Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #10

Di Chatuchak Market, Bangkok.

'WAH! Apa nak ditengok ni kak Waiem? Nak pi hunt for heads ke?' aku yang hanya mempunyai tinggi kurang dari 5 inci menjengukkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil tanganku memegang lengan Ashie-unnie. Bukan apa, aku takut ketinggalan. Sesat. Pasal tu lah tak boleh lepas tu. Punyalah ramai giler orang kat Market ni~ nak pi makan lipas pun kena pergi tempat yang ramai macam ni ke? 'Haish..leceh aarrrr...' rungutku.

'Dah dah lah merungut tu cik Shee oi! Kalau nak pi balik hotel,' balas Kak Waiem.

'Haish! tak nak lah..takut arrr...' berdetak semula hatiku bila mengingatkan kejadian tadi pagi.

'Tau tak pe. Ikut jer lah,' Ashie-unnie pula menyambung dan aku menarik muncung sedepa.

Sememangnya aku ni ada fobia sikit. Enochlophobia. Fear of crowds. Aku tak boleh pergi tempat orang ramai yang berasak-asak macam ni. I think that's one of the main reason why aku pengsan kat DBSK punya fan-session last time. Tapi aku cuba untuk overcome phobia tu. Coz aku tau ia boleh memudaratkan diriku. Chewah! Besar nya bahasa~ maksud aku..it's not good for me. Tambahan lagi dengan kerja aku yang memerlukan aku turun di khalayak ramai. Hahaha.. sukahati betul lah aku ni....hehehehe.. but yang paling penting itulah, aku tak boleh berasak-asak macam ni. Sesak nafas aku actually! Dan tanpa ku sedari..pegangan ku terlepas dari Ashie-unnie. Nasib baik kak Waiem masih masih berada di sebelahku.

'Kak Waiem, Ashie-unnie pi mana?' tanyaku pada kak Waiem yang sedang sibuk menawar harga Thai Silk dengan si peniaga berbangsa Thai. Laaa~ versatile betul Kak Waiem aku ni. Bisa aja dia ngomong dalam bahasa Thai dong! Wah..terer betul! Puji ku dalam hati dan di sambil itu aku cuba mencari-cari mana Ashie-unnie.

Tiba-tiba jer aku susah hati. Aku mengeluarkan telefon bimbit ku dan cuba mendail nombor kak Ashie. 'Maaf, panggilan awda tidak dapat dihubungi. Mungkin kerana orang yang awda hubungi berada di luar kawasan atau pun telefon orang yang awda hubungi habis bateri' LAH PULAK! Ada jugak rupanya operator macam ni. Tsk~ haruuuu!

'Kak Waiem, Ashie-unnie mana?' Ulangku lagi.

'Eh, bukan dia dengan Shee tadi ke? Tadi ada..lepas tu tiba-tiba hilang'

'Biar betul, Shee?'

'A'ah...'

'Sudah cuba hubungi dia?

'Dah.. tapi talian tak tembus!'

'Alamak~ macam mana ni? Kita cuba cari dia lahh..' Kak Waiem try to be as cool as possible walaupun di wajahnya terpancar kerisauan yang nyata.

***********

Di salah satu gerai di Chatuchak Market..

Ashie sedar bahawa dia hilang kawalan apabila dia ternampak sesuatu di satu gerai ini. Dihampirinya dan ternyata sangkaannya tidak meleset. Berkeping-keping poster Lee Min Ho tergantung di gerai berkenaan. Ada poster Ji Hoo jugak. Poster Kim Bum pun ada. Poster Kim Joon pun. Wah! KKOTBODA NAMJA! Geum Jan Di! Goo Jun Pyo! Ga Eul! Macam dia tidak percaya apa yang dilihat di hadapannya kini. Ashie menapak masuk ke dalam kedai kecil itu.

Dan lagu Because I'm Stupid berkumandang dalam kedai itu. Ashie tersenyum, tersengih sengsorang mengingatkan adegan2 di dalam Boys Before Flowers yang baru habis ditontonnya sebelum berangkat ke Thailand. Dan tidak disangkanya juga.. jodohnya dengan Goo Jun Pyo juga kuat bila siang tadi... 'ahh, malu nya aku!' desis hati Ashie.

Rambang mata Ashie melihat di sekeliling kedai itu. Dan 'Yes, I found it!' Ashie terlihat rantai bulan bintang itu di dalam kas kaca. Dia memang teringin sangat untuk memilikinya. Dan dia cuba mencari si penjaga kedai. Dilihatnya si penjaga kedai sedang berdiri di hujung korner mengemas CD di rak nya.

'Excuse me, sir!' Sapa Ashie pada si penjaga kedai. Dan penjaga kedai itu menoleh.

'I want to have a look at this,' dan Ashie merendahkan badannya dan menunjuk ke almari kaca itu.

'Ahh..u mean the necklace?'

'Yes sir..'

Dan belum pun sempat dia berdiri semula.. satu suara garau menyapa si penjaga kedai. 'I'll have this necklace!'

MWUH?????? Pantas saja Ashie berdiri melihat yang empunya suara.

Seorang lelaki yang cukup tinggi. Berkaca mata hitam. Dan memakai beanie. Hesh! Gila apa lelaki ni!

'It's mine' bentak Ashie.

'No, I'm buying this. You want to have a look at it only, right? Go! Have a look, but I'm buying it!' balas lelaki itu garang.

'ANDWE! I'm buying it!'

Si penjaga kedai yang ternyata fasih berbahasa Inggeris itu cuba meleraikan pertengkaran itu.

'Young lady, he said that he wants to buy this first. You only said you want to look at it,' dasar si penjaga kedai berpihak pada si lelaki itu. Aku taulah lelaki itu ganteng. But helllloooo~ Goo Jun Pyo masih pujaan hati ku. Ulat daun naik ke bulu betul lah penjaga kedai nanti!

'B-but...'

'No b-but I'm buying it. How much is it?' tanya lelaki itu pada si penjaga kedai yang tersenyum manis.. ha.. nak mengorat lah tu! Dasar buaya darat betul lah!

'It's 2,000 baht sir!'

'That's so expensive. You take it then!' Malas Ashie nak bertengkar dengan lelaki di hadapannya. Walau hakikatnya, dia rela dalam keterpaksaan. Dia tau kenapa rantai tu mahal. Coz yang ini diperbuat daripada emas putih. Dan berlian yang ditengah-tengah itu adalah berlian benar. Ahh.. melepaslah aku. And actually that's the only piece yang ada di kedai tu. And sebenarnya dah kira murah pun rantai tu harga dia.

Ashie terus keluar. Dia betul-betul hampa.

'Excuse me young lady, how about your posters and DVDs?'

LA! Terlupa pulak!

'Take this!' Ashie mengeluarkan 500 BAHT dan meletakkan di hadapan penjaga kedai itu. 'And keep the change'

Tapi walaupun masih hati Ashie masih geram dia sempat berbisik perlahan, 'lucky girl for having a guy to give that necklace to her' dan terus berlalu.

Ashie pasti bahawa lelaki itu mencerun memerhatikannya melangkah keluar di sebalik kaca mata hitam.

'Wait!' lelaki itu cuba menahan dan mengejar Ashie. Tapi kerana kesesakan kepala yang lalu lintas, Ashie hilang dari pandangannya. 'Argh..mungkin kah dia?' kata lelaki itu dalam hati dan terus mengeluarkan 2,000 baht untuk membayar rantai itu.

'Sir, do you know that lady just now? She seems nice, right? Are you from the same country?' ringan pulak mulut si penjaga kedai bertanya.

'No. I don't know her. But can you do me a favour?' tanya lelaki itu perlahan. Dan si penjaga kedai hanya mengangguk setuju.

**********

'Ashie-unnie! Where did you go? Kita risau tau tak!' pekik ku bila nampak warna tudung merah jambu di khalayak ramai. 'Kenapa tak jawab call?' bertalu-talu soalan ku pada Ashie-unnie.

'JJANG! JJANG! JJANG! TENGOK NI! I've got something for you!' Ashie-unnie menghulurkan satu tiub silinder padaku.

'Apa ni?' tanyaku curious.

'Tengok lah' kata Ashie.

Dan aku yang tidak sabar-sabar terus membuka tibu silinder itu. Aku tak kisah pun if di khalayak ramai ke tak. Dan satu gulung kertas ku tarik keluar. Dan ku lerai gulungan itu.

'AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! THAANKKK YOUUU UNNIEE!!!' aku melompat-lompat kegembiraan dan terus memeluk Ashie-unnie.

'Ha, tu pun dia. Kemana pergi tadi?' Kak Waiem muncul dari belakang kedai setelah selesai memilih-milih Thai Silk yang diingininya.

'Kak Waiem, tengok ni! Unnie bought this for me!!' aku menunjukkan poster Ji Hoo oppa pada Kak Waiem.

'Sukalah tu....' kata Kak Waiem.

'Memang lah suka.. gambar besar hubby I. Takkan tak suka pulak'

'Jae Joong nak letak kat mana?' sakat Ashie-unnie dan meletus gelaknya dan Kak Waiem.

'Jae Joong Jae Joong tak main okay. What else did you buy?' aku mengubah topik.

'Tadi ambe terjumpa necklace bulan bintang yang Jun Pyo beri kat Jan Di. Made of real white gold Shee! Cantik sangat Shee... Nak beli..tapi mahal sangat lah!'

'How much?' tanyaku.

'2,000 baht. Bukan tak mampu..tapi.. ada seorang customer dah rebut rantai tu dari aku. A guy! Hampeh betul! Tapi ambe mengalah jer lah. Coz kuat hati ambe cakap beri peluang lah pada lelaki itu untuk beli rantai tu. Mesti dia nak propose gf dia ker apa ker ngan rantai tu..'

'Laa..baik betul lah Unnie ni. Kalau Shee, memang Shee tak beri peluang langsung lah..' geram jugak ngan Ashie-unnie yang melepaskan peluang untuk memiliki rantai itu.

'Tak pe lah.. dah bukan rezeki Ashie agaknya nak beli rantai tu. Who knows kita jumpa the same one kat tempat lain lagi. Ok, jom! Sekarang masing2 dah dapat poster masing2 kan..dah cukup lah kan tu untuk menatap wajah Ji Hoo ngan Jun Pyo setiap saat bila balik Malaysia nanti. Kan?' Kak Waiem tried to assure us that everything is fine actually.

'So jadi tak ni nak pekena cengkerik bersalutkan Cadbury ni?' tanya ku pada Kak Waiem. Harap-harapnya dia tak jadi lah~ bukan apa.. betul lah..tak de benda lain lagi nak makan kat dunia nak makan cengkerik.. haihhhhs.. thrill betul lah Kak Waiem ni.

'Eh of course lah jadi.. tadi aku tengok satu video kat kedai jual poster tu..macam sedap jer dia makan cengkerik tu.' Ashie-unnie mencelah.

'YES! Ada teman support.. so Shee, macam mana nak tukar fikiran ke?' tanya Kak Waiem padaku. Aiks! Sepatutnya dia yang tukar fikiran..aku pulak yang kena tukar fikiran.

'Tengoklah macam mana..' aku masih ragu-ragu.

'come on lah~ sporting lah sikit beb!'

'err...i'll try'

'Ha..tu baru dongsaeng kitaorang!' dan Kak Waiem dan Ashie-unnie lantas menarik tanganku menuju ke gerai yang dimaksudkan.

'Sedaaapnyeeeeee....' aku membeli cengkerik bersalutkan Cadbury itu yang dijual dengan harga 20 baht untuk 5 ekor cengkerik! Aku membelinya untuk budak-budak dekat hotel tu. Nak jugak suruh diaorang cuba benda ni. Kata tadi nak lunch, tapi tak kesampaian. Tak pe lah at least I bought something for them. Haaa~ ada ker beli cengkerik.. tsk~ takpe.. benda ni memang kaya ngan protein! I should tell them that! hehehehe. Di kepalaku terbayang wajah Max yang akan geli tengok benda ni... huhuhuhuhu.

Dan hari menjelang petang. Dan kami pulang dengan senyuman yang lebar. Terutama sekali Kak Waiem lah.. yang berjaya memborong Thai Silk! wah bahagia sangaat dia! Nasib baik ada chauffeur merangkap driver Kak Waiem yang jadi tukang angkat barang.. hehehe.. kalau tak haru lah kita nak bawa kain sutera Thai yang berpuluh-puluh dibeli oleh Kak Waiem tu.

Setibanya kami di hotel, hati aku berdetak kencang semula. Aku memohon simpati pada Ashie-unnie.

'Unnie, aku takut lah...'

'apsal mung takut nih?'

'err..tang kejadian pagi tadi..'

'eh tak ada apa-apalah. i'm sure he will be fine already. come let's go up!'

