Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #18 (Part 3 of 3)

After 1 hour...

Kami pun menaiki ferri semula menuju ke destinasi seterusnya, Piazza San Marco.

Di Piazza San Marco..

Setelah mengambil gambar dari pelbagai sudut, kami pun terus menyewa satu gondola. Aku walaupun pernah menaiki gondola itu kini juga teruja coz kali ni pergi beramai-ramai ngan geng-geng satu kepala aku ni. Dan kami bertuah sungguh kerana mendapat pemandu gondola yang cukup ganteng.. eh silap.. maksud aku.. yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. So, penerokaan kami bersama gondola sungguh berinformasi. Memang well-experienced betul lah pemandu gondola ni.

Dan di pertengahan penerokaan within the buildings tu, si pemandu kami yang bernama Signor Alfonso itu pun mula mengeluarkan suaranya, mengalunkan lagu dalam bahasa Itali. Wah! Sungguh.. kami tak faham! hahahahaha! Tetapi..suara dia memang merdu ooo... Dan dari satu arah, tiba-tiba.. kami terdengar ada juga yang mengalunkan lagu Endless Love.

'Nice song, nice voice, who is that?' tanya Signor Alfonso dan memperlahankan dayungan Gondolanya untuk menanti gondola yang datang dari arah lain itu.

Dan bila gondola itu sampai,

Aku, Ashie-unnie, Kak Waiem dan Hurul ternganga.

'OPPPPAAAAAA!!!' teriakku bila ku terpandang wajah Jae Joong. Dan mereka jugak nampak terkejut dengan kehadiran

'You know them?' kedengaran Signor Alfonso bertanyakan pada Kak Waiem.

'It's her boyfriend,' jawab Kak Waiem.

'Really? What A Small World!' dan gondola yang satu itu mendekati gondola kami. Signor Alfonso bersalaman dengan pemandu gondola yang membawa budak-budak DBSK itu. '

'Hurul, are you okay?' aku terdengar Ashie-unnie berbisik pada Hurul yang sudah terduduk. Dia kekejutan kot. Aku menoleh pada Hurul dan menoleh semula pada gondola. Aku terlihat YunHo dan outfit itu sungguh similar dengan lelaki yang kami lihat sewaktu dalam feri tadi. Bertopi cowboy, berbaju kuning cair dan berspek hitam. No wonder.

'Signor, off we go!' aku memerintahkan Signor Alfonso untuk memulakan perjalanan.

'Wae?' tanya Jae Joong padaku seolah dia dapat mengesan sesuatu yang kurang best terjadi.

'Oppa, nothing much. But someone have something to explain. See you later infront of the Piazza when we're all done with the tour. BE THERE!' balasku keras sambil menjeling YunHo-oppa yang sedari tadi tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hmpfft!

'Eyh?' blur sungguh muka Jae Joong dan Max. Dan ku lihat Xiah dan Micky juga berpandangan satu sama lain dan mengangkat bahu mereka tanda tidak mengerti.

'Taaaaa~' dan gondola kami meninggalkan gondola yang membawa bebudak DBSK itu.

'Gwenchanayo, Hurul?' tanyaku setelah kami melepasi gondola itu. I mean seriously who would have expected. Kenapalah aku bodoh sangat tak pernah tahu schedule Jae Joong. But then again, aku juga ada kerja yang harus aku buat.

'Ngko memang sengaja kan, Shee? You chose Venice coz you know that they will be here,' tanya Hurul sambil mengetap bibir.

'Sumpah Hurul.. aku tak tau pun diaorang nak datang sini. Betuuuul! I'm sorry, Hurul! My mistake tak pernah tahu schedule Jae Joong! Betuul! Gomen ne~' aku betul-betul rasa bersalah. Aku ni seperti menyimbah air garam di hati Hurul.

'Sudah lah tu..Hurul, memang dah jodoh kau agaknya dengan YunHo. Kemana saja kau pergi, memang akan bertembung dengan dia. Ada urusan yang perlu kamu berdua selesaikan.' Kak Waiem menasihati Hurul.

'Ha..betul tu. He is your destiny, dear~ stop running away. Dah lama dah YunHo tunggu. 3 years bukan masa yang pendek, Hurul,' sambung Ashie-unnie pula.

'Bukan itu masalahnya, Unnie..tapi dia dah ada yang lain, Unnie!' bentak Hurul perlahan.

'What's happening?' tanya Signor Alfonso padaku yang terdiam dan hanya membiarkan Ashie-unnie dan Kak Waiem menjalankan tugas memberikan nasihat pada Hurul.

Biarlah aku tak perlu turut campur.

'Relationship problem, can we go back to the port now?' pintaku pada Signor Alfonso agar terus saja pulang dimana tempat kami mengambil gondola itu tadi. Dan Signor Alfonso bersetuju.

Uihs! ni bebudak tu lah punya pasal! Trip yang sepatutnya best ni menjadi tak best! Aku rasa aku nak cekik-cekik jer batang leher si YunHo tu sekarang jugak.

Siapalah agaknya perempuan bersamanya tadi itu? Bencinyaaaa! Eeee.. aku rasa aku nak pukul buah hati aku tu.. apsal lah dia tak bilang awal-awal yang diaorang nak pi Venice. Aku mengetap bibir. Geram.

No comments: