Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #5

TOK! TOK! TOK! Berdentum bunyi ketukan pintu. Aku dan Ashie-unnie terkejut, lantas terbangun!

Kami memisat-misat mata.

'ARGH! Siapa lagi yang buat bising pagi-pagi buta ni? Ni mesti bebudak lima ekor tuh!' rungut ku.

Ashie-unnie pantas bangun untuk membuka pintu. Tapi sebelum pintu dibuka, dia berteriak, 'HOI! Sabarlah! Ingat hotel ni bapak korang yang punya ke?' hehehe.. garang jugak Ashie-unnie aku ni! Maklumlah rock bebeh lah katakan!

Aku yang masih terpisat-pisat ketawa terkekek-kekek membalas, 'possible Unnie bapak diaorang yang punya. takpun diaorang yang punya sendiri. diaorang tu mampu Unnie'

Dan..

'SURPLAAAAAAAAAAIIISEEE!!'

'AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA' bergema teriak Unnie bercantum ngan teriak seseorang!

Alamak, aku terlupa! Kak Waiem! Aku bergegas bangun dari tempat tidurku dan menuju ke pintu.

'AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA' dan lantas kami berpelukan seperti lagaknya orang tak berjumpa bertahun-tahun lamanya. Hakikatnya tak lama pun. Kak Waiem yang hantar kami ke airport waktu kita nak pergi Thailand ni.

'Apa yang bising-bising ni?' pintu bilik depan terbuka luas. YunHo!

Dan Kak Waiem memalingkan tubuhnya..

'OHMMMMMMMYYY! OHHMMMYYYY! AM I SEEING THE REAL THING HERE?' jerit Kak Waiem.

'Aaa...so you dah datang? Waiem-unnie,right? Anyeonghaseyo. Chonun YunHo imnida. Kamsahamnida, Waiem-unnie for coming,' YunHo memperkenalkan dirinya.

Kak Waiem masih lagi terpaku dan nampaknya dia masih tidak menerima hakikat apa yang dilihat di hadapan matanya kini.

Hehehehe...belum lagi dia jumpa yang lain? Baru jumpa satu! Apa lah agaknya reaksi Kak Waiem kan bila dia jumpa buah hati dia si Gildong..ooooo~ mesti lagi terer punyaaa! Okeh..berbalik semula pada cerita...

Dan belum pun sempat Kak Waiem membalas sapaan YunHo, terdengar bunyi kasar kuakan pintu dari bilik 1111 (note that nombor bilik YunHo is 1119 dan nombor bilik aku ngan bilik Ashie-unnie is 1118.. it runs like that lah. Nak illustrate ke? Tak perlu lah yee.. pokoknya bilik 1118 ngan 1119 berdepanan.. ok jom sambung balik), dan...

'Hey! Siapa yang bising sangat pagi-pagi buta ni hah?'

Aku, Ashie-unnie dan Waiem menoleh kepada yang empunya suara.

'NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!! SHEEEEE!!!!!! OMMGGGGGG OHHYMMMYY GOOOOOSSHHHH!!! IT-S, IT-S..." bergema seluruh alam mendengar pekikan suara Ashie! Ashie-unnie menggamit lenganku. Kejap jugak dia gamit lenganku..dan aku yang tidak pakai kacamataku, sesungguhnya tidak punya gambaran yang jelas tentang wajah di hadapan yang mula menghampiri kami.

DAN- Kak Waiem yang belum habis rasa terkejutnya pun mulut ternganga! Tidak terkata~

'nugu?' balasku skema.

'Ahhh... MINHO dongsaeng! Mianhe to disturb your sleep!' Yunho menyapa jejaka yang mula menghampiri kami.

'MIN HO? Which Min Ho? Lee Min Ho? Kim Min Ho? No, there's only one Min Ho I know!' ligat kepalaku mencongkak siapa yang dimaksudkan YunHo.

And aku terkenangkan Ashie-unnie yang pegangannya semakin kuat dan seolah-olah..dia mengeluarkan suara, 'Goo Jun Pyo' lemah saja suara Ashie-unnie.

'GOO JUN PYO?' aku bergegas masuk semula ke bilik hotel untuk mengambil kacamataku dan kembali.

'OHMMYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!' sekembalinya aku di luar bilik.

'Wae? Wae? Yunho? Who are these people? Why are they here?' aik! sombongnya.

Dan YunHo pun memperkenalkan kami bertiga pada pelakon yang tengah hot waktu ni yang tengah menempah nama iaitu Lee Min Ho!

Kak Waiem yang masih berada dalam tahap kekejutan berlalu masuk ke dalam bilik meninggalkan kami begitu.

'Kak Waiem, are you ok?' concern lah aku pulak. Aku ignore jer budak Lee Min Ho tu dan mengikut Kak Waiem masuk semula ke bilik hotel. Sombong betul lah! Betul-betul macam watak dia dalam Boys Over Flowers tu. Seriously, apa yang aku dengar selama ini memang salah lah. Orang kata dia friendly. Tapi ini... urgh.

'Shee, I'm okay. Akak tak sangka sebenarnya nak surplaiseee macam ini! Jun Pyo kat luar tu! Macam tak caya jerr or akak memang jet lag sampai boleh berhalusinasi begini?'

'Tak jet lag. Memang betul lah tu kat depan tu... OMG! i forgot.. Ashie-unnnie!' aku bergegas keluar semula hanya untuk mendapati Ashie-unnie yang masih tercegat dan merenung Lee Min Ho yang sedang asyik berbual dengan YunHo.

'Unnie.. sudah-sudah lah tu. Tak baik tenung anak teruna orang macam tu!' aku menghampiri Ashie-unnie dan menarik tangannya untuk membawanya semula ke bilik.

YunHo yang mendengar teguranku hanya tersenyum. Eh? dia faham ker apa aku cakap? Ah, tak kisah ah.. yang penting aku mesti selamatkan Ashie-unnie.

'Shee, you bring Ashie back to the room please. Kita jumpa time lunch nanti, kay? Worry pulak I.. bila ditanya Min Ho dongsaeng tadi, dia tak jawab pun. bila I tanya, dia pun tak jawab. She just stood there and keep watching Min Ho..dia memang shock habis kot. Bawak dia minum air panas okay? Milo? Coffee? Tea? I'll call the breakfast service later okay?' wahh! Baiknya YunHo ni!! Dia betul-betul suka lah ngan unnie aku ni.. wooooo~

Aku memaut bahu Ashie-unnie dan lantas menariknya semula ke dalam bilik hotel kami. Aku mendudukkan Ashie-unnie yang ternyata belum kembali to her full sense.

'Ashie~' Kak Waiem melambaikan tangannya di hadapan muka Ashie yang masih belum mengelipkan mata. 'Ashie~, you okay ke?'

Dan Ashie-unnie pun respond. Syukur Alhamdulillah! Ashie-unnie aku dah sedar!! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

'Did I see a ghost just now? Or that's really a real thing?' tanya Ashie-unnie pada aku dan Kak Waiem.

'It's really Lee Min Ho' balas ku. 'Your beloved Goo Jun Pyo!'

'OMO~ He is really, really, reallly hot, right? Cukup lak tu dengan tinggi dia. I really can't believe to see him in that situation. Lepas bangun tidur beb! His scruffy look. He lookkks gooooood..' sambung Ashie-unnie.

'Ashie, sudah-sudahlah tu cik adik oiii~ mung dah buat kitaorang risau pun tadi sebab tercegat depan dia, keep staring at him mcm tu jer.. beku lah pulak!' Kak Waiem lantas berdiri menghampiri luggagenya.

'Eh yer ker ambe macam tu? Korang ni sengaja tau nak buat cerita' Ashie-unnie in denial lah pulak.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku tersenyum.

'Shee! Betul ker aku macam tu tadi?' tanyanya lagi.

'You go and ask Yun Ho. Tak pun tanya Min Ho sendiri.' balas ku sambil tanganku ligat membancuh teh untuk Ashie.

'Alamak, malunyaaaa akuuuu.. ohmyy! macam mana aku nak face dengan dia ni? macam mana?' Ashie-unnie mula cemas.

'Well, well, well~ sudah lah tu Ashie. We are not going to see him anymore pun. Apa nak dimalukan? We're going out soon..cepat bersiap!' Kak Waiem bersuara.

'Nak ke mana pulak ni?' aku yang tidak tahu apa plan bertanya kepada Kak Waiem.

'Hey, kita pi round bandar Bangkok lah. Ingat senang ke nak dapat cuti macam ni? Ni jer lah masanya tau..bukan mudah bos nak luluskan cuti ni. Tu pun nasib baik lah ada e-mail dari DSP Entertainment yang buat bos terpinga-pinga membaca.. coz dia pun macam tak sangka.'

Email? Aku menggarukan kepala ku yang tidak gatal. Powerful gila betul lah budak-budak DBSK ni! Sampai bos Kak Waiem yang memang susah nak bagi cuti kat pekerja-pekerja dia pun boleh bagi cuti kat Kak Waiem. Lebih-lebih lagi Kak Waiem tu pekerja kesayangan dia. WAHH! Tak sangka lak aku!

'Chup! Are we coming back here for lunch?'

'Laaa.. buat apa nak lunch kat sini? Kita lunch kat luar lah! Kita pi pekena cengkerik bersalutkan Coklat Cadbury! eeemmmmm....'

'KAK WAIEMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!' bergema suara aku dan Ashie-unnie berteriak kegelian.

'Tak dak benda lain ke nak makan kat dunia ni.. kalau macam tu korang jer lah pi. Aku tinggal kat sini. Aku lunch ngan Lee Min Ho.' Ha! Ashie-unnie! Tak habis-habis ngan Lee Min Ho nya.

'Ashie-unnie, for your information, Lee Min Ho will be leaving back for Seoul later during lunch time. Plus, kita datang sini nak pi stalk DBSK kan? Bukannya nak pi stalk dia..'

'B-but, takkan nak lepaskan peluang keemasan. Sekali seumur hidup jer ni tau!'

'Dah terlambat puun..'

'Siapa bilang macam tu?'

'YunHo. Dia bilang macam tu waktu Ashie tengah beku depan Min Ho. Haru sungguh!' aku tergelak.

'Alaaaa..melepaslahhh can akuuu~ tapi tak boleh ker nak jumpa dia walau sekejap jer. Ambik gambar ke..'

'Laaa.. ingat senang ker? Dia tu kan artis terkenal. Schedule dia full. Dia datang sini actually nak photoshoot.'

'Sekejap jer.. jap aku pi jumpa YunHo lahh..seriously girls, I don't wanna miss the opportunity'

'You just did!'

'HEH! Sudah-sudahlah tu.. korang ni tak habis-habis nak bertengkar, bertengkar, bertengkar. Tu jer lah yang korang tau! We are not going to see Min Ho or DBSK or whatsoever. We're off for tour. Driver akak dah tunggu kat bawah tu. Cepat bersiap now!' WO! Kak Waiem dah keluarkan power dia.. dan aku ngan Ashie-unnie seperti mendengar bunyi ledakan bom terus bertempiaran bersiap sedia. Sekali dah keluar power Kak Waiem, memang tak boleh dibantah lagi lah. wooooo~

Mesti korang tertanya-tanya kan? apsal Kak Waiem tak kisah sangat dengan bebudak tu? I mean budak-budak DBSK tu? Coz..and korang mesti tertanya-tanya tang emel yang Kak Waiem dapat dari DSP Entertainment tu kan? Well cerita dia cenggini sebenarnya...

Kak Waiem ni orang kuat nun kat Malaysia tu yang pegang..alaa tak reti lah nak susun ayat novel..yang empunya syarikat menguruskan kollaborasi tentang industri muzik Korea ngan industri muzik Malaysia. Ada pernah dengar tak dengan nama 'Waiem & Co'? Laa.. mustahil lah korang tak pernah dengar.. kalau cerita sensasi tang V.E pergi Korea nak rakam acapella album ngan DBSK, pernah dengar tak?

*I see banyak angguk-angguk kat crowds*

Ha,tu syarikat Kak Waiem lah yang uruskan. Dia sebenarnya selalu sangat berurusan dengan budak-budak DBSK ni. I mean dengan Pengerusi Besar DSP Entertainment tuh! Tapi tak pernah jumpa pun dengan diaorang! Dia kenal sangat ngan YunHo.. memang selalu lah berbual dalam telefon ngan budak YunHo, tapi belum pernah pun bersua muka. Tu lahhh.. bila dia dengar cerita tang ni.. bila Ashie-unnie suruh dia datang sini.. kebetulan pulak dia terima surat dari DSP Entertainment menyuruh dia pergi Thailand untuk menjejaki budak-budak ni..sebab tu lah Xiah mudah aje nak suruh pengurus diaorang jemput Kak Waiem..diaorang dah rancang semua ni actually...entah bila..maybe waktu time diaorang bermuzakarah waktu tu kot.. so make sense now Kak Waiem is here? Hee.. harapnya masuk akal lah yeeekk!

No comments: