Tuesday, 30 June 2015

Fall In 5,6,7,8! - Bab 2



*flashback #2: Ketika Menerima Berita Transfer*


“Nurul Celza, saya ada satu berita gembira untuk awak tapi ianya berita sedih untuk saya” Bosnya yang mempunyai iras-iras pelakon kesayangannya, So Ji Sub ini memulakan mukadimah sambil menarik muncung comelnya. Hai Bos! Nasib lah kau dah berpunya. Kalau tak…

 
Dan Nurul Celza pun merenung dengan mata penuh love-love.  ‘Untungnya jadi wife boss ni. Mesti indah kan? Pagi-pagi dah tengok wajah semanis kurma. Balik tengah hari pula tengok wajah sesuci air berfilter. Petang-petang pula tengok wajah sekacak So Ji Sub. Malam-malam pula seromantik Hyun Bin kat SamSoon… aigoo… aigoo.. indahnya…. ’ dan dia mula berangan.


“NURUL CELZA!!” tinggi suara si boss. Nurul Celza terkejut dan menyembunyikan senyumannya. Teknik sembunyikan senyuman yang dipelajarinya daripada sang Healer. He..he..he.. memang kemaruk Healer lah Nurul Celza ni lately nampaknya. Alahaiii~  

“Ye boss..apa nya yang sedih? Apanya yang gembira? Gaji naik ke?” Berbintang-bintang mata Nurul Celza memandang bossnya. “Yayyy, kalau gaji naik dapatlah saya kumpul untuk tiga bulan dari sekarang. Nak pi melancong ke negeri kelahiran Boss! Itu lah impian saya!”

Boss yang bernama Kim Moon Ho itu hanya tersenyum melihat telatah pekerjanya yang satu ini. Berat hati nya ingin melepaskan. Sebab dia akan rindu dengan Sang Suria ini. Oops! Rindu tak semestinya cinta, okay! Jangan salah faham u ols. Nurul Celza, pekerjanya yang tak pernah lekang dengan senyuman. Begitu ceria orangnya. Pendengar yang setia juga. Tapi dia terpaksa melepaskan beliau pergi atas arahan ibu pejabat di Seoul.

Dan… *MEOWWGRHHH*

“Omomo pororo peppero…” Nurul Celza melatah kekejutan. Terkejut dia melihat ke kiri dan ke kanan. ‘Bila masa pulak ada kucing kat flat nih?’

“Ada orang spy aku ke? Keeeeee ada hantu nih? Tolong laaaaa bukan hantu…” Nurul Celza menyelak langsir cuba melihat keadaan di luar. Musykil tak de apa-apa pun!

Dia membuka pintu apartmennya. Memberanikan diri. ‘Sunyi je corridor ni..heeseh’ meremang bulu romanya. Dia cuba je testing buka mata tutup mata kembali… test try kot-kot dia ada sixth sense macam Tae Gong Shil dalam cerita Master’s Sun tu… kot-kot laaaa boleh nampak sesuatu.

‘Heesh… tak nak lah aku! Gila mau tak bertidur aku nanti kalau memang nampak benda-benda tak best. Kalau ada Ji Sub oppa tak pe lah… at least ada je yang nak protect. Hantu boleh ilang jer kot kerana aura kasih sayang dari lengan dia… aaaa bestnyeeee..’ Nurul Celza tersenyum sendiri dengan angan over the moon nya tu!

Baru saja dia menutup pintu apartmen nya, dia dikejutkan dengan bunyi loceng. ‘Aiks! Siapa pula ni?’ Dia menekan guestviewer. Tak jelas muka sangat sebab tunduk tapi nampak macam lelaki.

“Nuguseyo?” Nurul Celza bertanya.

“Annyeonghaseyo Celja-ssi! Can I see you?” Tetamu tak diundang mengangkat mukanya.

OMOMOMO! Apakah ini? Benarkah yang ku tengok ini?

Nurul Celza menggosok-gosok matanya lagi sekali untuk memastikan bahawa dia tidak mendapat mata Tae Gong Shil. Al-maklumlah, kan ada orang pernah bercakap.. be careful of what you wish for. 

Seram laaa plak! 

“Hyun Bin-ssi?”

Lelaki itu tersenyum manis. “Can I see you?” Sesungguhnya mereka masih berbicara melalui guestviewer.

Ok. CUN! Masih mata Nurul Celza. Heeesh. 

“Chakkamanyo, Hyun Bin-ssi. I will see you at café downstairs, okay? Give me 5 minutes!” Gila apa! Aku nak bawa mamat masuk apartmen. Seangau-angau aku… apartmen ni untuk So Ji Sub je okay! Oops! Maksud aku untuk Chang Ji Wook! OOPS. Terlebih sudah. Maksud aku, aku seorang wanita yang menjaga kesopansantunan rakyat Malaysia. No matter if mak bapak nak sangat bermenantukan orang Korea… bukan begini caranya okay. Hmmm… yes, harus professional!

‘Yang tiba-tiba majikan aku ni nak datang jumpa aku malam-malam ni kenapa eh? Musykil juga aku!’

Selepas memakai scarfnya dan dililitkan ke lehernya, Nurul Celza lantas mencapai telefonnya. Kucing punya pasal yang belum dikenalpasti dari mana arahnya… tapi dia tak kisah sangat, drama Producers yang terbaru lakonan Gong Hyo Jin dan Kim Soo Hyun terbengkalai.


Dan sekarang, majikannya pula datang bertandang out of the blue, takde angin takde rebut. Nurul Celza memeriksa telefonnya kot-kot ada panggilan dia ter-miss ke… sehinggakan si Boss Hyun Bin ni sampai datang ke apartmen macam ini. Siap dengan baju kot pulak tu.

“Oh…ada LINE dari aunty” Nurul Celza menekan-nekan telefonnya. ‘Aunty send gambar lah…’ tapi Nurul Celza tidak mendownloadnya terlebih dahulu. Risau juga dia kalau-kalau boss nya itu lama menunggu dekat bawah dan Nurul Celza pun cepat turun.

Di Marilyn Café..yang terletak di betul-betul satu bangunan apartment Nurul Celza.

“Annyeonghaseyo” Nurul Celza membalas sapaan si waiter manis berlesung pipit. ‘Ah… kau memang Nurul Celza! Semua je lelaki Korea memang manis pun di pandangan mata kau,’ tersenyum Nurul Celza mendengar suara hatinya. Matanya melilau mencari si Boss Hyun Bin yang sedang duduk terperosok di hujung bilik.

‘Aigoo… Apa pasal pula si sajangnim nih? Kalau ikut firasat, muka macam putus cinta. Tapi kalau putus cinta, kenapa pulak jumpa aku? Heesh… tak mungkinlah. Dia putus cinta dengan aku entah tang bila pula kami ni bercinta, oh itu tak mungkin..’ Nurul Celza menggeleng bila memikirkan segala kemungkinan. Seingat dia, dia taklah pernah putus cinta. Dia cuma rasa kecewa je terkenangkan kisah lalu dia. Tapi dia ingat muka si sajangnim nih macam muka dia dulu waktu dia kecewa sangat yang bestpreng dia screencap waktu Skype dulu. Kata bestpreng dia, budak Noreul Izzah yang skang ni duduk kat Paris, tu muka Monyok Keprot. 'Ah..rindu pulak tiba-tiba dengan si Monsieur Noreul Izzah tu' Semenjak dia landing kat Korea nih, belum ada dia skype ngan budak Perancis tu. Aigoooo! Ntah ntah.. dah jumpa dengan mamat Perancis ntah apa. Aigoooo.

Aigooooo. Aigoooo. Sajangnim, Nurul! Sajangnim! Terlupa dia seketika dengan Sajangnim nya itu.

 Dia menapak menghampiri Boss Hyun Bin.

“Sajangnim…” Dia menegur perlahan. “Gwenchanayo?”

Hyun Bin yang sedang mengelamun  entah ke mana terkejut dengan sapaan itu. Dia tersenyum sedikit melihat wajah Nurul Celza. Di matanya, Nurul Celza nampak berseri-seri sekali dengan scarf kuning cair berbunga pink kecil yang dililitkannya di atas kepalanya. Sayangnya, dia sudah dimaklumkan bahawa gadis di hadapannya ini sudah bertunang. Hyun Bin mengeluh. ‘Kalau dia belum bertunang, mungkin aku boleh masuk jarum. Bercinta dengan gadis Korea bukannya ada hasil apa pun. Menyakitkan hati adalah!” Hyun Bin mengepal jari jemarinya menahan marah.

Nurul Celza yang menyedari perubahan pada muka Hyun Bin bila memandang wajahnya berasa sedikit takut. ‘Kenapa pula dia ni? Ya Allah, tolonglah lindungi aku ya Allah!’ Nurul Celza memandang sekeliling, ingin memastikan bahawa si waiter yang menyapanya awal tadi masih berada di kaunter. Dia pasti Boss Hyun Bin ini tidak akan mengapa-apakan dia sebab sekarang ini mereka berada di tempat awam.

“May I sit down, Sajangnim?”

“Ah… Celza-ssi, mianhaeyo. Anjuseyo” Hyun Bin mempersilakan Nurul Celza duduk.

“Sajangnim, gwenchanayo?” Nurul Celza bertanya lagi sekali.

“An gwenchanayo Celza-ssi. Nae maeumi appayo” Hyun Bin memulakan sesi curhatnya. Dan Nurul Celza menjadi pendengar setia. Tidak disangkanya Boss nya ini sangat lembut jiwanya bagai bunga-bunga di taman. Dari luar nampak tegas. Alahai boss… boss…

Wednesday, 18 March 2015

Fall In 5,6,7,8 ! - Bab 1



Di salah sebuah gerai di tempat yang cukup tersorok. Tak tahu lah pula bahagian Seoul yang mana yang cukup tersorok. Rasa-rasanya adalah juga dalam 2 jam perjalanan dengan kereta. 

‘Adik aku ani dah buang tabiat agaknya’ Si Abang hanya mampu merenung yang sedang menikmati jajangmyeon dengan penuh perasaan. 

“AHJUMMA, HANA JAJANGMYEON JUSEYO!” Si Adik mengorder. 

“Ji Wook aaaa… sudah-sudah lah tu! Kau tahu ini dah mangkuk ke berapa kau order?” Si Abang mula naik risau bila adiknya mula memesan satu lagi Jjangmyeon. Matanya pantas mengira mangkuk yang sudah tersusun bertingkat-tingkat di hadapan matanya. Silap haribulan, kalau tak diberhentikan, boleh je kalah Twin Tower KLCC nih. ’15 semuanya! AIGOO!’ 

**Sedikit info: Jajangmyeon adalah sejenis noodle yang biasanya dimakan oleh orang yang single atau orang yang berasa kesunyian sebagai menyambut ‘Black Day’ yang jatuh pada 14 April. 

Si abang merenung jam tangannya untuk melihat haribulan. ’14 April…’ Genap tiga bulan. 

“Ji Sub Hyung… kau tak akan tahu apa perasaan aku. Kau tahu tak, sakit tuh nya di sini tau!” Dan si adik mula meraung lagi. Si Abang menggeleng dah tak tahu nak buat apa lagi. “Sampai hati tau Min Young curang depan mata aku! Selama ini tak cukup ke pengorbanan aku untuk dia. Dan dia sanggup berpaling arah. 3 tahun hyung! 3 tahun!” 

[Sila youtube dan imagine scene ini dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini versi Akustik Beatbox]  

“HAISH… Ji Wook ah! Kau jangan lah nak over pulak! 3 tahun dari mula kau kenal dengan dia berlakon dalam cerita Healer tu! Kau bercinta dengan dia tak sampai pun 3 bulan. Kalau… 5, 6, 7, 8 bulan boleh terima la! Cuba lah logic sikit!”

Si adik berdiri dan menarik kolar baju abangnya yang digelar Ji Sub Hyung itu. “Hyung tak akan faham. Dan tak akan pernah faham. ITU CINTA hyung! CINTA!! Hyung tak pernah jatuh cinta, hyung tak akan tahu!”

“Ergghh.. Ji Wook! Tercekiklah aku macam ni! Gila sudah budak ni! HAISH! Ada ker patut dia kata aku tak tahu apa itu CINTA” 

[Sila imagine scene ini dengan lagu ‘The Condition Of My Heart’ nyanyian Fly To The Sky] 

Ji Sub yang sudah mula naik temperature menarik kembali kolar Ji Wook dan beralih keluar sedikit dari gerai. 

DUSH! Satu tumbukan dihadiahkan kepada Chang Ji Wook. “Ha, ambiklah kau hadiah daripada abang seibu tapi tak sebapa kau ini!”    

Dan hujan pun turun selebatnya. Selebat tangisan Chang Ji Wook yang sangat meruntun jiwa bagi sesiapa yang memandangnya. Ahjumma yang bawa Jjangmyeon ke-16 pesanannya pun terus meletakkan mangkuk itu ke atas meja dan bergegas semula ke dapur untuk mengambil payung. Ahjumma berlari meredah hujan dan memayungi kedua adik beradik itu yang sudah bergelut di dalam hujan itu. 

[Sila imagine scene ini dengan lagu “The Condition Of My Heart” by Fly To The Sky] 

“Ahjumma, apayo…” Chang Ji Wook merintih dan menangis di dalam pelukan Ahjumma Jjangmyeon. So Ji Sub berdiri dan mengesat darah di bibirnya. Hatinya sakit melihat adiknya sebegitu. Walaupun bukan sebapa, tapi Chang Ji Wook masih tetap adiknya. Mereka berkongsi rahim yang sama. 

“Gwenchana.. Ji Wook. Gwenchana… kita balik dulu ye. Kamsahamnida Ahjumma” Si abang memujuk adiknya. Tapi Ji Wook degil. Dia belum ingin menjejakkan kakinya semula ke Seoul. Hatinya masih hancur. Hancur. Dan telefonnya dibuangnya jauh. Pecah berderai.

“Bawa adik kamu masuk ke rumah ahjumma. Kamu pun. Tengok luka kamu ini tak akan bawa kamu ke mana-mana. Demam lagi nanti lain jadinya. Bila kamu balik Seoul nanti, lain pula ceritanya nanti,” Ahjumma menawarkan pertolongan. Mereka bukan calang-calang orangnya. Nanti cerita yang memang hangat akan bertambah hangat lagi. Paparazzi di merata tempat. Dia khuatir akan keadaan hati si adik yang di matanya cukup parah. ‘Haihs, orang muda kalau bercinta tak ke mananya’ dia memandang sayu kedua adik beradik itu. 

Si abang memapah si adik ke rumah ahjumma. So Ji Sub berebsar hati menerima pelawaan ahjumma itu. 

Manakala si ahjumma pula menutup kedainya untuk setengah hari itu. Agaknya cukup lah 16 mangkuk Jjangmyeon hasil jualannya pada hari itu. Ada rezeki lebih dari hari-hari biasa. Cukup-cukup lah kejutan yang diterimanya hari ini.  Sudahlah artis terkenal datang berkunjung ke gerainya. Dan sekarang pula, membantu mereka. 

Siapa tidak kenal dengan Chang Ji Wook dan So Ji Sub wei! Oh well… orang kampong tempat tinggal dia ni memang tak kenal. Tapi anak angkatnya yang seringkali berkunjung melawatnya rajin saja untuk mem-burn DVD drama-drama korea terbaru agar dia boleh menengoknya. Jadinya dia jadi kenal. HEALER! Chang Ji Wook tu kan budak HEALER tu! Drama tu dah tiga tahun dah. Tapi dalam sebulan dua ni baru lah dia berpeluang nak tengok. Al-maklumlah kan… di tempat yang terpencil ini, tak ada maknanya nak tengok drama semua itu. 

Apa yang terjadi pada hari ini, sama ada rezeki atau ujian, dia kurang pasti. Dia berserah. Yang penting, dia ikhlas tolong orang. Bukan dia nak menyibuk, tapi dia mendengar cerita kedua adik beradik itu. ‘Memang rezeki Nurul Celza lah kalau dia melawat hari ini. Tapi hari ini budak tu kerja. Hujung minggu baru ada! Mau pengsan budak ni kalau dia tahu siapa yang datang gerai aku hari ini! Takpelah, karang aku selfie dengan budak berdua ni kalau ada kesempatan dan aku LINE dia’ Otaknya mula ligat merancang sesuatu. Heesh! Licik juga ye ahjumma ini tapi walaupun licik hatinya sangat baik.  Tersenyum dia terkenang akan anak angkatnya yang bernama Nurul Celza itu. Atau nama Koreanya, Min Ja.  Pekerja yang baru ditransfer ke Korea tiga bulan lalu oleh anaknya, Hyun Bin yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat telekomunikasi SAMSOON. Hyun Bin, budak tu pun satu. Sampai sekarang belum kahwin lagi!  Heeesh! Bercinta nya bagai nak rak ke sana kemari, perempuan keliling pinggang. Tapi satu pun belum ada yang dibawa pulang ke Seoul. Alih-alih budak clumsy Nurul Celza ni jugak yang dihantarnya kat aku! AIGOO. Hyun Bin aaaa~  

“Ahjumma…” satu panggil mengejutkannya dari lamunan. Terlupa dia seketika dengan tetamu tersangat istimewa yang tak diundang itu.

“Aaa.. Ji Sub-ssi, ahjumma minta maaf” Matanya melirik pada Chang Ji Wook yang sudah duduk di hujung korner. Nampak badannya terketar-ketar. Ahjumma mengeluarkan tilam panas dari dalam almari. Tilam panas ini biasanya akan digunakannya sewaktu musim sejuk. Tapi ini bukan musim sejuk. Cuma ada hati yang tengah sejuk, tengah beku ketika ini yang memerlukan haba yang panas untuk dicairkan semula.  

“Kamsahamnida Ahjumma…” So Ji Sub mengucapkan terima kasih kepada Ahjumma yang sanggup bersusah payah membantunya adik beradik. “Ahjumma… First Aid Box isseoyo?” 

“Aaah… cheogeot isseoyo…chakkamanyo,” Ahjumma yang baru hendak mengeluarkan kimchi nya dari peti sejuk bergegas untuk menunaikan permintaan Encik So Ji Sub. 

“Takpe Ahjumma… saya ambil sendiri. Dan Ahjumma tak perlu lah pakai bahasa formal. Anggap saja kami ni macam anak Ahjumma juga” balas So Ji Sub ramah. Alahai! Boleh imagine tak? Lelaki kacak ramah macam ni… caiiirr! Caiirrrr! Memang Nurul Celza akan cairrrrrr! Confirm!! 

Tapi anak angkat nya itu… Citarasa punyalah berbeza. Hero FROZEN tu juga lah jadi pujaan hati dia. Healer konon… tapi hati dia sendiri tak mampu nak rawat. Ahjumma tersenyum simpul sendiri macam Koala Bear tersenyum sambil mencampur adukkan bahan-bahan bagi Kimchi Special nya.
Ye u ols! Ahjumma akan memasak lagi! 16 mangkuk Jjangmyeon memang tak cukup untuk ubati hati yang tengah luka dek putus cinta tak sampai 3 bulan. 3 minggu jer u ols! 3 minggu! Ahjumma menggeleng-gelengkan kepalanya. AIGOOOOOOOOOO………………………..

“5….6….7….8….Ahjumma, smileeeeee!” KLIK! Berbunyi kamera. PAP! Terkena hempasan sudip kayu ke atas kepala So Ji Sub! Ha, amik kau kejut aku lagi! 

“Aaaa….. appayo!” So Ji Sub menggosok-gosok kepalanya. Silapnya juga lah sebab terusan saja dia menghampiri Ahjumma yang sedang sibuk dengan Kimchi Special nya lalu mengambil selfie bersama. Ooooo..artis ambik gambar dengan peminat oooo.. oooo.. bertuahnya! ‘Nasib baik aku ni… tua sedar diri… kalau tak…’ ketawa nakal dalam hati. 

“Sorry… Ahjumma..” 

“Sorry..sorry… anak ni ingat ni lagu Super Junior ke? Heesh budak ni!” 

“Woaaa.. Ahjumma! Kenal juga dengan Super Junior ke?” 

“Cuba tak kenal. Anak makcik Hyun Bin tu suka jer dengar lagu diaorang tu. Entah apa-apa kumpulan anak muda sekarang ni ye. Lagu entah apa-apa. Lirik entah terjun ke laut mana entah” 

“Dah tu Ahjumma suka lagu yang macam mana?” 

“Yang macam ni…. “ Ahjumma mengambil sudipnya dan mula menyanyi… “Eojji geurayo eo eojjae geurayo~ sibang nal ullyeonoko tteonagalbaen saranghandago mwottamsi geuraetdanggayo~*”

[Lagu hasil search kat YouTube Korean Country Music – Moon Hee Ok: 천방지축 (Cat & Mouse) …hmm, best jugak lagu ni!] 

So Ji Sub terhibur ketawa. Dan ahjumma juga. 

Lupa seketika akan perbezaan selebriti dan orang biasa. 

Lupa juga seketika dengan mamat Frozen tu!  

Serapatnya mereka seolah mereka ada pertalian yang rapat. Samada di kelahiran sebelum ini. Atau di kelahiran akan datang. 

Mungkinkah? Apakah? 

Tapi itu yang dirasakan hati So Ji Sub. Dan firasatnya tidak pernah salah. Salah satu kelebihan So Ji Sub leeee tu.  

Friday, 13 March 2015

Fall In 5,6,7,8! - Prolog



'Hari Isnin, Hari Selasa, Hari Rabu, Hari Khamis, Hari Jumaat, Hari Sabtu, Hari Ahad'

'Hmmm… tak sedar masa berlalu begitu cepat sekali. Pejam celik, pejam celik, dah tiga bulan aku dekat sini' Nurul Celza mengangkat wajahnya daripada diari yang ditenungnya sejak setengah jam lalu. Dia melihat keadaan sekeliling. 'Ah, lagi 10 minit. Hari ani aku awal lagi rupanya' Matanya dialihkan pada jam ketibaan metro seterusnya. 'Faktor umur, alahai!' Desisnya dalam hati. Nurul Celza tersenyum sendiri dengan telahannya. 

Bukan apa, semenjak dua menjak ni, dia rajin saja awal bangun untuk pergi bekerja.  Nak kata jetlag, mustahil. Awal bangun bermakna awal tiba ke destinasi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dan perhentian dalam sebanyak 16 stesen  itu memberi peluang untuk dia melelapkan mata.  Dah tiga bulan pun dia duduk kat Seoul ni. YES! Nurul Celza sekarang berada di Seoul. Untuk satu tahun mungkin kata bosnya! Atau mungkin lebih! Atau mungkin selamanya! 
 
'Selamanya! OH TIDAK!! Sanggup kah aku berpisah dengan kedua ibu bapa aku? Oh tidak! Tidak mungkin!' jeritnya dalam hati. Emosi lah pulak! 

***

“Boleh saja nak kalau nak pindah sana. Ayah dan mama tak ada halangan. Dengan syarat mesti menantu mama orang Korea laaa..” gurau si ibu suatu hari. “Kena bawak yang hensem macam siapa tu.. ermm siapa tu nak. Abang ingat tak?” tanya si ibu kepada si ayah. “Tanya abang buat apa? Tanyalah anak awak tu. Bukan abang yang minat. Abang minat budak Min Young tu je,” jawab si suami sambil tersengih. “Ewah ewah abang… manisnyaaa muluuut” dan terkena lah hempukan Dunlop di paha sang suami. Nurul Celza ketawa melihat telatah ayah dan ibunya. Dua hari lagi dia akan berangkat ke Korea. Macam tak sangka. Kadang-kadang dia rasa macam dia bermimpi. Tapi itu adalah reality. 

“Nurul Celza buah intan mama… yang sengih-sengih. Mama tanya ni. Siapa budak pelakon yang Nurul suka tu? Ajip eh nama dia kan? Kan? Kan?” gigih pula si ibu bertanya. Comel betul Mama ni!
“Bukan Ajip lah mama. Tapi So Ji Sub!” 

“Aaaaa… betul lah si Ajip! Tu kan shortform dia. Simple je!” si Ibu mengiyakan. 

“Heesh.. mama kamu ni Nurul. Suka-suka dia je nak bagi shortpom. Tapi why not kan mama, kalau Nurul dapat yang macam si Ajip tu..” 

“Ha, abang dua kali lima jugak. Suka je dengan nama Ajip tu kan?” 

“Bosan laaa ayah dan mama. So Ji Sub dah tak macho. Skang ni Nurul suka orang baru! Lagipun budak Ji Sub tu sama je muka dia macam boss Nurul waktu ni” Berbintang-bintang mata Nurul Celza memberitahu mama dan ayahnya apabila mengenangkan si pelakon kacak, Chang Ji Wook yang memainkan watak sebagai Healer. Alahaiiii~ caiiiiir! 

“Ada  gambar tak? Mama nak tengok gambar. Kalau mama setuju, baru boleh” kata si ibu buat-buat garang. Si Ayah yang sedang membaca newspaper ketawa melihat telatah anak beranak itu. 

Nurul Celza menunjukkan image google Chang Ji Wook dari iphone 6 nya kepada mama dan ayahnya. 

“Bang, bang… tengok ni! Uihhhhs. Moga dekat lah ye jodoh anak kita ngan mamat ni! Kalau yang ni, memang mama dan ayah setuju 100% lah Nurul! Tiada bantahan! Mama dan Ayah 100% SIRIM APPROVED! ” kata mamanya. 

Nurul Celza ketawa. Dia gembira melihat ayah dan mamanya gembira. Sekurang-kurangnya tidak berat rasa hatinya untuk meninggalkan mereka berdua pergi. Dia pergi bukan untuk bersuka ria. Tapi dia pergi untuk berbakti kepada negeri. 

Dia merenung semula gambar Chang Ji Wook, pelakon kesayangannya yang ada di dalam diarinya. 

Dan tersenyum. 

“Nanti mama lawat Nurul kat sana ek? Bila ayah dah cuti semester. Nurul jaga diri ye. Nurul fikirkan baik-baik ye tentang offer mama nak suruh tinggal dengan kawan mama kat sana. Nurul nak tinggal berapa lama kat sana pun, up to Nurul ye sayang. Lagipun kontrak Nurul dengan syarikat tu, open kan. Nurul kerja elok-elok ye sayang?” Pesan mamanya terngiang-terngiang di telinganya. 

Bukan tak sayang anak, nak buang anak jauh sekali. Tapi dia kasihan dengan anak perempuannya ini tambahan lagi ini lah satu-satunya anak mereka. Kisah menyayat hati yang dialaminya anaknya itu bukan kisah semata seperti yang dibaca arah majalah Mingguan Wanita. Bukannya kisah biasa-biasa yang boleh menagih simpati sebegitu saja.  Ibu manakah  sanggup melihat anaknya sedih sebegitu. Orang ramai memang akan sangka dia senyum dan tertawa dengan ikhlas. Tapi, dalam hati… hanya anaknya dan Allah saja yang tahu. Ibu mana yang tidak sedih, bila kekasih hati pujaan anaknya itu meninggalkannya pergi di saat majlis pernikahan akan berlangsung dua hari lagi. Tapi siapa anaknya, siapa dia untuk menghalang takdir Allah. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah. Dan sekarang ada baiknya anaknya itu berhijrah ke negeri impian anaknya bila ada peluang sebegini. Dalam hati berdoa semoga penghijrahan itu akan membawa 1001 kebahagiaan buat anak kesayangannya.  

Dan tanpa disedari air mata Nurul Celza mengalir. Masih terasa hangatnya pelukan ibu dan ayah ketika menghantarnya di Lapangan Terbang KLIA sebelum dia berangkat tiga bulan lalu. 

Terlepas diari di tangannya ketika ingin melap air matanya. 

Dan tiga gambar wajah kesayangan Nurul Celza terkeluar dari diarinya. 

Angin keretapi yang terasa menandakan ketibaan KTX sudah terasa. Dan dua daripada tiga gambar itu terbang ditiup angin. Kerana kesuntukan masa dan orang ramai yang mula berpusu untuk turun dan naik KTX itu, membuatkan Nurul Celza hanya mampu memandang kedua-dua gambar itu tanpa sempat untuk menahannya. 

Yang tinggal kini… hanya gambar arwah. Dan gambar itu dipegangnya kejap. Nurul Celza mengambil tempat berdekatan dengan kepala keretapi. Sedih. Ditenungnya gambar itu kembali dan didakapnya ke dadanya. Air mata mengalir lebih deras. Dan semakin deras bila ipodnya mula memainkan lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft. Malique. Itu adalah lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah dalam perbualan terakhir mereka dua hari sebelum hari indah mereka. 

“Kenapa abang nyanyi lagu tu?” Nurul Celza musykil. 

“Sebab abang tak pandai nak nyanyi lagu Korea lah sayang…” seloroh tunang kesayangannya. “Appa gom.. omma gom.. aegi gom… appa… hentam lah. Tu jer yang abang pandai” Nurul Celza ketawa dengan gelagat tunangnya yang cuba meniru lagu Three Bears yang terkenal itu. Sangat comel!

Nurul Celza rindu. 

‘Al-Fatihah abang…’ Nurul Celza tertunduk. Tiga bulan bukan mudah untuk melupakan kisah tiga tahun yang terindah. 

4 bulan not sure. 

5 bulan tak pasti. 

6 bulan mungkin. 

7 bulan mungkin kah? 

8 bulan insyaAllah.   

Only Allah knows best. If Allah nak, esok juga mungkin dia boleh melupakan. Nurul Celza melepaskan keluhannya. Dan menyimpan kemas gambar itu ke dalam folder yang mempunyai gambar So Ji Sub yang baru dibelinya di gerai kecil berjual barang-barang KPOP sebelum turun ke underground station tadi. Dia terkenang akan dua gambar yang tidak sempat dikutipnya. 

‘Clumsy Nurul Celza as always! Heesh. Oh well, takpe lah janji folder ni tak hilang sudah’ dan dia mengukir senyuman semula merenung jejaka pujaannya itu. Dalam hati penuh semangat baru. Kenangan terindah akan tetap jadi yang indah. Tapi dia kena kuat. Allah masih bagi peluang dia untuk hidup dan bernafas di tempat baru ini. Pastinya untuk mengukir kenangan yang lebih, lebih indah. InsyaAllah. Dia mengangkat wajahnya dan matanya bertentang dengan seseorang yang duduk di hujung sana. Sebagai pengunjung negeri orang, dia tersenyum. 

‘Macam familiar je. Tapi siapa ek?’ terlintas di fikiran Nurul Celza. ‘Oh well, muka diaorang ni sebijik je kan?’ Dia mengalihkan pandangannya semula ke hadapan dan berangan jauh sebelum melelapkan matanya. 

Tanpa disedari Nurul Celza, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh. Seseorang yang telah mengutip kembali kedua-dua gambar yang terbang tadi. Ditenungnya kedua-dua gambar itu. Terkesima sedikit. Terkejut ada jua. Gambar berkenaan dibaliknya.  Ada tertulis beberapa ayat dalam tulisan Hangeul yang menunjukkan tulisan itu bukan kepunyaan bangsa Korea. Walaubagaimanapun, tulisan itu sangat kemas. Berkerut dahinya membaca ayat yang tertulis pada gambar itu. Diangkatnya wajahnya dan direnungnya perempuan yang sedang tertunduk itu.  Ringan terasa hatinya melihat wajah perempuan itu. Dan dia pun tersenyum.