Kak Waiem menoleh pada kitaorang, 'korang pergi naik lah dulu. Bos akak suruh akak call dia balik. So i'll catch up with you guys later, okay? Shee..like Ashie said he will be fine. Berilah cengkerik tu kat diaorang, okay?' aku mengangguk perlahan.

Sesampai kami di tingkat 11, aku terus mengetuk bilik YunHo. Berdoa banyak-banyak agar yang membuka pintu bukan Sang Wira.

Pintu di buka, dan terpacul wajah Xiah! Alhamdulillah~ sib baik bukan Sang Wira. Dah lah aku gelabah semacam.

'Hello ladies~ how was your day?' cerah ceria jer Xiah ni, seolah-olah tak pernah terjadi apa-apa.

'We had fun just now! And I bought this for you!'

'What's this?'

'It's delicious chocolate crackers. We went to Chatuchak Market just now. Ok, I think I'm going back to my room. See you guys during dinner time, perhaps? Or no dinner?' pantas aja rasa kaki ku ingin berganjak dari pintu depan bilik YunHo. Aku khuatir sebenarnya aku akan terserempak dengan Sang Wira. Hati ini betul-betul belum sedia untuk berhadapan dengannya. Tunggulah~ mungkin lepas aku sembahyang hajat semoga dipermudahkan hati aku untuk berhadapan dengannya.

'Ok, have a good rest. Thanks for the chocolate sticks once again. Will see you later then,' balas Xiah. Dan aku pun berlalu ke dalam bilikku sambil menarik nafas lega.

**********

Di bilik kami..


'Dah bagi dah?'

Aku mengangguk perlahan dan terus berbaring.

'Hush! Pi lah mandi dulu~ baru baring lah. Dah naik bau dah ni!'

'Ashie-unnie dah mandi ke?'

'Dah..'

'Eh sekejapnya..'

'Shee pi mandi dulu lah. Ambe nak layan jap gambar pojaan hati ambe ni. Oh Min Ho ku sayaaaang~' sambil merenung poster yang dibelinya tadi. Dan poskad-poskad kecil yang punya gambar Lee Min Ho.

'Heesh..angau tak habis-habis! Lepas YunHo, Min Ho lah pulak'

'Heyh..YunHo ngan aku..kita tak ada apa-apa tau. I think you should keep that in mind. Aku ngan Min Ho - we are meant to be together!'

'Laaa.. pulak.. bila masa pulak jadik macam tu?'

'Since this morning!'

Bantal yang ada di katil terus ku humban pada Ashie-unnie! Poyo betul lah dia ni! Dan sebelum dia sempat membalas, aku sudah berlalu ke bilik air.

*********

Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang. Hari di luar pun sudah mula petang. 'Eh mana Waiem eh?' tanya Ashie padaku yang sedang duduk di hadapan TV cuba untuk mencari-cari program yang seronok di channel Thailand tu. Hmm..tak ada benda yang menarik lah hari ni...

'Still kat bawah kot? Dia terus tunggu kat bawah tunggu kita turun dinner kot..' jawabku.

Dan lagu Coward berkumandang. Mesej dari Kak Waiem ku baca. Kak Waiem memberitahu pada kami bahawa dia sudah menempah meja untuk dinner dengan DBSK malam ini dan telah diaturkan dengan manager DBSK pun. Aku membalasnya bahawa kami akan bersiap selepas solat Maghrib.

*di fast forwardkan cerita*

Dan kami pun kini berada di ground level HOTEL NTAHAPAKANAMA, Bangkok, Thailand. Theme buffet malam itu ialah SEAFOOD! Nyum! I can smell the cheesy oyster already~ nyum..nyum..meleleh ayak liok aku waktu type nih..huhuhu.. nway, dan kami bergilir-gilir mengambil makanan. Aku dan Max (yes, I realised that I feel more comfortable with Max..no lah.. jangan lah piqiaq apa-apa..aku dengan dia takkan pernah ada apa-apa dalam cerita ni. He is my dongsaeng and not more than that. Lagipun aku tak main lah cintan-cintun dengan orang yang lebih muda dari aku..huhu...kan aku suka Kim Hyun Joong? kan? kan? remember that in mind, okay? kekekeke..) berjalan bersama menuju ke tempat makanan yang dihidangkan. Ashie-unnie ngan Kak Waiem pulak sudah duduk menikmati lobster panggang. nyum~ berselera sungguh diaorang makan. Xiah, Micky dan YunHo pulak sudah di alam kebahagiaan menikmati Black Squid impian mereka. Nampak bahagia jer tengok cara diaorang makan sambil bergelak ketawa. Sang Wira? Cuba korang guess dia kat mana.. ni ha~ dia kat sebelah aku ni. Sedang mengambil makanan juga. Uihhs.. dup! dap! dup! dap! hati aku dibuatnya. Mana Max ni? And seperti tahu aku menyeru namanya, he come like a knight in shining armour~ chewah..

'Dah ambil makanan?' tanya Max. 'Eh sikit nya unnie makan..kerr unnie kontrol ayu ni? Maklumlah kan buah hati kat sebelah~ ' sakat Max memuncungkan mulutnya pada Jae Joong yang berdiri di sebelahku.

Aku membulatkan mataku merenung Max geram, mengetap gigiku. Dan Max hanya tersenyum manis.

Aku cuba nak cover line, 'Cheh buat apa nak buat macam tu. Buang masa dan energy aku jer nak kontrol ayu. Haap skwe betul lah kau ni!' dan aku terus berlalu meninggalkan Max dan Jae Joong terkulat-kulat di situ.

*anyway, di fast forwardkan lagi cerita*

Selesai makan, semua orang tersenyum gembira. Kecuali si dia. Ah! Malas ah aku nak fikir. Bukan salah aku.. t-tapi..dia nampak kacak lah dengan rambut hitam tu.. aigoo~ maaakkk! tolong anak mu ini.

Tiba-tiba seorang waiter datang ke tempat aku, Ashie-unnie dan Kak Waiem duduk di hujung meja.

'Excuse me.. but may I know which one is Miss Ashie?' tanya pelayan itu ramah.

Terkejut bukan kepalang Ashie-unnie dibuatnya. 'I am Ashie'

'There's someone want to see you now. Can I ask her to come here? If you are done with dinner,' sambung pelayan itu lagi.

Aku, Kak Waiem dan the rest of the member terdiam ingin mendengar perbualan mereka.

'Nugu?' bisik ku perlahan pada Kak Waiem dan Kak Waiem mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dan Max yang sememangnya busy body pula bertanya padaku, 'nugu?'dan aku membalasnya perlahan, 'mollahyo'

'Who is she?' tanya Ashie-unnie.

'I don't know Miss. But she said she came from Chatuchak Market.'

'chatuchak Market?' berkerut dahi Ashie-unnie cuba untuk mengingat sesuatu.

'Oh whatever..let her in.'

Dan berlalu pelayan itu untuk memanggil orang yang dimaksudkan. Dan kami terlihat kelibat seorang wanita melangkah masuk perlahan menuju ke meja kami.

'Sawadee~' tegur wanita itu ramah pada Ashie-unnie.

Ashie-unnie berdiri dari tempat duduknya untuk membalas sapaan wanita itu.

'Sawadee~ what are you doing here? Did I owe you anything?' tanya Ashie-unnie terus pada wanita itu. Wanita itu adalah wanita yang dijumpai Ashie-unnie di kedai berjual poster di Chatuchak Market siang tadi merangkap si empunya kedai.

'No miss, you didn't owe anything. But I was asked to give you this,' dan wanita itu menghulurkan satu kotak berbalut kertas perak dan dililitkan dengan riben emas. Semakin berkerut dahi Ashie-unnie dan menyambut huluran kotak itu.

'Who?' tanya Ashie-unnie pada wanita itu.

'Woooooooooooo~ someone has a secret admirer.....' sorak YunHo dan diikuti dengan yang lain.

Dan belum pun sempat wanita itu menjawab,

YunHo mengangkat tangan melambai seseorang dibelakang Ashie-unnie dan wanita itu.

'Dude! What are you doing here? I thought you supposed to go back to Seoul this morning ,right?'

'I missed the flight'

Ashie-unnie dan wanita itu menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang disapa YunHo. Menganggu suasana betul lah.

'Sirrrrr~ Sawadee~ ' sapa wanita itu pada teman YunHo.

'Wh-wh-what are you doing here?' gugup lelaki itu bertanya.

'I am doing my job. I just came back from the market and as you requested, I gave her the gift already.' jujur wanita itu membalas.

'MWUHHHHHHHHHH?? MIN HO DONGSAENG?' bergema teriak YunHo di restoran itu. Aku, Kak Waiem, Max dan Xiah ternganga manakala Ashie-unnie terduduk kembali pada kerusinya. 'BRAVO DUDE! Tu baru namanya lelaki,' dan Micky berdiri dari tempat duduknya mendekati Lee Min Ho aka the famous Goo Jun Pyo menepuk bahu dongsaengnya itu.

**********************

Rantai itu masih di genggaman tangan Ashie. Ashie betul-betul tidak percaya akan terjadinya perkara sebegini. Kejadian Lee Min Ho melutut di hadapannya tadi betul-betul membuatkannya terpaku. Dicubit pipi kanannya, sakit. Ternyata dia tidak bermimpi. Dan dilihat di sekelilingnya orang ramai memberikan tepukan gemuruh. Hangat pipinya masih terasa.

'Will you be my Geum Jan Di, Ashie?' ujar Lee Min Ho perlahan tapi dapat didengar oleh Ashie sambil berlutut di hadapannya. 'The moment I saw you, I knew you are the right one. What I've been looking for when I filmed Boys Before Flowers back in Seoul and Macau, I found it now - I knew I loved you before I met you'

Ashie betul-betul tidak percaya. Dilihatnya Shee dan Kak Waiem sudah menekup mulut masing-masing seolah-olah mereka juga tidak percaya apa yang terjadi kini.
Dan tanpa disedarinya, dia mengangguk perlahan. Dan anggukkannya itulah yang membuat keadaan di dining room riuh rendah bagaikan menyambut satu pesta kemerdekaan.

Dan reaksi Lee Min Ho di saat dia mengangguk sungguh tidak disangka. 'Thank You Ashie! Thank You!' melompat kegembiraan dan di wajahnya terpancar satu cahaya..cahaya cinta.

'Chuka hae~ unnie~' Shee dan Kak Waiem mendekatinya memberikan satu pelukan kejap. Dan lelaki yang baru melamarnya sebentar tadi juga turut berpeluk dan bersalaman dengan member DBSK yang lain dan pelanggan-pelanggan yang turut berada di situ.

'Congratulation'

'Good job man!'

'May you lived happily ever after' itu adalah antara ucapan yang didengarnya. Dan.. kini di hadapannya, Min Ho oppa sedang berhadapan dengan semua orang menceritakan segala-galanya. Bagaimana dia jatuh cinta dengan dirinya tanpa dia menyedarinya. Segalanya bermula di dalam kapal terbang menuju ke Bangkok, Thailand.

Flashback...

'Excuse me miss, are you awake? Can I borrow your magazine?' tegur seorang lelaki yang duduk di sebelah Ashie. Ashie terkejut dan menoleh. Ganjil sungguh di matanya lelaki itu. 'Dah dalam kapal terbang ni, tak nak buka ke sunglasses dengan beanie dan muffler tu?' desis hati Ashie.

Sedar akan kelalaiannya, Ashie membalas, 'oh I'm sorry. What did you say?'

'I asked if I could borrow your magazine?'

'This one?' tangan Ashie mengangkat majalah rasmi AllKpop edisi bulan ini yang mempunyai cover wajah Lee Min Ho! Majalah yang baru dibelinya di kedai majalah di lapangan terbang tadi sebelum dia dan Shee check-in.

'Oh sure..why not..' dan Ashie menghulurkan majalah pada lelaki yang menegurnya sebentar tadi.

Berkerut dahinya memikirkan kenapa lelaki itu seolah-olah ingin menyembunyikan wajahnya. Even sebelum check-in tadi pun, di balai berlepas, dia terlihat lelaki itu duduk di hujung korner dengan bersama dengan seorang lelaki yang cukup dewasa yang kini duduk di hadapannya. Ditolehnya pada Shee yang sudah lama terlelap. Dan Ashie cuba untuk melelapkan matanya.

Baru beberapa saat dia ingin melelapkan matanya..

'Why did you buy this magazine?' Kacau betul lah mamat ni!

'Do you like him?' tanya lelaki itu lagi dan Ashie membuka matanya. Kesian lah pulak mamat yang ingin teman berbicara ni. 'Dia bosan agaknya kot.. layan jer lah' desis hati Ashie.

Dilihatnya lelaki itu memandangnya di sebalik kaca mata hitam itu dan jarinya menunjuk pada cover depan majalah AllKpop itu.

Ashie mengangguk dan menjawab ikhlas, 'I love him' Terpana lelaki itu seketika melihat akan senyuman indah yang terukir di wajah perempuan di hadapannya ini.

'Why? Because he's hot?'

'NO.. of course not. If I want to fall in love with him because he is hot, I could choose any other who is hotter than him. I think Lee Dong Wook is hotter than him. But there's actually something in him that made me want to fall for him'

'Wah..so serious? How do you know that? Have you met him before?' bertalu-talu soalan lelaki itu. Semakin hairan Ashie dibuatnya. Tapi dia buat tak endah saja. Sekurang-kurangnya ada yang sudi melayan angaunya untuk waktu ini. Padan lah muka kau wahai mamat!

Ashie ketawa perlahan dan menggelengkan kepalanya, 'how I wish I met him! Well.. to answer your question how can I know something special in him, it's a girl's instinct I guess. The moment I saw him I knew that I will love this guy and his appearance in Kkotboda Namja made me love him even more' dan Ashie terus bercerita tentang angannya, impiannya pada lelaki di hadapannya itu dan lelaki itu setia mendengarnya.

'Why did you ask all this?' giliran Ashie pulak untuk bertanya as she has been wondering why is this guy asking so much question about her interest in Lee Min Ho.

'Just wondering actually. More to curious. Because I want to know what girls see in him. Seems like every girls I know is into him these days. Especially after the hit of Kkotboda Namja' balas lelaki itu, berharap agar identiti sebenarnya tidak terbongkar. Dan lelaki itu terus menyandarkan badannya pada kerusi empuk di dalam kapal terbang itu setelah mengembalikan majalah itu pada perempuan di yang duduk di sebalah kirinya. Hatinya tenang.

'Did you watch the series?' tanya perempuan itu lagi.

'I watched it' balas lelaki itu dan menyambungnya di dalam hati, 'and I did act in that series too'.

'Do you like it?' dan pertanyaan Ashie tidak berbalas. Ashie shrugged bila menyedari lelaki itu sudah terlena dan dia juga menutup matanya kembali dan bermimpi indah tentang Lee Min Ho, jejaka pujaannya.

Kapal terbang MAS mendarat dengan selamat di lapangan terbang Bangkok. Ashie dan Shee terbangun. Ashie menoleh ke kanannya untuk menyedarinya lelaki itu sudah bersiap sedia untuk keluar dari kapal terbang itu.

'Nice to meet you, Ashie'

Terkejut Ashie bila lelaki itu tahu akan namanya.

'How?'

Tersenyum manis lelaki itu membalas, 'you signed your name in the magazine. And you can call me Min. Have a good trip.' dan lelaki itu terus berlalu membontoti lelaki dewasa yang sudah menunggunya berdekatan dengan pintu keluar.

'You too' balas Ashie perlahan.

'Siapa tu, Unnie?' Shee yang baru sedar bertanya.

'Entah. Dia kata dia dari transit kat KL'

'Hmm, not Malaysian?'

'I doubt it. Dia punya English pun lain macam.'

'Tak tanya ker dari negeri mana?'

'Unnie lupa.'

'Laa..tak boleh harap betul lah Unnie ni. Punyalah handsome mamat tu Unnie lupa tanya.' Shee menggelengkan kepalanya. Melepas betul lah Ashie-unnie ni!

'Don't you think he looks like Jun Pyo? His smile?' tanya Shee lagi.

'Tu lah yang I tried to recall actually. Tapi I tried to deny it. Dalam hati Unnie, tak nak lah nak compare-compare Jun Pyo dengan mana-mana lelaki. He's the only one okay~ the love of my life~' balas Ashie penuh jiwa.

'HAHAHAHA! Sudah-sudahlah tu Unnie oii! Kita kan nak jumpa DBSK ni! Lupakan seketika si Goo Jun Pyo tu! Jom keluar! Nanti terlambat pula kita!' dan Shee mendahului Ashie keluar dari perut kapal terbang tu.

'Bangkok, For Love~ Here We Are~' Shee dan Ashie menyebutnya senafas sejurus selepas mereka keluar dari lapangan terbang Bangkok menuju ke hotel penginapan mereka.

Dan Ashie tersedar dari lamunan bila melodi itu berkumandang di halwa telinganya. Dia melihat semula ke hadapannya. Dan dilihatnya Min Ho oppa mengalunkan lagu 'My Everything' sambil matanya tidak lepas memandang Ashie. Dan Ashie tertunduk malu.

No comments: