Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #20 [END]

December 2011
Kuala Lumpur, Malaysia


Setahun telah berlalu selepas kenangan di Venice. Persiapan besar-besaran diadakan. Ada majlis yang akan diadakan. Kelihatan penyanyi terkenal Malaysia, Anuar Zain dan kakaknya, Ziana Zain turun padang untuk membuat sound-check finale sebelum majlis resepsi yang akan berlangsung pada malam itu. Mereka praktis menyanyikan lagu Endless Love untuk persembahan malam itu.

'Susah betul kan kahwin dengan artis? Kena buat resepsi berbeza pulak,' rungut Kak Waiem.

'Siapa suruh Kak Waiem kahwin dengan artis? Takde pun...hikhikhik. Lagipun nak hargai peminat kak..,' usikku. 'Ye lah tu..'balas Kak Waiem pula.

Ashie-unnie dan tunang kesayangannya, Lee Min Ho pula seperti biasa sedang sibuk bertengkar di hujung korner mengenai susunan bunga di atas dining table. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habisnya bertengkar, waktu tidur je tak bertengkar agaknya kot? mwahaha! Pening kepala wedding planner Kak Waiem dibuatnya. Kang Ji Hwan-oppa masih lagi berada di lapangan terbang. Baru sahaja mendarat selepas flightnya dari Melbourne, Australia. Itulah rutin kehidupan Kang Ji Hwan. Kalau tak berlakon, dia jadi pilot. huhu~ best nyeee... lol. Acara yang sebenarnya sudah berlangsung awal, pada bulan Ogos yang telah lalu di Seoul, Korea. Dan satu acara tertutup di Johor. Dan ini adalah majlis resepsi yang harus diadakan atas permintaan peminat.

'Jom arr.. makang dulu. Ambe lapar nih. Asyik nak bertegang urat dengan si Goo Jun Pyo ni boleh haru biru ambe jadinya,' Ashie-unnie menghampiri kami.

'What did you just call me? Goo Jun Pyo?' Lee Min Ho-oppa terdengar dengan apa yang baru dilafazkan oleh Ashie-unnie. Aku dan Kak Waiem hanya menggelengkan kepala.

'Jom~ lagipun Ji Hwan baru call akak ni, dia dah ada kat bawah dah'

'Eh sekejapnya?' tanyaku.

'Oh..dia kata dia tukar shift dan ambik flight awal' terang Kak Waiem dan kami menuju ke Lounge di tingkat bawah Hotel Concorde itu.

Di restoran, aku terlihat Jae Joong ku yang sedang memakai cap hitam untuk melindungi identitinya sudah sedia menantiku. Aku tersenyum, tiap kali macam ini lah. Kena selalu in disguise kalau berada di khalayak ramai. Demi keselamatan dia. Tiga tahun dia menanti, dan ikatan pertunangan antara kami telah termetrai. Chewawawa~ haha.. Ssshh! Private ceremony. Hanya dihadiri oleh orang terdekat. Tapi itupun pihak media dah berjaya menghidunya.

Hurul dan YunHo pula katanya nak melawat ladang kobis HuHo tadi pagi. Micky, Xiah dan Max pun tailing around ngan diaorang. Nak escape buat kerja lah diaorang tu.. huhuhu.

Kami menikmati buffet yang tersedia. Aku dan Jae Joong duduk berdua di satu sudut. Begitu juga dengan yang lain. Nak privasi lah konon. hehehe.

'I pergi toilet jap ye,' kata Jae Joong padaku. Aku hanya mengangguk sambil menikmati dessert Kek Sachertorte yang ada di hadapanku.

Tiba-tiba,

'Hai Shee' satu suara yang cukup aku kenali menyapaku. Aku mengangkat wajahku dan terpandang wajahnya.

'Farid~'

Oh yeahhhhhh...our special appreance is here! lol. Farid Kamil wuuuuu...

'Sihat? Still single ke? Ker masih tunggu I?' panas hati ku mendengar kata-kata Farid Kamil. dan BUSH! Segelas air ku curahkan ke atas bajunya. Masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang.

'HEY APA NI?' jeritnya. Bodyguard Farid Kamil mula mendekati. Dan Jae Joong yang baru keluar dari tandas pantas berlari untuk menyelamatkan keadaan.

'Excuse me sir, may I know what happen?' Jae Joong cuba berdiplomatik dengan Farid. Tanpa menjawab soalan Jae Joong, Farid merenung tajam Shee. Geram betul dia dengan Shee.

'Nugu, baby?' tanya Jae Joong padaku.

'Yobo, ini lah Farid Kamil. you know him, right? Dan Farid, perkenalkan ini tunang I, Jae~' aku memberikan senyuman sinis padanya sambil memperkenalkan Jae Joong padanya. Tidak perlu ku menyebut nama penuh Jae Joong untuk membantunya menyembunyikan identitinya. Jae Joong menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam dengan Farid, tapi tidak disambut. Geram Jae Joong dengan perangai sombong Farid itu.

Dan, tidak ku sangka Jae Joong akan berkata, 'Ni ex-boyfriend you? I lagi handsome dari dia lah~ guess, you make the right decision baby,' Melopong mulutku. Memang nak cari nahas agaknya tunang aku ni. hehehe~ Belum pun sempat Farid menghadiahkan satu tumbukan pada muka Jae Joong yang cantik itu, orang di sekeliling mula menyedari akan kehadiran dua artis di dalam restoran itu dan mula mengerumuni kami.

Farid Kamil mula perasan kerana dalam waktu sama dia sebenarnya sedang terkenal menempah nama untuk movie dia seterusnya. Tapi orang ramai mula memanggil nama oppa~ oppa~ dan berkerut dahi Farid kenapa orang memanggilnya begitu.

'Eh bila masa pulak aku tukar nama ni?' bisik hatinya. Dan bila dia ditolak ketepi seorang makcik yang berumur dalam lingkungan 50-an, dia mula sedar. Orang ramai itu sebenarnya menghampiri Jae, tunang Shee itu. Terkejut bukan kepalang dia. Farid Kamil menepi dan bertanya perihal siapa Jae sebenarnya pada bodyguardnya.

'Tunang kepada bekas kekasih Encik Farid tu bukan calang-calang orangnya. Dia orang Korea. Salah seorang vokalis utama untuk kumpulan yang cukup terkenal di dunia, DBSK.' terang bodyguardnya.

'DBSK?? Really? Macam tak caya je.' Terbayang di fikiran Farid Kamil akan wajah Jae dan dibandingkannya dengan poster di bilik adik perempuannya yang ada di apartmennya. Seiras. Tak berkelip mata Farid memandang lelaki yang sudah dikerumuni itu.

'Encik tak tengok Entertainment weekly ke? Takpun tengok Melodi ke? Baca Media Hiburan ke? Bacaria? Untuk pengetahuan Encik, untuk cover depan Media Hiburan bulan depan akan memaparkan Cik Shee dengan tiga lagi kawan baiknya iaitu pengurus besar syarikat Waiem and Co. iaitu Waiem, cik Ashie dan peladang berjaya, cik Hurul.' sambung bodyguardnya lagi.

Dan di hujung restoran itu, dilihatnya Shee sedang berbual dengan beberapa orang jejaka yang baru menapak masuk ke dalam restoran itu diiringi oleh seorang wanita yang Farid Kamil cukup dikenali dan terkenal seluruh Malaysia, peladang berjaya dan peneraju utama syarikat kejuruteraan terunggul di Kuching, Sarawak iaitu Hurul. Penuh gaya betul dia masuk dan di sebelahnya, seorang lelaki yang cukup hengsem (YunHo lah tu~ huhu :p~) . Dan Jae Joong yang sedang dikerumuni melepaskan diri untuk join the group dan bila disedari oleh peminat-peminat itu, keadaan bertambah hingar bingar.

'WHAT?' terkejut Farid Kamil mendengar kenyataan itu. 'Aku tak tengok dan baca benda-benda tu. Yang aku tengok rancangan 999 dan Expose Mistik,' Farid Kamil membuang kes kerana perasaan cemburu mula terbit dalam dirinya.

'Eh betul ke Encik Farid tengok 999?' tanya bodyguardnya hairan.

'Ah..betul lah apa pulak tak betulnya. Tak pernah miss pun benda tu'

'Hmm..nampaknya samada Encik tipu atau Encik tak tengok pun 999 tu, because dua minggu yang lalu, diaorang ada pergi ke apartmen kepunyaan Cik Ashie dan Lee Min Ho untuk membuat liputan tentang seekor kucing yang terperangkap di atas atap apartment mereka. Cik Hurul dan tunang juga ada di sana waktu itu,' panjang lebar bodyguardnya meng-explain dan memandang Encik Farid yang sudah merah padam mukanya. Ingin tergelak juga dibuatnya melihat keadaan Encik Farid Kamil waktu itu.

Panas hati Farid mendengar kenyataan itu. Entah apa-apa bodyguard aku ani! Stalker lah tu!

'APSAL PULAK MEREKA JADI COVER MAGAZINE bulan depan tu?' bingit telinga mendengar keadaan yang bising itu.

'Sebab mereka bertiga ini adalah kekasih-kekasih hati Superstar Korea yang terkini! Ha'ah..and malam ni Waiem ngan Ji Hwan punya wedding reception pun kat Hotel ni'

'AH SUDAH LAH!!!'

Dan Farid Kamil stomped his feet away and went out of the restaurant.





=====+++++======

Author's Note:
Yes. Cerita ni memang ending dia macam ni. No offense to Farid Kamil. Well, obviously lah cerita ni hanyalah rekaan semata-mata. Takde kena mengena dengan hidup mahupun yang mati. If ada yang terasa sepanjang perjalanan cerita ni, please do forgive me. I do not have any intention at all to hurt anyone by producing this so-called fanfics. It is purely just for fun. Hope you like it :)

[TAMAT]

No comments: