Wednesday, 26 August 2009

Cinta File Pink [2]

Hari Isnin pun tiba. Yana datang awal dua jam ke pejabat. Semangat betul dia. Fail berwarna pink mengandungi report video yang diarahkan oleh Encik Iskandar diraih ke pelukannya apabila dia menyambut Mochiatto dari gerai kopi kecil di hadapan pejabat itu. ‘Kamsahamnida,’ Yana mengucapkan Terima Kasih kepada si penjual.

Kerana terlalu sibuk meniup kopi panas itu, Yana tidak menoleh kiri dan kanan apabila dia ingin menyeberang jalan dan tiba-tiba…

SCREEEEEECCCHHHHHH!

Bunyi panjang tekanan brek kereta membuatkannya terkejut dan cawan kopinya terhumban ke arah kereta sport merah tidak beratap itu. Dan lebih teruk lagi, kopi panas itu terkena bahu si empunya kereta.

‘AWWW! AWW! PANASS!’ Suara serak-serak basah itu berteriak. Dan Yana hanya terpaku sedia untuk dimarahi. Yana lantas menuju ke kereta itu dan meminta maaf pada lelaki yang bertopi putih dan berkaca mata hitam. Lagak seorang artis.

‘Ma-maafkan saya, encik! Saya tak sengaja’

‘Awak buta ke? Tak nampak ke kereta nak lalu?’

‘Saya tak sedar encik’

‘Awak tuli lah tu’

‘Tak lah tuli. Tapi kurang pendengaran sikit’ berani pulak Yana menjawab. Ni lah kehebatan Yana. Dia suka sangat loyar buruk. Dan kekadang tu loyar buruk Yana sungguh tidak kena pada tempatnya. Seperti insiden ini.

‘Menjawab lah pulak. Dasar perempuan’ kata lelaki itu geram dan terus menekan pedal minyak keretanya memecut laju.

‘Ewahh! Ewahh~ baru kena sikit dah nak heboh semacam. Habis lah kopi aku. Tak sempat pun aku nak menghirup,’ rungut Yana dan mengutip fail berwarna pink nya yang terjatuh di tengah jalan. Kereta je cantik.. tapi perangai hampreh!

‘Nak, ini kopi untuk anak. Kesian anak dimarahi Encik Junsu. Dia memang macam tu. Anak janganlah ambil hati,’ tetiba makcik berjual kopi tadi menyapanya dan menghulurkan lagi secawan kopi padanya.

‘Kamsahamnida makcik. Kejap ye..’ Yana mengeluarkan beg duit nya.

‘Tak pe nak, yang ni makcik bagi free. Kesian anak. Nanti terlewat pulak pergi mesyuarat. Kalau ada masa lapang, anak datanglah berbual-bual dekat sini ye,’balas makcik itu sebelum berlalu setelah huluran kopinya disambut.

‘Junsu. Hampehnya nama! Sesuai lah tu untuk badan macam pusu. Cikeding!’ geram Yana masih bersisa dan dia menghayunkan langkah menuju ke bangunan tempatnya bekerja. ‘Nama dia sama macam Xiah. Tumpang glamer lah tu. Tapi Xiah tak macam ni. Xiah budak baik. Xiah ayu. Tak lah kasar macam lelaki tadi tu. Gila apa..pagi-pagi lagi dah marah. Kalau mak nampak, habislah lelaki tu kena fire. Mak kata tak baik marah-marah pepagi buta, rezeki tak masuk. Tapi rezeki dia masuk. Dia dapat kopi aku pun tadi’ omelan Yana tidak berhenti sampai lah dia berada di hadapan lif.

Yana menekan butang lif untuk naik ke tingkat 7 tempat ofis Encik Zulkarnain.

‘Awalnya cik Yana hari ni,’ tegur penyambut tetamu yang belum diketahui namanya itu. ‘Encik Iskandar belum tiba lagi’

‘Hmm, takpelah. Saya memang sengaja awal. Semangat. Ni kan hari pertama saya masuk ofis. By the way, siapa nama?’ tanya Yana ramah pada si penyambut tetamu.

‘Ahh..can call me Jane’

‘Korean name?’

‘Park Jee Eun’

‘Ahh.. I see. Chonun Liyana imnida. You can call me Yana for short’

‘Nice to meet you, cik Yana’

‘Alaa.. tak perlu lah bercik-cik, tak biasa lah. Kita kan satu umur kan? I bet’

‘I’m 22 and you?’ tanya Yana lagi.

‘I’m also 22. But I can’t call you by name. Itu aturan syarikat ni.’ Jane tersenyum manis. Encik Iskandar betul-betul menerapkan budi bahasa orang Melayu walaupun di kalangan pekerja-pekerjanya. Cantik pula gadis ni. Sekali tengok macam Kim Ha Neul pun ada jugak. hikhikhik. A’ah ye lah tu Yana.. semualah macam artis di mata Yana. Memang sah, gila Korea betul aku nih! Yana tertawa sendiri.

‘Kenapa Cik Yana tersenyum sengsorang nih?’

‘Oh, tak de apa-apa. It’s just that your face reminds me of an actress’

‘Nugu?’

‘Kim Ha Neul’

‘Haha.. Jane dah agak dah. Well untuk pengetahuan cik Yana, Kim Ha Neul tu – she is my aunt’

‘Omo~~~’ dan Jane mengiakan.

Dan-

‘Anyeong Jane. Encik Iskandar dah sampai ke?’ tiba-tiba suara yang familiar di telinga Yana menyapa.

‘Anyeong Junsu-sshi. Dia belum sampai lagi.’ Yana menoleh pantas untuk memastikan yang empunya suara. Alamak! Lelaki tadi lah. Dan perlahan-lahan dia bergerak ke sisi. ‘I nak pergi toilet sekejap’ bila Yana terlihat kerutan di dahi Jane. Gentar pulak Yana.

Setelah Yana berlalu,

‘Siapa tu?’ tanya Xiah Junsu. Yes, lelaki itu adalah Xiah Junsu. Yana sungguh bertuah kerana xiah tidak sempat melihat wajahnya sewaktu dia bergerak ke sisi. Kalau tak habis lah.

‘Oh..she’s our new STA’ balas Jane ramah. ‘Junsu-sshi, apa kena dengan baju encik tu? Kotornya’ tegur Jane bila melihat baju Xiah yang ada kotoran berwarna coklat seperti membentuk peta Australia.
(STA: Studio Technical Assistant)

‘Ha! Ni lah.. geram betul aku dengan perempuan tadi. Ada ke patut dia tak tengok kiri kanan bila nak menyeberang jalan. Dan bila aku brek mengejut, kopi yang dipegangnya terhumban to my side. Terkena aku pulak tu. Heeshhh.. nanti..kalau aku jumpa dia. Aku nak suruh dia cuci baju ni!’

Tergelak Jane mendengar rungutan member DBSK yang satu ni. ‘Macam mana Encik nak cari dia?’

‘Because aku ada instinct yang dia kerja kat sini. Tapi tak tau bahagian mana pulak. Cause I saw her on the way nak masuk bangunan kita ni tadi’

‘Oh really?’

‘Hmmm..this file! Siapa punya ni?’ tegur Xiah apabila terlihat satu fail pink terletak di hadapannya. Fail bertulis confidential itu dibeleknya.

‘Oh, nampaknya dia tertinggal. Cik Yana yang punya. Our new STA yang tadi tu. Kenapa?’ Jane bertanya hairan.

‘She’s that girl!! SHE IS THAT GIRL!!!! I TOLD YOU! MY INSTICNT IS RIGHT!!!’

‘Mwuhh?’

‘Ye~ aku cam fail ni! Waktu dia minta maaf dengan aku, dia pegang fail ni tadi!!! Where did she go now?’ di sebalik kaca mata hitamnya, bebola mata Xiah melilau mencari kelibat Yana.

‘She said she’s going to the toilet’ terketar-ketar Jane tiba-tiba. ‘Heesh..kenapalah aku celupar sangat ni?’ terdetik rasa bersalah dan kasihan Jane pada Cik Yana. Dia faham dan dia mengerti. Xiah, kalau dia dah marah.. tak ada siapa nak kawal.

‘Encik nak ke mana tu?’

‘To the ladies’

‘Buat apa?’

‘Aku nak balas dendam!’ Dan terus Xiah berlalu. Dan Jane hanya mampu berharap agar Cik Yana tidak diapa-apakan.

Di ladies,

Yana masih lagi menghadap ce rmin di tandas. Dia takut nak keluar. Di fikirannya sudah membayangkan macam-macam. Dia terbayang dirinya seperti Geum Jan Di di dalam Kkotboda Namja. Agak-agaknya Ji Hoo sunbae akan datang tak selamatkan aku jika lelaki itu membuli aku? Tapi kalau dia tanya aku macam mana nak buat pancake? Apa aku nak jawab.. aku tau tau pun macam mana. Cara makan pancake aku tau lahh.. Yana mula berangan-angan. Best gak kalau dapat jumpa dengan Ji Hoo sunbae kaaan.. alalaaa~ tapi mustahil kan, kan diaorang waktu ni tengah Asia Tour.

Yana memerhati jam di tangannya. ‘Alamak, 15 minit sebelum pukul 9. Agak-agaknya Encik Iskandar dah sampai kot’ Yana bersiap sedia sambil mengurut dadanya khuatir dia terserempak dengan lelaki ganas itu.

‘Lama nya dia kat dalam tu’ Xiah juga memerhatikan jam. Sudah 30 minit dia menunggu kelibat gadis itu. ‘Betul ker Jane ni beritahu aku? Ataupun perempuan tu dah menyusup keluar. Tapi bila? Aku dah berdiri kat sini sejak tadi. Tak ada pun. Lagipun makcik pencuci tu kata, memang ada seorang perempuan kat dalam tu,’ Xiah ada bertanya pada makcik pencuci sejurus selepas dia tiba di depan tandas itu dan ternampak makcik pencuci itu keluar. Sebagaimana yang digambarkan oleh mak cik itu, memang itu lah gadis yang dicarinya.

‘Nasib baik lah aku pakai macam ni. Taklah aku malu,’ xiah berpura-pura bermain dengan iPHONE nya sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding, masih menunggu gadis itu.

Yana sudah bersiap sedia untuk keluar. Puh Kanan! Puh Kiri! Dan membuka pintu tandas perlahan. Di lihatnya di hadapan, tidak ada orang. Di lihatnya di kirinya, tiada. Di lihatnya di kanan..

‘ALAMAK!’

‘HAAAA.. TU PUN KAU!’

‘A-a-awak na-nak a-apa? K-k-an s-saya dah m-m-m-minta m-m-m-a-af?’ gugup Yana menjawab. Gentar. Hampir nak terkucil Yana dibuatnya.

‘Aku nak…’

‘Anyeong Junsu. Selamat Pagi Yana. Eh korang berdua dah berkenalan ke? Buat apa kat sini?’ Encik Iskandar Zulkarnain yang baru keluar dari pantry menyapa.

“Annyeong Sam-chon”

“Assalammualaikum. Selamat Pagi Encik Iskandar” ramah Yana memberi salam. Cuba mengambil point lah jugak. Encik Iskandar tersenyum dan menjawab salamnya perlahan.

‘TERIMA KASIH ENCIK ISKANDAR! You are really my knight in shining armour!’ desis hati Yana lega. Dan dilihatnya lelaki bernama Junsu hanya mengetap geram.

“Okay, let’s go to the office now. We will have a meeting soon at half past 9″

Dan Encik Iskandar memeluk bahu lelaki bernama Xiah dan Yana hanya membontoti dari belakang. Di fikiran Yana, masih ligat berfikir. Baru sebentar tadi telinga nya menangkap lelaki itu memanggil Encik Iskandar sebagai Sam-chon. Sam-chon tu bukan kah ertinya bapa saudara? Bapa saudara tu bahasa Inggerisnya Uncle kan? Alamak! Bermakna.. ayeeeeyy…. anak buah Encik Iskandar ke? Ini tak boleh jadi ni.. macam mana aku nak kerja kalau macam ni? Aigooo.. Yana seperti sudah nampak sebiji batu besar ingin berguling menghempapnya..

‘Harap-harapnya dia datang lawat Encik Iskandar je. Tapi.. dia ikut meeting kan? Meaning..he is really of someone important then. Alamaakk.. habis lahh akuuu’ Yana mula menggelabah.

Setibanya di hadapan penyambut tetamu, Jane terus menanyakan perihal Yana. ‘Cik Yana okay ke? Maafkan saya. Saya yang beritahu kat Encik Junsu tadi yang Cik Yana pergi tandas. Saya tersasul. Dia nampak marah sangat,’ Jane berbisik.

‘Takpe Jane. No worries. I’m fine. Ok lah, mana fail saya? saya tertinggal tadi kan,’

‘The file which has led you to disaster’ Jane menyerahkan fail pink Yana yang tertinggal. Ya, kerana fail itu lah Yana dalam bahaya. ‘Tapi takkan lah cik Yana tak kenal siapa Encik Xiah lagi? Oh well.. dia dah pakai macam tu. Siapalah nak kenal’ Jane menggaru kepalanya yang tidak gatal.

‘Saya pergi dulu ye. Nanti keluar lagi api dari mulut naga tu. By the way apa pangkat lelaki tu kat sini?’ tanya Yana pada Jane.

‘He is one of the executive director of Triangle Marketing’

‘Really?’

Jane menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

‘Alamak, habislah aku kali ni,’ Yana menepuk dahinya.

‘Jane, can you ask Yana to come in?’ satu suara memecah masuk dari interkom yang terletak di sebelah Jane. Ketawa Yana dan Jane meletus.

‘O…O…Bos dah panggil dah. Cik Yana masuklah,’ arah Jane sambil menekan butang interkom dan membalas, ‘Yes. She will be there in second’

‘Conference Room, the first door on the left. Fighting, cik Yana’ Jane meniupkan kata semangat dalam dirinya Yana sebelum Yana berlalu.

‘Kamsahamnida’ balasnya dan terus berlalu ke conference room yang dimaksudkan.

No comments: