Wednesday, 26 August 2009

Cinta File Pink [4]

Jae Joong memeluk kejap salah seorang sahabat rapatnya itu. Yana masih terduduk di kerusinya. Yang lain sudah berdiri mendekati lelaki itu.

"Hyun Joong, please have a seat. Guys, back to your seat," arah Encik Iskandar pada anak-anak buahnya itu. Dan masing-masing mula kembali pada tempat duduk mereka bersiap sedia untuk memulakan mesyuarat mereka.

"Kamsahamnida, Zul-sshi" dan Hyun Joong terus mengambil tempat duduk di sebelah Yana yang masih kaku di tempat duduknya.

Berdetak kencang jantung Yana. 'Heesh..apsal aku gelabah ni?' Yana berkata dalam hati.

"Yana, are you okay to do the presentation? Saya tengok macam cacing dalam kepanasan pula. I'm sorry I tak beritahu awak awal-awal tentang kehadiran Encik Hyun Joong kita ni. It was a last minute thing. Hari tu dia beritahu dia tak dapat datang. Tapi tak sangka pulak konsert diaorang di Hong Kong terpaksa dibatalkan kerana wabak Swine Flu. So since he is available, so I asked him to come," terang Encik Iskandar pada Yana.

Kelima-lima jejaka di hadapan Yana memandangnya dengan berbagai telahan membuatkan Yana menjadi semakin nervous.

"S-saya.. okay. Cuma terkejut je. Tak sangka pula akan berjumpa dengan dia secepat ni," kata Yana perlahan dan bagi mereka yang berada di hadapan Yana yang memahami Bahasa Melayu hanya tersenyum.

"So can we start now?" tanya Encik Iskandar lagi pada Yana untuk kepastian.

'Hai hati~ berhentilah berdegup' dan Yana terus membuka fail pinknya mengeluarkan report penelitian yang telah dibuatnya.

Dan menggunakan kebolehannya berbahasa Korea, Yana menerangkan penelitiannya pada ketujuh-tujuh jejaka di hadapannya. "Encik Iskandar, Encik Junsu, Encik Hyun Joong, Encik YunHo, Encik Jae Joong, Encik Chang Min dan Encik Micky, this is my first day of work. So be gentle with me. Kalau ada apa yang salah, tolong tegur. Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan penelitian tajam saya. Especially to Hyun Joong-sshi, no offense to you and your group. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Encik Iskandar pada saya. Let's be professional," Yana memulakan presentationnya.

"Setelah berulang dan berpuluh kali meneliti video klip Deja Vu oleh Kumpulan SS501, keseluruhan video itu sebenarnya memang sesuai dengan konsep lagu yang dibawakan oleh mereka. Ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah dari segi lighting dan jumlah penari latar belakang yang digunakan dalam video ini. Lighting terlalu kelam untuk kualiti video ini. Kalau kualiti lighting yang digunakan seperti, izinkan saya bagi contoh di sini, seperti kumpulan Jepun terkenal yang bernaung di bawah Johnny's Entertainment iaitu kumpulan KAT-TUN untuk video klip mereka yang terbaru, Keep The Faith, it'd make the video Deja Vu better. Mungkin Encik semua berpendapat seharusnya saya tidak boleh membandingkan satu video klip lama dengan satu video klip baru..tapi ini untuk improvement di masa hadapan. With the technology that we have even though saya belum ada peluang untuk memeriksanya, I believe Triangle Entertainment can produced something better. Dan mengenai jumlah penari latar belakang, mana-mana video klip harus dikurangkan. SS501 doesn't need a background dancers. Mereka memang berkebolehan dalam menari dan menyanyi dan skill tarian mereka shouldn't be overlapped with another skills" Yana merasakan dengan satu nafas sahaja dia menerangkan segalanya. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Itu saja yang ingin sampaikan Encik Iskandar" Yana memandang Encik Iskandar yang tersenyum puas. Encik Iskandar berpuas hati dengan penelitian yang telah dibuat oleh Liyana. Orang macam ini lah yang dicari-carinya selama ini. Professional dalam mengendalikan tugasnya. Dan petah berbicara dalam bahasa Korea.

"So what do you think guys?"

"I do not agree with what she said" Xiah mencanggah penelitian Yana membuatkan Yana mengangkat kepalanya dan memandang pada lelaki di hadapannya itu. Kasar di pendengarannya suara itu.

"Junsu-sshi, why is that?" Encik Iskandar menanyakan pada Xiah dan member-member yang lain pula memandangnya.

"Apa yang perempuan ni tau? Dia belum ada apa-apa pengalaman dalam membuat video klip. Kenapa dia mesti memberi komen dari segi lighting..lighting for that video clip is at its best.Because kita filming di dalam warehouse" Walau sebenarnya Xiah bersetuju seratus peratus dengan apa yang dikatakan Yana tapi dia masih ingin membalas dendam. Dia ingin menguji kebolehan gadis di hadapannya itu. Ada keistimewaannya.

Ini sudah mencabar kesabaran Yana. "Pasal video ini dirakam di dalam warehouse lah kita patut menambahkan lighting! Bukannya mengurangkannya. Balik rumah nanti, cuba Encik Junsu perhatikan sebaiknya. Kerana lighting yang sempurna lah, make-up yang dipakai oleh ahli-ahli SS501 kurang menyerlah. This video clip could be more intense as to follow the concept" Yana mendefend apa yang dicakapkannya.

"Hey! Kau apa tau?"

"Because..." belum pun sempat Yana menjawabnya, Hyun Joong sudah berdiri dari tempat duduknya. "That's enough, Junsu-sshi! I, personally, have to agree with what Yana have said. And that's what me and the other members thought last time too after the video was released" Hyun Joong menyebelahi Liyana. Dia faham sangat dengan Xiah yang memang tidak akan mengalah dengan perempuan. Dan dia pula memang tidak suka bila seorang gadis diperlakukan begitu.

'What a gentleman!' Yana memandang kagum pada Hyun Joong yang sedang berdiri di sebelahnya. 'You are really my knight in shining armour' dan Yana mula berangan. Watak Ji Hoo sunbae mula terbayang di fikirannya. Dan Yana berangan lagi.

'Heesh..potong line betul lah si Hyun Joong ni!' geram Xiah tak terluah. 'Taulah kau tu gentleman' meluat Xiah dengan perangai Hyun Joong yang suka sangat menarik perhatian wanita itu.

"Okay, okay. Enough. Let's go for majority. Siapa setuju dengan apa yang Yana telah bentangkan, tolong angkat tangan"

Micky, Max, Jae Joong dan Hyun Joong mengangkat tangan mereka. "And- if Xiah is here, I am sure he will agree with what Yana has said, Zul-sshi, so please count Xiah's vote in" Micky mencelah dan mengangkat kedua-dua tangannya. Xiah menoleh pada Micky dan membulatkan matanya. Macam lah nampak di balik kaca mata tu. Tak habis-habis Micky ingin mengenakannya. Sememangnya Micky tidak akan berhenti selagi dia belum mendapat cerita yang sebenar dari Xiah.

"B-but.." belum pun sempat Hyun Joong menghabiskan kata-katanya..

"Hyun Joong, do you to go for a drink later with us?" ajak Jae Joong. Sesungguhnya Xiah bertuah mempunyai member-member yang sungguh memahami apa yang diinginkannya.

"Yeah, we all should go" sokong Encik Iskandar pula. "Let's go to my house. I will ask my wife to prepare lunch for us"

"Iskandar-sshi, meeting dah tamat ke?" tanya Yana melihat akan ketegangan yang terjadi antara dirinya dengan JunSu mula dikendurkan oleh member-member yang lain.

"YAY! Is Sam Soon-noona going to make cake for us?" tanya Max pada Encik Iskandar.

"Hmm, well. Not today. But I do think she have some left in the fridge of what she made last night. Up for Blueberry Cheesecake anyone?" Dan YunHo, JaeJoong, Micky dan ChangMin sudah bersorak kegembiraan.

"I'm sorry, Zul-sshi. I can't join the lunch though I wish. But saya dah janji dengan Jane untuk keluar lunch dengan dia"

"Alaaa~ tak best lah macam ni" Max mula mencelah.

"Eh, siapa yang ajak kau pergi? Ada ke?" tanya Xiah pada Yana. Belum puas hatinya kerana belum dapat membalas dendam pada hari ini. Yana betul-betul geram dengan lelaki di hadapannya.

"Ajak lah Jane sekali. saya ingin mengenali awak dengan lebih lanjut, Yana-sshi" cair taik telinga Yana dibuatnya mendengar suara perlahan Hyun Joong memberi cadangan. Merah pipi Yana, blushing dan hatinya berdegup lagi.

"Hah! Betul kata Hyun Joong-sshi" kata Jae Joong.

"U-u-urm takpelah.. me and Jane dah janji dengan seseorang sebenarnya untuk pergi lunch," Yana cuba mencipta alasan.

"Hmm, kalau macam tu. Takpelah, lain kali je lah awak bertandang rumah saya. I'm sure my wife will be glad to meet you," Encik Iskandar tidak memaksa. Dia seolah faham dengan apa yang bergelodak di hati Yana. Ini semua Xiah lah punya pasal. Apalah sangat salah budak tu yang tidak sengaja menumpahkan kopi pada bajunya sehingga ingin dibuat sebegitu. Kadang-kadang Encik Iskandar sendiri tidak faham dengan perangai anak buah nya yang satu ini.

"So, mesyuarat selesai. Good job Yana walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pendapat kamu. Tapi saya harap kamu dapat terimanya sebagai kritikan yang membina. Esok saya akan bawa kamu melawat studio kita di Tingkat 6. Datang lebih awal. Schedule for tomorrow's recording will be DBSK and Wonder Girls for album Tahun Baru.

"Really?" terukir kegembiraan di wajah Yana. XIAH! Omo~ I will meet him, the love of my life. Encik Iskandar mengangguk dan tersenyum melihat keterujaan Yana sambil mengenyit mata pada Xiah yang berdiri di sebelanya. Semua orang sudah berdiri.

"Nice to meet you, Yana-sshi! Hope one day we could go out together and meet our fiancees' " YunHo menghulurkan tangannya ingin bersalam. Dan Yana menyambut huluran salam itu. Diikuti dengan Jae Joong dan yang lain. Kecuali Encik Junsu yang terus berlalu meninggalkan pejabat itu tanpa kata.

"Korang tunggu saya kat bawah ye," arah Encik Iskandar. "Kita satu kereta je lah. Tunggu saya. Saya ada benda sikit nak dicakapkan dengan Yana"

"Set! Zul-sshi, me and Jae Joong will go separate ways. We have to pick up our mem first then we will head to your place. Micky, Max and Hyun Joong will follow you," YunHo memberitahu Encik Iskandar sebelum dia dan Jae Joong berlalu.

"Ok, so Micky, Max and Hyun Joong..wait downstairs,okay?"

"OK!" dan mereka semua berlalu keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Yana dan Encik Iskandar.

"Yana, I'm sorry about Junsu just now. Dia memang moody macam tu"

"It's okay Encik. My fault jugak kan? I'm sure dia dah bagitau tadi kan apa salah saya sebelum saya masuk ke bilik ni tadi"

"But you shouldn't be treated like this. I will talk through him nanti. You and him will be working together. You know kan peranan dia dalam syarikat ni?"

Yana menggelengkan kepalaanya, "maksud Encik?"

"He is the Studio Technician. And you will be his assistant" terang Encik Iskandar.

"MWUH? Betul kah ni Encik?"

"Kenapa awak tak suka ke?"

"Eyhh.. I'm okay. Tapi- it's okay. I'll try my best. Have to be professional," walau dalam hati Yana kurang senang tapi dia tidak boleh melepaskan jawatan ini. Dia tidak sudi dihantar balik ke Malaysia sekarang bila dia sudah punya peluang untuk bekerja di syarikat ini. Dia tidak ingin dikahwinkan dengan Shamsul. TIDAAAKKK! Yana sanggup masuk ke kandang harimau mengorbankan nyawanya sekurang-kurangnya dia berjuang daripada dia membiarkan hidupnya mati kelemasan tidak punya apa-apa makna dikurung dalam sangkar emas yang penuh dengan dusta.

"Baguslah macam tu. Fighting spirit macam tu yang saya nak ada dalam diri pekerja saya. Okay, I will see you tomorrow." Dan Encik Iskandar meninggalkannya.

"Otsukaresama deshita" lemah semula semangat Yana bila pintu bilik mesyuarat tertutup semula.

Telefon bimbitnya berbunyi mendendangkan lagu Mirotic.

"Anyeong..okay..okay I will meet you downstairs" Jane yang menghubungi Yana memberitahu bahawa dia sudah menanti Yana di bawah di warung kopi kecil berseberangan dengan bangunan Triangle Entertainment. Betul lah tu Yana memang ada 'lunch-date' dengan Jane dan mak cik warung tu! Tak sangka pula helahnya menjadi kenyataan. Jane memang rapat kot dengan mak cik tu. Hmm..ntahlah. Dan Yana berbalik semula pada meja mesyuarat ingin mengemas barangnya.

Yana mengemaskan kertas repot nya dan membuka file pink nya. Dan ada satu nota kuning tersusup di fail pink nya itu.

"Eh apa ni?" Yana mengeluarkan kertas kuning berbentuk empat segi itu. Post-It Note! Tertulis karakter Hangul pada nota itu. Berkelip-kelip Yana cuba membacanya. Satu haprak pun dia tak faham! Well, well- Yana memang fasih bercakap Korea tapi untuk membaca tulisan Korea, dia masih lemah.

Chup! Chup! Perlahan-lahan Yana cuba membaca.. ahh! tak sukses. Tapi karakter Hangul yang jadi tandatangan itu boleh dibacanya. Dan ada nombor pulak. Eh ni kan nombor telefon.

OMG! Hyun Joong-sshi! Itu dia boleh baca. Dia memang hafal karakter Hangul untuk artis-artis kesayangannya. Tapi apa yang dia tulis nih? Yana memegang nota itu kejap dan berkemas dengan pantas. Ada nombor telefon? Hyun Joong suruh aku telefon dia ke?

ZUP! Yana terus berlari meninggalkan bilik mesyuarat dan dia ingin meminta pertolongan Jane dan makcik warung kopi kecil itu untuk menterjemahkannya. Dan dalam sekelip mata saja, Yana sudah berada di hadapan warung kopi itu tercungap-cungap.

"Gwenchana Yana-sshi?" tanya Jane melihat keadaan Yana yang seperti dikejar hantu. Tangan Yana pula mengibarkan satu kertas kecil di hadapan matanya.

"T-translate for me" akhirnya keluar juga perkataan itu. Letihnyaaaa...

"Yana-sshi, will you go out with me tonight? Call me. Hyun Joong 042-339-9939! KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" Jane terus berteriak bila saja dia membaca lantang mesej pada note kecil kuning itu. Dan Yana juga turut sama berteriak. Nasib baik mereka berdua aje kat warung tu, ofcourselah dengan makcik tu. Kot-kot ada paparazzi habis lah reputasi Hyun Joong. huhuhu.

"Macam mana boleh?"

"Saya tak tahu Jane. Tup! Tup! Dah ada kat dalam fail pink saya. Dia datang waktu mesyuarat tadi. Tapi tidak saya sedar bila dia sisipkan"

"Lucky you, cik Yana. Saya tunggu giliran saya tak lah ada nampaknya. I think I need to bring a file pink jugaklah" Jane menyakat Cik Yana yang baru dikenalinya ini.

"Heesh..takde maknanye. Mahunya dia nak permainkan saya," Yana mengambil langkah berjaga-jaga. Berani sungguh si Hyun Joong ni! Belum pun lama berjumpa, dan berbicara pun beberapa patah perkataan, sudah ingin diajak keluar. Heesh! This cannot be!

'Hoi! Apsal lah kau ni buruk sangka sangat eh. Hyun Joong bukan macam tu lah. Kau tu je yang serik nak beri peluang kat lelaki after si Anderson tu tinggalkan kau kan?' ada suara keluar dari benak fikiran Yana cuba menidakkan anggapan buruk Yana pada Hyun Joong.

'Jangan Yana. Jangan percaya cakapnya. Hyun Joong memang begitu. Dia memang suka mengambil kesempatan. Takkan kau tak tahu perangai dia. Karakter Ji Hoo itu hanyalah rekaan semata-mata. Kau tak tengok ke macam mana perangai mengayat dia dengan budak SNSD tu. Kau tak tengok ke gossip dia pergi China dengan Young Saeng tu?'

"Tapi itu kan gossip kan?" Yana cuba melawan kedua-dua suara itu.

"Cik Yana, ok ke ni? Minum dulu lah macchiato ni. Dah hampir sejuk dah. Jadi tak nak lunch ni?" suara Jane memecah masuk ke gegendang telinganya dan menghilangkan kedua-dua suara itu.

"Jadi"

"Janganlah difikirkan sangat, cik Yana. Dangshineun areumdawo. I am sure you will get more this kind of thing. This is normal." nasihat Jane pada Yana yang seperti kehilangan arah selepas melihat nota begitu.

"Normal?"

"Hmmm.."

"To you?"

"Andwe, not me"

"Whom?"

"Sebelum ni ada clerk kita. Dia cantik sangat. Muka sebiji macam penyanyi Japanese tu, Meisa Kuroki. Dia ada juga dapat something like this. Tapi dia dah pindah US dah coz dia dapat tawaran jadi model kat sana"

"From Hyun Joong-oppa?"

"No, not from him. From Young Saeng-sshi. And from some members from SuJu jugak."

"DBSK?" tanya Yana ingin memastikan.

"Ha..definitely not. Mereka tu kan budak baik. Takkan buat benda macam ni" Jane assuring Yana. "Dan the love of your life.. is a very good person. Cuma dia temperamental sikit orangnya."

"Heesh..you ni Jane! Malu saya. Janganlah cakap macam tu. Dah lah Zul-sshi pun nak kenakan saya tadi waktu meeting" Yana blushing lagi.

Meletus ketawa Jane. "I want you to get ready Cik Yana. Dalam syarikat ni, memang banyak drama. So be strong!"

"Maksud you?"

"You will see"

"Hmm.takpelah saya tak kisah. Yang penting saya kuat..demi love of my life.. chewah.. yes I will live to see the love of my life. Tomorrow Jane! Tomorrow I will be meeting him! YAY!"

'Alamak, cik Yana. kenapalah awak ni lurus bendul sangat? Belum dapat kecam lagi kah Encik Junsu tu sebenarnya Xiah, the love of your life ke? Aigoooo' tertanya-tanya Jane di dalam hati.

"So how now brown cow? Should I call him?" tanya Yana pada Jane meminta pendapatnya.

"Hahaha. I don't know. Cuba tanya dengan makcik tu" arah Jane pada Mak Cik yang menolongnya pagi tadi.

"Ajumoni" Yana memanggil Mak Cik. "Chonun Yana imnida. Ajumoni?"

"Nama dia Kim Youn Ha" bisik Jane pada Yana.

"Ajumoni Kim" dan Mak Cik itu tersenyum bila mendengar namanya dipanggil.

"Ye~?" sahutnya.

"Should I call him? Hyun Joong-sshi?"

"Ye, call him. Makcik kenal dia. Dia budak baik. Give it a try, nak! Sekurang-kurangnya eratkan silaturrahim antara korang berdua."

"Boleh caya ke ni?" tanya Yana pada Jane kurang pasti dengan pendapat Ajumoni Kim itu.

"Cik Yana, mak cik ni memang rapat dengan budak-budak artis kat sini. Dia ni seperti mak mereka. Cik Yana tau ke siapa sebenarnya makcik tu?"

Yana menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dia tu lah..Zul-sshi's mother-in-law"

"WHAAAAATTT?????" Yana berteriak tidak percaya. Dan dia terus menoleh pada Ajumoni Kim. Memang muka dia ada iras-iras pelakon wanita itu, Kim Sun Ah.

Aigoooo. Kecilnya dunia ni.

"Bukannya kecil cik Yana. Dah tempat ni diaorang yang punya. Justify FullYou are bound to meet more. Kan saya dah bagitau.. ready for more drama!"

Yana mengeluh dan menghirup kopinya.

"No worries, Cik Yana. Apa-apa hal I will try to help you. I've been there. Waktu saya mula-mula kerja pun macam ni jugak. Rasa macam dunia itu kecil tiba-tiba" kata Jane lagi.

Berbagai kejutan diterimanya hari ni. It is such a long day! Dan Yana dan Jane terus berlalu ke restoran terdekat untuk makan tengah hari. Since dia telah diberi cuti setengah hari oleh Encik Iskandar untuk usahanya dalam percubaan pertamanya, dia bercadang untuk balik terus ke rumah selepas makan untuk menenangkan fikirannya.

4 comments:

DH said...

wah...dh ada ep4 pulak...waa...looking forward to read more...hihi...best3..

& yunho's & jea's mem is in korea...lol...i like that...nampaknya ada yg interprem nanti...hahhaa

Shee said...

hahahaha betul-betul.. diaorang tengah kat korea.. now i'm trying to adjust the time setting..still not decided yet..ceta ni untuk beberapa tahun selepas itu.. huhuhu. memang ada yang akan interprem..memang..

Anonymous said...

Wooowww shi. Ada cinta 3 segi ker ni?? kekeke... Klu sma hyun joong pun aku suka..kekeke...:P

Shi yg,

"B-but.." belum pun sempat hyun joong menghabiskan kata-katanya..

Hyun joong kah or c Junsu? hehe....

Yea cant wait for ch 5..heheh...

xoxo

Shee said...

LoL. Lin! Aren't you supposed to contribute in this story? *bercekak pinggang* huhuhu.. :p

Hmm..ntah, cinta tiga segi ker? Ker kot? Tak tau lagi.

By the way.. betul lah tu si Hyun Joong. What makes you think it's Junsu? Coz Hyun Joong macam hairan apsal diaorang kata Xiah nada sedangkan Xiah ada depan mata..Hyun Joong supposed to spoil it but Jae Joong came to rescue! hahahahahaha :p geddit now?