Friday, 13 March 2015

Fall In 5,6,7,8! - Prolog



'Hari Isnin, Hari Selasa, Hari Rabu, Hari Khamis, Hari Jumaat, Hari Sabtu, Hari Ahad'

'Hmmm… tak sedar masa berlalu begitu cepat sekali. Pejam celik, pejam celik, dah tiga bulan aku dekat sini' Nurul Celza mengangkat wajahnya daripada diari yang ditenungnya sejak setengah jam lalu. Dia melihat keadaan sekeliling. 'Ah, lagi 10 minit. Hari ani aku awal lagi rupanya' Matanya dialihkan pada jam ketibaan metro seterusnya. 'Faktor umur, alahai!' Desisnya dalam hati. Nurul Celza tersenyum sendiri dengan telahannya. 

Bukan apa, semenjak dua menjak ni, dia rajin saja awal bangun untuk pergi bekerja.  Nak kata jetlag, mustahil. Awal bangun bermakna awal tiba ke destinasi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dan perhentian dalam sebanyak 16 stesen  itu memberi peluang untuk dia melelapkan mata.  Dah tiga bulan pun dia duduk kat Seoul ni. YES! Nurul Celza sekarang berada di Seoul. Untuk satu tahun mungkin kata bosnya! Atau mungkin lebih! Atau mungkin selamanya! 
 
'Selamanya! OH TIDAK!! Sanggup kah aku berpisah dengan kedua ibu bapa aku? Oh tidak! Tidak mungkin!' jeritnya dalam hati. Emosi lah pulak! 

***

“Boleh saja nak kalau nak pindah sana. Ayah dan mama tak ada halangan. Dengan syarat mesti menantu mama orang Korea laaa..” gurau si ibu suatu hari. “Kena bawak yang hensem macam siapa tu.. ermm siapa tu nak. Abang ingat tak?” tanya si ibu kepada si ayah. “Tanya abang buat apa? Tanyalah anak awak tu. Bukan abang yang minat. Abang minat budak Min Young tu je,” jawab si suami sambil tersengih. “Ewah ewah abang… manisnyaaa muluuut” dan terkena lah hempukan Dunlop di paha sang suami. Nurul Celza ketawa melihat telatah ayah dan ibunya. Dua hari lagi dia akan berangkat ke Korea. Macam tak sangka. Kadang-kadang dia rasa macam dia bermimpi. Tapi itu adalah reality. 

“Nurul Celza buah intan mama… yang sengih-sengih. Mama tanya ni. Siapa budak pelakon yang Nurul suka tu? Ajip eh nama dia kan? Kan? Kan?” gigih pula si ibu bertanya. Comel betul Mama ni!
“Bukan Ajip lah mama. Tapi So Ji Sub!” 

“Aaaaa… betul lah si Ajip! Tu kan shortform dia. Simple je!” si Ibu mengiyakan. 

“Heesh.. mama kamu ni Nurul. Suka-suka dia je nak bagi shortpom. Tapi why not kan mama, kalau Nurul dapat yang macam si Ajip tu..” 

“Ha, abang dua kali lima jugak. Suka je dengan nama Ajip tu kan?” 

“Bosan laaa ayah dan mama. So Ji Sub dah tak macho. Skang ni Nurul suka orang baru! Lagipun budak Ji Sub tu sama je muka dia macam boss Nurul waktu ni” Berbintang-bintang mata Nurul Celza memberitahu mama dan ayahnya apabila mengenangkan si pelakon kacak, Chang Ji Wook yang memainkan watak sebagai Healer. Alahaiiii~ caiiiiir! 

“Ada  gambar tak? Mama nak tengok gambar. Kalau mama setuju, baru boleh” kata si ibu buat-buat garang. Si Ayah yang sedang membaca newspaper ketawa melihat telatah anak beranak itu. 

Nurul Celza menunjukkan image google Chang Ji Wook dari iphone 6 nya kepada mama dan ayahnya. 

“Bang, bang… tengok ni! Uihhhhs. Moga dekat lah ye jodoh anak kita ngan mamat ni! Kalau yang ni, memang mama dan ayah setuju 100% lah Nurul! Tiada bantahan! Mama dan Ayah 100% SIRIM APPROVED! ” kata mamanya. 

Nurul Celza ketawa. Dia gembira melihat ayah dan mamanya gembira. Sekurang-kurangnya tidak berat rasa hatinya untuk meninggalkan mereka berdua pergi. Dia pergi bukan untuk bersuka ria. Tapi dia pergi untuk berbakti kepada negeri. 

Dia merenung semula gambar Chang Ji Wook, pelakon kesayangannya yang ada di dalam diarinya. 

Dan tersenyum. 

“Nanti mama lawat Nurul kat sana ek? Bila ayah dah cuti semester. Nurul jaga diri ye. Nurul fikirkan baik-baik ye tentang offer mama nak suruh tinggal dengan kawan mama kat sana. Nurul nak tinggal berapa lama kat sana pun, up to Nurul ye sayang. Lagipun kontrak Nurul dengan syarikat tu, open kan. Nurul kerja elok-elok ye sayang?” Pesan mamanya terngiang-terngiang di telinganya. 

Bukan tak sayang anak, nak buang anak jauh sekali. Tapi dia kasihan dengan anak perempuannya ini tambahan lagi ini lah satu-satunya anak mereka. Kisah menyayat hati yang dialaminya anaknya itu bukan kisah semata seperti yang dibaca arah majalah Mingguan Wanita. Bukannya kisah biasa-biasa yang boleh menagih simpati sebegitu saja.  Ibu manakah  sanggup melihat anaknya sedih sebegitu. Orang ramai memang akan sangka dia senyum dan tertawa dengan ikhlas. Tapi, dalam hati… hanya anaknya dan Allah saja yang tahu. Ibu mana yang tidak sedih, bila kekasih hati pujaan anaknya itu meninggalkannya pergi di saat majlis pernikahan akan berlangsung dua hari lagi. Tapi siapa anaknya, siapa dia untuk menghalang takdir Allah. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah. Dan sekarang ada baiknya anaknya itu berhijrah ke negeri impian anaknya bila ada peluang sebegini. Dalam hati berdoa semoga penghijrahan itu akan membawa 1001 kebahagiaan buat anak kesayangannya.  

Dan tanpa disedari air mata Nurul Celza mengalir. Masih terasa hangatnya pelukan ibu dan ayah ketika menghantarnya di Lapangan Terbang KLIA sebelum dia berangkat tiga bulan lalu. 

Terlepas diari di tangannya ketika ingin melap air matanya. 

Dan tiga gambar wajah kesayangan Nurul Celza terkeluar dari diarinya. 

Angin keretapi yang terasa menandakan ketibaan KTX sudah terasa. Dan dua daripada tiga gambar itu terbang ditiup angin. Kerana kesuntukan masa dan orang ramai yang mula berpusu untuk turun dan naik KTX itu, membuatkan Nurul Celza hanya mampu memandang kedua-dua gambar itu tanpa sempat untuk menahannya. 

Yang tinggal kini… hanya gambar arwah. Dan gambar itu dipegangnya kejap. Nurul Celza mengambil tempat berdekatan dengan kepala keretapi. Sedih. Ditenungnya gambar itu kembali dan didakapnya ke dadanya. Air mata mengalir lebih deras. Dan semakin deras bila ipodnya mula memainkan lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft. Malique. Itu adalah lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah dalam perbualan terakhir mereka dua hari sebelum hari indah mereka. 

“Kenapa abang nyanyi lagu tu?” Nurul Celza musykil. 

“Sebab abang tak pandai nak nyanyi lagu Korea lah sayang…” seloroh tunang kesayangannya. “Appa gom.. omma gom.. aegi gom… appa… hentam lah. Tu jer yang abang pandai” Nurul Celza ketawa dengan gelagat tunangnya yang cuba meniru lagu Three Bears yang terkenal itu. Sangat comel!

Nurul Celza rindu. 

‘Al-Fatihah abang…’ Nurul Celza tertunduk. Tiga bulan bukan mudah untuk melupakan kisah tiga tahun yang terindah. 

4 bulan not sure. 

5 bulan tak pasti. 

6 bulan mungkin. 

7 bulan mungkin kah? 

8 bulan insyaAllah.   

Only Allah knows best. If Allah nak, esok juga mungkin dia boleh melupakan. Nurul Celza melepaskan keluhannya. Dan menyimpan kemas gambar itu ke dalam folder yang mempunyai gambar So Ji Sub yang baru dibelinya di gerai kecil berjual barang-barang KPOP sebelum turun ke underground station tadi. Dia terkenang akan dua gambar yang tidak sempat dikutipnya. 

‘Clumsy Nurul Celza as always! Heesh. Oh well, takpe lah janji folder ni tak hilang sudah’ dan dia mengukir senyuman semula merenung jejaka pujaannya itu. Dalam hati penuh semangat baru. Kenangan terindah akan tetap jadi yang indah. Tapi dia kena kuat. Allah masih bagi peluang dia untuk hidup dan bernafas di tempat baru ini. Pastinya untuk mengukir kenangan yang lebih, lebih indah. InsyaAllah. Dia mengangkat wajahnya dan matanya bertentang dengan seseorang yang duduk di hujung sana. Sebagai pengunjung negeri orang, dia tersenyum. 

‘Macam familiar je. Tapi siapa ek?’ terlintas di fikiran Nurul Celza. ‘Oh well, muka diaorang ni sebijik je kan?’ Dia mengalihkan pandangannya semula ke hadapan dan berangan jauh sebelum melelapkan matanya. 

Tanpa disedari Nurul Celza, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh. Seseorang yang telah mengutip kembali kedua-dua gambar yang terbang tadi. Ditenungnya kedua-dua gambar itu. Terkesima sedikit. Terkejut ada jua. Gambar berkenaan dibaliknya.  Ada tertulis beberapa ayat dalam tulisan Hangeul yang menunjukkan tulisan itu bukan kepunyaan bangsa Korea. Walaubagaimanapun, tulisan itu sangat kemas. Berkerut dahinya membaca ayat yang tertulis pada gambar itu. Diangkatnya wajahnya dan direnungnya perempuan yang sedang tertunduk itu.  Ringan terasa hatinya melihat wajah perempuan itu. Dan dia pun tersenyum.

3 comments:

Noreul Basumi said...
This comment has been removed by the author.
Noreul Basumi said...

waaa..1st time nk komen nie..
shee unnieee..memula cerita pn dh suke sangat..dh ada elemen sedih n saspen nie..mmg berbakat menulis laa..keep it up..aja aja hwaiting!!!
*msti celza unnie hati bunga-bunga time baca...hehe..sweet..(^_^)..

chemistry_lady said...

Ohmomomo.... air mata unnie mcm jatuh menitis lah.. hehehe... shee... kamu mmg lah.. kamu itu mmg lah berbakat... teruskan penulisan shee... alahai.. siapakah gerangannya jejaka itu.. unnie tak kisah pun.. amik la sesapa yg dlm koleksi hati unnie... unnie akan menerimanya hahahaha