Wednesday, 1 September 2010

Cinta Ketupat - 5

“Tapi Kak Ashie kau sendiri yang cadangkan…”

Belum pun sempat mama menghabiskan apa yang ingin dicakapkannya, aku terusan membantah, “Mama!! Mama tau tak Shim Min Chul sebenarnya husband Kak Ashie! Takkan lah mama nak kahwinkan Alya dengan husband Kak Ashie. Takkan lah Kak Ashie nak suruh husband dia kahwin dengan orang lain.. kesian dengan Kidong tau! Alya tak nak! Alya tak nak!!”

Mama terdiam, berkerut dahinya.

“Husband, Shim Min Chul? Kidong? Siapa tu?” nampaknya mama seperti berfikir. Mungkin mama sudah menyedari akan kesilapannya ingin menjodohkan aku dengan suami kesayangan Ashie-unnie.

Dan mama bersuara lagi, “Ooooo.. maksud kamu Wakeel Shim. Ha! Tu memang laki Kak Ashie kamu. Tapi tunang kamu bukan nya si Wakeel tu. Tapi si Ikhmal tu..”

“Ikhmal? Errrr……” giliran ku pula menggaru kepala ku yang tidak gatal. Mama yang keliru ke kau yang keliru ni sebenarnya?

“Ah.. Ikhmal. Nampaknya kamu belum berjumpa lagi kot.. Takpe lah karang kat masjid, mama kenalkan kamu dengan dia lepas terawih, waktu moreh. Jangan pula nak escape. Kamu tu belum lagi jumpa orang kampong. Ramai dah yang tanya tu.. bila kamu nak muncul kat masjid tu” mama mencadangkan aku berjumpa tunangan ku itu dan mengambil kesempatan untuk membebel kerana aku belum menunjukkan muka untuk bersembahyang terawih sejak bulan puasa bermula. Alasan ku letih, belum biasa lagi, dan macam-macam. Aku tahu akan kerugiannya. Tapi aku kan baru balik.. so mesti nak sesuaikan diri dulu dengan keadaan kampong yang sudah lama ku tinggalkan.

“Iye lah.. iye lah.. “ aku akur walaupun aku masih keliru. Ikhmal oh Ikhmal~ namanya sungguh sedap. Kacak kah orangnya? Sempat lagi aku berangan.

********************

Selepas terawih,

“Mama, Alya kit rut.. tak tahan ni.. Alya balik dulu ye”

“Eh? Macam-macam lah pulak Alya ni. Buang kat masjid ni jer lah..”

“Ish.. mama ni.. tak nak lah. Takut lama pula Alya bertapa kat sini. Alya balik ye,” tiba-tiba saja perut ku memulas-mulas.

“Ke ni nak escape lagi lah ni?”

“Takut jumpa Ikhmal ke Alya?” giliran Ashie-unnie pula menyakat.

“Tunggu lah sekejap Alya, Mak Tin suruh Ikhmal hantar kamu ye.. Jauh tu” Mak Tin pula bersuara.

Bulat mataku. Jauh apanya? Bila masa pula rumah aku jauh dari masjid ni? Enjin kereta belum panas lagi aku sudah sampai dekat rumah.

“Err.. tak yah lah Mak Tin” kalau aku setuju waktu-waktu aku macam ni, alamat memang tak sampai rumah aku sudah melepas. Kot-kot lah handsome sangat si Ikhmal tu.

Ashie-unnie yang seperti boleh membaca fikiranku bersuara pada Mak Tin, “Biarlah ibu, biarlah mama.. kot kot nanti si Ikhmal yang temankan.. takut ada pula yang melepas. Iyalah kan.. si Ikhmal kita tu handsome bagai nak rak..” terkekek-kekek Ashie-unnie ketawa. Aku mengetap gigi merenungnya sambil menahan sakit perutku.

“Ok mama, unnie, mak tin – Alya chow!” pantas aku menyalam tangan mereka dan terus menghilang.

******

“Ah lega~” aku menyeka peluh setelah keluar dari tandas. Bergegas ke bilik mandi untuk mengambil air sembahyang semula untuk kembali ke masjid.

Aku ingin bersiap-siap untuk mengunci semula pagar rumah bila aku terdengar bunyi sesuatu. Bunyi seperti dentingan rantai mangga ditarik-tarik. Meremang bulu roma aku untuk sementara waktu.

‘Heesh.. bulan puasa ni mana ada benda-benda macam ni’ aku cuba menenangkan diriku. Iyelah kan, siapa tidak takut kan? Hanya ada dua buah rumah saja di kawasan itu. Rumah aku dan rumah Mak Tin. Aku memberanikan diri untuk menoleh ke sebelah kiri. Ke arah rumah Mak Tin. Ku melihat ada satu bayang sedang menunduk mencuba untuk menarik-narik kunci pagar Mak Tin. Tidak nampak wajahnya.

Berkumat-kamit mulut ku membaca surah Ayatul Kursi dan aku cuba memberanikan diri. Aku mendekati dan bila aku hampir, aku suluhi bayangan. Suluhan itu tepat ke wajahnya membuatkan dia terkejut. Wajah putih tidak berdarah menggegarkan seluruh jiwaku dan membuatkan suaraku lantang menyebut, “Allahu Akbar!” dengan keras. Tapi tubuh itu tidak beralih. Melihat akan keadaan itu, aku pasti bahawa bayangan itu adalah seorang manusia.

“HOI! Kamu siapa? Buat apa dekat sini? Astaghfirullah..hari baik bulan baik ini kamu lakukan kerja sebegini, mak bapak kamu tak ajar ke?” kataku kasar lagi berani. Kalau apa-apa, aku pastinya akan lari memecut, lagipun lelaki di hadapan ku ini tidak mungkin akan sempat melakukan apa-apa padaku kerana aku adalah bekas pelari pecut kebangsaan wakil sekolah rendah. Tapi, ada masih ke power aku tu? Aku sempat meraba perutku yang boroi yang terlindung di sebalik jubah hitam ku. Don’t blame me, blame Melbourne for that… hohoho

“Ini rumah saya, cik. Saya nak masuk rumah ni. Tapi salah bawa kunci pula. Kunci yang sebenar tinggal dekat masjid”

“Boleh percaya ke ini rumah kamu?” aku menanyakan lagi soalan pada pemuda yang wajahnya masih tidak jelas. Kenapa muka dia tak jelas, entah-entah… fikiran ku mula meliar ke bahagian mistik di hemisfera minda aku. “Ini rumah Mak Tin saya”

“Mak Tin tu mak angkat saya. Saya tinggal di rumah dia sementara waktu ni untuk sesi pertukaran mahasiswa Seoul. Nama saya…” terang lelaki itu.

Tapi belum sempat dia meneruskan keterangan dirinya, aku menyambung, “Ikhmal?”

“Eh, so you know my name?” tanyanya lagi.

Aku cuba mengecilkan pandanganku tapi masih tidak jelas. Dia ni ke tunang aku? Dan belum pun sempat aku cuba mengalihkan lampu suluh ku untuk menatap wajahnya, keadaan riuh rendah di belakang kami. Rupanya mama dan keluarga Mak Tin dah sampai.

“Ikhmal! Kamu salah bawa kunci… kamu sedar tak?” Ashie-unnie menghumban gugusan kunci kepada si lelaki yang berdiri di hadapan ku kini.

Melihat akan keadaan kami yang berhadapan begitu, Ashie-unnie pantas menangkap,” Ewah..ewah.. merpati dua sejoli ni dah berkenalan nampaknya ibu, mama”

“Kenapa borak-borak dalam gelap ni? Nasib baik lah takde orang kampong lalu lintas kat sini ni. Kalau tak mau kahwin free kamu malam ni,” bebel Mak Tin. Dalam pada masa itu, aku sempat juga meninjau-ninjau untuk melihat wajah suami Ashie-unnie. Tapi tiada bayangnya.

“Unnie, mana hubby unnie?” aku menggamit lengan Ashie-unnie.

“Wah..wah..tunang dah kat depan mata..nak pula nengok lain. Yang ni tak hensem ke?”

“Sssh… kakak ni diam arr. Tak kenal maka tak cinta lah kak”

“Seharusnya sekarang kamu dikenalkan” Mak Tin menyambung dan mengajak kami masuk ke dalam. “Mari lah masuk ke dalam agar dapat berkenal-kenalan”

“Ma.. “ aku memaut lengan mama pula.

“Pergilah Alya. Pergi beramah mesra dengan Ikhmal tu. Bakal laki kamu juga” bisik mama dekat padaku.

“Tapi..Alya tak suka lah dengan dia. Slang dia cakap tak best lah mama” aku merungut dalam rungutan yang hanya boleh didengar oleh mama.

“Pergi je lah…”

“Mama tak nak pergi ke?” tanya ku.

“Mama nak salin pakaian jap. Karang mama bawa baju persalinan kamu. Mak Tin mengajak kita lepak kat rumah diaorang malam ni, katanya nak menganyam ketupat. Kamu pergilah dulu dengan diaorang, okay?”

Tidak ingin mengecewakan mama, aku akur.

“Jom masuk Alya”

Si Ikhmal… maksud aku… tunang aku itu..sudah mendahului masuk ke dalam rumah. Kelibatnya juga tidak ku nampak. Heesh, tunang dia depan mata pun dia tak ajak. “Hampeh! Minus One point!” rungutku bila duduk di atas sofa di bilik tamu rumah Mak Tin sambil membuka telekungku dan melipatnya, meletakkan nya ke tepi.

“Apa nya yang minus one point ni Alya? Ikhmal ke? Dia masuk ke dalam kejap… tunggu lah.. kata nak salin baju sekejap. Kamu minum lah dulu, Unnie nak naik sekejap, nak tukar baju Kidong jap”

Aku hanya mengangguk sambil mencapai gelas yang dihulurkan oleh Ashie-unnie.

“Ha! Jangan buat apa-apa tak elok tau kat bilik tamu ni. Bukannya unnie tak kenal kamu tu.. kamu kontrol-kontrol lah darah gemuruh kamu tu”

“Heesh.. unnie ni.. ke situ pula. Kalau dia hensem macam Kim Hyun Joong, boleh lah unnie advise camtu. Kalau dok, bolayanlah”

“Alya~ Alya~ jangan lawan cakap orang lebih tua dari kamu. Dah terkena kang, baru tau,” sambung Ashie-unnie sebelum dia menghilang naik ke atas.

“Funny betul lah Ashie-unnie ni.. tak ubah-ubah” aku menyandarkan badanku pada sofa sambil menghirup air oren sejuk itu. Lega rasanya.

Thursday, 26 August 2010

Cinta Ketupat - 4

Burp! Aku bersendawa kekenyangan. Mata mama tajam menikam wajahku yang berkelakuan sungguh tidak senonoh itu.

“Oops.. Alhamdulillah~” aku sedar akan kesilapanku.

“Heesh.. sungguh tak senonoh. Kalau macam ni, macam mana nak kahwin?”

Aku tersedak.

“Siapa yang nak kahwin ma?” tanyaku. Blur attack. Mama maksudkan aku ke? Tapi dengan siapa?

“Alya, dah buka puasa pun Alya.. takkan lali lagi kot.. jangan bagi seribu satu alasan. Bukan mama tak kenal dengan Alya tu. Alya sayang, kalau Alya tak sedar juga.. anak mama cuma ada satu je. So dia lah yang mama nak kahwinkan”

“Alya?” aku menunjuk diriku.

“Ah, takkan berkenan.. tadi kan dah jumpa ngan bakal suami. Surprise kan? Kamu yang nak sangat kan kahwin dengan laki Korea kan.. so mama cari lah untuk kamu satu..”

“MAMA!!!! Tapi… “

“No, I don’t accept ‘NO’ as an answer no more. Alya yang janji ngan mama kan over the phone last time waktu mama telefon last time Alya waktu Alya kat Melbourne last time, if mama jumpa mamat Korea sebijik ngan mamat bunga tu, you are getting married. Alya tu bukannya muda sangat lagi…”

Janji?

‘Bila masa pula aku berjanji ni?’ aku mengerutkan dahiku cuba untuk memutarkan kembali CD ingatanku.

*Flashback*

“Alya, Alya sibuk ke?” memecah suara mama masuk melalui corong telefon.

“Not really ma… Alya tengah duduk depan computer nih, baru je selesai hantar assignment. So now kira free lah..”

“Ada exam ke?”

“Hrm.. takde. My course memang takde exam lah ma.. eh kenapa mama tanya ni? Bunga-bunga lah pula” cara pertanyaan mama sungguh berbeza. Seperti ada hajat yang besar.

“So kalau mama bincang sesuatu dengan Alya skang ni, boleh ke?”

“Eh mama ni.. sound macam tu. Buat Alya tak senang duduk lah” aku bangkit dari meja belajarku dan menuju ke atas katil.

“Ah, penting discussion nih. Tentang masa depan Alya”

“What?? Mama nak discontinue uni Alya ke?”

“Eh tak lahh..”

“Dah tu?”

Dan mama pun terus bercerita panjang lebar membuatkan aku betul-betul tidak senang duduk.

“Eh mama ni.. tak nak lah kawin awal-awal. Alya tengah tunggu Mr. Right Alya ni. Stail lama betul lah main jodoh-jodoh ni. Kang Alya tak suka dia kang.. kesian anak mama ni tau.. Mama tak sayang ke anak mama ni?”

“Sebab mama sayang anak mama lah, mama buat macam ni”

“Mama ni…” aku merungut. Kurang senang dengan cadangan mama. Mama ingin menjodohkan aku dengan anak kenalan Mak Tin. Eiks! Tak pernah pun jumpa, nak kahwin ke? Ini bukan dalam novel. Aku menarik muncung sedepa ku.

‘Kalau dia hensem macam Hyun Joong-oppa boleh lah, aku layan je’ rungut ku dalam hati kononnya. Tapi rupanya tidak di dalam hati rungutan ku itu, bila mama boleh mendengarnya.

“Eh nak juga yang macam mamat bunga tu… kalau Mama kata mama jumpa orang macam dia, kamu nak kahwin ke dengan dia?” kata Mama.

“Boleh juga ma..dapat laki hensem macam tu, mesti mama bangga giler lah. Cucu-cucu mama mesti cantik dan hensem nanti,” aku terkekek membalas.

“Betul eh?” tanya mama lagi memastikan.

“Betuuuul.. kalau mama boleh bawa Kim Hyun Joong tu ke Malaysia kahwin dengan Alya, I will do whatever you want,” balas ku lagi. Pastinya itu satu yang mustahil.

“Cerita-cerita tang Hyun Joong ni.. Uihhs..mama tau ke siapa dia? Mama dah tengok ke drama tu?” soalku teruja. Wah! Mama ku update lah dengan Korea nih!

“Laa.. kan Alya yang suruh mama tengok drama tu. So mama suruh lah Pak Mat cari DVD dia untuk mama. Dah anak mama macam gila bayang dengan budak Hun Jung tu”

“Bukan Hun Jung lah mama, tapi Hyun Joong” aku membetulkan kesilapan mama menyebut nama lelaki pujaan ku itu.

“Sama jer lah bunyi dia.. heesh.. eh, Alya.. mama skang bukan nak cerita tang mamat bunga tuh..
tapi nak cerita tang pertunangan kamu ni”

“TUNAAAANGGGGG?”

*end of flashback*

“Ma, so skang dia dah jadi tunang Alya ke ma?”

“Ah – anak angkat Mak Tin tu dah jadi tunang kamu Alya. Yang kamu pakai tu cincin dia lah”

“WHAAAAATTTTTT??” Aku melihat cincin berlian yang tersarung di jari manis ku.

“But mama cakap cincin ni, Mak Tin yang bagi untuk mama” dan bila saja sedar apa yang ku cakapkan, aku menekupkan mulut ku. Sheesh!!

“Tapi Ma, kan dia… “

“No, tapi – tapi…” dan mama terus berlalu meninggalkan ku terkulat-kulat.

‘… dia kan suami Kak Ashie’ aku meneruskan apa yang ingin ku katakan dalam hati. Aku betul-betul risau.

Ku cubit pipi kanan, ku cubit pipi kiriku berkali-kali, terasa sakitnya. Dan ku lihat jari manis ku yang masih tersarung cincin itu, memang wujud cincin itu. Tapi sampaikah hati aku memusnahkan kebahagiaan Ashie unnie? Takkan mama tak tau yang Ashie unnie dah kembali?

Dan aku sendiri..sanggup kah aku untuk bermadu?

'TIDAAAAKKKKK!' teriak ku dalam hati. Aku tidak sanggup untuk memusnahkan kebahagiaan kakak kesayangan aku.

Tidak ada kah lelaki lain di dalam dunia ini?

'Ada- Kim Hyun Joong kan ada.. kenapa perlu Min Chul-ssi juga yang jadi pilihan Mama? Tu kan menantu Mak Tin?'

1001 persoalan menyesak masuk ke dalam mindaku. Dan aku berlari ke bilik mama untuk memberitahu mama hal yang sebenar.

Aku harus menghentikan perkara ini secepat mungkin!

PANIC ATTACK ON THE ROWS!!

Friday, 20 August 2010

Cinta Ketupat - 3

“Assalammualaikum~~!!! Assalammualaikum~! Ada orang di rumah tak? Mak Tin??” laungku memberi salam di hadapan pintu rumah Mak Tin yang terbuka sedikit.

Kalau sudah terbuka tu, sememangnya adalah orang kan? Tapi mana Mak Tin ni? Ku toleh ke kiri, ku toleh ke kana. Tidak pula ada benda-benda yang menimbulkan syak wasangka. Kereta Honda City Mak Tin masih lagi ada. Menunjukkan tiada pecah rumah telah berlaku. Kalau tidak mesti kereta itu dibawa lari juga. Tapi ada satu lagi kereta sport Audi A5 berwarna hitam berkilat mengisikan tempat letak kereta yang kosong bersebelahan kereta Mak Tin. Tapi, takkan lah pencuri pakai Audi R8 kot? Tapi kalau bukan pencuri, siapa yang pakai?

‘Wah, pastinya Mak Tin beli kereta baru. Tapi Mak Tin ni.. biar betul beli Audi A5? Ini dream car aku ni. Dia nak buat apa dengan kereta best macam ni?’ aku bermain dengan seribu satu persoalan.

“Assalammualaikum~~!!” laung ku lagi sekali.

“Waalaikumsalam” jawab satu suara dari dalam. Seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan 7 tahun kini berdiri di hadapanku. “Aunty, aunty~ aunty nak jumpa siapa?” tanyanya pintar dan tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik dan sihat ala Kodomo Lion. Aku terkesima sekejap. Wajahnya juga persis seseorang. Tapi siapa? Aku pantas meredah kotak minda untuk gambar seseorang. Rambut ikal badan sedikit gempal.. HA! Kidong~!

“Kidong ahh” terlepas nama itu dari mulutku.

“Yes aunty? Aunty ni nak jumpa Kidong ke? Tapi Kidong tak kenal Aunty pun” dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin cuba mengingati jika dia pernah bertemu ku di mana-mana sebelum ini.

‘Eh perasan pula budak ni nama dia Kidong’

“Adik, Mak Tin mana?”

“Nama Kidong bukan Adik. Choneun Kidong imnida. Annyeonghaseyo!” fulamak! Ni ke anak angkat Mak Tin dari Korea tu? Fasih giler bahasa Korea budak ini. Bukan itu sahaja, fasih juga berbahasa Melayu. Tercengang aku seketika.

“Aunty cari siapa?”

“Mak Tin.. is she in?” sesungguhnya aku lebih senang berbahasa Inggeris dengan budak ini. Aku pun tidak tahu kenapa. Dia budak pintar.

“Mak Tin? No Mak Tin here”

Eh? Aku salah rumah ke? Aku melirik lagi ke garaj. Itu betul, kereta Honda City tu memang Mak Tin yang punya. Ku kecilkan pandanganku untuk melihat nombor plat kereta itu. Ha! Betul pun, itu kereta Mak Tin.

“So who lives here Kidong?” tanyaku ramah dan melebarkan senyuman selebar-lebarnya.
Trying to be friendly lah kononnya~

“Kidong, omma, appa, Nek Tin and… ” belum pun sempat dia menghabiskan jawapannya, terdengar satu suara yang agak familiar.

“Kidong ahh~ nuguseyo?”

“Umma, nam molla” balas budak kecil itu. Nasib baik lah aku faham bahasa Korea ni sedikit-sedikit. Mengerti juga aku dengan apa yang mereka bicarakan.

Dan yang empunya suara menyapa. Terkejut aku melihat wajah itu. Dan rasa sebak bercampur gembira berbaur menjadi satu.

“UNNIEEEE!!!!!!OHMYYY!!! Bila unnie balik???” aku melurutkan pegangan kantung plastik yang ku pegang ke pergelangan dan memeluk wanita itu kejap.

“Alya, mung apa khabar? Lama kita tak jumpa naaa~ masih ingat unnie kaaa?”

“Alaa.. unnie, takkan lah tak ingat unnie..” aku mengesat air mata ku yang akhirnya mengalir. Dia juga ku lihat mengesat air matanya dengan hujung bajunya.

“APPAAA!! Omma nangis. Ada orang buat omma nangis,” budak berambut ikal itu terus berlari comel ke dalam dengan suaranya yang nyaring. Aku dan Ashie-unnie tercengang lalu ketawa melihat gelagat si kecil.

“Itu anak unnie. Kidong nama gelarannya. Nama sebenarnya Daniel Shim”

“Ohhh…ingat Kidong yang betul tadi. Sebijik juga dengan Kidong Speedy Scandal tu. So, unnie bahagia lah skang dengan hubby unnie tu?”

“Alhamdulillah Alya, bahagia sesangat. Ayah unnie pun dah mampu terima dia skang ni. Skang ni ayah kat belakang tu dengan abang Alya mencari daun silat. Lawak juga tengok orang tak pernah masuk hutan belantara, tiba-tiba masuk hutan” Ashie-unnie tersenyum senang.

Terpancar sinar kebahagiaan di matanya. Aku bersyukur akhirnya dia kembali juga ke pangkuan Mak Tin dan Pak Abu. Ashie Unnie, satu-satunya anak tunggal Mak Tin dan Pak Abu yang merajuk membawa diri kerana cinta terlarang apabila dia kahwin lari dengan seorang lelaki berbangsa Korea. Siapa namanya? Aku pun tidak ingat. Rupanya ini yang mama maksudkan dengan kerugian jika aku tidak bertandang ke rumah Mak Tin.

“Ha~ ni rendang daging untuk Unnie sekeluarga” aku menghulurkan bekas plastik yang ku bawa tadi.

“Alya tak nak masuk dulu ke?”

“Eh tak pe lah unnie.. nak get ready untuk berbuka lagi. Riuh kang mama kat rumah tu”

“Ok lah, kirimsalam Mama Alya juga. Nanti-nanti kita berbuka sama-sama ye. Jumpa kat masjid pun boleh juga”

“Okay.. oh by the way, Alya lupalah unnie.. hee.. siapa nama hubby Unnie tu? Alya lupalah”

“Laaa… lupa? Abang Alya tu nama dia Abdul Wakeel Shim. Nama Korea dia Shim Min Chul”

“Shim Min Chul? Alaa.. nama sebijik macam member T-Max tu, “ aku memberitahu Ashie unnie.

“Bukannya lagi sebijik. Dah memang pun dia orangnya” balas Ashie-unnie tersenyum.

“HAHHHH????” Aku terkejut baboon.

“Iye.. betul lah tu. Waktu unnie kahwin dengan dia, dia belum jadi artis lagi pun”

“Oh- ohmyyy! Artis tu unnie! You sure are so lucky, unnie” Aku betul-betul tidak menyangka akan pertemuan sebegini. Confirmlah kereta Audi Sport tu dia yang punya! Artis tu.. mesti pakai kereta glamour gitu!

“Alhamdulillah, Alya. Dia memang suami yang baik. Nanti unnie kenalkan dia dengan Alya. Nak autograf pun boleh juga. Tapi skang ni dia takde..tengah sibuk kat belakang tu”

“Tak apalah unnie. Nanti akan jumpa juga esok-esok. Insya-Allah. Eh? Dah lewat ni unnie.. Alya balik dulu ye. Kirimsalam Mak Tin” walaupun hati ini teruja sangat untuk bertemu dengan artis itu. Al-maklumlah kan, aku tak pernah pun jumpa artis secara live nih. Ni kan pula jumpa artis Korea, artis Malaysia pun aku tak pernah terserempak lagi. Adeh~

“Ahh.. insya-Allah~” aku dan Ashie-unnie bersalaman lagi dan saling berpelukan. Ku meninjau-ninjau si kecil Kidong. Tapi tiada bayangnya. Mungkin dia sudah mengadu dengan ayah dia agaknya. Tersenyum aku sebelum berlalu. Girang hati ini akan pertemuan bersama Ashie-unnie. Sungguh tidak ku sangka. Mama sure knows bagaimana untuk surprisekan anak kesayangannya ini!

Cinta Ketupat - 2

Satu ketukan halus di pintu bilik menyedarkan ku. Suara mama menusuk masuk ke telinga ku.

‘Eh, aku tertidur ke?’ tersedar aku dari tafakur ku. Ku usap kepalaku dan wajahku, ternyata aku masih bertelekung. Sah! Aku memang tertidur sewaktu bertafakur tadi.
Betul ke aku bertafakur?

“Kejap ma…” aku membuka telekung ku dan menyidainya semula di tempat biasa. Aku menuju ke pintu sambil tersenyum.

“Ha, senyum-senyum ni kenapa? Lama betul kamu sembahyang Asar.. kamu buat sunat ke?” tanya mama sambil mengerutkan dahi. Aku yang tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari mama tersengih lagi macam kerang busuk dua minggu.

“Ha! Sengih-sengih macam tu.. kompom arr tertidur dalam solat. Ya Allah~ kamu ni Alya? Besar panjang ada Master macam ni pun… perangai tak pernah berubah” bebel mama. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Kenapa ma?”

“Lahh.. dia tanya lagi. Mama kan nak mintak Alya tolong.. tolong hantar sedekah buat Mak Tin kau tu. Ni ha bekas dia” mama menghulurkan kotak plastik berwarna hijau berisi dua bekas.

“Ok lah.. ok lah.. Alya hantar.. heee.. but mama buat apa ni?” tanyaku cuba mengintai-intai kotak plastik dan mendekatkan hidung ingin mengambil aroma. Hmm~ bau macam rendang daging. Nyum!

“Mama buat rendang daging. Mak Tin special request. Sebab Mak Tin kau hari ni buat lontong. Kang bekasnya jangan lupa bawa balik ok?”

Uihs! See.. special request tu. Rendang daging mama sungguh special! Terkenal di seluruh alam. Eh ya ke? Banyak lah seluruh alam.. tapi betul, sure tak tipu punya. Kalau Kim Hyun Joong rasa rendang daging mama nih buat cicah ketupat waktu raya .. uihhs.. mau tak balik Korea dia. Siap-siap ajak keluarga dia tinggal kat Malaysia ni. Panjang angan lagi sikit. Siap-siap maunya dia suruh ibu dia pinang mama. EYHHH?? PINANG MAMA? Tsk. Tsk. Lahh pulaaa.. maksud aku pinang anak mama. Hehehehe..

"Tapi kenapa Mak Tin special request rendang daging mama awal puasa ni ma? Bukan Mak Tin selalu special request untuk first day raya ke? Ni belum pun raya lagi, anak bulan ramadan pun masih belum besar," aku bertanya pada mama kehairanan merujuk pada awalnya mama menerima pesanan Mak Tin.

"Ala Mak Tin kau tu, anak angkat dia tu mengidam nak makan ketupat dengan lemang dia datang Malaysia ni, tu yang Mak Tin turutkan keinginan dia tu. Takut dia balik Korea nanti, kempunan pula dia. "

Mendengar akan jawapan mama, aku menarik 'O' ku panjang tanda mengerti. "Ooooooooo..patutlahhhh."

“Dah, dah apa lagi tercegat kat situ tu? Mama nak solat jap. Hantar now – kang mama dah selesai solat, mama nak bekas ni kosong dan ada kat meja dapur. Dengar?” Aduh! Walau dah bersara mama ni, tapi aura cikgu dalam diri dia masih ada feel gitu.

“Ok- madam!” dan aku mengangkat kanan ku menunjukkan tabik dan menghentak kaki kiri ku ala-ala prebet bersara tahun 60-an.

“Malas betul mama nak layan kamu ni,” mama menggelengkan kepalanya sebelum berlalu ke bilik tidurnya.

Aku tersenyum senang melihat senyuman mama. Hati ku ringan. Sejak pemergian ayah menghadap Illahi tujuh tahun lalu, mama yang bersusah payah membesarkan aku. Dan kini, satu pintaku – walau ku tidak sempat untuk membalas jasa ayah, aku berjanji untuk membalas jasa mama yang telah banyak berkorban untuk ku. Untuk masa depanku.

‘Ma, akan ku lakukan apa saja untuk membahagiakan mama,’ bisik hatiku dan itu janjiku. Janji ku di hadapan batu nisan ayah selepas ayah dikuburkan tujuh tahun lalu. Tiba-tiba terbias rindu di hati ini buat ayah. Air mata ku yang ingin mengalir dapat ku tahan. Aku pantas menuruni tangga untuk menghantar sedekah juadah ke rumah Mak Tin sebelum mama menyedari akan perubahan angin monsun ku.

Wednesday, 18 August 2010

Cinta Ketupat - 1

Mataku terkebil-kebil memandangnya. Aku di alam mimpi kah? Ku cubit pipi kanan ku. Terasa peritnya. Terasa juga satu usapan lembut di pipi kanan ku menghilangkan rasa perit itu. ‘Ma, Alya tak bermimpi kan mak?’ tanya ku di dalam hati tanpa menyedari tangan ku sudah memegang tangan sasa dan mendekatkannya lagi ke pipiku. Suam rasanya menenangkan jiwa. Berputar dunia ku seketika dipenuhi lagu cinta. Dia merenungku lembut. ‘Hafiz~’ ku sebut nama itu dan si dia mengukir senyuman manisnya.

BUK!

“HOH! Astaghfirullah!” Aku terbangun dari tempat lena ku. Mendengar akan suara ku itu, pastinya cukup besar sehingga sampai ke telinga mama yang sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa. Bunyi aku jatuh seperti nangka busuk bergolek happily down the stream. Hehehehe~

“Alya, kenapa? Buat kejut mama je.. Anak bertuah! Tidur lagi waktu Asar!” Ibu mula membebel sambil menyuakan senduknya pada jam dinding yang terletak di ruang tamu. Aku menjeling pada waktu yang ditunjukkan mama, terduduk sambil tersengih serang busuk.

“Sorry ma. Alya tired tired a bit. Kejap ma, lepas ni Alya ikut mama pergi dapur okeh? Buat sirap okeh? Alya naik atas jap sembahyang Asar. Tumpang lalu ye mama.. mwa!” aku membongkokkan badan sedikit melintas ibu untuk naik atas.

“Hmm. Tapi kang jangan pula tak turun-turun. Mama nak Alya hantar sedikit makanan ke rumah Mak Tin sebelah. Dengarnya anak angkatnya dari Korea dah tiba”

Terhenti langkah ku menaiki tangga dan berpaling pada ibu. “Korea?” pantang sungguh telingaku mendengar nama negeri itu. Bukan jelik tapi teruja. Sebab jiwa fangirl aku yang sungguh ultimate ini. Dan di fikiranku mula membayangkan alangkah baiknya kalau anak angkat Mak Tin itu Kim Hyun Joong. Pastinya aku akan bertuku bertangga di hadapan rumah Mak Tin. Akan ku tunjukkan bakat dan skil rumah tangga ku dari memasak air sehingga memasak telur goreng dadar ala-ala Adam Liaw, Master Chef Australia 2010. Tersenyum aku seorang diri mula jauh terapung-apung di planet Neptune.

“Ewah~ ewah.. panjang angan. Dah sembahyang ke adik manis oii?” suara mama memecah telinga ku lagi. “Dah hampir kering cetek mama boil air, belum lagi berganjak dari situ. Mula lah tu.. sebut je Korea, berangan lah tu nak kahwin dengan budak biola tu! Takde maknanya Alya oiii~” terpacul lagi kepala mama dari dapur.

“Dah, dah~ pergi sembahyang skang. Pas tu hantar bekas..”

“Alaa..mak je yang hantar lah.. pinggang Alya sakit lah”

“Banyak alasan. Jangan nak macam-macam. Alya yang rugi nanti” dan mama terus berlalu ke dapur semula.

‘Rugi? Rugi kenapa? Ah..takde maknanya’ dan aku mengangkat bahu endah tak endah dan terus mendaki anak tangga ke bilikku di tingkat atas ingin menunaikan kewajipan Asar yang telah ditetapkan.

Monday, 15 February 2010

My Secret Friend - Prolog


PROLOG


“Kalau tak suka, kata tak suka. Aku dah muak dengan semua ni,” Ellie merampas patung dolfin biru kesayangannya dari tangan lelaki itu. Argh! Benci sungguh dia dengan lelaki itu. Siap buat lagu lagi untuk dia. Lagu sindiran. Membawa maksud dia bersendirian.

“Oetoriya.. Oetoriya...” melolong lelaki itu menyumbangkan suaranya bila Ellie melalui tangga itu untuk menuju ke kelas. Konon-kononnya menyanyi. Lepas itu dirampas pula phone-strap yang tergantung dari celah poket bajunya. Betul-betul menyakitkan hati. Dah lah dia terlewat sebab tayar basikalnya pancit di tengah jalan. Lelaki ini pula buat hal. Suka sangat lelaki ini mencabar tahap kesabarannya. Dia tak tahu pun apa salahnya sehingga lelaki ini suka sangat untuk menganggunya. Dia pernah berdosa kah dengan lelaki ini di kelahirannya yang lampau? Kejadian atas pentas? Adakah itu satu dosa?

“Aku bukan tak suka kau... tapi aku benci tengok muka kau.. aku benci..” balas lelaki bernama Yong Hwa itu. Mendengar perkataan itu keluar dari mulut lelaki itu, Ellie mengorak langkah meninggalkan lelaki itu.

Ellie menyapu air matanya yang lebat turun menggunakan patung dolfin kesayangannya. Di tempat ini lah, dia sering membuang air matanya. Dan di atas bumbung sekolah ini lah, dia menemui patung dolfin itu. The one and only friend she has. Lelaki di dalam bilik stor terbiar di atas bumbung yang memberikannya dolfin biru itu tidak pernah menampakkan wajahnya. Katanya, biarlah dia menjadi ‘secret friend’. Biar mudah untuk Ellie meluahkan perasaannya. Lelaki itu hanya memperkenalkan dirinya sebagai Andy. Tapi hari ini, lelaki itu tiada. Tidak juga muncul. Puas dipanggilnya. Tapi tiada sahutan. Dan dia terduduk menangis di hadapan pintu stor itu.





####################



Please check the sidebars for the rest of the chapters!

Hope you enjoy it~! ^^

My Secret Friend - Epilog

EPILOG

“Sob..sob..terharu aku baca fanfic ni. Aku memang dah agak dah si Andy tu Yong Hwa. Lambat betul lah budak Ellie nih!” Jong Hyun menatap skrin laptopnya sambil menekan tetikusnya scrolling down membaca fanfic yang telah di-post pada laman web kumpulan C.N Blue. Dia duduk di meja makan. Min Hyuk menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Jong Hyun yang memang kemaruk dengan fanfic.

“WOI! Mandi lah wei! Tak habis-habis dengan fanfic dia. Min Hyuk dan Jung Shin tengah siapkan breakfast tu” Yong Hwa menghempas bahu Jong Hyun. Jung Shin dan Min Hyuk memerhati gelagat budak berdua itu. Yang tidak habis-habis nak bertengkar.

“Poyo betul lah ko kat sini, hyung. Tak seswai. But being all sweet like that.. you are so sweet..” kata Jong Hyun. Dan mendekati wajahnya pada skrin laptop Jong Hyun.

“Oh yang ni... aku dah habis baca semalam dah! Gosh!!! I didn’t expect that Andy has to be me! Poyo sangat lah wei~. Ooops!!” Kantoi!

“YOU READ?” tanya Jong Hyun. “Min Hyuk, Jung Shin! Yong Hwa-hyung baca fanfic lah wei..”

“SHUT UP! GO MANDI NOW!” dan Jong Hyun terus masuk ke bilik mandi bila dia dikejar oleh Yong Hwa. Terkekek-kekek dia ketawa kedengaran dari luar.

“No worries, hyung. Kitaorang dah lama dah tau dah...” Min Hyuk bersuara perlahan. Jung Shin mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

“Mwuh?”

“Jung Shin told me one day when he wanted to go to the bathroom few nights ago. So masa dia bagitau tu, I make sure lah dia cakap betul. And so I woke up juga to see you on your laptop in the living room malam-malam reading fanfics” Giliran Min Hyuk pula terkekeh-kekeh ketawa.

“ARGH! Sudahlah. Aku nak pergi bersiap jap. Call me when breakfast is ready” Yong Hwa terus berlalu ke bilik tidurnya. Tak sangka pecah tembelangnya. Haru! Jatuhlah standardnya as ‘cool man’.

“No worries lah hyung. We also read it” teriak Jung Shin pula. Dan Yong Hwa mengacu jari jemarinya yang telah dikepal menjadi penumbuk pada Jung Shin dari kejauhan sebelum menutup pintu biliknya.

My Secret Friend - 4

Ellie membuka matanya perlahan.

“Ellie, ko dah sedar? Serious. Ko buat jantung aku terhenti sekejap. Nasib baik lah doktor kata ko tak apa-apa” ayat pertama yang didengarnya keluar dari mulut Jung Shin. Tugas kegemaran Jung Shin iaitu berleter macam mak nenk. Jong Hyun menghulurkan secawan air padanya.

“Thanks Jong Hyun” dia tersenyum kecil.

“Betul ke aku tak ada apa-apa? Kan bagus kalau aku ada apa-apa. Hilang ingatan ke apa ke? It would be great, right? Sebab aku betul-betul tak nak ingat of what has happened today” Ellie bersuara perlahan. Tapi cukup kuat untuk didengar oleh Yong Hwa. Yong Hwa mendekati katilnya.

Seolah mengerti, Jung Shin, Jong Hyun dan Min Hyuk bersiap sedia untuk keluar. Mereka memang mengerti pun. Yong Hwa telah menceritakan segala-galanya.

“Andy, jangan apa-apakan my lady, okay?” Jung Shin sempat berbisik di telinga Yong Hwa. Yong Hwa mengangkat ibu jarinya memberi good sign, “no worries, mate”

“Ko nak apa sekarang? Ko tak suka tengok muka aku kan? So what are you doing here? KELUAR!” pekik Ellie sejurus selepas Jung Shin, Jong Hyun dan Min Hyuk keluar. Ellie mengangkat tangannya dan menunjuk pada pintu bilik.

“Ellie..” lembut Yong Hwa memanggil nama pujaan hatinya itu dan memegang lengan Ellie menurunkannya. Ellie terdiam. Api jangan dibalas dengan api.

“Listen to this..”

“Aku bukan tak suka kau... tapi aku benci tengok muka kau.. aku benci..”

Ellie menekup telinganya.

Yong Hwa menarik kedua tangan Ellie dan mengenggamnya eratnya.

“Aku benci diri aku because I can’t help myself falling for you. I hate to see your face because you make me going through insomnia for all our school years. I’m sorry but.. “ Yong Hwa menarik nafas.

“I love you” lafaz Yong Hwa perlahan. Yong Hwa mengangkat jari jemari Ellie dan mengecupnya perlahan.

“Apa semua ini?” Ellie menarik tangannya dari genggaman erat Yong Hwa.

“I know how much you love me, Ellie. I’ve known it from the very first day we met. On the rooftop.”

“Rooftop?” Ellie hairan. Macam mana Yong Hwa tentang itu.

Yong Hwa menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan dolfin berwarna pink. “This.. I have my mom to make this specially for you and me. So there will only be a pair in the world. We will be together forever kan?”

The same lines all over again. The lines that she used to hear. Satu persatu ceraian puzzle mula bercantum.

“Andy?” Ellie merenung Yong Hwa. Yong Hwa tersenyum.

“Oh my gosh. How come I didn’t know about that?”

“Sebab kita berlainan kelas? Sebab kita tak pernah jumpa. And when I said we don’t have to meet, you just agree with me kan? You tak pernah memaksa pun. That’s something about you. And for that rooftop moments, you’ve been entertaining me and enlighten my days with your love-hate endless rants about Yong Hwa” jelas Yong Hwa panjang lebar.

Ellie terdiam. Malu sebenarnya. Tak sangka dia telah meluahkan perasaan suka dan geramnya pada yang empunya badan selama ini.

“Ellie-sshi, chonun Andy Yong Hwa imnida. Together forever?” Yong Hwa bertanya lagi.

Air mata Ellie mengalir lagi kesekian kalinya dan dia menganggukkan kepalanya perlahan. Andy dan Yong Hwa adalah orang yang sama. Kenapa dia tidak pernah terfikir? Sedangkan dia tahu keluarga Yong Hwa punya bisnes kilang membuat anak patung.

“YAYYYYYYY!!!!!” kedengaran sorakan ramai dan pintu bilik terbuka.

“Akhirnya.. giles lama sangat wei.. ko nak propose Ellie. Sengal pinggang aku. Perlukah cerita all over again?” Jung Shin memicit-micit pinggangnya. Mereka bertiga sebenarnya menghendap lagi tadi. Ingin mendengar setiap perbualan pasangan dan memerhatikan gerak laku Ellie dan Yong Hwa.

“Ohhh..so korang menghendap ek?” tanya Yong Hwa. “Bertuah punya kawan”

“Yo mate, bukannya apa.. aku risau kalau ko apa-apakan si Ellie ni. Tu lah pasal,” balas Jung Shin. Dan mereka tergelak.

“Waetoriya for debut?” tanya Jong Hyun pada Yong Hwa.

“Eyh?” tanya Ellie.

“Ellie sayang, lagu tu sebenarnya untuk gambarkan perasaan I yang kesunyian bila you masuk kelas after our rooftop session. Funny juga bila diingatkan that you think that song is to sindir you kan? Lepas tu merajuk bukan main.”

“Your fault. Not my fault. Siapa suruh tak main lagu tu sampai habis. Lepas tu siap reject lagi” Ellie memulangkan paku buah keras.

“Sorry...”

“Eyh..dah lah romen romen kat sini. Geli geleman aku. Ellie, ko nak apa-apa ke? Perut aku jadi lapar tengok drama macam ni,” tegur Jung Shin pura-pura meluat.

“Ko jeles ke Jung Shin? Takkan nak jeles. Bagi chance lahh. Ingat ko sorang je ke boleh ada girlfriend?” ajuk Jong Hyun.

Dan berderai ketawa mereka memecah bilik rawatan first class itu.

Hangatnya genggaman Yong Hwa dirasakan. Ellie membalas senyumannya.

My Secret Friend - 3

Kembali di belakang pentas untuk berehat selama 15 minit. Sementelah itu, peminat di dalam dewan dihiburkan dengan tarian breakdance dan shuffles dari Sky Crewz. Kumpulan breakdance dan shuffles underground yang cukup terkenal di Shibuya.

“Jong Hyun, nak main lagu apa lagi? Kita tak ready kan? Andy, ko ada idea ke?” tanya Jung Shin risau. Dia mematikan mikrofon. Sebolehnya, dia tidak ingin menghampakan hati peminat. Jong Hyun memandang Ellie.

“Ellie, the song that you practise just now. Is it complete?” tanya Jong Hyun.

“What song?” tanya Ellie kembali.

“Erkz! You mean that song.. tu bukan lagu pun. Few notes je. Full song aku tak ada idea lah dude. Lyrics pula...,” jawab Ellie dan terimbas kembali kenangan 10 tahun lalu. Tanpa tidak sengaja dia telah memainkan notes untuk lagu yang pernah menghantui tidurnya selama bertahun lamanya tadi sewaktu praktis.

“Lagu apa Ellie?” tanya Jung Shin ingin tahu.

“Best lagu tu actually. Tapi lirik tak tau lah pula,” Min Hyuk menyampuk dalam kunyahan sandwic Tuna-nya.

“Eyh.. I missed something! Tak best lah wei! Come on lah, Ellie. Ko sembunyi something dari aku eh?” Jung Shin menarik lengan Ellie menuju keyboard yang digunakan untuk praktis.

“No worries about the lyrics, I think Mr. Andy kita ni boleh figure out kot. He is an ultimate lyricist.” Jung Shin menepuk belakang Andy yang sedang minum air. Tersedak Andy dibuatnya.

“Really?” tanya Ellie merenung Andy. Bila renungannya dibalas, dia pula yang resah.

“Will try. Let me hear it,” balas Andy.

Dan Ellie menekan tab piano itu berkenaan dan melarikan jari jemarinya ke sana ke mari memainkan lagu yang dimaksudkan. Andy yang tekun mendengar sambil menikmati sandwic Tuna nya tersedak. Ellie terhenti.

“Hush, ko okay ke? Hati-hati lah sikit makan tu. We have one more show to go” Jong Hyun menghulurkan botol airnya pada Andy.

“I’m okay. Can you please play it sekali lagi?” Andy meletakkan sandwic nya dan mengambil gitarnya.

Dia mula menyanyi.


oetoriya oetoriya.. oetoriya oetoriya..

bwabwa nareul bwabwa ttokbaro nae du nuneul bwa
geobwa imi neoneun ttan goseul bogo isseo

Dan menghentikan petikan gitarnya. Tersentap hati mendengar barisan awal lirik itu.

Ellie merenung Andy tajam.

“H-h-how o-o-n earth did you know that?” tanya Ellie tersekat-sekat. Bulat matanya memandang YH. Jung Shin, Jong Hyun dan Min Hyuk saling berpandangan. Mereka tidak tahu apa-apa.

“Know what Ellie?” tanya Jung Shin.

“The lyrics. Those are the meant lyrics for the song. But...” jawab Ellie dan masih mengharapkan jawapan dari Andy.

Andy mengeluarkan buku notanya dari begnya dan dalam kesibukannya cuba mengeluarkan barang dari backpacknya yang penuh itu, satu barang terjatuh. Dolfin berwarna pink.

Jung Shin mengutip dolfin itu, “ELLIE!!! The Pink Dolphin! See, I told you, right? I’ve seen it before” dan melambaikan-lambaikannya pada Ellie.

Lepas satu, satu. Ellie terkejut lagi. Dia mendekati Jung Shin dan mengambil dolfin itu dari tangan Jung Shin. Dia membelek-belek dolfin. “Together forever” tulisan yang sama tertera di dolfin biru itu. Dan tag pada ekor dolfin itu juga diperiksa, ‘Lovely Made In Korea’.

Andy sudah berdiri di hadapannya dan merampas dolfin berwarna pink itu. Dan seperti terkena kejutan elektrik, Ellie terkejut.

“Andy? Y-Yong Hwa?” Ellie menyebut dua nama itu perlahan-lahan. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dan airmatanya mengalir.

“Ellie, are you okay?” tanya Jung Shin risau.

“Ellie, how did you know his name? Tadi kan I introduce as Andy je? Do you guys know each other?” Jong Hyun pula bertanya. Min Hyuk hanya memandang kedua-dua wajah bandmatenya itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“No- no I don’t know him” “Yes, we do know each other” bertimpa jawapan dari Ellie dan Yong Hwa menambahkan lagi kebingungan Jung Shin, Jong Hyun dan Min Hyuk.

“Apa ni?” tanya Min Hyuk pula.

“Dah lah guys.. break is almost over. Five more minutes. Jong Hyun, this is the lyrics to the song. I’ll play it. I have the full version of the song. Jong Hyun, you cover Jason Mraz, Because I’m Yours. Is that fine for you guys?,” Yong Hwa menyerahkan buku nota nya pada Jong Hyun. Buku nota itu mengandungi music sheet bagi lagu yang telah dimainkan oleh Ellie. Bagai burung belatuk, Jong Hyun hanya mengangguk. Tiba-tiba saja Yong Hwa berubah seperti ketua kumpulan itu.

“But Andy, Jong Hyun can’t sing for now” celah Min Hyuk.

“Eh ya tak ye juga.. ok lah. I’ll just end it then. Let’s get ready for the stage” mood Yong Hwa sudah bertukar.

“I’m not going out. Sorry guys. I don’t feel good. I’ll have a rest here. Min Hyuk, pass me the panadol please,” Ellie terduduk di bangku. Kepalanya tiba-tiba rasa berat. Berasak-asak semua memori di mindanya. Dia tertunduk.

“You tak nak balik ke? Will you be fine? Kalau tak, I panggil doktor” tanya Jung Shin dan duduk di sebelah Ellie.

Ada mata yang memerhati. Berbaur cemburu. Berbaur risau juga. ‘Ellie, gidarijuseyo’ desis hatinya.

“Okay, let’s go” pada yang empunya mata.

“Take a rest, okay,” Jong Hyun mendekati Ellie sebelum berlalu. Yong Hwa sudah mendahului mereka bertiga.

Keinginan Ellie untuk menagih penjelasan dari lelaki itu membuatkan dia bertahan. Kedengaran riuh di luar bergema semula. Lagu ‘Oetoriya’ mula berkumandang. Berdenyut-denyut lagi kepalanya. Tapi tak semua lagu itu dinyanyikan. Mungkin hanya sebagai teaser. After all, it was all a last minute thing. Ternyata lagu itu mendapat sambutan yang cukup hangat.

Ellie tersenyum pahit. Peritnya leher.

Dan tiba-tiba masuk lagu yang satu itu..

doo..doo..doo~
Well let the geek in the pink take a stab at it
If you like the way I'm thinkin' baby wink at it
I may be skinny at times but I'm fat for the rhymes
pass me the mic and I'm a grab at it...

Dan pandangannya menjadi kembar. Dia jatuh longlai di bangku itu.

My Secret Friend - 2

Jam di dinding pejabatnya menunjukkan 15 minit untuk pukul 2 petang. Sebab hari ini Sabtu, hujung minggu syarikat hanya beroperasi setengah hari. Ellie bersiap sedia untuk berkemas untuk pulang. Dan bersiap sedia untuk showcase CN Blue malam nanti. Semalam dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan vokalis yang dimaksudkan Jung Shin. Flight delay katanya. Dari Seoul. Ellie menganggap bahawa vokalis yang dimaksudkan Jung Shin bukan calang-calang orangnya. Didatangkan khas dari Seoul. Keberangkalian dia ada datang lewat semalam, tapi Ellie terpaksa balik awal sebab menerima panggilan dari tuan rumahnya.

Malam itu..di Shibuya Fame Hall. Di belakang pentas. Tuning dijalankan. Final practise.

“Dude, where’s the vocalist? Dah dekat pukul 7 ni, dia tak sampai lagi ke? Lagi sejam show nak start” Ellie bertanya. Risau juga kalau show ni tidak berjalan dengan lancar. Ini persembahan live pertama band kesayangannya itu. Dia tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dan dia paling tidak suka dengan orang yang tidak menepati janji.

“Ellie, tak payah risau sangat. He will be here. Sekejap lagi dia datanglah.. mulalah tu macam cacing kepanasan,” Jong Hyun yang sedari tadi sibuk dengan gitarnya bersuara. Min Hyuk tertawa. Mereka memang maklum pun dengan Ellie The Perfectionist.

“Hey guys! Sorry I’m late” pekik satu suara.

“Andy, there you are! Kita punya Sajangnim dah marah tau sebab kau lambat” Min Hyuk bertepuk tampar dengan tetamu yang baru datang!

“Ha, Ellie Sajangnim. Ni lah orang yang ko tunggu-tunggu lagi tadi. Ellie, kenalkan ini Andy. CN Blue Vocalist. And Andy, this is Ellie, our part-time keyboardist cum personal Sajangnim” Jong Hyun memperkenalkan Ellie pada lelaki yang sudah mendekati mereka berdua. Lelaki yang bernama Andy itu hanya tersenyum.

‘Eh, macam ku pernah tengok senyuman ini, tapi di mana yah?’ bisik hati Ellie. Tapi tak sangka bisikan itu boleh didengar oleh lelaki itu. Sebab lelaki itu bertanya sambil tersenyum gaya seorang casanova, “Have we met before?”

‘Hmpfft. What a pick-up line!’ meluat betul Ellie.

“Okay, final practise! Jong Hyun, Jung Shin mana?” Ellie buat endah dengan soalan the so-called vocalist itu.

“Dia kat luar. Tengah ngedate jap.”

“Heesh budak ni.. tadi beria sangat ajak orang. Sekarang dia pula yang hilang,” rungut Ellie. Entah kenapa hatinya tiba-tiba jadi bitter. Kurang senang sebenarnya dengan kehadiran vokalis itu yang asyik merenungnya lagi tadi. Tenung macam nak makan orang pun ada.

Praktis terakhir diadakan sebelum mereka mengorak langkah menuju ke pentas. Berdebar-debar pula hati Ellie, basah telapak tangannya bila mendengar peminat C.N Blue bersorak sakan. Rasa nak gugur jantung dia pun ada. Walaupun dia hanya berada di belakang.

Sebagai ketua kumpulan, Jong Hyun memperkenalkan Andy sebagai vokalis kumpulan berkenaan dan Ellie sebagai pemain keyboard sementara. Sempat juga Jong Hyun bergurau memperkenalkan dia sebagai pemain keyboard yang di-order khas dari Alaska dan akan tampil ekslusif hanya untuk showcase pertama C.N Blue ini.

Persembahan dimulakan. Malam itu memang happening. C.N Blue telah menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti Y, Why, Love Revolution, Now or Never, Let’s Go Crazy, Wanna Be Like You, One Of A Kind dan dua cover songs dari The Calling dan Incubus.

Dan bila tirai persembahan dilabuhkan, peminat mula menggila dan bersorak, “WE WANT MORE! WE WANT MORE!” dalam bahasa Korea. Terkejut juga Ellie mendengarkan sorakan dalam bahasa ibundanya itu. Tapi dalam hatinya, dia tidak nafikan suara vokalis C.N Blue memang mengancam habis. Bak kata orang putih, so powerful yo!

My Secret Friend - 1

Mungkin meluahkan perasaan adalah satu kesilapan besar. Tapi bukankah perasaan cinta itu harus diluahkan sebelum terlambat? Hmm..dalam diam dia sebenarnya menyayangi lelaki itu. Dia sudah jatuh hati. Dia juga seorang manusia. Ada hati dan perasaan. Dan lebih hebat lagi, dia juga seorang perempuan dan punya hati seorang wanita. Ingin dicintai dan mencintai. Jung Yong Hwa, itu lah nama lelaki yang tidak pernah kurang satu hari menyakitkan hatinya semenjak dia memberanikan dirinya pergi naik ke atas pentas dan menyerahkan sejambak bunga dan meluahkan perasaannya buat vokalis kumpulan Blue Sky itu semasa persembahan sambutan Hari Guru untuk sekolah mereka.

Ellie suka sangat bila Yong Hwa membuat cover penyanyi kegemarannya, Jason Mraz untuk lagu ‘Geek In The Pink’. Dia seperti merasakan lagu itu ditujukan untuknya. Dan sebab tindakannya yang melulu itu lah membuatkan dia kehilangan kawan baiknya, Natalie. Sebab Natalie juga punya hati untuk Yong Hwa. Less did she know about that actually. Selepas kejadian itu, dia mula mendapat anti-fans majoritinya terdiri daripada perempuan. Dan yang lelaki pula memberi dia pandangan serong sebagai perempuan yang tak tahu malu. Hanya segelintir yang mengaguminya akan keberaniannya. Ya~ betul. Ahli-ahli dalam kelab Smart IQ. Kelab yang juga digelar sebagai ‘Kelab Geeks and Nerds’. Ada juga yang sanggup membuat onar beramai-ramai di hadapan sekolah supaya dia dibuang dari sekolah kerana telah menjatuhkan maruah seorang wanita. Jatuhkan maruah seorang wanita hanya kerana itu?

‘Apa lah agaknya yang merasuk aku sehingga sanggup bertindak begitu? Roh Andy kot? Betul-betul kerja gila wei. Mati hidup semula pun rasanya aku tak sanggup buat macam tu lagi’ Ellie tersenyum sendiri mengenangkan kejadian 10 tahun lalu. Sebab ‘secret friend’ nya itu lah yang menyuruhnya berbuat begitu. Seram sejuk pun ada juga bila terkenangkan ‘secret friend’ nya yang tiba-tiba hilang selepas kejadian atas pentas itu. Benda karut macam ini memang Ellie percaya sikit. The existence of imaginary friend.

‘Tapi kalau imaginary, bagaimana pula patung dolfin ini masih ada sini?’ Ellie berfikir sambil merenung phone strap dolfin berwarna biru yang diberikan oleh Andy. Comel dolfin itu. Ada bertulis together forever. Dan mempunyai mahkota kecil di atas kepalanya. Andy juga punya phone strap yang sama tapi berwarna pink. Andy pernah menunjukkannya pada Ellie. Melalui lubang kecil pada pintu stor itu.

Masih terngiang lagi di telinganya apa kata Andy. “I have my mom to make this specially for you and me. So there will only be a pair in the world. We will be together forever kan?”

“Yes, we will” balas Ellie. Dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa dengan Andy. Hari yang sama Andy menyuakan cadangannya pada Ellie untuk naik ke atas pentas meluahkan perasaannya pada Yong Hwa. Banyak juga suka dukanya dikongsi bersama dengan ‘secret friend’ nya itu. Yang pastinya, Andy memang wujud. Itu kata hatinya.

Dia tiba-tiba teringat akan kenangannya di sekolah menengah dulu bila dia menerima jemputan untuk menghadiri Gala Reunion untuk sekolah berkenaan yang telah dipos ke alamat rumahnya di Seoul. Adiknya, Brian telah mengimbas kad jemputan berkenaan dan dihantar ke emelnya. Sayangnya, dia tidak dapat menghadiri majlis itu kerana dia kini berada di Jepun. Tempoh probationnya selepas mendapat jawatan sebagai seorang eksekutif di syarikat pengiklanan terkenal di Jepun belum habis. Baru 6 bulan dia bekerja di sini. Tapi sudah 10 tahun dia meninggalkan tanah airnya untuk mengejar cita-citanya yang satu ini.

“HOI! Berangan lagi!” satu hentakan kuat pada mejanya menghentikan lamunannya.

“WOI! Ko gila apa.. kalau pecah meja ni.. aku tak nak ganti okay?” Ellie mengacukan penumbuknya pada rakan sepejabatnya merangkap sahabat baiknya sejak dari universiti, Jung Shin. Rakan sepejabatnya itu adalah seorang juru gambar professional dan adalah salah seorang yang bertanggungjawab mengubah penampilannya dari seorang geek yang berkacamata tebal 5 inci kepada seorang wanita anggun lagi hot!

‘Eh? Hot ke aku?’ Ellie tersenyum lagi.

“ELLIEEEEEEEE!!!” Kali ini suara itu cukup kuat bagaikan petir memecah gegendang telinganya dan kali-kali ini dia betul tersedar bila buat kesekian kalinya setelah 10 tahun, dolfin di tangannya di rampas kasar.

“WEI! Aku belum tuli lagilah.. bak sini dolfin tu! Heesh”

“Belum tuli apanya.. habis suara aku bercakap panjang lebar kat depan kau ni.. kau buat endah tak endah je. Sengal kaki aku terpacak kat sini, ko tak ajak aku duduk pun”

“Heesh..kalau ko nak duduk, duduk je lah. Sejak bila pula ko pandai nak minta izin. Bukannya kerusi tu tak biasa dengan punggung ko tu. Jung Shin, do you believe in the existence of imaginary friend?” tanyanya terus pada Jung Shin.

“Hmpfft. Haap skwe betul minah ni! Berangan entah apa. Mulalah tu melalut entah apa-apa. Tu lah tengok lagi lah Supernatural tu. Sekarang ni sampai terbawa-bawa pula ke realiti, ” Jung Shin meletakkan kembali dolfin berwarna biru yang dirampasnya dari Ellie.

“Macam aku pernah tengok lah dolfin ni Ellie,” sambung Jung Shin dan dalam kepalanya cuba mengingat-ingat di mana dia pernah melihat dolfin itu.

“Memanglah melambak betul kat supermarket tu dolfin macam ni. Tapi yang ni special tau. Sebab yang ni ada tulis Together Forever. And lovely made in Korea, okay?” balas Ellie acuh tak acuh.

“Betul. Aku tak tipu. Aku pernah tengok dolfin ni before. Dengan tulisan Together Forever ni juga. Dengan tiara juga atas ni juga. Tapi yang tu warna pink. Tapi aku tak ingat lah wei kat mana!” dan ligat tangan Jung Shin mengetik butang pada kameranya mengambil gambar dolfin itu dari berbagai posisi.

“Melalut entah apa-apa. As always. Ha...apa hajat ko jumpa aku ni? Nak ambik gambar dolfin tu je ke?” soal Ellie mengalihkan topik. Hairan juga dia sebenarnya bagaimana Jung Shin tahu tentang dolfin pink itu. Well, seingatnya dia tidak pernah pun bercerita perihal dolfin itu pada Jung Shin ker sebenarnya dia tak ingat. Dolfin biru yang dijumpainya 10 tahun lalu itu memang ada pasangannya. Tapi yang satu itu milik Andy.

“Oh..hehehe.. baru aku ingat. Aku nak ajak ko pergi jamming malam ni! Ko free tak?”

“Hah? Jamming? Aku seganlah wei. Aku bukannya pandai nyanyi pun. Kan ko sendiri kata suara aku kalau menyanyi.. ”

“Yang itu aku tau! Ko tak payah cakaplah. Memang kalau ko menyanyi haru biru seluruh Jepun ni nanti. Tapi aku nak ajak ko jamming untuk main keyboard untuk band aku. Besok malam ni first C.N Blue Showcase kat Shibuya. I want you to be our special appearance”

“Eh? Tapi apa gunanya buat live show kalau penyanyi tak ada? Korang nak buat persembahan orkestra ke?” tanya Ellie lagi sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Dia maklum sebenarnya yang Jung Shin adalah seorang pemain gitar bass dalam kumpulan indie yang diberi nama C.N Blue itu yang ditubuhkan bersama rakan sepejabatnya yang lain di bahagian I.T iaitu Jong Hyun dan Min Hyuk. Mereka berempat adalah beberapa pekerja berbangsa Korea yang bekerja di syarikat itu. Tapi Jong Hyun dan Min Hyuk is more like Japanese-born Korean. Diaorang berdua dilahirkan di Jepun. Maknanya seumur hidup mereka, mereka memang menetap di Jepun lah. Huhu.

Sebelum ini, Jong Hyun yang menjadi vokal utama kumpulan itu tetapi selepas terlibat dalam kemalangan yang membuatkan otot pada peti suaranya menjadi lemah, doktor telah menasihatkan Jong Hyun untuk berehat sementara dari menyanyi. Manakala, Min Hyuk adalah pemain drum kumpulan itu.

Ellie selalu juga mengikuti mereka pergi jamming. Tapi sejak dua bulan, kerjanya semakin berlambak-lambak sampai dia tidak ada masa untuk menyertai. Maklum lah musim sejuk sudah hampir tiba. Permintaan untuk membuat iklan musim sejuk semakin banyak. Tak menang tangan dibuatnya. Sampai kadang-kadang, dia terpaksa tidur di pejabat untuk menyelesaikan tugasannya. Tapi dia lega sekarang dia sudah boleh bernafas.

“Ok lah.. aku join. Lagipun aku dah lama tak keluar. I need to de-stress,” Ellie setuju dengan ajakan Jung Shin. Jung Shin tersenyum. Jung Shin tahu Ellie memang berkebolehan dalam bidang ini. Bermain keyboard dan piano dengan hanya mendengar tanpa menggunakan music sheet adalah anugerah yang terindah yang diberikan pada Ellie. It is what they called as playing by ears. Cuma sahabat baiknya itu jarang sekali menggunakannya.

“Tapi, this is all of a sudden lah, Jung Shin. Nanti hancur pula korang punya show. Aku tak praktis lagi nih. Aku datang as supporter je lah? Can?” risau juga Ellie.

“Ahh..no worries. Me, Jong Hyun and Min Hyuk have faith in you. I’m sure you will be fine punya. Lagipun main lagu-lagu biasa je. You already know all our songs by heart, right?” Jung Shin meyakinkan Ellie.

“Okaylah kalau macam tu..count me in then. Thanks for the faith. Tapi kalau aku hancurkan show korang, korang jangan nak tuduh aku pula. Oh by the way, who’s going to sing? Jong Hyun ke?” Ellie bertanya lagi.

“Ahh.. no, not Jong Hyun. Ahh..Ellie, got to go now. Later tonight lah.. I will introduce him to you. Come at 6pm, okay? Tempat biasa. Practice and tunings! Show tomorrow at 8pm!” telefon Jung Shin berbunyi.

Dan sebelum pergi, Jung Shin mencium dolfin biru kepunyaan Ellie. Saja ingin menyakat Ellie. “Thanks babe”