Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #14

Aku melihat papan for the flight information. Dan diumumkan pula kapal terbang dari Bangkok sudah mendarat dengan selamat. Aku masih setia menanti di balai ketibaan sejak jam 12 tengah hari tadi. Kalau tak kerana Hurul, tak mungkin aku berada di tempat ini. Aku sebenarnya malu untuk berdepan dengan Ashie-unnie dan juga dengan Kak Waiem. Susah payah mereka menemani ku untuk pergi melihat konsert artis pujaan ku itu, dan aku pula meninggalkan mereka. Tapi..siapa lah kita kan untuk menentukan segalanya. Semua itu adalah ketentuan Tuhan. Dan dari dalam balai ketibaan lagi, kerana ketinggiannya yang begitu terserlah, aku sudah dapat melihat rambut ropol-ropol Lee Min Ho. heeeee.. ewah.. ikut jugak bakal abang ipar aku ni.. ingatkan terus balik Seoul. Agaknya nak pi meminang Ashie-unnie kot terus? WO! NO... I'm not ready to let Ashie-unnie go from my sight! NO!

Dan bila mereka menapak, aku melambaikan tanganku dan memanggil, 'UNNIE!' dan aku dan Ashie-unnie terus berlari dan memeluk each other. 'Mianhe, Unnie' aku memeluk erat Ashie-unnie dan tersedu di bahunya. 'Gwenchana..' Ashie-unnie mengusap belakangku dan meleraikan pelukannya, menyapu air mataku. Chewah! Romantik nya Ashie-unnie. heehehehe. Jangan lah korang salah faham. Kita memang rapat macam tu. Lukaku, lukamu jua~ chewawa! lagu NewBoyz lah pulak. heee.. Dan aku beralih untuk menyalam tangan Kak Waiem dan memeluknya erat. 'Gwenchana?' bisik kak Waiem padaku. Aku menganggukkan kepalaku.

'Welcome to Malaysia, oppa' kataku pada Lee Min Ho-oppa yang berdiri di sebelah Ashie-unnie.

'Hurul mana? Dia tak datang ke?' Kak Waiem bertanya padaku sambil tanganku mencapai begnya pada luggage belt.

'Oh, dia sibuk. Dia tak dapat datang. Dia pesan untuk bawa akak terus ke apartment dia,' jawabku.

'Hontto ni? Hurul nak masa ke? YAY! OMG! Yobo, you should meet my other friend, Hurul-sshi..she's really good in cooking,' teruja sungguh Ashie-unnie bila mendengar jawapanku.

'Heesh..ngko ni. Tak habis-habis nak makan. Eh mana oyaji yang satu ni?' sambung Kak Waiem dan menoleh seperti sedang mencari seseorang.

'Oyaji?' tanyaku hairan.

'You missed a good thing just now on the plane. Tak lama lagi kita nak makan nasi minyak lah ni...' usik Ashie-unnie.

'MWUHH? Who? Who? Ashie-unnie?'

'Apa pulak aku? Kak Waiem lah!'

'Really? Chukaye, Kak!' aku terus memeluk Kak Waiem lagi then aku teringat, 't-tapi dengan siapa?' aku mengelip-ngelipkan mataku.

'Ha, tu pun dia' dan aku terus menoleh ke arah yang ditunjukkan Kak Waiem. Bulat mata ku memandang pada individu yang baru melepasi kawalan imigresen itu dan berjalan menuju ke arah tempat kami berdiri, di hadapan luggage belt.

'MAX????! Kenapa dia kat sini? Is he the one? How come?' bertalu-talu soalan yang ku ajukan dan bertukar pandangan dengan Ashie-unnie dengan Kak Waiem.

'YO!' Max menyapa kami. Sungguh kacak budak ni! But serious, takkan dia dengan Kak Waiem. Oh well..age doesn't matter though.

'Jangan salah faham lah cik adik oi.. bukan Max tapi si dia tu...' dan aku mengalihkan pandanganku semula ke tempat kawalan imigresen itu.

'Eh..t-.. tu bukan ker G-gg-ildong Sshi? Eh apsal dia kat sini? Pilot? Eh, apa ni?' aku bingung.

Aku melihat Max dan Kang Ji Hwan berganti-ganti.

'Betul lah tu. Jom, akak kenalkan tunang akak, Kang Ji Hwan' Kak Waiem menarik lenganku dan membawa ku dekat pada Gildong-sshi! Aku betul-betul tidak percaya. Dan ku lihat Ashie-unnie, Lee Min Ho dengan Max hanya tertawa melihat kebingungan ku seperti kucing yang kehilangan anak itu. Dan sempat juga aku menginterpretasikan bahawa dari senyuman Max, aku tahu dia tak akan pernah marah dengan ku. Dia telah memaafkan ku. The best thing about Max! ILU, Max! Eh silap..kembali semula pada Gildong-sshi yang kini berada di hadapanku.

'Sayang, kenalkan ini my dongsaeng, Shee and Shee, this is my fiance, Ji Hwan,'Kak Waiem memperkenalkan tunangnya, Ji Hwan menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku.

'Nice to meet you, oppa' aku sungguh tidak menyangka begini jadinya. 'Apa cerita sebenarnya ni? KAK WAIEM! ASHIE-UNNIE! YOU OWE ME A STORY!'tanpa ku sedari tinggi suaraku memecah ruangan tempat mengambil luggage itu.

'SIAPA YANG BISING SANGAT TU?' dan aku menoleh dari mana datangnya suara itu. 'KUALA LUMPUR, HURUL! HERE I COME' suara yang lain pula menyapa gegendang telingaku.

Dan bila ku terpandang yang empunya suara-suara itu..kepalaku terasa berat. Sungguh aku tidak dapat menerima semua ini. Lepas satu, satu. dan BUK! Di hadapan luggage belt itu, aku rebah lagi.

No comments: