramah with his fans. And less did I know that, Toma knows Lee Min Ho quite well. Tak tahu pula macam mana.. tapi tak kisahlah.. janji dia dah dapat berjumpa dengan Lee Min Ho empat mata macam tu sudah cukup.

"Sayang, you know what.. I am so hairan actually."

"Kenapa?"

"You macam tau je tempat ni. You pernah datang sini ke sebelum ini?"

"Hmm..tu lah I pun hairan juga actually. Tapi serious..seumur hidup I, this is my first time. It has been a dream, and you are making it true. Thanks sayang," Ashie melentokkan kepalanya di bahu Toma. (A/N: Arrghhh!! What is this again? Poyo weehhh! Tsskk..)

"Is that how much you love Lee Min Ho sampai tau selok-belok Venice nih?" Toma bertanya lagi. Berbaur cemburu kali ini pertanyaannya.

"heeshh..ke situ pulak dia. mana lah I tau.. instinct kot!"

Dan mereka menyusur tebing sungai dari jambatan menuju ke kedai kebab yang dimaksudkan Ashie.

"How about in past life?" tanya Toma lagi.

"Sayang, there is no such thing as past life lah. But baru I ingat.. someone on the net wrote a DBSK fanfic before. Projek Angan Tak Sudah. Ambe ada baca. Co-incidentally, karakter-karakter pada fanfic dia tu ada my name, Shee's name, Hurul's name, DBSK's and Lee Min Ho. And- Lee Min Ho is my hubby in that fanfic. Tapi-"

"Really? Apsal Lee Min Ho masuk juga nih? Apa pula kena mengena Lee Min Ho dengan DBSK nih? Coincidence ke? Ker you memang suruh orang tu buat cerita macam tu.." balas Toma dan mula menairk muka comelnya.

"Heeeshh..tak habis2 dengan cemburu dia! Dah lah.." Ashie melepaskan pautan dari lengan Toma dan masuk ke kedai kebab itu.

Dan tiba-tiba,

"EHHH!! Ni Kak Ashie kan?" tegur seorang perempuan mendekati Ashie. Ashie merenung perempuan itu tajam cuba mendigest dimana dia pernah melihat wajah itu! Sheeshhh.. ex-neighbour dia waktu kat Malaysia!!!

"OHMOOO.. RUHAAA!! KO BUAT APA KAT SINI? Apa khabar? Lama tak dengar khabar dari mung tauu.." Ashie terus memeluk bekas jirannya itu. "Last aku jumpa kau waktu kau nak pergi Vancouver kan. Tapi ni Venice, ko buat apa kat sini? Ker aku yang konpiyus between Vancouver and Venice ni?"

"Oh..betul lah tu kak. Saya memang pergi Vancouver. And here I am, temankan suami saya kerja kak"

"Eh..dah kahwin dah pon budak ni. Siapa lelaki bertuah tu? Dia owner kedai kebab ni ke?" tanya Ashie bila melihat Ruha meninjau-ninjau ke belakang dapur lagaknya mencari seseorang.

"Oh tak lah.. tengah cari. Lama sangat dia kat tandas tu.. Adalah dia tu karang. Jom arr duduk sekejap. Lagipun kami memang plan nak lunch kat sini. Akak nak lunch ke? My treat. Dah lama dah tak jumpa akak"

"Eh tak yah susah2 lah Dik Ruha oi!"

"Ala..takpelah kak.. belanja kebab.. tak luak pun" Ruha tersenyum manis. "Tu suami akak ke? Comel je orangnya ye in-person. Biasa tengok dia dalam drama. Tak sangka pula kali ini jumpa face-to-face." Ruha tersenyum pada Toma.

"A'ahh ni suami akak. Toma namanya. Just in case you didn't know" Ashie mengambil tempat duduk di dalam kedai kebab berkenaan dan diikuti oleh Toma.

Dan waktu diaorang tengah berborak-borak catching up with the stories and whatnots,

"Yobo" seseorang mendekati meja mereka.

"Eh.. Min Ho~!" Toma berdiri dan bersalam dengan artis pujaan isterinya itu, Lee Min Ho.

"Eh dah kenal ke? Kak Ashie..kenalkan ini suami saya, Lee Min Ho. And yobo, this is Kak Ashie. My ex-neighbour dulu waktu kat Malaysia. Remember the one yang I told you dengan I me-ninja naik pokok jambu jiran yang lain" Ruha menarik lengan suaminya dan menyuruhnnya duduk.

"EYHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH????"


********************


This is your captain, Kang Ji Hwan speaking!
Landing is great with my beloved co-pilot, Waiem.
Thanks for flying with GO Private Airlines.
Welcome to Korea.
Hope you all have a wonderful trip in Seoul.

'Seoul?'

Ashie terbangun. Di sebelahnya Toma.

"Sayang, I bermimpi ke?"

"Mimpi apa?"

"Mimpi kita pergi Venice lepas tu jumpa Lee Min Ho kat sana then found out that Ruha is his wife"

"Ha..tu lah tidur petang lagi lahh.. sayang, we are.. flying from Venice and now dah land pun kat Seoul. Lee Min Ho and Ruha follow suit" Toma menunjuk pada tempat duduk di sebelahnya. Dilihatnya Ruha masih nyenyak tidur tersadai di bahu Lee Min Ho.


"WHAT THE?"




~ THE END ~




Mwahahahaaha! Special appearance indeed!!!

Puas hati dok?
Kalau dok puas hati, sila komen lah sepatut-patutnya... ahahahahaha!

I love the epilogue ending! *runs off*

Oh! Love - 6 (END)

"S-S-s-sayang..apa semua ni?" Ashie tersekat-sekat dalam tangisan sebaknya bertanya pada Toma.

Di tangannya kini ada dua keping tiket ke Venice. Dan dua keping lagi tiket VIP yang bertulis "From Seoul to Venice 2010 - With Love, Lee Min Ho". Konsert yang akan diadakan di tempat yang betul-betul Lee Min Ho ingin pergi. As part of his Euro Tour for having Goo Jun Pyo famous di Itali, Sepanyol dan juga England.

Sebelum Toma dapat menjawab soalan isterinya, Hurul telah mendahului.

"Ashie, izinkan I perkenalkan diri I semula. Maybe you didn't know this because we didn't keep in touch that..but I've been in Japan for a while now. Since we left our sekolah menengah. I left for Japan after SPM to do my Accounting Degree here. And now- I am Ikuta's family personal accountant. This is permintaan Toma sendiri untuk merahsiakannya sebab dia kata nak bagi you something special. Tu pasal lah masa you datang rumah I last time, I was terkejut. At first, I thought Toma sent you off. But until you explain segala-galanya, I pun tak tahu nak cakap apa. I didn't expect things to be like this. Despite of this guy here trying to be all sweet, he has destroyed a heart. He did sacrifice a lot. Perjumpaan kami setiap hari Khamis itu is the day when Toma invest some of savings. Because it is only during Thursday that interest rates are very high - and Toma did well, and he earned a lot!"

Ashie memandang Toma. Dan mereka berbalas pandang.

"It's not only him. Yamapi was there too along with Oguri-kun. And I am their adviser in all these. Tak ambil masa banyak, dalam masa tiga minggu je dia dah untung banyak. He really has to work hard for this disebabkan matawang Euro sekarang ni tak stabil. And untuk bawa you jumpa Lee Min Ho, he did everything he could. And today, he went out with me to take the Venice tickets and Lee Min Ho's tickets kat Sony Entertainment. Ashie, you should be thankful for what Toma did. Memang I sendiri pun risau masa you me-ninja last time. Susah hati pun ada juga. Tapi amanah orang ambe kena jaga. Sebab tu I tak berani bagitahu perkara sebenar without Toma's consent," terang Hurul-chan panjang lebar.

Yuma tersenyum puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh isterinya. Segala-galanya kini telah selesai. Yamapi juga menarik nafas lega. Shee memandang suaminya.

Ashie mendengar tekun setiap buti bicara yang keluar dari bibir Hurul. Try to digest everything. Logic juga. Kenapa dia tidak terfikir? Arghh..sudahlah!

"Is this true, Toma-kun?"

Toma hanya mengangguk perlahan dan berkata, "Happy 3rd Anniversary, sayang"

Muzik 'My Everything' nyanyian Lee Min Ho berkumandang dan suara Toma menerpa and menyanyikan lagu itu dalam bahasa ibundanya.

"Toma and I recorded this last time when you girls decided to have a sleep-over at my place" Yamapi pula mencelah bila melihat reaksi terkejut Ashie dan isterinya, Shee.

"OHMY, hontto ni?"

Rucci dan Hiro datang keluar membawa susunan cream puff yang di-stack dengan tiga lilin yang telah dinyalakan.

"Happy Anniversary Ashie dan Toma" sahut semua orang dalam kegembiraan.

Melopong Ashie melihat surprise seperti ini. Dan airmata sedih kini berganti dengan air mata kegembiraan. Toma is really such a sweet husband after all.

Dan dia dan Toma meniup lilin itu bersama-sama. Tersenyum bahagia mereka berdua.

"Thanks Rucci. Thanks Pi-kun. Thanks Hurul. I'm so sorry for marah-marah dengan you tak tentu pasal" dan dia menghulurkan salam untuk bersalaman dengan Hurul.

"It's okay. Dah biasa dah..kerja accountant memang macam tu pun. Pernah dapat lebih teruk dari ni pun. Mak mertua kau memang ganas giles!" Hurul tergelak mengingatkan Ashie pada mak Toma. Ashie juga turut ketawa. Toma memegang tangan isterinya membuatkan Ashie tersipu malu (A/N: HEPPPP! SITUASI INI...arghhh!).

"Kissu..kissu..kissu.." and everyone in there is chanting menyakat pasangan Toma dan Ashie. Seperti pengantin baru, mereka somehow tersipu-sipu malu lah pula..

Salji di luar semakin lebat dan nampak indah dan..

"TIME FOR SNOWBALL FIGHT!!!" Toma menarik tangan Ashie dan terus keluar dari kafe ke taman yang terletak di sebelah cafe itu. Yamapi dan Shee juga tidak ketinggalan. Apatah lagi pasangan Hurul dan Yuma. Hiro-kun juga melepaskan apronnya dan menarik tangan Rucci dan berteriak pada pembantu kedainya, "Lisa-chan! Please take care of the shop!!!" Dan mereka juga menyertai keseronokan yang tidak terhingga.


*************************************************************************************



.......as of Yamapi's solo concert, 'Short but Sweet' ^^/



Author's Note:

1) Ahahahaha! Please lah.. yang sebenarnya segala bank stuffs tu.. is beyond my expertise! Hentam saja lah.. suka suki je.. on Thursday ada interest tinggi.. lol. But macam tu lah.. kat OZ nih.. they have certain times when diaorang main saham and everything..and kalau tak silap on Thursday juga.. sebab diaorang keluar gaji on Thursday kat sini.. but I twisted some facts lah, namanya pon fiction kan?... so kena pandai lah.. so watak Hurul is as that professional adviser! ahahahahaa gosh.. seems like I've been giving Hurul-chan's quite some characters already. Don't ask me why.. huhu. I just feel like it.


2) Idea of Cream Puff tu pon datang last minute. lol. The special cameo in this chapter suggested it last chapter. ahahahaha~! So I went google if there are such things as cream puff cake.. and it does exist!



















Oh! Love - 5

Ashie sudah balik ke rumahnya. Dah pun memohon maaf dengan hubbynya akan mistakenya. Setelah cerita disahihkan oleh dua sahabat baik Toma, Pi-kun dan Oguri-kun. Berusaha betul Ashie untuk mendapatkan cerita sebenar dan dia sanggup menebalkan muka berjumpa dengan Oguri-kun di pejabatnya. Iyehh..dalam istilah fandom cerita ini, 'menebalkan muka' bermaksud mengkonkritkan air muka dan hati agar tidak jatuh hati dengan kehenseman tahap Perilly's Shun Oguri, jejaka idaman tanah jepun! lol. Suka suki je pembuat cerita ni memberi erti maksud yang lain kan? Kekeke..sila abaikan.

Tapi Toma masih lagi balik lewat. Ashie, Shee dan Yamapi sudah tidak tahu apa lagi nak buat. Bila ditanya Hurul, ada update ke tak dari bank- takde pulak katanya. Dan kenyataan ini membuatkan Ashie semakin curious. Bukannya apa dengan kenyataan yang dilahirkan oleh Rucci tiga hari lepas sewaktu dia merajuk tak hengat dunia boleh melahirkan perasaan salah sangka pada sahabatnya itu.

Flashback kat rumah Shee

"OHMYGOSH!" Ashie dan Shee beteriak serentak.

"WHAT?" tanya Rucci.

"Aini-chan!!!"

"Eyh?" confuse Rucci.

"Could it be.. the same person?" tanya Ashie pada Rucci.

Rucci membalas," manalah aku tau. Tapi yang pastinya the only Aini I know is her. Tapi orang tak panggil dia Aini. Unless you are very, very, very close with her to the point of being more than an acquaintance. Then she will let you call her that. Well- sometimes, aku panggil dia Aini juga. Tapi sebab aku dah terbiasa panggil dia Hurul..so she doesn't mind either."

"Ahh- sheesh..hubby aku pon semalam ada tanya pasal nama full dia. Mungkinkah?" Shee meletakkan jari telunjuknya di bawah bibirnya. Berfikirlah kononnya. Mungkinkah Yamapi dan Toma punya hubungan luar biasa dengan Hurul? Shee mula risau.

"Ahh..now that I recall back, semalam pun Hurul-chan ada cakap dia nak hubungi Toma. And to think about it, diaorang kan belum pernah berjumpa. SHEESHHH!!!" Ashie menghempas gelas yang dipegangnya ke atas meja.

"Sabar Ashie..sabar..kalau ye pun ko marah.. janganlah rosakkan harta benda awam.. mau bermara hubby aku nanti," Shee cuba menenangkan sahabatnya itu.

"RUCCI!!" panggil Ashie.

"Hmmm.." Rucci menyahut dengan satu bunyi memandangkan mulutnya sedang mengunyah mee goreng yang baru disuapnya. Aigoo..budak Rucci ni betul-betul tak kisah lah orangnya. Well- bukannya dia tak kisah sebenarnya. Tapi dia tak tahu apa hujung pangkal cerita, so baik dia enjoy mee goreng yang Shee buat itu. Lagipun dah lama dia tak makan mee goreng mamak style ni.

"AKU NAK KO JADI SPY AKU!"

"EYH???? Apsal pulak aku?"

"Sebab aku rasa there's something going on between laki aku dengan Hurul-chan. Mengikut bukti-bukti dan petanda-petanda yang telah berlaku semalam" terang Ashie.

"Hmm..okay, aku on je. Kerja me-ninja ni kerja part-time aku sebenarnya"

"Maksud ko?" curious pula Shee bertanya.

"Well- you know Hiro-kun, dia tu hengsem mengalahkan apa..so khuatir juga kalo-kalo dia melencong temapt lain.... so aku spy lah dia sometimes"

"UWOAHH! MUNG SIYES KE?"

"PERFECT CANDIDATE" Shee patted Rucci on the back!


End of Flashback

Lagu Koe Wa Kikasete dari kumpulan Big Bang berkumandang dari telefon Shee. Dengan berkumandangnya lagu itu, itu bermaksud Ashie yang menghubunginya. That's her assigned song. Shee menjawab panggilan itu.

"Shee, aku tak sedap hati lah wei. Teman aku pergi bank" tanpa salam terus saja suara Ashie menerpa gegendang telinganya.

"Bank? Ko nak buat apa?"

"Aku nak jadi spy. Ko temankan aku lah wei.. apa2 ko boleh back-up aku"

"Eh tapi bukan ke ko dah hantar Kimchi jadik spy. Dia pun setuju jer kan? Let her do her work lahh.."

"I know.. tapi aku betul2 rasa tak sedap hati ni.."

Shee susah hati. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serba salah juga dia ingin setuju dengan permintaannya ini. Kalau tahu dek Yamapi, habislah dia. Seolah dapat membaca fikirannya, Ashie berkata, "No worries lah. Kalau Pi-kun tanya..katakan lah kau nak pergi minum kopi dengan aku. Well- lagipon Cafe Kawaii kat depan bank tu jer kan?"

"Ahh..ya tak ye juga. Ok lah..tapi aku warning kau awal-awal. Tolong jangan buat benda yang tak elok"

"Hey babe, no worries lah.."

Di dalam Cafe Kawaii..

Ashie dan Shee sengaja memilih tempat duduk di hadapan untuk memudahkan mereka melihat orang yang keluar masuk dari bank.

"Apa yang buat ko rasa Toma datang bank hari nih?" tanya Shee ingin tahu.

"Instinct seorang isteri. Dari tadi pagi, aku rasa tak sedap hati" jawab Ashie ringkas dan matanya fokus dengan keadaaan di luar.

"Macam tu je? Instinct?"

"Hurmm..eh ko tanya aku ni. Pi-kun tak de cerita apa-apa lagi ke..bagi klu ke apa-apa" Ashie mengorek-gorek apa yang patut dari Shee.

"Takde lah pula. Well- he has been busy lately. With his Code Blue thing" balas Shee sambil menghirup hot chocolatenya. Dan Ashie pula mengerat kecil blueberry cheesecake yang terhidang di depan matanya dan menyuapkannya ke mulut. Memejam matanya ingin menikmati rasa lemak manis cheesecake itu.

"Ashiee..cuba ko tengok tu!" Shee menunjuk pada apa yang dilihatnya di luar sewaktu Ashie sedang mengalihkan pandangannya pada blueberry cheesecake di hadapannya. Terlepas pisau kecil dan berdenting di atas pinggan kaca berwarna biru gelap itu. Ashie tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Dan dalam sekelip mata saja- dia sudah berada di luar. Dan waktu itu juga salji turun. Shee menuruti dari belakang.

Dan kini Ashie berhadapan dengan apa yang ketiga-tiga wajah yang cukup dikenalinya itu. Pucat muka Toma bila isterinya berada di hadapan. Hurul-chan pula menjadi tidak tentu arah. Dan Rucci terpinga-pinga.

"Sayang! So ni lah..ooo..rupanyaaa...tuduh orang main kayu tiga.. tak sedar dia sendiri yang main kayu tiga" tengking Ashie di khalayak ramai. Ada yang kaki sibuk menoleh dan berhenti. Dan ada juga yang tidak kisah. Shee sudah menarik tangan Rucci.

"Dan ko, Hurul- tak cukup lagi ke dengan Yuma, sampai ko nak ambik laki aku.." Ashie sudah mula menengking sahabatnya itu. Lebat air matanya turun selebat salji yang turun.

"Sayaang.." seru Toma pada Ashie dan meraih tangan Ashie.

"What sayaang.. sayaang.." melepaskan tangannya dari genggaman suaminnya itu.

"Ashie, dengar dulu.." Hurul-chan mencelah.

"Hey, apa ni? What's happening?" Dan keluar dua orang lelaki dari bank mendekati kumpulan kecil itu. Yamapi dan Yuma.

"BB!! What are you doing here?" tanya Shee apabila menyedari suaminya juga turut berada di tempat kejadian. Bukankah sepatutnya hari ini Pi-kun ada penggambaran? What is happening now?

Shee dan Rucci mendekati Ashie yang sudah terduduk di depan pintu bank. Yuma pula mendekati isterinya, Hurul dan Yamapi mendekati Toma.

"Apa kata kita masuk Cafe dulu? Kita akan bincangkan tentang perkara ini. Nampaknya ada benda yang I perlu terangkan dengan your wife, Ikuta-kun. This can not be a secret anymore. Our relationship, she has to know"

Mendengar akan penjelasan Hurul, Shee dan Rucci berpandangan sesama sendiri. Dan mereka memapah Ashie masuk ke dalam cafe. Diikuti dengan Toma, Yamapi, Hurul-chan dan suaminya.

Toma duduk bertentangan dengan Ashie. Dilihatnya air mata Ashie masih laju turun membasahi pipi isterinya. Salji di luar pun turun semakin lebat. 'Cantik pula isteri aku ani kalau dia menangis macam ni..I'm sorry my dear..takde niat pun sebenarnya ingin melukakan hati you,' desis hati Toma tersenyum pahit. Ingin sekali dia menyapu air mata isterinya itu. Tsk tsk..

"Eh you guys rupanya.. buat apa kat sini?" seorang lelaki berbaju kemeja putih, berseluar panjang hitam dengan apron berwarna coklat cair mendekati.

"Eyh.. Hiro-kun, what chu' doing here?" tanya Shee sambil memandang Rucci yang duduk di sebelahnya.

"Ohh..heeee... cafe ni sebenarnya famili laki aku yang punya. So since hari ni dia off-day shooting ,so dia kerja kat sini lah. And aku pun sebenarnya dalam perjalanan ke cafe ni sebenarnya. Then tup-tup terserempak dengan Hurul dan Toma. So tegur diaorang lah.. ingat nak spy-spy.. tapi tak sangka pulak you and Ashie dah ada kat sini. And since nampaknya you sendiri dah kat sini.. then rasanya kerja spy tu tak yah lah ye.., " ulas Rucci panjang lebar.

"What? You are spying on me, Rucci?" tanya Hurul tidak puas hati.

"Well- I don't know. Ashie ask me to.. takpe lah korang selesaikan dulu masalah ni.. I'll get coffee and cakes for you," Rucci berlalu dengan suaminya ke dapur. Senang sikit kerja dia. Sebenarnya dia menuju ke cafe itu kebetulan pula untuk memulakan sesi intip mengintip. Dah macam-maca dah dia cuba korek-korek dari Hurul dan Toma tadi. Takde pula something fishy. So macam tak thrill sangat, dia pun terus lah nak lepak di cafe. Tapi tak sangka pulak dia yang budak berdua Ashie dan Shee sudah ada di sana terlebih awal. Tu lah yang dia terpinga-pinga tu.

"Sampai macam tu sekali you tak percayakan I, Ashie? I thought we were friends. Aku sebenarnya memang tidak ada apa-apa dengan Toma. He is my client. Not more than that."

"Betul cakap Hurul-chan tu Ashie-chan..Toma is a client. Ada benda yang perlu diuruskan," Yuma pula mengiyakan dan menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih dari beg sekolahnya. What? Beg sekolah?? Oh yahh.. lupa pula nak bagitahu. Yeah, sebenarnya Yuma-chan masih bersekolah. Part time. In between singing and studying. Hehehehe.. itu arahan Presiden Johnny yang menyuruh anak-anaknya menghabiskan high school mereka before diaorang masuk universiti.

"Izinkan I, Toma-kun" tanya Yuma pada Toma meminta izin untuk mennyerahkan smapul surat itu pada Ashie. Toma mengangguk sambil tersenyum pada Hurul.

Ashie yang melihat scene di hadapan matanya itu mengetap bibir. Cemburu.

"A-a-apa ni?" Ashie menyambut sampul surat yang dihulurkan Toma. Dan bertanya sambil memandang tajam pada Toma.

"B-b-buka dulu..sayaaang.." gugup Toma berkata dan tidak berani membalas pandangan Ashie.

Ashie melap air matanya dan perlahan membuka sampul surat itu. Berdebar hatinya. Dikhuatirinya jika itu adalah mimpi ngerinya. Dikhuatirinya jika dalam sampul surat borang meminta izin kahwin lain or yang sewaktu dengannya. Jika ianya benar, dia akan pastikan Toma akan menyesal seumur hidup.

Dan bila melihat isi kandungan surat itu, semakin laju air mata Ashie.

"K-k-kenapa tak bagitau I?"

Shee terasa sebak. Dia tidak dapat menahan rasa. Dan air matanya juga jatuh perlahan. Dan Yamapi memegang bahu isterinya. Tak sangka Toma sanggup bertindak begini.

Oh! Love - 4

"Yosh! Ko tak nak balik rumah ke? Sampai macam tu ke ko merajuk ngan si Toma nih?" tanya Shee pada Ashie yang baru tiba di depan pintu rumahnya. "Kesian tau ngan Toma, ambe rasa ni salah mung lah wei" sambung Shee lagi.

"Salah ambe? Maksud mung?" hairan juga Ashie bila dia dituduh sebegitu oleh sahabatnya sendiri. "By the way, boleh ambe tidor sini. Ambe belum ada mood lah nak balik"

"What? Tidur sini? Mung baliklah wei.. kesian Toma tu. Tadi pukul 3 pagi dia telefon Pi-kun tau..ajak pi tidur rumah dia. Dia kata dia takut nak tido sengsorang. Giles apa suami mung tu.." rungut Shee dan menyuruh Ashie masuk ke dalam rumahnya.

"Ahhh..Toma memang camtu..dia memang tak berani tidur sengsorang.."

"Realllyy?"

Ashie mengangguk se-innocentlynya.

"What the.."

"Ahh..waktu dia belum kahwin dolu pon..dia tido ngan adik dia, Ryuusei-chan"

"So kalo dia pi shooting outstation?"

"Ambe kena ikot! Kalo ambe dok ikut..dia tidur ngan manager dia"

"PELIKNYA! So kalo malam ni ko tak balik rumah..nampaknya.. laki aku kena tido dengan dia lagi ke?"

"Ahh..macam tu lah nampaknya.. Kita buat slumber party lah kat sini. You and me. Dah lama dah kita tak hang-out together kan?," cadang Ashie. Berputar-putar kepala Shee sekejap untuk mendigest apa yang baru didengarnnya tentang Toma. Dan kali ni pula Ashie baru mencadangkan dia nak buat slumber party lah pula. "Kita ajak budak Kimchi dan Hurul sekali lah"

"Ko ni biar betul.."

"Ahh betul lah ni..i feel like de-stressing. Nak buat manipedi lah dengan Kimchi, dia terer kan?" Ashie tiba-tiba terkenang akan satu lagi kenalan baru mereka yang tinggal tidak jauh dari tempat mereka. Kimchi, atau nama sebenar dia, Rucci, is orang Johor. Dari Malaysia juga. Berhijrah ke Jepun sejak..urmm..2 tahun yang lalu kalo dok silap untuk bukak bisnes ManiPedi. Kahwin dengan mamat Jepun juga. Selebriti juga. Kenal dok ngan Hiro Mizushima? Ahhh...ahh..betol..betol..Nanba-senpai.. tau tak pe. Tu lah hubby Kimchi! Perkenalan diaorang comel je. Love at first sight. Sebab Hiro datang ke beauty salon Kimchi untuk buat manipedi. And- di situlah cinta berputik. Sweeeett kaaan?

Shee dah tak tau macam mana nak bantah dah. Even herself found that suggestion interesting. Shee pun berfikir juga to let his husband out for his man's night. Biarlah.. kot-kot boleh tolong buang kerisauan Toma. Because nampaknya bini si Toma ni nampak macam tak risau je.

"Okeh..baik lah ambe setuju. I will call Pi-kun and let him know everything. Suggest slumber party kat umah mung for the guy's. Kot-kot they can do the men's talk ke apa ker.."

"Ahh..bagus ide tuh. Lagipong Toma aku tu dah lama dah tak hang out. Asyik stress je ngan keje."

"Tapi wei..aku hairan lah wei.. apsal mung dok risau tentang semalam tu?"

"Settle. Ambe dah suh Hurul-chan siasat."

"Eyh?"

"Tu lah pasal ambe nak kumpul u ols malam ni. Nak discuss plan me-ninja" Ashie berbisik dekat telinga Shee. Dan Shee hanya mampu terkebil-kebil.

******************

"Ha, Kimchi! Panjang umur ko. Lama wei aku dh tak jumpa ngan ko. Ko ngan Hiro amacam?" Ashie membuka pintu rumah Shee menyambut tetamu yang dinanti sementara Shee pula sibuk di dapur menyiapkan minum petang.

"Aku sihat je. I've just come back from Seoul actually," balas Rucci sambil membuka sandalnya dan menyarungkan dengan selipar rumah yang sudah tersedia dan berlalu bersama Ashie ke meja dapur. Rucci mengangkat tangannya pada Shee yang sedang sibuk menggoreng mee.

"Ohmygosh? Seriously?? Mung wat pe kat Seoul? Jumpa Lee Min Ho ke?" soal Ashie teruja. Lately, dia memang tak leh betul dengar apa-apa yang berkenaan dengan Korea. Memang her mind will terus ingat dengan Lee Min Ho.

"Oh dak eh- ambe ngan Hiro pergi tengok konsert debut T-Max. Kebetulan pulak manager kumpulan tu ekceli childhood friend Hiro-kun. So we managed to get the VIP pass. Lagipon Hiro-kun kata ni sebagai hadiah behday aku.. uihhs.. hengsem betul budak Kim Joon tu. Kalau tka ingatkan laki aku ada kat sebelah waktu jumpa ngan dia, gerenti aku dah culik dia bawa balik Tokyo lah.. he is all sweeeeet..." bersinar-sinar mata Rucci waktu menceritakan pengalamannya. Ha! Dah bertemu pula buku dengan ruas! This is another ultimate fangirl! Shee hanya menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar dua budak bercerita itu sementara dia fokus dalam masakannya. Bila dah maska, Shee mentuup api dan menyertai perbualan kedua sahabatnya itu.

Ashie berkata, "Wei- Kimchi.. aku jeles arr ngan mung. Nanti ko bawa lah aku jumpa Lee Min Ho. Kan Kim Joon tu kawan Lee Min Ho kan?"

"Eh wait, cerita ceriti tentang Lee Min Ho ni..baru aku ingat.. aku ada dengar dari Hiro-kun tentang masalah rumahtangga mung dengan Toma. Betul ke mung ada lelaki lain nih?" tanya Rucci untuk memastikan kesahihan berita yang telah disampaikan oleh Hiro-kun.

"EYHHHHHHH????" Ashie yang sedang meneguk oren sejuk yang dibancuh oleh Shee tersedak.

"Mana lagi ko dapat berita ni Kimchi?" tanya Shee pula.

"Alaaa.. Oguri-kun yang khabar dengan my hubby. Iyalahkaan.. Oguri-kun tu kawan baik my hubby. And Toma kan kawan baik ngan Oguri-kun juga. Kalau dok silap, Toma ada datang jumpa Oguri-kun kat ofis dia last time nak mengadu masalah dia. Kononnya nak minta pendapat Oguri-kun. Hiro-kun cakap Oguri-kun bagitau yang Toma sakit hati kau mengigau nama lelaki lain tiap malam. Lepas tu asyik-asyik pula sebut nama lelaki itu" terang Kimchi.

"Uihhs! Sampai macam tu sekali dia explain kat Oguri-kun, Kimchi?" tanya Shee meminta kepastian dan Rucci hanya mengangguk. Tidak salah apa yang telah diceritakan oleh Pi-kun semalam.

"Eh? Apa ni? Bila masa pula aku ada lelaki lain ni? Suka sangat nak twist cerita. Entah-entah dia nak sengaja cover-up cerita lah tu yang dia dah ada perempuan lain" Ashie menarik muncung nya panjang sedepa.

"Ashie, ni bukan masalah twist cerita ke apa..tapi aku rasa ini betul lah. well, aku tak tahu siapa yang main kayu tiga sebenarnya ni. Tapi that's the same story yang Pi-kun cerita kat aku last night. Toma story kat dia yang ko asyik sebut nama Lee Min Ho most of the time."

"WAHHH!!! ASHIEE!! KO BIAR BETUL? Lee Min Ho kah lelaki yang dimaksudkan?" Rucci tergelak besar.

Ashie terdiam, terfikir sejenak agaknya. Dan dia mula flashback. Dan dia tersedar akan kesalahannya.

"Oh sheesh.. okeh..fine if it's my fault.. but Toma boleh tegurkan? Then who is Aini-chan then?" tanya Ashie pada kedua sahabatnya dana ternyata dia masih tidak berpuas hati akan kesalahan yang cuba diletakkan atas bahunya.

"Aini-chan? Siapa tu? Perempuan mana lagi tu?" tanya Rucci pula. Terkejut juga dia. Seingatnya dia tidak ada mendengar tentang ini dari Hiro-kun. "Ko nak suruh lai kau dan Shun-kun siasat ke?"

"Ahahaha! Ko ni ada-ada jer lah Rucci..aku tau lah laki ko dengan Oguri-kun tu pernah berlakon togeder-geder cerita TOKYO DOGS.. tapi takyah lah sampai dibawa realiti" ujar Shee pula tertawa.

"But seriously, siapa Aini-chan nih? Orang Malaysia ke? Kenapa nama dia macam nama orang Melayu?"

"It's still a mystery though" balas Shee sambil memandang Ashie yang masih memandang kosong ke dalam cawannya yang telah kosong.

"Lately, Toma asyik balik akhir je. Ashie kata dia ada urusan kat bank yang kat kawasan kita ni. And until yesterday, Ashie found out about Aini-chan yang rupanya the girl that seems to berurusan dengan si Toma nih. Tu pasal lah dia me-ninja. Belum balik rumah lagi dia nih. Semalam dia tidur kat rumah Hurul-chan. Merajuk lah kononnnya." terang Shee bagi pihak Ashie.

"Eh? Aini-chan? Kat bank kawasan ni? Well, setahu aku takde yang bernama Aini-chan kat dalam bank tu. Well, aku rasa aku kenal semua staff kat sana tu. Kan aku berurusan dengan bank tu dua kali dalam seminggu. So- memang aku turun naik lah tempat tu. Not unless..." Rucci menggesa-gesa foreheadnya cuba untuk memefigure out siapa yang dimaksudkan oleh Shee.

"Not unless what.." cepat saja Ashie mencelah. Hehehe..rupanya mendengar juga dia perbualan sahabat-sahabatnya itu.

"Not unless.. he is referring to Hurul Aini..." jawab Rucci perlahan-lahan.

Bulat mata Ashie dan Shee memandang tepat terus ke wajah Rucci. Terkejut.

"Sheeeshh..could it be?" Shee melepaskan keluhan apabila mindanya mula memutarkan kembali the conversation that she had with Pi-kun semalam. Wajah tegang Yamapi sewaktu mereka membicarakan tentang hal ini.

Ashie pula ternganga dan terkenang apa yang telah terjadi di rumah Hurul semalam.

"OHMYGOSH!!!" Ashie dan Shee berteriak serentak. Seolah mereka dapat membaca fikiran masing-masing.

Giliran Rucci pula terkejut. "WHAT?" tanyanya tanpa klu.

Oh! Love - 2

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Toma masih setia menanti di ruang tamu. Isterinya belum pulang. Hendak dihubungi, telefon bimbit pula dia tak bawa. Dihubungi ibunya, kot-kot isterinya itu pulang ke rumah ibunya.. mustahil pula. Nak dihubungi ibu mertuanya, uihhs..lagi lah mustahil. Nak dilaporkan kepada polis, belum sampai 24 jam pun.

"Argh!" Toma meruap rambutnya kasar. Dia betul-betul susah hati. Ini kali pertama isterinya berbuat begitu.

"Haish, apasalah pula bini aku yang lari ni? Bukan aku ke sepatutnya yang merajuk? Bula dia buat hal malam-malam sebut nama lelaki lain?"

"Damn Lee Min Ho!" Toma menumbuk meja di hadapannya.



*flash back no.1*

Malam empat minggu yang lalu,

Selepas selesai penggambaran, dia balik lewat sikit sebab ada makan malam bersama production team. Pukul 2 pagi. Dilihatnya lampu bilik tamu masih lagi terang benderang. Dia masuk ke dalam rumah hanya untuk mendengar Ashie isterinya tersedak-sedak.

"Sayang, kenapa ni?" tanyanya mendekati isterinya itu. TV masih lagi terpasang.

"UWaaaaaaa..sayang..Goo Jun Pyo.. kechiann diaaa" dan Ashie terus menerus menangis sambil membuka kotak tisu yang ketiga. Toma menoleh pada kaca TV..dan dilihatnya scene lapangan terbang Lee Min Ho terduduk lemah sambil ditenangkan oleh guardiannya. Laaa..menangis kerana tengok drama ni rupanya. Aigoo.

"Dah lah tu.. dah lewat dah ni..esok lagi sambung, okay?" Toma memujuk isterinya yang air matanya semakin lebat bercucuran. 'Aihhhs.. Lee Min Ho..apa ko dah buat dengan isteri aku ni? Heeshhh..' rungut Toma dan terus menutup TV.

So Toma menidurkan isterinya yang masih bersedih. Aww..swweeeettnyeee...ahaha. Bila isterinya sudah nyenyak, dia pun berlalu untuk membersihkan dirinya. Selesai dia membersihkan dirinya, dia punya lah terkejut bila Ashie terduduk di atas katil sambil matanya tertutup.

"Min Ho laling... Min Ho laling..." dan Ashie terus baring semula.

Toma menggeleng-gelengkan kepalanya. Kuat sangat penangan si Goo Jun Pyo nih. Dan bila dia ingin memejamkan matanya. Lagi sekali..

"Min Ho laling... I lap you.. Min Ho..mmwahh..good night laling," dan Ashie terus mencium pipi Toma.

Punyalah meruap-ruap perasaan cemburu Toma. Wei...siapa yang tak cemburu wei.. isteri tak kenal suami sendiri..mengigau.. pas tu sebut nama lelaki lain pula tu..dalam mimpi..grrrrr....



*flash back no. 2*

"Sayang, what's for lunch?" Toma balik tengah hari. Dilihatnya isterinya sedang sibuk menghadap laptop.

"Errmm..omurice.. I dah sedia dah kat dapur tu," balas Ashie acuh tak acuh.

"Jom makan," ajak Toma. "Sekejap ye, ambe buat ni dulu," jawab Ashie dan matanya masih lagi belum beralih dari laptop. Toma mendekati isterinya. Dilihatnya isterinya itu sedang men-save gambar-gambar Lee Min Ho, pelakon Korea itu ke dalam laptop. Dan sedang menaip mesej dan ditinggalkan pada laman web rasmi official Lee Min Ho.

Merah padam muka Toma menahan cemburu.



*flash back no. 3*


"Masakan apa ni yang?" Toma mengambil garpu dan mencucuk-cucuk pada daging yang ber-grilled. Menu makan malam mereka pada hari itu.

"Oh, ni masakan Korea. Bulgogi namanya..almost similar to Yakiniku. Tapi rasa dia lain sikitlah..this one a little bit zestyy.."

"Ooo..tapi apsal tetiba masak Korea pula ni?"

"Saja..try resipi baru. Apparently, it's Min Ho's favourite food"

Bulat biji mata Toma memandang isterinya yang sedang menikmati daging yang baru di grill. Dan dia melepaskan garpunya. Tidak jadi dia ingin menjamah hidangan itu.

"Eh tak nak makan ke?" tanya Ashie sambil mengunyah daging grill.

"Tak pe lah, dah kenyang" Toma melap mulutnya bersih dan terus berlalu dari meja makan.

"Ahh..mula lahh tu..heesh..choosy betul mamat nih" rungut Ashie dan terus mengunyah daging yang sedap itu seperti orang tidak bersalah.




*flash back no. 4*

"Sayang, jom pergi holiday lepas I habis penggambaran nanti ye. Let's go for second honeymoon" ajak Toma pada suatu hari. Dia sungguh gembira hari itu bila managernya beritahu dia akan diberikan cuti 3 minggu.

"Reallyyy?" Ashie pun turut gembira juga. "Venice, baby? Can we?"

"Laa.. kita pi Hawaii lahh. Dekat je.. Venice tu.. mahal lah.. tukaran Euro skang dah tinggi dah.."

Ashie menarik muka masam.

"Merajuk lah pula..kenapa nak pergi tempat tu? Sebab romantik ehh..aaa.. sayang nak romantik-romantik ehhhh.." Toma mencubit pipi Ashie cuba memujuk.

"Hmm..ahh.. iyalah.. nak spend time with you lahh..kita pi jauh-jauh. Karang pi Hawaii..mesti jumpa dengan member2 lain. Tak best. Tak de privacy"

"Aww..good idea. Will think about that. Jangan merajuk ehh..." Toma bersetuju dengan cadangan isterinya.

"Plus- that's Min Ho's favourite place. And dia kata before Venice tenggelam, everyone must visit that place" sambung Ashie lagi.

Ahahaha- betul-betul tak leh betul kan Ashie ni... lol. Takpe- takpe..kita teruskan cerita.. hehehehe~~~!


*********************


"Min Ho here.. Min Ho there.. mananya si Toma tu tak cari lain sayang oiii" Yamapi menceritakan apa yang pernah didengarnya dari mulut Toma pada Shee, isteri kesayangannya itu.

"Oooooo..so macam itu ceritanya," panjang muncung Shee bila mendengar cerita tentang sahabat baiknya itu dari mulut suaminya. Sekarang dia dah mula konpiyus dah. "Aigooo..apa dah jadi sebenarnya dengan budak Ashie nih?" dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Bukannya.. dia maklum akan minat teman baiknya itu..tapi tak sangkalah sampai kritikal begini.. hmm..ingatkan sampai tahap-tahap biasa je..

"So now macam mana?" tanya Shee pada Yamapi.

"Macam mana apa? Biarkan je lah. Itukan bini Toma.. not unless you ask me to find her juga"

"BB! Eeeee..kesitu pulak. Gatal sangat lah tu!" Shee mencubit lengan suaminya.

"You know where is Ashie now?"

"Eh..tanya kita pula.. she's your bestfriend. You should know.. dok tau arrr....pandai lah dia balik tu.. kot-kot kat rumah ibu Toma ke.. "

"Hahaha..riiigghht..she's not there. Kompom arr memang Toma tak kan terjumpa bini dia tu"

"Eyhh? Dia kat mana?"

"She's now at our friend's place."

"Friend? Siapa?" tanya Yamapi hairan. Ligat fikirannya memikirkan.

"Rumah Jin eh? Ryo? Koyama? Tegoshi?" tanyanya pada isterinya. Shee terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dah tu siapa? Sayang ada friend lain lagi ke?"

"Hek eleh..ingat dia je kot yang ramai kawan. Iyalah..iyalah..mentang2 lah kita baru kat sini.. ahh..ada.. dia baru pindah kat sini 2 months ago. Orang Malaysia juga. Kahwin artis juga. Kalau dok silap under JE juga lah B..., terang Shee.

"Under Johnny's juga? Eyhh..siapa eh?" Yamapi berfikir. Dan tiba-tiba..dia terklik! OHMO!

"Err...sayaang.. u mean.. my junior?? yang baru kahwin last year tu? NYC? Budak Vampire tu ke?"

"Ahh..pandai pun BB! Isteri budak Vampire tu kawan kitaorang sekolah dulu kat Malaysia. Hurul-chan," Shee membalas riang.

'EYHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH????' Yamapi terus terbaring ke atas katil dan berkelip-kelip matanya memandang siling. Hurul Aini. Hurul-chan! Aini-chan! Orang yang sama ke? But there's only one Malaysian lady dekat bank tu. And that only Malaysian lady is the one yang dia ada dengar kahwin dengan junior dia. Nakayama Yuma. Dan perempuan yang sama itulah yang dengan Toma selalu berjumpa. Arghh! Mampos!!!! Dia memandang isterinya yang sudah berbaring di sebelahnya.

"Sayang.. Apa full name kawan you tu?" tanya Yamapi pada Shee.

Dilihat isterinya berkerut dahi memikirkan. Shee cuba mengingatkan. "Ah, BB- dok ingat lah.. kitaorang pun bukannya rapat sangat. She's the nerd in our class. Kita kenal-kenal macam tu je.. sebab dia suka hang out kat library baca buku...lepas tu after SPM, dia terus dapat scholarship buat accounting kat US.. but we called her as Hurul. Tapi.. arrghh..tak ingat lah B. But I'm pretty sure.. she have a second name. Apa ehhh..." masih berusaha untuk mengingatkan rakan sekelasnya itu. Bukannya apa..dah lama betul tak jumpa classmate satu ni. Tup! Tup! Tiga bulan yang lalu - Yamapi dapat wedding invitation for Yuma-chan's wedding in which Yamapi dan Toma dah wakilkan isteri-isteri dia ni pergi ke wedding itu..sebab diaorang sibuk dengan penggambaran waktu itu. Then bila kat majlis tu, Tup! Tup! lagi..they found out that isteri Yuma-chan orang Malaysia. Rakan sekelas lah pulak! Punyalah girang hatinya dan Ashie bila dapat tahu tentang ini.

"Hmm..takpelah.." Yamapi meraup mukanya. Sah, memang dia. Perempuan yang sama.

"Kenapa ni?" tanya Shee hairan bila melihat suaminya berubah laku.

"Urmm..takde apa-apa. Tidurlah. Tak yah risau sangat. Taulah Toma nak uruskan masalah rumahtangga dia tu" balas Yamapi perlahan dan mengiring ke sisi. Berserabut fikirannya. This is a turn out that he didn't expect to happen! Problem! Problem! Problem! Very, very, very, the BIG PROBLEM! Yamapi melepaskan keluhan berat.

Saturday, 30 January 2010

Oh! Cinta - 1

Telefon bimbit Shee berbunyi mengalunkan lagu Daite Senorita. 'Ah laki aku!' Shee bergegas ke sinki membasuh tangannya sebelum menjawab panggilan suaminya.

"BB, BB dekat mana ni?" cerah ceria betul suara Shee menjawab panggilan dari suami kesayangannnya itu. Terselit juga perasaan cemburu akan rumahtangga Shee. Well..bukan dia tak bahagia. Dia bahagia sesangat dengan Toma - tapi these three weeks je suami dia tu buat hal sikit. Risau sesangat.

"Sayang, apa menu today?" baru disebut-sebut dalam hati, dah terpacul wajah Toma di muka pintu. Dia memeriksa isteri kesayangannya yang sedang menyediakan makan petang hujung minggu diaorang. Teman baiknya, Yamapi agaknya sekarang ni dalam perjalanan ke rumahnya untuk makan petang bila dilihat Shee sedang berbual mesra di telefon. Dia pula bercuti hari ini. Tidak ada penggambaran.

"Hmm.. hari ni buat tempura dengan takoyaki. Your favourite, laling!" jawab Ashie mengukir senyuman tawar.

"Uihhs..kenapa senyuman tu kurang manis tu? Tawar nanti takoyaki tu.. " Toma mendekati isterinya bila Shee berlalu untuk menyambut Yamapi yang agaknya sudah berada di luar.

"Laling pergi mana kelmarin? Balik akhir lagi? Hari ni pon bangun lewat. Bank mana yang bukak sampai pukul 10 malam nih?" tanya Ashie lagi buat kesekian kalinya.

"Laa..sayang, kan laling dah bagitau dahh..bank swasta. Bank peribadi"

"Ni mesti main kayu tiga nih?" Ashie mula mensyaki.

"Eyhhh... apa pula main kayu tiga? You are my one and only. Mana nya pula main kayu tiga. Entah-entah sayang tu yang main kayu tiga," Toma menarik muka. Konon-kononnya nak merajuk. Ada sebab mengapa dia balik lewat. Dan sebab itu tidak usahlah diberitahu pada isteri kesayangannya itu. Kalau tak mesti bermara punya. Dan bila isterinya merajuk, tu yang susah sikit nak pujuk tu. Susah sesangat. LoL.

"Ha, ni drama swasta channel mana pulak kat dapur ni?" tiba-tiba Yamapi menyampuk. Shee hanya ketawa bila melihat ketegangan pada wajah Ashie. "Drama pujuk rayu merayu ni..Toma, jom keluar! Aku ada benda nak bincang dengan kau ni!"

"Heesh.. ko ni..kacau lah. Ko tak tengok ke aku tengah pujuk bini aku ni" balas Toma.

"Ahh..ni lah nak ajak ko. Aku nak bagi tips sikit ni. Bini ko tu biarlah serahkan aje pada bini aku ni. Taulah dia macam mana nak pujuk. Jom! Ko sayang aku tak ni?" ugut Yamapi. Alaa..bukannya Yamapi tak tau, Toma memang tak pernah melawan cakapnya. Itu kelemahan Toma.

"Eyh, me?" tanya Shee pada suaminya.

"Ahh..you lah..siapa lagi? Takkan ambe pula? Boleh juga~" Yamapi melepaskan genggaman tangannya dari Shee ingin mengorak langkah mendekati Ashie.

"Eh, Yamapi..ko jangan nak macam-macam. Ko nampak ni?" Toma menyuakan jari yang dikepal menjadi satu penumbuk pada Yamapi. Dan Shee pula sudah memberi satu gigitan ketam berbisa pada lengan suaminya. "Ouch, BB! sakit tau!"

"Taupun sakit. Ok..go outside lah now both you two!! Karang nanti siapa pula yang kebulur dok makang lunch" Shee terus berubah garang. Dan dilihatnya Yamapi terus menarik tangan Toma dan berlari keluar sambil ketawa.

"Sigh. Apalah nasib kita Ashie..kahwin dengan budak berdua ni.. perangai macam budak-budak" mengeluh Shee.

"Ahh..tu lah.. tapi dah jodoh kita kan? Nak wat camne. Ramai yang kat luar tu ingin berada tempat kita ni tau," jawab Ashie dan dia sedang menuang adunan tepung pada acuan bulat itu membuat takoyaki.

Yamapi terus menarik Toma keluar. Ada benda yang ingin dibincangkannya. Isterinya, Shee sudah menceritakan hal yang sebenar.


*******************


Di luar rumah.....



"Toma, ko pergi bank buat apa? Ko jumpa dengan perempuan tu lagi eh? Bukan urusan tu patutnya selesai ke dua minggu yang lalu" Yamapi sebenarnya tahu tentang urusan bank Toma. Well..diaorang kan besfriend. Apa saja benda memang diaorang share lah..takde satu pun yang tinggal termasuk masalah rumahtangga sekali. Except for hal bilik tidur. Itu tetap rahsia. Hahaha!

"Apa ni? Perempuan mana pulak ni?"

"Aini-chan lah..siapa lagi?"

"Errr....." berubah air muka Toma saat mendengar nama perempuan itu disebut teman baiknya, Yamapi. Argh! Kantoi!

"Kenapa ko tak bagitau aku? Tak baik tau ko buat macam tu. Dia tu kan isteri orang!" bentak Yamapi. Dia betul-betul tak puas hati.

"Tapi......" Toma cuba untuk memberi alasan.

Dan belum pun sempat dia menghabiskan apa yang ingin dikatakannya, terdengar bunyi satu benda kaca jatuh ke lantai. Dekat bunyinya. Yamapi dan Toma menoleh. Dan dilihatnya Ashie merenung pada Toma. Kaca berterabur berdekatan pintu masuk. Dengan linangan air mata Ashie terus berlari masuk ke dalam. Masuk ke bilik tidur mereka. Mengunci pintunya.

Yamapi dan Toma menerpa masuk ke dalam. Toma terus mengetuk pintu bilik tidur mereka.

"ARGHHHHHH!!!" dia berteriak sekuat hati bila tak ada respon.

"BB, Kenapa ni?" tanya Shee yang juga turut keluar dari dapur bila mendengar bunyi benda jatuh dan bunyi derapan kaki orang berlari. Yamapi cuba menerangkan segala-galanya pada isterinya tentang kemungkinan besar Ashie terdengar perbincangan mereka di luar sebentar tadi.

"Toma, ko tak de kunci spare ke?" tanya Yamapi pada Toma yang masih cuba mengetuk pintu bilik tidur mereka.

"Ahh lupa pulak" Toma terus berlari ke kabinet dapur mendapatkan kunci spare. Dan terus membuka pintu.

Terkejut bukan kepalang mereka bila mendapati bilik itu kosong.

Shee menepuk dahinya, "Ahhh...dia dah buat lagi dah! Aigoo.."

"Buat apa?" tanya Yamapi dan Toma serentak.

"JADI NINJA!" balas Shee sambil menunjuk pada jendela bilik tidur Ashie dan Toma yang sudah terbuka luas.

Kweng! Kweng! Kweng!

Oh! Cinta - Prolog


"Susah tau kawin dengan artis ni! Pusing 360 degree kepala aku!" rungut Ashie pada teman baiknya, Shee.

"Mung rasa dok susah ke?" tanyanya lagi minta pendapat Shee. Shee, sama juga seperti dirinya, kahwin dengan artis. Dan bonusnya ialah kedua-dua suami mereka adalah childhood friend.

"Hmm..camna nak cakap ek? Susah juga kot. Sebab ambe ni cemburu dok habis-habis. Iyalah kan? Laki ambe dok lawa, tapi amatlah hengsem. Peminat tiap hari duk camping depan rumah tu intip diaorang. Kekadang tu dengan ambe sekali diintip," balas Shee yang sedang menyiang udang untuk membuat tempura - salah satu hidangan hujung minggu makan bersama sahabat baiknya dan suaminya. Suami Shee juga pasti ada.

"Mung apahal? Toma mung buat hal lagi ke?" soal Shee kembali. Concern juga dia dengan hal rumahtangga sahabatnya.

"Ahh..ambe dok paham sangat dengan dia tu. Dah tiga minggu ni dia selalu sangat balik lewat, especially Hari Khamis. Bila ditanya, alasannya dia pergi bank ada meeting dengan client. "

"Client amende? Artis ada jumpa client juga ke? Pah tu pergi bank lah pulok" hairan juga Shee dengan perangai suami Ashie ini. "Takpe, takpe..mung jangan risau sangat. Kenapalah mung dok kasi tau awal-awal..takpe, nanti ambe tanya dengan Pi-kun, okay?" Shee cuba menenangkan hati yang resah milik sahabatnya itu.


********************



Okeh! Introduction Time! Ashie dan Shee adalah sahabat baik. Diaorang ni orang Malaysia. Lepas tu pindah Jepun..kononnya nak ikut suami diaorang lah. Suami diaorang berdua ni artis terkenal wei! Kalau sebut full name diaorang..gerenti korang tau lah. Okay..okay...nama suami Ashie, Toma Ikuta. Ha! Korang kenal kan? Don't tell me dok kenal..tipu arr kalau dok kenal. Korang wiki lah nama tu kalau rajin! Google Image pun boleh juga! Dan Shee pula berkahwin dengan penyanyi dan juga pelakon terkenal, Yamapi. Nama full dia Yamashita Tomohisa. Yang ni korang dok kenal.. ambe pun dok tau lah. Dan cerita ini mengenai rumahtangga diaorang berdua. Focus more on rumahtangga Ashie dan Toma.

Kena bagi link ke ni?

Oklah here's the link to wikipedia of both artist: Toma Ikuta and Yamashita Tomohisa.

Ya..ya..betul lah tu.. korang dok salah tengok.. tu lah hubby Ashie dan Shee respectively.

Nak tengok betul ke tak diaorang bespreng? Alaa.. korang ni.. tak nak tanya pasal Ashie ngan Shee ke? Cerita ni tang diaorang lah.. ehh bukan sama ke..? Kalo cerita tang Ashie mesti ada cerita tang Toma.. kalo cerita tang Shee mesti ada Yamapi? Aiks..nak tanya sebab lagi.. alaa.. sebabnya.. kan diaorang husband and wife.. aigooo. Turtle-turtle in the boat betul lah!

Dan juga- kalo cerita ada Ashie dan Shee.. mesti ada Hurul. Ahh..jeng! jeng! Yang tu korang kena tunggu lahh.. apa peranan dia...very the penting also! oh no! XD

Ahh? Macam mana diaorang kenal, berjumpa, bercinta dan terus berkahwin? Banyak tanya betul lah korang ni. Korang ni...Ahh! Dok sah ceritalah. Panjang lah lagi pula ambe nak mereka-reka jalan cerita. Ish..Ish..Ish.. bak kata Dato' Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. HEHeHeHeHehehhe.....

Ha, anyway ni.. lahh..gambo sepasang bespreng forever tu!

Yang baju putih itu suami Ashie. Yang tengah makan biskut itu suami Shee. Ni gambar diaorang sewaktu diaorang belum baligh lagi kot. mwahahaha! Suka suki je...