Saturday, 5 December 2009

Cinta File Pink [11]

Scene 1:

"Panaslah hyung.. sampai bila kita nak macam ni? Kalau ye pun, Pergi lah buka aircond tu dulu!" Max mula rimas akan keadaan yang dialaminya. Bersembunyi bersama Xiah di sebalik tirai hitam. 'sheesh..memang kemaruk dah agaknya hyung ni' kata Max dalam hati.

"SSsshh! Jangan bising lah!" Xiah melekapkan jarinya pada bibirnya sendiri.

Terdengar bunyi pintu studio dibuka.

"Dia dah datang.." bisik Xiah.

Seperti hari-hari sebelumnya, memulakan kerjanya awal. Yana memasang penghawa dingin di dalam studio itu, dan memulakan tugasnya membersihkan dan memastikan semua peralatan studio dalam keadaan yang baik. "Hurm..aircond ni rosak ke? Bunyi macam lain macam" Yana yang sememangnya tajam pendengaran meneliti dari mana datangnya bunyi bergedegang itu. "Oh.. should be fine lah. Agaknya dah lama tak service aircond ni. Kena bagi repot nih" dan ligat tangan menulis nota pendek di dalam organizernya. Dan dia meneruskan kerjanya.

"Hmm..hari ni nak nyanyi lagu apa ya?" sudah menjadi kebiasaan bagi Yana untuk menyanyi just for fun menggunakan minus one yang tersedia. Dia membelek-belek cd minus one dan memilih melodi untuk jadi habuannya hari ni. Lagu kegemarannya dari kumpulan kesayangannya menjadi pilihannya. "Hmm..aku try lagu Miduhyo lah hari ni" dia berkata pada dirinya sendiri, memasang CD itu dan melangkah masuk ke bilik rakaman.

"Hyung, biar betul! Dia nak nyanyi lagu kita tu..." Max mula kepoh. "Are you sure?" tanyanya lagi pada Xiah.

"Dengar jer lah..I told you right last night. You have to believe me!" keras suara Xiah. Nasib mereka baik, tak mungkin Yana terdengar akan besarnya suaranya kerana bunyi penghawa dingin yang tak best itu (A/N: ~ ahaha..gomen. I'm running out of vocabulary..hehehe).





Scene 2:

"Oops!" mereka bertembung. Keadaan YunHo, Jae Joong dan Micky yang tergesa-gesa membuatkan mereka tidak sedar akan keadaan sekeliling.

"Ah..Yana-sshi! Gwenchana? I'm sorry"tanya YunHo risau kerana dirasakan pelanggaran itu begitu kuat. Silapnya kerana terlalu terburu-buru, risau akan keadaan Xiah yang dikhuatiri bertindak melulu.

"Ye..saya ok.. YunHo-sshi..no worries"

"Tak, maksud saya..ada sesiapa kacau awak tak?"

"Maksud cik?" berkerut dahi Yana.

Menyedari akan kesilapan kata-katanya, YunHo membetulkan soalannya, "oh tak.. maksud saya.. awak datang awal pagi-pagi sini buat apa? Awak tak takut ke?"

"Ohh..thanks for your concern, YunHo-sshi..saya dah biasa dah buat macam ni. Memang tiap hari pon macam ni"

"Oooo..no wooonderrrrr" panjang Micky mengiyakan sepintas fikirannya. 'Patutlah Xiah sanggup tidur kat studio 2-3 hari ni, rupanya dia intai budak ni' desisnya dalam hati dan dia memandang Jae Joong yang seems to be satu fikiran dengan dia.

"Encik semua datang awal ni kenapa? Hari ni tak de latihan kan? Only petang karang je kan, encik ada photoshoot?" tanya Yana hairan.

"Oh..kami datang ni sebab nak ambik telefon Micky yang tertinggal," jawab Jae Joong pantas.

"Eyh? Telefon aku?" tanya Micky pada Jae Joong dan faham bila YunHo mengenyitkan matanya. "Ahh..ahh..betul lah tu.. I left my phone here yesterday kat studio, I think"

"Eyh? Kat studio? Rasanya tak de. Tadi saya dah bersihkan tempat tu, tak jumpa pun your phone," Yana meyakinkan mereka dan cuba mengingati kembali jika dia ada nampak telefon bimbit waktu membersihkan studio itu.

"Shoot!" YunHo menempik.

"Apsal hyung?" tanya Jae Joong.

"Oh..ya ke? But I'm sure I left it there yesterday" Micky cuba meyakinkan.

"Awak ada nampak sesiapa tak masuk studio pagi ini selain dari awak?" soal YunHo lagaknya sebagai seorang inspektor.

"Takde lah pulak.. I am aware of that"

YunHo: "Oh okay.. takpe lah Micky. Since Yana dah cakap macam tu, kita check tempat lain lah.. kot-kot tinggal kat dance room ke.."

"Wait, while we are here..why not we go breakfast first? No worries lah about the phone. Nanti beli baru" balas Micky pula.

"Cik Yana, shall we?" menunjukkan skill ke-gentleman-nya.

"Oh..takpelah. Encik semua pergilah. Saya sebenarnya dah janji dah dengan teman saya nak pergi breakfast dengan dia. Dia dah tunggu dah kat luar~"

Jae Joong tiba-tiba terklik satu perkara, "kat luar? tunggu kat luar?"

"Ye.. saya pergi dulu ye encik. Micky-sshi, please inform me if you find your phone" dan Yana terus berlalu menuju ke lobi di mana seseorang telah menunggunya. Mereka bertiga menoleh pada yang dimaksudkan.

"EYHHHHHH??? HYUN JOONG?" Micky menjerit kecil terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"No wonder.. aku tengok tadi kereta Hyun Joong parking kat luar tu. I was wondering juga dia buat apa pagi-pagi kat sini.." Jae Joong bercakap sendiri.

"YOSH! Mereka ada apa-apa ke?" tanya YunHo yang tak tahu menahu.

"Urmm... rasanya kot. Hyun Joong hyung memang suka kat Yana" jawab Xiah ringkas cukup untuk membuatkan mata YunHo terjegil mendengar kenyataan itu.

"Maknanya, Xiah? OH NO! We should go now!" dan mereka yang sememangnya satu kepala mudah untuk memproses aksi masing-masing dan berlari menuju ke studio.




Scene 3:

YunHo, Xiah dan Jae Joong menerpa masuk. Dan terkejut melihat Max yang tersandar pada sofa di dalam studio itu.

"Eh.. Max, kau okay ke? Mana Xiah? Dia okay ke?" tanya YunHo cemas mendekati Max dan melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Max yang pucat seperti ternampak hantu.

"Ko kenapa? Macam nampak hantu je?" tanya Micky dan duduk di sebelah Max.

"Ahahaha.. memang dia dah nampak hantu. Hantu Miduhyo." Xiah yang baru sahaja datang dari tandas menjawab bagi pihak Max.

"Meaning?" tanya Jae Joong blur. Dan Max menghulurkan telefon iPhonenya.

Jae Joong pantas mengambil iPhone Max dan menekan butang play pada video yang sedia untuk dimain. Dan bergema satu suara yang cukup merdu mengalunkan lagu Miduhyo dalam versi akustik di seluruh studio.

Jae Joong ternganga.

"Bak sini," Micky tidak percaya dengan apa yang didengarnya dan merampas iPhone Max dari tangan Jae Joong.

"Eh, chakkamanyo.. eh.. that's Yana kan?" YunHo mendekati Micky dan melihat video yang dimaksudkan.

"Korang tak caya kan?" Xiah tersenyum. "Tengoklah penangan dia kat Max.."

"Seriously, betul ke ni? Aku tak caya lah.." Micky cuba menidakkan kenyataan walaupun dalam hatinya berlaku penindasan fakta bahawa suara yang merdu itu sememangnya milik Liyana - gadis baru pembantu teknik studio mereka.

"At first, I also can't believe it Hyung. Tapi bila dah dengar live..it certainly gave me goosebumps" Max bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Loh..ingatkan suara ko pun dah hilang dah tadi. Kalau tak, dapat juga kita ask Zul-sshi untuk recruit Yana jadi member baru kita" Jae Joong menyakat Max yang masih dengan pijamanya.

"Hyuuung..sampainya hatiiiii..." dan Max menarik muncung sedepa. Dan mereka gelak bersama.

"But serious, Xiah.. suara dia ni.. weii.. she can even beat Lyn kalau macam ni.. we have to tunjukkan Zul-sshi video ni," cadang Micky.

"Eh tak nak lah.. aku tak nak kahwin dengan artis lah. I told you, right?" bantah Xiah.

"Kahwin?" tanya YunHo dan Jae Joong serentak.

"Yes, I will propose to her anytime soon" yakin saja Xiah mengatakannya tanpa memikirkan apa yang akan terjadi sebenarnya.

Micky: "Hahahaha..sayangku Xiah.. it won't be as easy as that. Ko dah lupa ke.. that you are now two people."

Xiah: "Eh..apsalahnya? I'll be Xiah and propose her"

Micky: "So dengan JunSu yang telah banyak lukakan hati Yana ko nak buat apa? Ko nak buang macam tu saja?"

Xiah: "Kita cakaplah ngan dia.. Junsu dah berhenti kerja dah"

Micky: "Think straight Xiah! Aiihhhs..susah betul lah orang lurus bendul macam ko ni.."dan Micky terus berlalu ke tandas.

"Apa maksud Micky tu, YunHo-hyung?"

"Maksud dia senang je. Jangan lepas tangan. Hati wanita ini bukannya mudah nak dijangka macam tu saja. Ko dah silap langkah dengan menyamar sebagai Encik JunSu. And cuba lah ko fikir baik-baik, kalau ko propose dia as Xiah..tak ke haru. Like..do you think she will trust you? Sedangkan ko dengan dia pun tak rapat sangat kan? I mean, banyak kali kalau pergi recording..Xiah tak datang kan? And what if bila one day pun, Xiah decide to come to studio, then JunSu tak de.. tentu akan membuat dia tertanya-tanya kan.. I tell you.. it's not easy to win a woman's heart. You have to work it thoroughly." terang YunHo panjang lebar.

"Aku setuju dengan cakap YunHo. Ini berdasarkan pengalaman. Especially pengalaman pahit manis kita ngan madam kita, kan YunHo kan?" Jae Joong menyiku lengan YunHo yang seperti ingin menghujahkan pendapatnya lagi.

"A'ah kan.. ye tak ye juga," Xiah berbisik perlahan.

"Haiihhhs.." Max hanya mampu mengeluh. Dia masih dalam proses memulihkan dirinya daripada rasa terkejutnya.

"Jom arr.. pi breakfast! We will think about something. Don't worry, k? Micky gerenti tolong kau! Kan Micky kan?" kata Jae Joong sejurus selepas Micky keluar dari tandas.

"Me?"

"Ahh.. jom lah breakfast first!"

"JOM!" kata Max gembira.

"Max..kalau ye pun.. tukarlah baju tu dulu, " YunHo menegur Max dan melemparkan sling bag yang dibawa oleh Micky sebelum mereka berangkat dari apartmen tadi.

"Baju aku ada tak?" tanya Xiah pada Micky.

"Ahh..ada kat dalam tu. Pi lah tukar," balas Micky. Max dan Xiah terus berlalu semula ke dalam tandas.

"So it doesn't happen right?" bisik Jae Joong pada YunHo bertanyakan perihal Xiah seketika bila saja Max dan Xiah masuk ke dalam tandas.

"Nampaknya macam tu lah..but nasib baik lah wei..aku risau betul tadi kalau dia kejar Yana ke lobi. Mau patah hati dia if tengok Yana dengan Hyun Joong," YunHo membalas perlahan.

"A'ah kaan.. nasib lah baiiikk.. haiihs..but seriously, suara Yana ke tu?" celah Micky.

"Micky, tak habis-habis. Nanti lah kita suruh Yana nyanyi. Biar ko pula jadi macam Max, baru kau tau. Kalau ko tak percaya sangaaat.. but surely she does have a voice man!" Jae Joong mengiyakan.

YunHo hanya mengangguk mengiyakan.

Sunday, 29 November 2009

Cinta File Pink [10]

Telefon bimbit yang telah diset sebagai alarm oleh Xiah berbunyi tepat jam 6 pagi. Pantas Xiah bangun dan mencapai telefon bimbitnya. Memisat-misat matanya dan terus bergerak ke bilik mandi melakukan aktiviti 6 minitnya iaitu mencuci muka, menggosok gigi dan mandi 2 minit.

Bila sudah selesai, dia terus menyarungkan sweaternya. Hujan disangka turun dengan pada tengah hari nanti.

'Argh! Dah 6.10pm' Xiah pantas menuju ke katil dan membangunkan teman sebiliknya, Max.

"Max, BANGUN lahh! JOM pergi Studio!"

"Alaaa.. Hyung, dah pukul berapa ni? Awal masih ni.."

"Ehh..teman jer lahhh. Aku nak tunjukkan kau sesuatu. Korang tak percaya kan apa yang aku cakap semalam?"

"Hyung ada cakap apa-apa ke?" Max melalut blur sambil matanya masih pejam.

"Ehhh.. jom lah. Tak payah banyak songeh!" Xiah terus menarik tangan Max dan mengheretnya keluar.

Di luar..

"Eh, annyeong!" Terkejut YunHo yang sedang duduk di ruang tamu bersama Jae Joong. "Awalnya korang bangun?" YunHo bertanya pada Xiah dan Max.

"A'ah.. hari ni takde latihan lah. Tidur lah.. tapi petang karang pukul 6, baru ada photoshoot" sambung Jae Joong pula. YunHo dan Jae Joong yang memang sudah biasa bangun awal terkejut melihat Xiah dan Max yang melulu terus ke ruang tamu. Diaorang baru selesai sembahyang Subuh sebenarnya.

"Mianhe guys, aku story later. Skang ni..aku perlu pergi studio jugak. Ada misi. Jom arr.. Max! Lambat kita nanti" Xiah terus menarik tangan Max.

"Studio, pagi ni?" Jae Joong curious mengangkat keningnya memandang YunHo.

"A'ah.. ko ada tinggal barang ke?"

"Later!" Xiah membuka pintu dan mengheret Max.

"YunHo-hyuuuunggg... heeeellllpp!!" teriak Max yang masih memakai pijama biru dengan design bintang warna kuning dan pintu apartment di tutup right in front of their face.

"Eh apa kena dengan Xiah tu hah?" tanya Jae Joong.

"Ntah.." YunHo shrugged his shoulder tanda tidak tahu.

"Woii.. apa bising-bising ni? Orang nak tidor pon tak senang lah.." tiba-tiba Micky keluar dari biliknya bila merasakan tidurnya terganggu.

"Ha, panjang pon umur ko? Apa korang buat semalam, hah? Xiah mabuk lagi ke? Tiba-tiba je dia kata nak pergi studio awal ni.. buang tabiat apa mamat tu.." tanya YunHo pada Micky.

"HAHHHH??" terkejut Micky mendengar apa yang baru diutarakan oleh YunHo. "Ko biar betul?"

"Ahh..betul lah. Tu yang Xiah kata tadi pada kitaorang. Dengan Max pon dia heret sekali tau.. Max tak sempat tukar baju lagi tu" balas Jae Joong pulak.

"Sheeeshh..jadinya dia betul-betul siyes.."

Jae Joong: "Siyes amende?"

Micky: "Semalam waktu kitaorang kuar makan.. dia ada kata dia nak tunjukkan pada kita semua yang dia akan buktikan bahawa Liyana punya suara yang cukup memukau"

Jae Joong: "Apsal tiba-tiba? Dia mabuk lagi ke semalam?"

Micky: "Tak lah mabuk sangat... mabuk lite-lite je.. dia minum Soju..sikit je.. one shot je"

YunHo: "Ahhaha.. one shot ko kata sikit Micky.. ko tau dak yang budak Xiah tu tak boleh tolerate sangat ngan Soju?"

Micky mengangkat bahunya, "tak pasti pulak aku"

"Then?" YunHo bertanya lagi ingin tahu. Bukan dia tak faham perangai budak Xiah tu. Kalau dia dah mabuk, takut dia buat kerja gila-gila tak hengat dunia..susah.

Dan Micky pon menceritakan dari A sampai Z. Balik semula dari Z to A.

Flashback malam semalam..

Xiah: Yah, hyung. Ko tau tak aku ada dengar suara Liyana..suara dia best arr...

Micky: Ko ni memang sah dah angau dahh..

Xiah: Mana ada.. aku cakap betul-betul ni.

Micky: Suara Liyana yang garau macam suara lelaki tu ko cakap sedap..

Xiah: HOI!!! Ko Micky, cakap jangan ikut sedap mulut! Aku kan buktikan.. tak caya ko ikut aku esok!

Micky: Ikut ko pergi mana?

Xiah: Ikut aku pergi studio, aku akan buktikan.

Max: Alaaa.. hyung.. chillax lahh.. Micky-hyung gurau je tu..

Xiah (note that time ni tahap mabuk dia mula reach its high level): NO, No.. Max. You, BOTH! Ikut aku esok!

*END OF FLASHBACK*

"HAHAHAHAHAHAHAH!" Meledak ketawa YunHo dan Jae Joong mendengar cerita Micky.

Jae Joong: "Yang ko cakap macam tu kat dia kenapa? Ko tau kaaan.. ni kan first time dia jatuh chenta.. after like five years.."

Micky: "Manalah aku tau, ingat dia main-main je. Iyalah kot after dia sober.. dia akan lupa. But true what, serious.. suara Liyana.. dia kata sedaap.. tak ke angau namanya tu. Well, I mean.. she's fine, she's cute.. she's clever.. tapi.. bab suara.. errr.."

Jae Joong: "Heesh.. ko ni.. suka suka je nak mengata orang. Tau lahhh.. ko punya gopren si Taeyeon tu suara dia lawa.. tak payah lah ko nak mengata.."

Micky: "HOI! HYUNG! Ko giler apa.. si Taeyeon bukan gopren aku lah. Gopren aku si Jessica lah. Giles..mau didengar Young Saeng..mampos lah aku!"

Jae Joong: "Ooops! Silap..silap.. aku konpiyus sekejap. Heh, dah lah tu.. ko pi mandilah. Awal ko bangun..gerenti tak dapat tidur balik kan? Kita turun lah pi gym kat bawah. Buat exercise. Madam aku dah sibuk dah bising.. dia kata perut aku dah boroi dah.."

Micky: "K lah.. k lah.. aku tukar baju je lah. Takyah mandi.. ehh, hyung, apsal ko diam tetiba ni?" curious juga Micky melihat YunHo yang semacam berfikir.

"Alamaakk..Micky, that's Xiah you are talking about. Budak Dolphin tu bukannya boleh dibuat main-main... kot-kot dia nak buat apa-apa.. eyhh ada dia cakap kat ko tak dia pergi studio nak buat apa?" Tetiba je YunHo get back to his sense.

Micky: "Takde lah pulak. He only said nak buktikan suara Liyana tu sedap"

"Sheeesh.. jom! Kita kena gerak sekarang! Cancel gym. Micky, ko siap sekarang. And tolong bawak baju persalinan Max sekali. And Jae Joong, call Max..tanya diaorang kat mana sekarang!" YunHo bingkas bangun dari sofa dan menghabiskan air kopinya yang telah sejuk.

"Eh apasal pulak tetiba ni.." Micky bertanya hairan pada Jae Joong.

"Ikut jer lah. Ko tau lah YunHo dengan vision dia tu.." Jae Joong pun bingkas bangun menuju ke bilik untuk menukar baju sambil tangannya pantas mencapai telefon bimibitnya untuk menghubungi Max. Melihat keadaan yang seperti kelam kabut tiba-tiba itu, Micky juga masuk ke bilik semula untuk bersiap.

Friday, 30 October 2009

Cinta File Pink [9]

Kaca mata hitam yang dipakainya dilepaskan. Dia melabuhkan punggungnya pada sofa empuk di pejabatnya. Mendongak ke atas dan memejamkan matanya. Dan suara merdu itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya dan wajah yang lencun dengan air mata itu juga sungguh nyata di kotak mindanya.

'Kenapa dia menangis? Mungkinkah...' satu gambaran yang membuat Xiah tertanya-tanya.

"Hoi Bangunlah! Takkan tak cukup tidur kot! Dah pukul 9 dah ni! Jom arr.. recording!" Suara lantang Yun Ho menghentikan lamunannya.

"Recording? Bukan hari ni cancel ke? Kan ko nak spend time ngan mem ko!"

"Mem yang mana pulak ni. Kan mem aku dah balik Dubai dah.. aigoo. Bulan depan, dia akan datang semula kemari. For good," ceria wajah YunHo bercerita tentang tunang kesayangannya.

"Ohmy.. don't tell me..." Xiah bingkas bangun dan mendekati YunHo dan terus memeluk kejap sahabat baiknya itu.

"I can't wait..." teruja YunHo untuk menanti minggu depan. Dia dan Hurul akan disatukan bulan depan dalam satu majlis tertutup seperti yang telah dirancang rapi bersama keluarga dan teman terdekat. Dia ingin menjadikan perkahwinannan ini seperti perkahwinan Tablo dan Kang Hye Jung secara rahsia tetapi cukup indah.

"So- macam mana dengan the Cassies?" tanya Xiah pada YunHo aware akan penerimaan fans dengan berita perkahwinannya itu. Kerisauan bertapak di hati Xiah akan penerimaan peminat. Maklum lah kan.. bukan baru.. tapi lama sungguh YunHo menyembunyikan akan kehadiran Hurul. Tapi mereka faham. Ini semua demi keselamatan Hurul.

"No worries. Aku dah suruh dah Manager Kwon hantar personal video yang explained everything about me and Hurul. I did mention Hurul's name dalam video. Who is she and where she come from. Tapi wajahnya.. will be a surprise. Nak lihat first bagaimana penerimaan fans tentang itu."

"Kalau diaorang tak terima camne?"

"Xiah.. aku bukannya nak kahwin dengan artis pon" sangkal YunHo.

"Bukan.. aku bukan bermaksud dengan ko kahwin dengan Hurul. Tapi tentang your faith..I wonder how will penerimaan diaorang tentang itu.."

YunHo hanya tersenyum.

"That should not be a reason for me not to love them, and for them to stop supporting us. Kan kita dah pesan kat diaorang balik-balik kan.. for them to be a good fan, to always support us on whatever we will do... kau lupa eh...? Fikiran kau melayang kat mana eh?" Hairan jugak YunHo dengan pertanyaan Xiah yang bukan-bukan. Iyalahkan.. kenapa tetiba je dia rasa Xiah bukan seperti Xiah yang selalu. Ternyata fikiran Xiah bukan berada di situ.

"BAAAAAH!" Pintu terbuka. Chang Min, Jae Joong dan Micky menerpa masuk.

"Borak apa?" tanya Chang Min yang mendekati.

"Ni ha.. borak tang kita punya perbincangan semalam. Iyalahkan.. teman kita ni kan semalam tak balik rumah kan.. dah nak bermastautin agaknya dalam opis nih.." balas YunHo.

Micky mendekati Xiah, "A'ah apsal ko tak balik rumah semalam? Ko ada masalah ke?"

"Masalah apa nya.. tak de masalah pun... saja jerr.."

"Ker sebenarnya kau nak intai budak Yana tu? Iyalah kan.. kan dia selalu datang awal kan? So kau nak ambik peluang eyh..." Jae Joong serkap jarang.

"WEI! Buang masa aku jer nak intai budak tu!" Xiah berlalu mendapatkan ke pantri kecil di dalam biliknya untuk membancuh minuman buat mereka lima.

"Dah tu? Takkan ko nak urat dia kot? Alaa.. kasihannya Hyun Joong," Micky punya giliran pula untuk memerangkap Xiah. Iyalah kan.. hairan juga diaorang teman mereka yang satu ni tak balik rumah semalam. Nak kata buat paperwork.. kan kelmarin hari Ahad.. paperwork amende dah..

"Wei.. tak berkenan lahh..." Pahit air liur Xiah menelan kenyataan yang disebutnya itu. 'Eh? Apa kena dengan aku ni? Takkan lah...' Xiah terasa jantungnya macam berdegup laju bila terkenangkan wajah itu lagi.

"Hyung, tak yah sembunyi lah wei.. kita dah tau dah pon.." Chang Min menyilangkan kakinya sambil menyambut huluran cawan berisi teh hijau panas dari Xiah.

Berkerut dahi Xiah memandang teman-temannya.

"Xiah, kita kenal dah bertahun sayang oi! Hati dan air muka kau tu senang je kita nak baca tau.. as easy as ABC. Kau ada hati ngan dia kan?"

Walau tidak pasti dan atas nilaian teman-teman berlagak seperti Ahli Nujum Pak Belalang itu.. perasaan indah tapi aneh dalam hatinya tidak dapat dinafikan. Suara merdu itu terngiang-ngiang di fikirannya.

"Dah tu, apa aku nak buat ni?" tanya Xiah blur.

"Aigoooooo...." Chang Min mengeluh macam Ahjumma. Dan Jae Joong yang selagi tadi diam pula menepuk dahinya mendengar akan pertanyaan Xiah.

"Apa lagi... MAKE YOUR MOVE lah!" tempik Micky.

"Tapi aku tak pandai lah..."

"Tak pandai lah.. belajar lah oi! Apalah kau ni!" Micky membalingkan kusyen sofa yang berwarna biru itu tepat mengena ke wajah Xiah. Serasanya, dia perlu menyedarkan Xiah yang sudah berada di awangan.

"A'ah betul kata Micky tu.. kita serahkan pada yang pakar," YunHo membuat lawak Harpicnya!

"Siapa yang pakar hyung?" soal Max sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Siapa lagi.. siapa yang suruh make the move lah.. itu lah orangnya" balas YunHo menyakat.

"Me?" tanya Micky sambil mengarahkan telunjuk ke hadapan wajahnya sendiri.

"Dah tu.. siapa lagi.. kau kan memang terer dalam bab cintan cintun ni.. you are uri love cupid, Yoo Chun-sshi!" YunHo membalas.

Chang Min dan Jae Joong hanya mengiyakan seperti si kembar Upin dan Ipin, "Betul Betul Betul"

Cinta File Pink [8]

Kini pagi-pagi lagi Yana sudah berada di studio untuk membuat persiapan dan testing segala alat untuk recording satu lagi track terbaru kumpulan Wonder Girls. Hatinya berlagu riang mengenangkan hujung minggu yang paling best kelmarin. Tersenyum dia mengenangkan Sulastri yang bergegas ke hadapan menyambutnya di pintu selepas dia dihantar pulang oleh Hyun Joong. Betul-betul true fan lah pembantu rumahnya itu. Sempat juga dia berpesan pada Sulastri agar jangan dihebohkan tentang itu pada jiran tetangga.

**********

"Wah..neng..nngak sih. Nggak mungkin. Gwe nggak ser Ji Hoo sunbae ngan orang lain, neng. Neng boleh aja.. gwe izin"

Melepas ketawa Yana mendengar jawapan Sulastri. Terhibur hatinya. Ibunya pula sudah menarik tangannya untuk bercerita dengan Yana untuk mengorek cerita bagaimana semua itu bermula. Dan dengan ibunya, Yana memang tidak berselindung apa-apa.

"Melepas lah mak ni.. nak bermenantukan artis terkenal.." Hajah Zaiton pura-pura mengeluh selepas mendengar cerita anak gadisnya itu untuk menyakat anaknya. Tapi sekias perasaan risau ada juga bertandang di hatinya. Tidak disangkanya begitu besar Yana menaruh harapan uuntuk meraih cinta Xiah. Dia maklum akan itu. Mana taknya nak maklum, setiap minggu.. Yana pasti akan mengutus surat pada Xiah menyatakan kasih sayangnya dan sokongannya yang padu.

Yana hanya mengangguk, "Mak, Xiah tetap No.1 in my heart!"

"Up to you, Yana. Tapi satu nasihat mak, jangan sampai yang dikejar lepas, yang dikendong pula berciciran" Hajah Zaiton mengusap tangan anaknya dan berlalu ke dapur.

"Ala.. mak ni.. cakap macam tu pulak. Yana bukan nak kahwin sekarang lah.. Yana nak enjoy dulu. Ni pun Yana baru dapat kerja.. takkan dah keluar dengan Hyun Joong, dah plan nak kahwin," yana menarik muncung sedepa tanda tidak puas hati dan membontoti mamanya ke dapur untuk minum petang.

"Mak bukannya apa Yana.. mak risau. Yang dengan Yana keluar tadi tu bukan calang-calang orang, Yana. Dan mak ni yang dulu makan garam dari Yana.. mak dapat rasakan yang Hyun Joong betul-betul dengan kamu.." Hajah Zaiton meletakkan pinggan yang berisi cucur udang yang disambut dari Sulastri untuk hidangan minum petang mereka.

Berkerut dahi Yana dan dia mula berfikir, 'Nampaknya aku perlu jelaskan pada Hyun Joong secepatnya. Agar tiada siapa yang mengharap dan tiada siapa yang terluka'

**********

Kali ini Yana betul-betul prihatin dengan hati orang. Kerana dia tahu betapa sakitnya hati bila dikecewakan. Walaupun lukanya telah pulih, tapi bekas luka tu tetap akan ada sampai bila-bila. Terkenang dia pada Mark, bekas teman lelakinya sewaktu dia menuntut di universiti dulu. Dia tak pernah berdendam dengan Mark kerana dengan Mark telah tercipta seribu satu kenangan yang cukup indah. Dia salahkan dirinya kerana terlalu menaruh hatinya pada tiang harapan yang tertinggi. Tapi bila tiang itu patah, hatinya yang jatuh berderai.

Yana tersenyum pahit dan tanpa sedar airmatanya mengalir. 'I kinda miss you, Mark' lepas bisikan hatinya. Yana menyapu airmatanya dan melihat kiri dan kanan, takut-takut ada yang nampak dia menangis sebegitu.

Yana kesal dengan sikapnya yang mudah dibuai perasaan. Dia menyambung semula kerjanya menyusun CD-CD yang berselerak dan menempatkannya semula pada rak yang telah disediakan. Dan matanya tertancap pada sekeping CD Minus One salah satu kumpulan kesayangannya iaitu Fly To The Sky. 'Woah! Minus One Condition Of My Heart lah' teruja Yana bila saja dia membuka CD itu.

Yana melihat jam tangannya. Lagi satu jam lebih sebelum waktu bekerja mula. 'Baru pukul 7. Hmm..masih awal ni. Boleh lah aku test try kejap lagu ni.. terus je aku buat mic test' sengih-sengih Yana membayangkan yang dia akan menyanyi dalam studio ini. Studio di mana tempat orang-orang yang disayanginya menyanyi. Menyanyi adalah satu hobi Yana masa lapang. Well, not really menyanyi to be exact. Tapi melalak kot!

Yana memasuki bilik rakaman dengan membawanya remote control yang membolehkannya menekan butang play pada CD Player yang berada di luar. Canggih giles! Wireless lah pulak benda ni! Dia berdehem-dehem cuba untuk melonggarkan otot-otot tekaknya. Dan menekan butang play. Yana dibuai perasaan, mendalami setiap bait lirik lagu itu mengalunkan lagu dari kumpulan Fly To The Sky itu. Dia berada dalam alamnya dan di luar sedarnya, air matanya menitis lagi.

Dan di luar sedarnya juga, ada yang memerhatikannya dan mendengarnya di sebalik pintu studio rakaman yang renggang itu. Terpaku mendengar alunan suara yang cukup merdu itu. Cukup dengan ad-libnya yang begitu perfect.




+++++
Note:
Oops! Entri kali ni pendek lah pulak ;)

Wednesday, 21 October 2009

Projek Berangan Lagi - 5

Dan bila saja Young Saeng siapa yang di hadapannya, dia terus melompat di balik sofa dan bersembunyi. Justify Full

"Yaaaa!! Hyung, ko buat apa pulak nak bersembunyi belakang sofa tu? Semua kita dah tengok tau rupa ayu ko yang tengah meracau time ko tido tadi lah!"

Yang di hadapannya kini adalah gadis pendaftaran yang menarik perhatiannya sewaktu pertandingan tadi! T-t-tapi buat apa dia kat sini? Gadis itu hanya tersenyum melihat keadaannya yang tiba-tiba menjadi kelam kabut di balik sofa. 'Alahai..manisnya senyuuuman dia... cairrrr....'

"HOI!! Dah dah lah berangan!" Jung Min membaling kusyen pada Young Saeng yang masih di balik sofa. "Lap air liur tu! Ada tetamu nak jumpa kat luar!"

"Tetamu? Nugu?" berkerut sekejap dahi Young Saeng. Dan Hurul tetiba bersuara, "Ashie-sshi, Alex-sshi and Whee Sung-sshi tunggu kat luar!" dan berlalu keluar.

"MWUH??" tanya Young Saeng pada adiknya yang masih tercegat melihat dirinya yang sungguh bengang. "Tapi kenapa? No- no!! Don't tell me kita gagal. Bukan ker kita dapat three green cards just now! Andwe! Andwe!"

"Daripada ko duduk merangkak kat belakang sofa tu, lagi baik ko keluar kalau ko nak tau cerita sebenar," Jung Min terus berlalu keluar mengikuti langkah gadis manis Hurul.

Beberapa minit kemudian, Young Saeng pun keluar di pantaran rumah. Hatinya berdebar-debar. Bila dia keluar, suasana tiba-tiba jadi sunyi. Semua orang duduk di atas pantaran somehow membentuk satu bulatan kecil. Seolah sedang bermuzakarah.

"Mianhe sebab keluar lambat" Young Saeng mengambil tempat duduk di sebelah ibunya as Jung Min bergerak sedikit memberikan tempat untuk abang kembarnya itu.

"Umma, kenapa ni?" Young Saeng berbisik perlahan dengan ibunya. "Apsal mereka tetiba diam ni? Dan siapa yang lain-lain ni?" Berkerut dahi Young Saeng melihat tiga wajah yang tidak familiar. Ashie-sshi, Alex-sshi, Whee Sung-sshi, Hurul adek manesnya adalah muka yang dikenalinya. Tapi siapa tiga lelaki yang lain tu?

"Uhurm.. Young Saeng-sshi" Alex-sshi memecah kesunyian.

"Panggil saja Young Saeng, Alex-sshi. Ye?"

"Tujuan kami datang ni sebenarnya.. nak beritahu.."

Belum pun sempat Alex menghabiskan ayatnya, Young Saeng terus memotong dengan pertanyaan, "kami gagal ke? Tapi.. bukan kah tadi.."

"A'ah betul lah tu.. kamu adik beradik gagal dalam audition ni!" geram Alex dengan Young Saeng yang tiba-tiba memotong percakapannya. 'Heesh! Budak ni! Cubalah tunggu aku habis cakap dulu'

Berubah air muka Young Saeng saat mendengar respon dari Alex.

"Young Saeng, cuba lah dengar apa yang Alex-sshi nak cakap tu. Heesh!" marah Mrs. Park pada anaknya yang baginya tidak sopan itu. "Mianhye, Alex-sshi" Mrs. Park memohon maaf bagi pihak anaknya itu. Kecut Young Saeng bila dia direnung tajam oleh Whee Sung. lol~

"sebenarnya..kami telah bercadang untuk mengeluarkan kamu dua beradik dari audition ini. Sebab kami bercadang nak ambil kamu berdua as a part to complete our budding group to make it a 5 member group!"

"So, tak perlu pergi audition lagi lah. So kedatangan kami ni nak assess secara private of your achievements and get a consent dari your umma memandangkan kamu berdua masih lagi menuntut. Jikalau tidak ada apa-apa masalah dari your side, mungkin by next week kita boleh sign contract?" sambung Ashie pula. Young Saeng yang mendengar akan kenyataan itu sudah ternganga sebagaimana Eru ternganga mendengar nyanyiannya tadi. *if you imagine how is it before, ha..macam tu lah* hehe..

*fast forward*

Urusan telah selesai. Tapi masalah tidak berhenti disitu. Bukan masalah penerimaan. Somehow Young Saeng dan Jung Min can get along very well with the other three members. Iyalahkan.. kalau nak jadi pemes, mesti berbaik-baik dengan team-mates. Tapikaaan.. mereka ada masalah sangat dengan yang empunya DSP

Entertainment merangkap haraboji Ashie-unnie. Yes, mereka sudah mula rapat dengan Ashie untuk membolehkan mereka semua memanggil Ashie dengan gelaran Unnie.

Ketiga-tiga member yang lain iaitu Kim Hyun Joong, Kim Hyung Joon dan Kim Kyu Jong adalah ahli kumpulan pilihan haraboji. Konon-kononnya yang telah ditest oleh Chairman Haraboji - kira-kiranya diaorang dah lulus lah ujian SIRIM lah macam tu! Hanya Young Saeng saja lagi yang tinggal. Jung Min sudah lulus ujian berkenaan. Ujian yang dimaksudkan adalah ujian bahasa Inggeris. Jung Min memang lah.. dia terer wei.. bahasa English. Waktu dia kecik, dia dah tinggal ngan

nenek kat Florida, US selepas mereka dilahirkan. Dan Young Saeng pula dibawa balik oleh ayah dan ibunya ke Korea. Dan bila berumur 8 tahun, baru lah Jung Min berpindah semula ke Korea selepas nenek mereka meninggal.

"Dongsaeng aa~ good luck for tomorrow" Hyun Joong memberi kata semangat buat Young Saeng yang hanya muda beberapa bulan dari dia.

Ujian Young Saeng adalah untuk menyanyikan lagu cinta yang cukup popular dari Marc Anthony, 'My Baby You' di satu majlis kecil menyambut delegasi dari sebuah syarikat recording yang cukup terkenal dari Jepun iaitu AVEX Entertainment.

"Aku nerbes lah, hyung" adu Young Saeng pada adiknya. Baru-baru lah pulak dia nerbes. Biasanya dia boleh saja overcome.

"Aiks.. ni first time nih! Biasanya ngko boleh pun kan? I'm sure you can do it lah" Jung Min yang kebetulan berada di tepi membalas.

"Hurm.. betul tu..no worries lah. Kita juga akan berada di sana. Beri semangat. Ko nak aku bawak Hurul sekali ke?" usik Hyun Joong lagi coz dia tahu Young Saeng dalam dia ada hati dengan Hurul, PA manager diaorang, Ashie-Unnie.

Tergelak Hyung Joon, Jung Min dengan Kyu Jong mendengar akan usikan yang dibuat oleh Hyun Joong dan lebih-lebih lagi bila melihat muka Young Saeng yang sudah merona merah, menahan bahang panas akibat malu.

"Bawak jer lah, hyung. Kot-kot abang aku ni boleh nyanyi dengan penuh perasaan dengan kehadiran si dia tu," Jung Min menyakat abangnya.

Dan satu kertas yang diremuk menjadi bulat seperti bola dibaling pada Jung Min.

Ha! Begitulah suasana di bilik latihan yang sentiasa riuh dengan gelak ketawa mereka berlima.


********************

Malam majlis...

Tibalah masanya Young Saeng membuat persembahan untuk membuktikan pada Chairman Haraboji bahawa dia adalah seorang yang betul-betul berbakat. Dan akan sentiasa buat yang terbaik walau apa jua halangannya, walaupun hakikatnya dia tidak berapa suka belajar bahasa Inggeris. But for the group, for his love to music - he will definitely do anything! Itulah semangat waja yang ada pada diri Young Saeng yang dikagumi oleh teman sekumpulannya.

Dan buat kesekian kalinya dia memberikan persembahan yang sungguh outstanding pada malam itu. Membuatkan para hadirin terpaku senyap untuk seketika. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hurul membuatkan dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan.

Selesai saja persembahannya, Mr. Hiroshi Tamaki, salah seorang executive manager dari AVEX Entertainment berdiri dan memberikan tepukan yang kuat untuk Young Saeng dan diikuti dengan para hadirin yang lain. Ahli kumpulannya yang lain, Ashie-unnie dan Hurul sudah bersorak kegembiraan.

Tapi dalam hati, Young Saeng masih gentar kerana dia belum mendapat apa-apa keputusan dari Chairman Haraboji. Walaupun dilihatnya Chairman Haraboji yang duduk di sebelah Ashie-unnie juga berdiri memberikan tepukan. Tapi tepukan itu adalah tepukan untuk mencukupkan korum.

"Hyung, don't worry lah. You'll be fine. Memang Manager Haraboji macam tu pun. Waktu Kyu Jong nyanyi last time pun, dia memang tak ada respon. Tup! Tup! Ada surat datang ke rumah..mengatakan Kyu Jong diterima." Hyung Joon cuba menenangkan Young Saeng yang masih tidak dapat melelapkan matanya selepas balik dari majlis makan malam itu.

Walaupun dia nampak enjoy, tapi dia resah menanti hari esok. Adiknya Jung Min sudah tidur lena! Dasar betul adiknya ini.. hehe tak pulak risau dengan abang dia yang satu ni.

"Korang ni belum tidur ke?" Young Saeng aaa~ .. tak perlu risau lah. Tidur lah. Dah pukul 2 pagi dah ni. Esok kena bangun awal. Kena pergi joging nanti. Mau kena bom dek Whee Sung, the cold man? Aku tak nak wei. Tidur lahh!," Hyun Joong yang tersedar mendengar akan Hyung Joon dan Young Saeng yang masih belum melelapkan mata mereka.

Bagaimana kah esok untuk Young Saeng?

Ha.. ni lah persembahan Young Saeng malam itu!



Korang rasa macam mana? Menepati citarasa Manager Haraboji tak? :)

Monday, 19 October 2009

Projek Berangan Lagi - 4

"Umma!!!!" tanpa membuka kasut mereka, Young Saeng dan Jung Min berteriak kegembiraan dan terus masuk ke ruang tamu just to find out that their mother sedang sibuk mengelap air mata di hadapan TV.

"Umma, gwenchana?" Young Saeng memeluk ibunya dari belakang dan matanya tertumpu pada kaca televisyen. Wajah Jung Min yang sedang menyanyi dan wajahnya yang sedang bermain piano dengan penuh perasaan terpapar di dalam TV. "Ohmo.. "

"Chukayeee, Minnie...Saengie..anak-anak ibu telah buat ibu berbangga," Mrs. Park memeluk anak-anaknnya.

"Tapi kenapa ibu menangis?" tanya Jung Min tiba-tiba.

"Ibu tiba-tiba terkenangkan cousin kamu berdua, Hyo Shin. Kamu nyanyi lagu pebret dia."

"Umma~ dia dah tak ada"

"Ibu sedih..kita tak sempat jumpa sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Young Saeng. Ibu gagal tunaikan permintaan ayah dan ibunya yang meminta kita menjaga dia dengan baik Young Saeng, Jung Min"

"Tapi kan ibu, itu kan kehendak dia..kita dah buat sedaya upaya kita untuk menahannya pergi. Cita-cita dia ibu. Ibu janganlah nangis lagi.." Jung Min mengesat air mata ibunya dengan telapak tangannya.

Dan Mrs. Park mengukir segaris senyuman berbangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah lupa diri.

"Heesh..ingatkan apa tadi? Tapi ibu tak marah kan? Kita pergi audition tanpa beritahu ibu?" tanya Jung Min dengan innocentnya.

"Buat apa ibu nak marah.. ibu dah tau pun yang korang berdua akan tetap pergi..walaupun ibu tak benarkan.. asal korang pandai jaga diri, I'll be fine" Mrs. Park assured anak-anaknya.

"Jom lunch. Ibu dah siapkan dah.." ajak Mrs. Park.

"Ibu masak apa hari ni?" Young Saeng melentokkan kepalanya di bahu ibunya manja.

"Makanan pebret anak ibu lah..."

"JJANGMYEOOOONN!!!!!!!" dan kedua adik beradik itu terus berlari menuju ke dapur. Meletus ketawa Mrs. Park melihat kerenah permata hatinya itu. Bersyukur dia kerana dikurniakan mereka berdua. 'If only, Hyo Shin still here.. it will be more meriah,'desis hati Mrs. Park dan terus bongkar membontoti anak-anaknya ke dapur.

*********************

Trit! Trit!

Young Saeng dan adiknya sedang menikmati makan tengah hari mereka di kantin kampus bila telefon Young Saeng berbunyi.

"Siapa punya nombor ni?" menelan terus kunyahan terakhir sandwic Tunanya untuk menjawab panggilan.

"Entah.." Jung Min memandang sekilas telefon bimbit Young Saeng tapi macam endah tak endah jer dan terus mengunyah sandwic Tunanya. Tapi terhenti juga kunyahannya bila melihat Young saeng yang sudah menjawab panggilan berbicara serius.

"Siapa?" tanya Jung Min setelah perbualan Young Saeng dengan whoever calls tamat.

"DSP Entertainment"

"Kenapa diaorang call? Kita tak dapat go through final audition kan?" tanya Jung Min melihat muka sugul Young Saeng.

Young Saeng menggelengkan kepalanya dan menunduk. "No, kita tak dapat."

"See, kan aku dah bagitau kau.. gerenti kita tak dapat punya. Gerenti kita gagal nih. I shouldn't have follow advice kat kertas tu. Tu mesti kertas bad luck tu. Mianhe~ hyung!" Jung Min mula berasa bersalah dengan abangnya. Dia tahu Young Saeng betul-betul ingin masuk DSP Entertainment itu.

"Ada aku cakap kita gagal ke? Kita tak gagal lah.." Young Saeng mengangkat kepalanya semula dan menghadap adiknya.

"JUNG MIN aaaaaa~~ kita dapaaaaat masuuuukkk wei!!" teriak Young Saeng tetiba.

"WHAAATTTTT??"

"Betul lah.. kita tak dapat final audition.."

"Dah tu?"

"We don't have to go through final audition!! Tak kan ada final audition untuk kita wei!!! In 1 week time, we will be signing contract with DSP!"

"MWUHHHHHHHHH?? OHMOO! ARE YOU SERIOUS, HYUNG?" Jung Min meloncat kegembiraan dan tertendang botol minumannya.

"Chill Jung Min aa~ tengok tu dah tumpah dah.."

"I don't care.. betul ker ni Hyung?" tanya Jung Min lagi seolah tak percaya!

"BETUUUL LAHH!!! Diaorang suruh kita datang esok untuk a whole day orientation"

"WOAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!" Jung Min berteriak dan disertai dengan Young Saeng.

Penuntut-penuntut lain memandang terkejut pada mereka yang tiba-tiba berteriak.

Jung Min yang ter-over teruja menjadi ter-over konfiden dengan tiba-tiba.. terus naik ke atas meja dan..

"Minna-san, me and Young Saeng hyung will be a superstar! and we will rock the world!!!!!!" dan he punched his fists into the air!

Young Saeng yang melihat adiknya seperti orang mabuk di siang hari juga naik ke atas meja dan menyertai adiknya untuk membuat short speech pada orang yang berada di canteen.

"YEAYY...betul! WE WILL DEFINITELY ROCK THE WORLD! LADIES~ wait for meeee~~~" dan Young Saeng terus mengenyitkan matanya pada sekumpulan gadis yang juga sedang menikmati makan tengahhari mereka dan menyaksikan mereka berdua yang sudah nampak macam putus fius.

Dan, Young Saeng yang sememangnya a little bit popular dari adiknya, terus mendapat-

'kyaaaaaaaaaa~~~~~' gadis-gadis itu mula riuh di kalangan sendiri. Cair agaknyaa! *bayangkan lah ala-ala anime gitueee* ada yang macam tetiba rasa semangat mereka diambil dan menjadi lemah..

"Kyaaaaaaa~~ Young Saeng oppaaaa~~~ chukayeeee! fighttttinggg!!!" dan gadis-gadis itu terus memberikan kata-kata semangat. Dan kumpulan geek di sebelah kiri pulak menyokong Jung Min. "Jung Min-sshi, fighting!"

"Komawo~ komawo~" dan mereka turun dari atas meja dan bersalaman sesama penduduk canteen.

"Nanti bila CD kami keluar, kami akan bagi free copy, okay?" Young Saeng berjanji pada peminat-peminatnya.

"Opppaaaaa~" dan buat kesekian kalinya, gadis-gadis itu pengsan.


*********************


"HYUNG! BANGUN LAH!!! Apa nya yang komawo~ komawo ni~ sengih,sengih, senyum senyum dalam tidur ni! Mengigau lah tu.." Jung Min membangunkan abangnya yang tertidur di sofa lepas makan tengah hari. Terkejut Young Saeng dibuatnya.

"Heesh.. ko ni kacau lah!" Young Saeng merungut bila dikejutkan dari mimpinya yang sungguh indah itu.

"Kan umma dah pesan tak baik tau tidur petang-petang.."

"Wei..ko ni berleter macam mak nenek lah.. heeesh.. bukannya nightmare pon. Ha, apehal ko kejutkan aku nih?"

"SURPRISEEEEEEE!!!!!!!!!!!" satu jeritan membuat kan Young Saeng terkejut.

*blinkless*

Tak berkelip mata Young Saeng memandang siapa yang ada di hadapannya kini.....

Wednesday, 14 October 2009

Projek Berangan Lagi - 3

Peserta yang ke-250 baru saja selesai mendendangkan lagu Kangta, Persona. Antara ramai yang menyertai audition itu, dapat dikira yang mendapat kad hijau dan ramai yang dilayangkan kad merah.

Berbagai-bagai komen dihambur dari tiga juri itu.

"Kami nak cari penyanyi. Bukan nak cari copycat" - Alex. Ouch! Bisanya.

"Silakan balik rumah" - Wheesung. Aduyai.. haru sungguh juri-juri nih.

"Technically, you have the voice. But- I'm sorry. Sila cuba lagi tahun depan' - Eru.

Terer wei juri-juri yang cukup berpengalaman ini.

"Seterusnya.. peserta terakhir kita..adik beradik Park. Park Jung Min & Park Young Saeng.." kata MC of the event.

"Ohmo.. Hurul, kenapa Unnie terasa nerbes ni?" bisik Ashie pada Hurul. "Unnie khuatir lah diaorang tak go through. As you can see from now, ramai tu yang suara macam Mariah Carey, Whitney Houston, Celine Dion..dilayangkan kad merah lah pulak.."

Hurul tertawa kecil. "Ha..tulah Unnie.. siapa lah memandai sangat suruh judges macam tu? Bukan calang-calang judges yang Unnie pilih tu..ada ker patut. Sungguh tak patut tau!"

"Hello dongsaeng~ don't blame me ok? Ini haraboji unnie lah punya pasal. Memandai jer nak gabungkan diaorang bertiga tu. Unnie dah padah tau kat haraboji yang no one will pass through if suruh diaorang bertiga dari judges.. tapi haraboji tak nak dengar weii.." "Aigoo.. cemana ni?"

"Sshhh..diaorang dah nak start dah tu"

Alex sebagai ketua juri memulakan bicara,"both of you are the last contestants. What do you have for us? Give us something good. We've been sick of listening to craps. Give us some souvenirs to bring back to Seoul. A voice within. We want to have good memories from here." Eru dan Whee Sung hanya mengangguk-anggukkan kepala mereka.

"What song will you sing for today?" Whee Sung pula bertanya.

"Chonun Young Saeng imnida. And this is my twin, Jung Min. And we will be singing the medley of Tim's Saranghamnida and Shin Seung Hun's I believe" Young Saeng memperkenalkan diri. "And we will definitely give you something memorable"

"Woahh..unnie~ konfiden sungguh kan mamat tu?" bisik Hurul pula ke telinga Ashie yang sedang menarik nafas untuk menenangkan hatinya.

"Hurmm..that's what a singer should have"

"Are you serious that you will have a go on this song?" Eru pula bertanya terkejut seolah meragui akan kebolehan budak lelaki di hadapan mereka kini.

"Yes, definitely." Jung Min yang sejak tadi mendiamkan diri terus bersuara. He got the feel like he has to get things over.

Young Saeng dan Jung Min memulakan langkah mereka mendekati piano yang dilitupi kain yang terletak di hujung pentas. Dilihat Alex, Eru dan Whee Sung berbisik sesama sendiri.

"Can I use this?" tanya Young Saeng pada juri. Alex menoleh pada Ashie yang sedang duduk di belakangnya dan she gave a little nod.

Alex berpaling semula and, "Ok, you may use that"

Young Saeng melarikan jari jemarinya di atas piano itu dan muzik Saranghamnida dimainkan. Keadaan riuh rendah seketika dengan orang bersorak. Tapi bila Jung Min mula menyanyi..keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Terpukau. Alex memandang kedua adik beradik itu tanpa kelip. Whee Sung pula terus tersandar di kerusinya dan Eru ternganga mulutnya bagai nak jatuh.

Dan bila saja Young Saeng menyanyikan lagu I Believe, keadaan masih sama. Tiada seorang pun yang bergerak.

Hurul juga terpaku. Ashie pula sudah mula mengalirkan air mata. Perasaan rindunya pada Park Hyo Shin mula sebu, tidak dapat dibendung lagi. 'Hyo Shin, I will definitely make your wish come true'hatinya berbisik.

Dan di penghujung lagu I believe, Eru terus berdiri dan memberikan tepukan besar. Diikuti dengan Whee Sung dan Alex. Dan ketiga-tiga mereka mengeluarkan kad hijau. Dan ini adalah kali pertama ketiga-tiga mereka mengeluarkan kad hijau. Coz for the whole 250 contestants yang lain.. paling best pun orang dapat 2 kad hijau.

Melihat akan keputusan juri, penonton pun terus bersorak gembira. Semua menyetujui akan keputusan yang telah dibuat. Hurul dan Ashie juga berpeluk sesama sendiri tumpang gembira.

Dan Young Saeng tersenyum puas dan menoleh pada adiknya Jung Min, 'Yatta! We did it!' dan Jung Min tersenyum.

"Kamsahamnida, Alex-sshi, Whee Sung-sshi and Eru-sshi! Kamsahamnida! Kamsahamnida!"

Tuesday, 13 October 2009

Projek Berangan Lagi - 2

Setiba budak berdua itu di destinasi yang dimaksudkan, mereka terus bergegas masuk ke dalam mall yang dimaksudkan. Ternganga mulut Jung Min betapa ramainya orang yang menonton audition itu.

"Err..hyung ah. aku rasa aku tak jadi lah.. nak join..nervous dah ni..." Jung Min berpaling untuk keluar semula dari mall itu.

"Wei..wei..ewah..ewah..ko nak ke mana pulak tu? kata nak cairkan hati ladies kat sini~" Young Saeng menahan adiknya. Melihat penonton yang begitu ramai menambahkan lagi rasa terujanya.

"Aku nervous arrr...tak jadi lahh.." Jung Min memegang perutnya yang mula memulas-mulas. Perasaan gemuruh mula menyerang hatinya.

"Aniyo.. ko mesti ikut aku," dan Young Saeng terus menarik tangan adiknya ke meja pendaftaran.

"Cik, kami nak daftar untuk ujibakat ni," tegur Young Saeng pada gadis yang membelakangi meja pendaftaran seolah sedang sibuk mengemas. Gadis itu berpaling. Dan jantung Young Saeng gugur seketika. Aduyai! Manisnya... dan matanya terus menangkap name tag pada baju gadis itu.

"Maaf encik, tapi pendaftaran telah kami tutup. Encik terlambat," ramah tutur kata gadis bernama Hurul itu.

"Alaaa..cik, come on lah.. terlambat 5 minit je," Young Saeng melihat jam tangannya. Sebolehnya dia tidak ingin melepaskan peluang ini. Ini lah satu-satunya peluang yang ada jika dia ingin menjadikan impiannya untuk menjadi seorang bintang satu kenyataan. Bukan selalu produksi muzik datang ke bandar kecil tempat nya menetap ini. Malah, ini adalah kali pertama.

"Hyung ahh~ dah lah tu. Dia kata dah tutup dah.."

"Andwe...cik..saya nak jumpa dengan bos cik" Young Saeng berkeras. Hurul geram dengan sikap keras lelaki di hadapannya ini. Harapkan muka jer cantik tapi perangai macam.. argh! macam ni ke orang Korea?

'Sabar Hurul, sabar Hurul' Hurul menarik nafas dalam-dalam. 'Bukannya kau tak biasa pun berhadapan dengan masalah macam ni' satu suara kecil berbisik di hati Hurul cuba menenangkan Hurul. Bukan apa.. dia memang biasa pun, tapi hari ni dia rasa letih sangat. Bukannya 10, 20 yang mendaftar tapi 250 orang..dan semuanya dia yang uruskan. Tapi dalam 250 orang, tak ada pun yang buat masalah macam lelaki di hadapannya ini. Hurul mengalihkan pada lelaki yang berdiri di belakang lelaki agresif itu. Comey nye lesung pipit die~ dan Hurul tersenyum. Senyuman itu mengingatkannya pada seseorang.

"CIK! Nak kerja ke nak berangan?? Saya nak jumpa dengan bos cik ni! Or siapa-siapa yang uruskan audition ni! I have to enter this audition!!" Tinggi suara Young Saeng memecah lamunan Hurul.

Tiba-tiba, keluar seorang gadis tinggi mendekati Hurul,"Kenapa ni Hurul? Apahal riuh-riuh ni? Kenapa belum habis packing ni? Kita dah nak start audition dah ni. Judges dah mula bising dah kat dalam tu apsal belum start lagi"

"Ashie-unnie, encik ni nak daftar. Tapi pendaftaran dah tutup. Dia tiba 5 minit lambat," terang Hurul pada Kak Ashie, merangkap audition manager pada hari itu juga merangkap kepada anak yang empunya shareholder tertinggi di DSP Entertainment.

"Cik bos kat sini ke?" tanya Young Saeng bila Ashie mendekati.

"Ye..chonun Ashie imnida. Audition Manager for today," Ashie memperkenalkan dirinya pada dua wajah yang sangat familiar.

"Cik, boleh tak bagi peluang kat kita..kita nak join audition ni. Tapi kita terlambat 5 minit je," rayu Young Saeng pada Ashie. Berkerut-kerut dahi Hurul melihat perangai lelaki agresif di hadapannya ini. Tadi punyalah garang macam singa.. now tiba-tiba je jadi squeaky macam rabbit Ashie-unnie. Hampehhs!

"Betul ker ni boleh menyanyi?" tanya Ashie sengaja.

"I will prove it to you. Your time getting me for this registration will definitely paid off," Young Saeng meyakinkan Ashie the audition manager. "Kan, Jung Min kan? kan? kan?"

Jung Min yang terdiam sejak tadi melayan rasa gemuruhnya hanya menyahut perlahan, "we will try our best". Apa yang dia boleh buat selain dari mengikut abang kembarnya itu.

"Baiklah, kalau macam tu.. I will accept your registration. Prove it to me," Ashie berkata kerana dia yakin akan masa depan kedua lelaki muda di hadapannya ini. "Hurul, tolong uruskan diaorang, lepas selesai.. bawa diaorang masuk."

"Baik lah Unnie," Hurul akur dan menguruskan pendaftaran dua jejaka di hadapannya ini. 'Baik pulak mood Ashie-unnie hari ni! hurm.. ni mesti pasal kejadian dalam bas yang dia ceritakan tadi. Tapi yang mana lah agaknya yang dimaksudkan Ashie-unnie tu ye?' pantas Hurul menguruskan profil Young Saeng dan Jung Min. I see..so nama lelaki pendiam itu Jung Min..

Hurul menghantar kedua lelaki itu masuk ke dalam waiting room. Dan sebelum pintu waiting room ditutup, Young Saeng sempat menoleh pada gadis yang menarik perhatiannya.

"Kamsahamnida, Hurul-sshi," Young Saeng mengucapkan Terima Kasih. Terkejut Hurul dibuatnya mendengar ucapan terima kasih dari mulut lelaki yang menengkingnya itu. Hurul tersenyum manis dan dia pun memberi ucapan well wishes buat kedua mereka itu. "Good Luck!" dan Hurul berlalu. Senang hatinya menerima ucapan terima kasih daripada lelaki itu. Tapi fikirannya masih cuba untuk mengingatkan wajah si adik yang cukup familiar.

'Mana lah aku pernah tengok wajah tu ye?' Hurul menggesa-gesa dahinya cuba untuk recall her memories back.

PLING!!

Dia teringat. Ingat pada raut wajah itu. Ohmo~ takkan lahhh... hantu ke? Hurul pantas menoleh tapi pintu waiting room sudah ditutup.

"Psst.." ada satu bisikan menegurnya. Meremang bulu romanya tiba-tiba.

"Psst.. Hurul!"

"Ohmo~ terkejut ambe. Ingat siapa tadi! Unnie rupanya~" Hurul mengurut dadanya lega. Wajah itu masih belum dapat dilupakannya.

"Kenapa ni? Macam nampak hantu je?" tegur Ashie-unnie tersenyum pada dongsaengnya yang sudah dianggapnya seperti adiknya sendiri.

"Unnie ahh~ unnie.. unnie ingat tak.. peserta terakhir yang mendaftar untuk audition tadi?" terus Hurul bertanya untuk meleraikan fikirannya yang bercelaru. Lebih baik bertanya pada yang empunya cerita daripada dia sakit kepala memikirkannya.

"Kenapa~~?" tersenyum Ashie-unnie lagi. Dalam hatinya, dia sudah dapat mengagak apa yang ingin ditanyakan dongsaengnya itu.

"Jung Min-sshi.. muka dia macam.."

"Ohh..tu lah pasal.. muka pucat nampak macam hantu. Betul lah tu..hantu dia kot?" Ashie-unnie menyakat dongsaengnya.

"Unnie ahh.. janganlah main-main.."

"Ok lah~ ok lah~ dia orang lah. hahaha. tapi betul kan muka dia macam Hyo Shin kan?" tanya Ashie-unnie pada Hurul.

Hurul mengangguk, mengakui bahawa wajah Jung Min seiras wajah Hyo Shin, teman baik Ashie-unnie yang sudah pergi selamanya.

"For your information, diaorang berdua tu lah cousin Hyo Shin. Dan Hyo Shin selalu cerita tang budak berdua tu. Tapi unnie tak pernah jumpa pun. Hyo Shin selalu cakap cousinnya tinggal jauh sangat dari Seoul. And he always told me that budak berdua ni memang pandai menyanyi. So before he left last year, dia ada pesan pada Unnie untuk cari budak berdua ni if satu hari nanti Unnie organise audition. And masa tu Unnie fikir..sungguh tak logik wasiat yang Hyo Shin yang tinggalkan untuk Unnie. Iyalahkan.. bandar ni walaupun nampak kecil..tapi tak kecil.. dan penduduknya pun bukan sikit...tapi tak sangka lah pulak..takdir ingin sangat temukan Unnie dengan mereka berdua- and well, they were the ones yang I met on the bus tadi" panjang lebar Ashie-unnie bercerita dan Hurul khusyuk mendengarnya.

"Oooooo... wahh..what a small world kan, Unnie? No wonder Unnie nampak lenient dengan mereka. Tapi diaorang tau tak?" tanya Hurul lagi.

"Nope. Unnie tak nak diaorang tau..takut nanti diaorang ambik kesempatan pulak. And I want to prove what Hyo Shin said about them..that they can sing well," balas Ashie-unnie lagi.

"Well.. they really can sing. Unnie dah dengar diaorang praktis dalam bus tadi. And actually corrected their position through a small note and being anonymous. Tapi sekarang segala-galanya terletak pada tangan Whee Sung, Alex and Eru untuk menentukannya.

"Wahhh.. I do hope they can get through though" tiba-tiba Hurul rasa semangat. "Unnie ah~ you know what.. they must be really close kan to start with?"

"Kenapa Hurul cakap macam tu?"

"They will be singing Hyo Shin's oppa favourite songs later, Saranghamnida and I Believe"

"Ye..I know"

"Eyh?"

"Tu lah yang Unnie maksudkan correcting their position tadi. Sebenarnya Jung Min nak nyanyi I believe and Young Saeng nyanyi Saranghamnida.. tapi ambe tulis note kat diaorang and advised them to swap songs. Because it'd do better that way."

"Oooo..wah unnie. You really have high hopes on them, right?"

"Emm.. for Hyo Shin" Ashie-unnie menyebut nama Hyo Shin perlahan dan rindu mula menyapa dihatinya untuk teman baiknya itu. "One of his dream to see his cousins being a star"

Hurul memaut lengan Ashie-unnie, "They will" dan bersama mereka melangkah ke tempat duduk khas di belakang judges untuk menonton audition yang telah dimulakan.

Saturday, 3 October 2009

Projek Berangan Lagi - 1

"Weh, ko nak pergi mana lepas ni?" Young Saeng bertanya pada adik kembarnya, Jung Min sejurus selepas diaorang melepasi pagar besar sekolah selepas menghadiri kelas tambahan mata pelajaran Biology. "Pergi city nak?"

"Ada apa? Aku nak study arr..." balas Jung Min.

"Boring lah ngko ni. Apa pulak nak study? Periksa lama lagi lah.."

"Ko ingat study tu untuk periksa je ke?"

"Jom lah, Min.. kita pergi audition nak tak?"

"Audition?" terkejut Jung Min mendengar ajakan abangnya itu. "Audition apa?"

"Ngko kan pandai nyanyi. Kita pergi audition kat DSP lah..hari ani diaorang ada buat Audition kat luar..kat mall.."

Young Saeng just hit Jung Min right on his track! That's his interest. Selain daripada belajar, Jung Min memang amat meminati bidang nyanyian. Tidak dinafikan dia memang punya suara yang sedap. "Nak tak ni?" tanya Young Saeng lagi.

"Okeh, jom!" dan they terus menahan bas menuju ke bandar Seoul yang kebetulan melintas di hadapan mereka.

Di dalam bas..

"Nak nyanyi lagu apa ni?" tanya Young Saeng. Dia sebenarnya tak buat apa-apa persediaan lagi. Actually, dia baru terbaca tentang audition tu sewaktu dia melayari website DSP sebelum meninggalkan perpustakaan tadi.

"Ohmo! Ngko tau tang ni? Ko tak tau nak nyanyi lagu apa..?"

"Aku baru baca je tadi..so terus arr ajak kau.. Ko kan handal nyanyi lagu spontan-spontan nih?"

"Aihhs..memang tak boleh harap lah ko nih..harap je tua dari aku.."

"Alaa.. tu pun nak berkira.. tua 5 minit je.."

Kedua-dua adik beradik ni memang tak habis-habis bertengkar. Well, tu lah kegemaran diaorang sebenarnya.Tapi pertengkaran itu lah yang memeriahkan hidup mereka sekeluarga.

Dan Jung Min memejamkan matanya untuk berfikir seketika. And he hummed the melody of I Believe by Shin Seung Hun.

"Saengie, kita nyanyi lagu I Believe lah.. Sassy Girl punya lagu. I'm sure kalo ramai yang tengok kita kat sana..mesti cair dengo lagu tu.."

"Laaa.. ko boleh lah nyanyi lagu tu. It suits your voice well. Aku?"

"A'ahh kan.. tu lah yang voice ko tinggi sangat apsal?" terkekek Jung Min ketawa bila melihat Young Saeng mula berkerut dahi mendengar cadangannya untuk menyanyikan lagu Saranghamnida itu.

"Ok..test..try.. I think I will hit lagu Tim lah, Saranghamnida" balas Young Saeng. "Jom kita sama-sama mencairkan para hati wanita kat mall tu! Kot-kot lah judge dia pun wanita.. gerenti kita dapat arr audition tu.." konfiden sungguh Young Saeng.

Di belakang tempat duduk mereka di dalam bas itu, seorang gadis terdengar akan perbualan mereka sewaktu dia melepaskan earphonenya. Dan menghayati lagu-lagu latihan yang dibawa oleh kedua lelaki di hadapannya itu.

"Alamak, ni salah ni. Tak boleh jadi macam ni. He can't sing I believe. It should be the other way round," Ashie berbisik di dalam hati selepas mendengar setiap alunan dan bait yang dinyanyikan dua anak muda itu dan referring to lelaki berbaju hijau di hadapannya (note that the one wearing green is Jung Min). "Tapi macam mana aku nak tegur ni? Aku tak kenal pun mamat dua orang ni" susah hati Ashie. Dan Ashie tahu ke mana tujuan budak itu. Dan dia tahu if kedua lelaki itu meneruskan cadangan mereka, mereka tidak akan melepasi audition itu.

"Aku tak boleh buang masa. Aku kena bagitau budak dua orang ni. Mereka tak ada masa ni." dan pantas Ashie mengoyak nota kecilnya yang berbau harum, bau Lavender itu. Dan menulis pesanan,

Hi.. but I think you guys should change your plan. Saranghamnida for baju hijau and I believe for baju biru. As it suits each other's voice. Both of you have the voice, good luck for the audition ~your first fan, A!

Dan Ashie pantas menekan loceng bas untuk berhenti next stop. Sewaktu hendak turun, dia sengaja merebahkan dirinya berhampiran budak lelaki itu.

"Cik, okay ke?" tanya Jung Min bila melihat seorang gadis yang wajahnya tidak clear kerana ditutup rambutnya yang panjang mengurai. 'Cantik' desis hati Jung Min seketika.

"Urmm.. I'm okay. No worries." pantas Ashie bangun dan sebelum bangun, dia telah menjatuhkan pennya yang diselitkan nota yang ditulisnya tadi. Setelah misinya selesai, Ashie terus bangun dan bergegas turun.

"Cik! Cik!" kedengaran suara yang berbaju hijau itu memanggilnya. Tapi Ashie pura-pura tidak mendengarnya.

"Kenapa?" tanya Saengie bila melihat Min memanggil gadis yang baru terjatuh tadi.

"Hmm..dia tercicir pen dia lah" pantas Min mengutip pen itu.

"Eh, ada nota lah.., untuk kita ke?" Young Saeng yang sememangnya pantas menangkap benda remeh temeh sebegini terus terfikir jika gadis sebentar tadi sengaja menjatuhkan diri di hadapan mereka untuk memberi mereka nota itu.

"Apalah ngko ni.. sibuk betul lah!"

"Baca jer lah..." dan Young Saeng terus merampas pen itu dari Jung Min.

"Hoi! Hak orang lah.."

"I'm sure ni untuk kita.." dan mengeluarkan nota yang terselit dari pen itu dan membuka lipatannya.

"Harum gak nota ni.. haha agaknya gadis itu suka kau tak? Secret admire nihhh.." terkekek-kekek Young Saeng sambil membuka lipatan nota itu dan berkerut dahinya membaca.

"See, I told you.. it's for us."

"Perasan lah ko ni!"

"Betul.. tak caya.. dengar ni...Hi.. but I think you guys should change your plan. Saranghamnida for baju hijau and I believe for baju biru. As it suits each other's voice. Both of you have the voice, good luck for the audition ~your first fan, A!" dan Young Saeng terus membaca nota itu aloud.

"Eyhhhhh????"

"See, ni mesti secret admire ngko nih. Tapi siapa dia?" tanya Young Saeng pada Jung Min.

"Mana lah aku tau.. aku tak kenal pun. Tapi itu tak penting.. yang penting sekarang, apa kena dia suruh kita change plan ni?"

Dan setelah berfikir seketika,

Jung Min terus berkata, "Hmm.. Young Saeng ahh.. aku rasa kita patut ikut advice dia nihh.."

"Ngko gilee apaaa? Ngko nak suruh aku nyanyi lagu Saranghamnida?"

Jung Min menganggukkan kepalanya.

"What makes you think like that?" tanya Young Saeng lagi.

"My instinct"

"Ceh! Your instinct ker ko dah tangkap chenta ngan minah tu?"

"WOI! Kau nak audition tak ni? Aku kenal pun tak minah tu.. macam mana pulak nak jatuh chenta. Muka dia pun tak nampak."

"Aigooo... ngokness lah ngko ni.. Love is blind lah~" sambung Young Saeng lagi menyakat adiknya.

"Hyung ku sayaaangg~~ love tu blind, but I'm not blind lah... " dan pap! dia menghempas kepala kembarnya itu.

"So nak try tak ni? Kita tak ada masa ni. In 3 more stops ,we will be there!"

Dan mereka pun swap lagu.

"Ohmooo~ Saengiee ahhh~ you sing the song better than me..it's just part mula-mula tu je.. ko kena bagi rendah lagi sikit voice ngko by two level!" pujian diberikan oleh Jung Min pada Young Saeng yang sedang menyanyikan lagu Saranghamnida itu.

"Like this...?" dan terus Young Saeng menyanyi.

"Yup! That's it! You got it right there baby!" Dan adik beradik itu terus bertepuk tampar!

"Yeahoo! Let's melt the ladies' heart awayyy~" Young Saeng meyakinkan dirinya dengan gaya seorang kasanova. Hahaha! Seswai lah tuuu.. huhuhuhu...

And- both of them are ready to rock the audition stage! EEYARGH!!!

**************

Special:

This is Young Saeng's singing I Believe by Shin Seung Hun.



And the background voice doing the narration is Park Jung Min's voice. hehehehe~

Aren't they LOVE~??

Thursday, 1 October 2009

Projek Berangan Lagi - PROLOG

PROLOG

"Min, bangun arrr!" Saeng menarik selimut yang menutupi seluruh badan adik kembar tak seirasnya itu. Masih tidak ada respon. Pulas sungguh tidur Jung Min. Perlahan Young Saeng mengeluarkan henponnya dan mendekati Jung Min yang masih tidur itu.

'Kali ni kau,' terkekek-kekek Young Saeng ketawa di dalam hati dan memainkan lagu Deja Vu dari telefonnya in a full blast dan menekapkan telefon itu ke telinga kanan Jung Min.

DUSH! Satu tumbukan padu dilepaskan tepat ke pipi kiri Young Saeng, sebelum sempat Young Saeng mengelaknya. "WOI! Sakitlah!" Young Saeng menggesa-gesa pipinya. "BANGUNLAH! Kau tak nak pergi lecture ke?" Geram hati nya dan berdiri sebelum dia terkena tumbukan lagi. Bukan dia tidak maklum akan perangai Jung Min itu tapi tumbukan kali ini cukup berbisa. Young Saeng berlalu ke bilik air dan mengambil segayung air sejuk.

'Kali ni habis lah kau!' dan menjirus air sejuk ke wajah Jung Min.

'HOII!!!!!!!!! Brengsek loh!!" terkejut Jung Min dan tanpa disangka, satu flying kick diberi tepat pada perut Young Saeng.

"Argh! Sudahlah. Kalau kau tak nak hantar assignment kau sudah. Kau jawab lah sendiri ngan Prof. Johnny!" dan Young Saeng berlalu. Tidak sanggup dia untuk diseksa adik sendiri. Dan terus berlalu ke dining room.

"Mana Min, Saeng?" tanya ibunya.

"Tak nak bangun.."

"Assignment hantar hari ni kan?" tanya Mrs. Park lagi.

"Hmm...ibu, ada ais tak?"

"Kena tumbuk lagi ke?"

"A'ah lah bu.. hari-hari macam ni.. mana boleh tahan, bu!"

Mrs. Park hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Kedua-dua anaknya itu memang penuh dengan kerenah. Tapi kerenah anak bongsunya itu memang tak boleh blah langsung. Sebijik macam arwah suaminya. Susah sangat hendak dibangunkan. Iyalahkan, mana tumpahnya kuah. kalau tak ke nasi kan? kan?

Mrs. Park mengimbas semula kenangan nya bersama arwah suaminya. Betapa susahnya hendak dikejutkan dari tidur.. sehinggakan dia terpaksa mengambil kelas Taekwondo untuk memudahkannya menepis tumbukan padu suaminya itu. Dan kini giliran anak sulungnya Young Saeng pula mengambil alih tugasannya. Young Saeng yang memegang tali pinggang hitam Taekwondo itu pun kekadang tidak dapat menepis tumbukan anak bongsunya. Liat betul hendak dibangunkan! Kalau dulu.. tidak pernah begini.

Dah oleh kerana... Jung Min dan arwah ayahnya ada persamaan.. hanya ada satu cara untuk mengejutkan Jung Min dengan aman. Lavender. Yes, bunga Lavender! Tapi.. masalahnya sekarang ialah.. Jung Min pulak alergik ngan bunga berwarna ungu itu! Sebab....


p/s: Nantikan part seterusnya :)


Thursday, 3 September 2009

Cinta File Pink [7]

"Yana, bangun, bangun! Bangun~ neng" Sulastri menggoyang-goyangkan tubuh anak majikannya sebelum berlalu menyingkap langsir di bilik tidur Liyana.

"Bi~ apa hal nak bangun ni? Today kan Sunday.. biarkan Yana tidur lagi. Still early whaaat.."

"Nggak boleh neng.. pacar neng dekat bawah menunggu neng dengan Ibu Hajah~"

"Pacar? Apa sih kamu ngomong pepagi buta nih?" Yana memisat-misat matanya dek kerana silau terkena pancaran matahari. Dah lah dia letih.. sebab lewat balik kerja semalam. Dalam pukul 8 malam baru dia pulang dari pejabat. Tak sangka pulak bebudak DBSK dan Wonder Girls tu nak training sampai malam. Kena pulak dia stay kat situ dek arahan si raja kuku besi merangkap Studio Technician itu, si Junsu tu. Argh! Berdenyut-denyut masih kepalanya dan sekarang dia dikejutkan pula awal oleh pembantu rumahnya itu.

"Pacarnya neng.. pacarnya si Ji Hoo sunbae!" teruja betul Sulastri bercerita. Berangan lagi lah agaknya si Sulastri ni. Tak habis-habis dengan Ji Hoo sunbae nya. Lebih baik aku tidur balik dan Liyana rebah semula bergumpal dalam selimutnya.

"NENG!!!! BANGUN DONG!!" Sulastri menarik selimut Liyana keras dan menarik tubuh Liyana untuk bangun.

"Tri... apa ni?" dan dia sudah berada di luar biliknya.

"Tu Yana.. pacar loh..."

Yana yang masih blur melihat ke sudut ruang tamu yang boleh dilihat jelas dari bilik tidurnya di tingkat atas.

"TRI! What the..." Yana terus berlari ke bilik tidur nya semula dan mengambil kacamatanya dan kembali semula.

"Dia buat apa kat sini?" bisik Yana pada pembantu rumahnya dan melihat pada Hyun Joong yang sedang duduk berbual dan bergelak ketawa dengan ibunya melihat koleksi album setem ibunya.

"Nggak tau Yana.. dia bilang ada janji temu loh dengan neng.."

"HEYYYHHHH???" penuh tanda tanya. Dia buat apa kat sini? Macam mana dia tahu alamat rumah aku? Yana menarik tangan Sulastri dan membawanya ke dalam bilik.

"Tri, apa aku nak buat ni?"

"Kok sih.. apaaan.. mandi lah. Nak ngedate loh ngan Ji Hoo sunbae.. sudah lama dia tunggu"

"Masalahnya sekarang Tri.. aku tak ada pun buat apa-apa janji temu dengan dia.."

"Waduh.. neng bilang lain, Ji Hoo sunbae pula bilangnya lain.." Sulastri menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Yana yang seperti cacing kepanasan menjadi tidak tentu arah. Membuang masanya berjalan ke hulu ke hilir biliknya. Tiba-tiba dia teringat dengan penyambut tetamu merangkap setiausaha Encik Iskandar.. JANE!!!! Ni mesti dia punya kerja ni. Dan pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya di atas meja soleknya.

Ada 1 mesej dan beberapa misscall dari nombor yang tidak dikenali.

Mesej berbunyi:

Morning my little sunshine! I'm going to your place now. Let's go out today. See you soon - Hyun Joong

MWUHH?? Tercengang Yana membaca mesej itu. Lelaki ini terlalu berterus terang. Bertuah kah aku?

"Yana, Ya Allah! Buat apa lagi tercegat kat situ belum mandi ni?" Alamak! Mama lah! "Hyun Joong dah lama dah tu tunggu kat bawah.. tak baik tau biar tetamu lama menunggu. Kata nak ngedate! Kenapa tak bagitau mama awal-awal.. kalau tak Subuh tadi mama dah bangunkan kamu..." Hajah Zaiton mula berleter dan menuju ke almari bajunya dan mengeluarkan baju-bajunya.

"Go mandi now! Biar mak yang pilih baju kamu..." Sulastri yang menyaksikan drama kedua anak beranak itu terkekek-kekek dan terus berlalu.

"Tri, kamu nak ke mana tu?"

"Nak pergi bawah bu... "

"Ha, pergi ke dapur. Jangan nak mengurat bakal menantu aku tu pula. Pacar kamu di Bandung jangan dilupakan.."

"Waduh bu.. kok sih ingin mengorat. Ji Hoo sunbae itu kan muda ibu.. nggak seswai deh sama gwe. Ganteng lagi.. yang ganteng pacar nya dengan yang cantik ibu, seperti neng Yana!"

'Ah.. bibi ni ada-ada saja..bila masa pula aku cantik ni?' desis hati Yana sambil melihat wajah bangun tidur nya. Rupa macam ni pun ada peluang nak pergi date dengan artis terkacak Korea ke? Buta agaknya si Hyun Joong ni..lepas tu bertindak melulu pula. Ligat masih fikiran Yana dan terus berlalu ke bilik mandi bila disergah ibunya tanpa sempat menjelaskan kepada ibunya perkara yang sebenar.

"Heesh.. belum apa-apa lagi sudah berangan," Hajah Zaiton menggeleng-gelengkan kepalanya tandanya. Terkenang dia zaman muda-muda dulu. Dia juga seperti begitu. Waktu bercinta dengan ayahnya si Liyana, Haji Ibrahim. 'Tapi tak sangka lah pulak, anak aku ni nak keluar dengan artis terkenal ni'

Oh well.. tiada yang mustahil sebenarnya di dalam realiti. Dah memang tuah Liyana kot! Tapi risau juga hati Hajah Zaiton dibuatnya. What if ada anti-fans kat luar tu? Yang tak suka Liyana keluar dengan jejaka pujaan ramai ni? Siyes.... dan Hajah Zaiton terus turun ke bawah untuk bercakap dengan Hyun Joong.

"Hyun Joong~"

"Ye, aunty"

"Kamu serius ke nak keluar dengan anak aunty ni?"

"Ye aunty. Wae?"

"I'm worried about the anti-fans out there. Kami orang biasa saja Hyun Joong.. dan dialah satu-satu anak aunty. Kalau apa-apa terjadi pa.... "

Belum pun sempat menghabiskan ayatnya, Hyun Joong mencelah. "Aunty tak perlu risau. Saya akan jadi orang biasa je..."

"Macam mana kamu nak jadi orang biasa macam ni? Rambut kamu tu dahlah blonde sangat.."

"No worries aunty.. cap saya ada kat dalam kereta.. and I will wear sunglasses.. I can assure you Aunty.. your daughter will be safe. Iyalahkan.. lagipun saya pun tak nak apa-apa jadi dengan dia. I'm taking my risk here. No matter what happen, I will protect her.." Hyun Joong cuba meyakini Hajah Zaiton yang mula risau akan anaknya.

Kali ini dia betul-betul serius.

=====+++++=====

Dalam perjalanan..

"Kenapa awak buat macam ni kat saya?" tanya Yana pada Hyun Joong selepas saja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk penumpang di dalam kereta dua pintu Nissan Skyline putih kepunyaan jejaka kacak itu.

"Buat apa?" tanya Hyun Joong pura-pura tidak tahu.

"Awak buat macam ni lah. Datang rumah saya pagi-pagi buta. Kat mana awak dapat alamat rumah saya? Siapa suruh awak datang rumah saya? Awak tahu tak saya letih. Saya balik lewat semalam. And- sekarang awak pulak berada depan mata saya tiba-tiba saja" bertalu-talu soalan Yana pada lelaki yang baru kali kedua ditemuinya itu.

"Hmm..honestly..awak nak tau jawapan saya?" tanya Hyun Joong sambil memandang sekilas pada Yana yang sudah menarik muka dan meneruskan pemanduannya. Ah! Gadis ini terlalu cantik!

"Dah tu awak ingat saya nak jawapan main-main ke? Kalau saya tau tadi.. lebih baik saya tak ikut. Tapi sebab awak dah loyar ngan mak saya..sampai hati awak!"

"Bila masa pulak saya loyar mak awak? Saya betul-betul lah~"

"Okay, so now, wae? wae did you do this to me?"

"Sebab saya suka awak"

"Tapi kita baru je berjumpa. Macam mana awak boleh kata awak suka kat saya? Awak nak permainkan saya eh? Saya bukan seperti gadis-gadis lain yang boleh ambik macam tu dan campak kalau awak tak nak.. this is not China Hyun Joong-sshi" amarah Yana membara tetiba. Bukan dia tidak pernah meminati jejaka yang duduk di sebelahnya kini. Tapi dia sebenarnya masih sakit hati dengan apa yang dibacanya baru-baru ini di laman web allkpop itu. Pihak media dari China telah mengeluarkan berita yang cukup sensasi yang lelaki ini telah berpoya-poya dengan Heo Young Saeng.

"Sebab saya tau ini bukan China lah..saya nak beritahu awak yang perkara yang sebenar. Jadinya awak percaya tentang berita itu?"

"It's obvious Hyun Joong-sshi! Dah ada bukti pun" Yana meninggikan suaranya. Hatinya sakit lagi bila mengenangkan video YouTube yang dilihatnya itu.

"Awak marah ni kenapa? Awak sukakan saya kan?" tanya Hyun Joong lagi dan mengukir senyuman senang. Gadis ini nampak kompleks dari segi luaran tapi fikiran dan hatinya mudah untuk Hyun Joong memahaminya. Mungkin kerana dia banyak pengalaman dalam mendampingi wanita. Dia akui dia suka keluar dengan perempuan lain.. tapi bila bertentang mata dengan Liyana awal minggu yang lalu, hatinya serasa ingin berubah.

"WHAAAATTT? Me liking you??" bulat mata Yana memandang Hyun Joong di saat mereka tiba di suatu tempat. Pantai!

"Keluar dulu..kita bincang kat luar. One to one.. the weather is nice. Awak tunggu kat sana," Hyun Joong melepaskan tali keledar dan bergegas keluar dari kereta untuk membukakan pintu buat Yana. Ah! Lelaki ini terlalu gentleman orangnya. "Jom~" dan Yana mengikuti Hyun Joong dari belakang.

"Kenapa awak bawa saya kat sini?"

"Hmm..kalau saya kata saya nak lamar awak? Awak percaya tak?" tanya Hyun Joong.

"Mwuh? Awak memang sengaja nak buat saya marahkan?"

"Buat apa awak nak marah? Lucu betul lah awak ni. Orang kalau dilamar dia suka.. lebih-lebih lagi dari orang macam saya ni."

"Poyo!"

"What's that?"

"You are too much!"

"Ok lah.. ok lah... letih saya bertengkar dengan awak ni. Macam ni lah.. let me be honest with you. Can we be friends? I really, really like you! I know kita baru kenal. And ini adalah kali kedua kita berjumpa. But seminggu ni saya memang perhatikan awak. Saya jugak tahu awak menyimpan perasaan pada Xiah.. your body language tells everything. Saya betul-betul ikhlas Liyana untuk mengenali awak," terang Hyun Joong panjang lebar. "Pandang saya Yana" Hyun Joong memegang kedua-dua bahu Liyana dan memalingkan tubuh gadis yang sedang menghadap pantai itu menghadapnya. Yana berpeluk tubuh.

"Professor serba tau lah dia lah ni. Dah belajar dari Young Saeng agaknya. Hampeh" rungut Yana seakan berbisik.

"Saya dengar.. no Yana, ini bukan Young Saeng yang ajar. Tapi it's just naluri lelaki. Awak memang sukakan Xiah?"

"It's more than like. But I do love him" tiba-tiba saja rasa Yana ingin meluahkan segala-galanya. Dia percaya lelaki di hadapannya ini boleh dipercayai. Itu lah perasaannya. Lelaki di hadapannya ini jujur ingin menjalinkan persahabatan.

"But do you think he likes you? Or loves you?" tanya Hyun Joong lagi.

"I doubt it"

"How about Junsu-sshi?"

"Apsal tetiba tanya tang dia ni??" Hairan Yana dibuatnya bila Hyun Joong mula bertanyakan perihal Studio Technician yang zalim itu.

"Saja tanya..."

"Awak buang tabiat eh?"

"Tak lah.. I know that you are trusting me now. So chingu yah?" Hyun Joong mengukir senyumannya dan menghulurkan tangannya agar disambut oleh Liyana sebagai tanda persahabatan.

"Chingu.. not more than chingu..." Yana menyambut huluran tangannya.

"We will see that. Jodoh itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukannya. Kita mungkin merancang persahabatan ini. Mungkin awak tak nak saya.. though saya tidak tahu apa kurangnya saya.. tapi Tuhan penentu segalanya. Kalau dia nak awak jadi girlfriend saya.. then you have to. Coz that is what has been written"

"Ada-ada saja lah awak ni!" dalam hati Yana kurang menyenangi dengan apa yang baru dituturkan oleh Hyun Joong.

"Can I ask you something?" tanya Yana mula menyenangi lelaki di sampingnya kini sambil matanya menghadap laut biru di hadapannya.

"Hmm..anything.."

"Berita tang awak dengan Young Saeng tu betul ke?"

"AWak cemburu eyh?"

"Buat apa nak cemburu? Saya kurang senang je"

"I know you like me too Yana. Aunty told me just now that you have a big poster of me in your room"

"MWUH??" terkejut Yana dengan kenyataan yang baru didedahkan oleh Hyun Joong. Ibunya telah memberitahu segala-galanya pada lelaki ini. Kenapa ibu terlalu percaya dengan lelaki ini? Entah apa lagi yang telah ibunya beritahu pada lelaki ini tentang dirinya.

"Betul eyhhh???" tanya Hyun Joong dan ketawanya meletus. Dia sebenarnya nak serkap jarang je mengenakan gadis manis yang lurus ini. Tidak disangkanya serkap jarang nya menjadi. Yang sebenarnya tidak adapun Hajah Zaiton memberitahu apa-apa perihal Liyana.

"Kalau tak betul macam mana awak tau?" tanya Yana. Bengong betul lah si Liyana ni! Aigooo.

"Reallly??? HAHAHAHA! You do have a big poster of me in my room... hahahahaha! Saja je sebenarnya saya nak kenakan awak. Tak de pun mak awak beritahu kat saya tentang poster tu. Saya main teka je. Tak sangka pulak betul."

Liyana menghempas lengan Hyun Joong. Geram dia dengan lelaki yang suka sangat ingin menyakatnya. Walaupun begitu dia senang.

"Tiap hari lah yek..awak tenung wajah saya ye?" tanya Hyun Joong tak habis-habis ingin menyakat.

"Hyun Joong-sshi!!"

"Hahahaha~"

"Tak lah..buat apa nak tengok wajah awak tiap hari. I got the whole big poster of F4 lah.. Bosan lahh kalau nak tengok muka awak tiap hari! Lagipun bukannya saya suka kat awak. Actually yang suka awak, pembantu rumah saya Sulastri. Saya lebih menyenangi Woo Bin sunbae. Mak pula suka Yi Jung sunbae"

"I see..."

"Lain betul taste awak ye..unik betul awak ni"

"Apa lainnya? Ok jer..normal kot."

"Tak normal pun. Kalau normal orang akan suka watak saya dengan watak Goo Jun Pyo. Kalau tak pun girls tend to fall over Yi Jung's cuteness. Tapi awak minat ngan Woo Bin. Any specific reasons for that?" Hyun Joong curious dengan gadis manis ini dan memandang wajah gadis yang sedang asyik memandang laut biru. Lagi tadi mata itu masih terpacak melihat ombak yang sedang berkejaran untuk sampai ke garisan pantai.

"Hmm.. honestly speaking.. I am thinking rationally. I don't like handsome boys. Saya suka orang biasa-biasa saja. And Woo Bin sunbae is just right for me."

"Could that be the same reason why you like Xiah? Kenapa awak tak suka lelaki kacak?"

"Hmm..probably. Xiah is cute..and seems like a good boy. Lelaki kacak.. aigoo. They all susah nak jaga.."

Meletus ketawa Hyun Joong mendengar jawapan Liyana, "apsal pula susah nak jaga?"

"Iyalah kaan.. tak nak lah makan hati je kalau nak keluar date ngan diaorang. Asyik-asyik gerenti aje ada orang nak tengok kita. Tak best arr.. pas tu kalau perempuan tu tak sesuai dengan lelaki tu.. orang akan story macam-macam. Tambahan lagi kalau dia tu artis. Dengan pihak media yang menggila kat Seoul nih..aduyaii.. susah lah"

"Awak fikir kalau dengan Xiah awak will be fine?"

"I'm pretty sure about it. Even if I keluar dengan Micky. Tapi kalau keluar dengan Hero~ ohmooo.. that'd be definitely hard. And Hyun Joong-sshi, this does not apply only for the DBSK boys but also for the SS501 boys"

"You know my boys eh?"

"Hyun Joong-sshi, honestly.. I am one of your fan. One of the Triple Ses. And I believe in my first impression"

"So you like anyone particular? Don't call me Hyun Joong-sshi. Do you think you can call me 'oppa'? Since we are friends now.. and oh well.. you are my dongsaeng too" tersenyum Hyun Joong. Yana membalas senyumannya dan menganggukkan kepalanya perlahan. Dalam hatinya mengakui lelaki kacak ini memang bagus dibuat kawan.

"Do you want to make a guess?" tanya Liyana.

"Okay.. I think my guess will be correct."

"Nugu?"

"Park Jung Min? Well.. since you said you are not into good looking guys!"

"Ha.. hmm.. well.. you're wrong"

"What? Then who? Me?"

"Hmm..it could be you. But I've changed my mind to settle with Kyu Jong-sshi!"

"Heeyhhhhh??? Wae?? He is handsome, no?"

"Well he is. But I like is humbleness"

"Yana~ Yana~ awak ni memilih kan orangnya?"

"You can say that. And I admit that. Because I had enough. Kalau nak cari teman hidup, mesti cari yang betul-betul.."

"So why can't me?" Hyun Joong masih belum berputus asa.

"I'm sorry oppa~ but I just can't. We are still young. Let's go with the flow. Like you said just now kan, kita mampu merancang tapi Tuhan menentukannya. Right now, you terlalu banyak berubah. In SS501, awak memang pernah menjadi pujaan hati saya. In We Got Married, I really fall for your dorkiness. And bila orang mula meragui lakonan awak sebagai Ji Hoo sunbae, I have faith in you that you could do well. But- after that you've changed a lot. I am very, very disappointed. You are not the Hyun Joong I used to know. I watched that Star King show oppa~ I was very, very, very disappointed."

"Are you jealous?" Terkejut Hyun Joong dengan kenyataan yang baru dilepaskan dari mulut Yana. Berani betul gadis ini. But this is what he really wants. Seseorang yang berterus terang. Dia sedar akan keangkuhannya yang mula menjadi. Dia seakan lupa diri. Hanyut dibuai arus menjadi artis terkenal.

"me? jealous? buat apa nak jealous oppa. Sorry kalau apa yang saya katakan itu menyinggung hati awak. Tapi itu lah apa yang saya rasakan. And as someone who are so into your group..and has been there dari awal kemunculan your group.. it hurts to see that change"

Hyun Joong membuang pandangnya ke laut. Dan Liyana pula mula menguis pasir di hadapannya dan membentuk namanya dalam tulisan Hangul.

"Yana, betul kata hati saya that I have meet the right person. That's what I thought for the first time I saw you. That you gonna change my life. But I know I tak layak untuk berdamping dengan gadis sebaik you. Tapi I betul-betul mengharapkan agar awak dapat jadikan saya sebagai sandaran bila awak memerlukan seseorang. Kamsahamnida kerana menyedarkan saya"

"Wah..siyes nyee.. now awak nak jadi the real Ji Hoo sunbae ke? Sorry.. saya tak nak jadi Geum Jan Di~ haha tak best!"

"Hahahaha! Oh no.. watak Ji Hoo sunbae tu sungguh tak real untuk saya. Saya nak jadi seperti yang dulu."

"It's not too late to change. I will be very glad if you could be the old Hyun Joong that we used to know."

"Kenapa awak tahu terlalu banyak tentang saya?"

"I believe in my first impression. And it's written all over in your eyes. Walaupun kita tak pernah bertemu, tapi saya pergi tengok konsert SS501..and I can assessed each of your personality."

"Really? Awak ni siapa sebenarnya?"

"HAHAHA! Saya bukan siapa-siapa. Just a normal graduate from Seoul National University. In Human Resources Management. Kat uni dulu ambik module psychology. Tu kot sebabnye.." Yana mengakui yang dia sebenarnya amat minat untuk mendalami apa yang tersirat dalam kompleks minda seseorang. Perubahan air muka dan permainan wajah begitu interesting baginya. Tapi satu yang belum dapat ditembusinya. Encik Junsu! Bosnya di dalam studio!

Kenapa? Yes, you may wonder! Cause lelaki itu sungguh keras hatinya. Dan dia tidak dapat membaca renungan lelaki itu. Coz tiap kali lelaki itu hadir, dia mesti dengan sunglasses hitamnya. Tak pernah tanggal pun. Dan suka sangat memerintah Yana itu dan ini.

"Oppa, awak kenal dengan Encik Junsu?"

"Hmm.. kenapa tiba-tiba tanya ni?"

"Sajee.."

"Kenapa dia pakai sunglasses? Dia tak pernah bukak pun even kat dalam studio"

Hyun Joong tertawa dalam hati. 'Yana, Yana.. apsal lah lurus bendul sangat gadis ni. Kalau dia buka kaca mata dia tentulah pecah tembelangnya. Tapi seminggu bekerja takkan Yana tak pernah menyedari nya.' Desis hati Hyun Joong. Iyalah kan.. almost everyday nak bekerja dengan bebudak DBSK tu.. and alternately lah pulak budak Xiah tu tak datang. It's like kalau Xiah ada, Junsu memang tak ada datang pejabat punya and if Junsu ada, Xiah takkan hadir untuk diaorang punya latihan.

"Nanti Yana tanyalah kat dia sendiri"

"Tak boleh harap langsunglah oppa nih!" dan Yana menarik muncung sedepanya.

"How's Xiah doing?" tanya Hyun Joong.

"Don't know. I love him, oppa! More than anything else in the world. And it has been my dream to meet them face-to-face like, work together with them. And he has been my inspiration to take the multimedia course when I was in uni.. tapi apsal dia tu jarang sangat nak datang practice eh?" Yana bertanya pada Hyun Joong kot-kot dia tahu perihal lelaki pujaannya itu yang jarang menghadiri sessi latihan kumpulan DBSK tu. Dan bila dia menghadiri pun, sekejap saja. Lepas tu balik. Yana belum ada peluang properly untuk bertegur sapa dengan lelaki itu.

'Kasihan' balas Hyun Joong dalam hati tanpa disedarinya ayat itu terlepas dari mulutnya.

"Kasihan?" pantas Yana menoleh pada Hyun Joong.

"Oh, cuba Yana tengok ketam kat sana tu. Kasihan kan?" Hyun Joong berdalih dan menunjukkan ketam yang berjalan perlahan untuk sampai ke dasar dan belum pun sampai ombak sudah mengejar dan membawanya kembali ke dasar laut.

"You are so funny" balas Yana perlahan, tersenyum menampakan lesung pipitnya yang kecil yang terletak di sebelah kiri pipinya. 'Comel! Bertuahnya engkau Xiah ada gadis secomel ini menyayangi engkau dengan sepenuh hati. Bodohnya engkau tak pernah menyedarinya. Kuat betul rasa sayangnya pada kau sampai aku yang kacak macam ni pun dia boleh resist' sempat lagi Hyun Joong bersandiwara di dalam hatinya. 'She is very different from the normal fans, Xiah'

Dan mereka terdiam seketika. Dan Hyun Joong memecah kesunyian.

"Jom, kita pi lunch dan pekena aiskrim" Hyun Joong terus berdiri dan mengajak Yana pergi sebelum menghantarnya semula ke Seoul Hill. Dan Hyun Joong menyarungkan semula cap nya yang dilepaskan tadi untuk cover-up dirinya dari dikenali ramai dan mengelak paparazzi. Yana mesti dilindungi.

Monday, 31 August 2009

Cinta File Pink [6]

Ting Tong!
Justify Full
Bunyi loceng yang ditekan berkumandang panjang bergema di seluruh rumah dua tingkat yang terletak di Seoul Hill kepunyaan Haji Ibrahim itu. Mengucap panjang Hajah Zaiton dibuatnya dek terkejut mendengar bunyi loceng itu.

"Siapa pula yang datang pagi buta hujung minggu ni?" tertanya-tanya Hajah Zaiton olehnya sambil tangannya ligat men-trim pohon bonsai kecil di hadapannya. Itulah hobinya.

"Sulastri, tolong ibu. Tengok siapa yang berada di luar itu?"

"Sebentar ya by..." Sulastri, pembantu rumah Yana mengelap tangannya dan berlari ke luar.

"Jangan dibuka terus. Tengok dulu siapa. Bapak Haji tidak ada di rumah waktu ini. Mesti berjaga-jaga," pesan Hajah Zaiton pada pembantu rumahnya supaya berhati-hati.

"Baik bu..." Sulastri menekan butang 'view' pada skrin di pintu utama yang membolehannya melihat tetamu yang datang. Terjegil biji matanya bila melihat wajah yang sungguh familiar itu. Sulastri menggosok-gosok matanya untuk memastikan dia tidak berkhayal.

Bunyi loceng berkumandang lagi.

"Tri, kenapa kamu belum buka pintunya?"

"IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!" teriak Sulastri dan terus berlari menuju ke tempat Hajah Zaiton.

"Kamu ni kenapa? Seperti nampak hantu?"

"B-bukan hantu bu, tapi malim"

"Malim? Huh? Biar betul..."

"Betul bu..." Sulastri pantas menarik tangan Hajah Zaiton ke pintu utama.

"Tu bu...tengok tu bu..." Sulastri menunjuk pada skrin di pintu utama.

"HEYHHHH...T-tri, betul ke ni Tri.. i-it-itu kan.. " Hajah Zaiton pula punya giliran untuk menggosok matanya tanda tidak percaya.

"B-betul bu... itukan Ji Hoo sunbae"

Hajah Zaiton melihat skrin itu dengan lebih dekat untuk memastikan.

"Pelanduk dua serupa kot, Tri?"

"Nggak bu. Betuuul.. itu kan Ji Hoo. Warna rambut nya sudah sama. Tengok matanya bu.. waduhhh..."

"Salah rumah kot?"

"Nggak tau bu. Buka yah pagarnya? Biar dia masuk?" segera rasanya Sulastri ingin membuka pintu.

"Heesh..kamu ni..mahunya dia orang jahat"

"Ibu ni.. macam-macam saja.. Ji Hoo sunbae kan baik orangnya. Ibu sendiri sudah tengok dia di dalam Boys Before Flowers. Tengok dia dalam rancangan We Got Married. Tak nampak macam budak jahat pun bu." Sulastri cuba meyakinkan majikannya sedangkan hatinya berdetik ingin mengamati wajah tampan itu secara dekat.

"Heeshhh..kamu ni Tri.. kamu emangnya kepingin sangat jumpa dengan dia kan?" beria-ia Sulastri mengangguk. Tersenyum Hajah Zaiton dibuatnya. Sememangnya dia maklum akan pembantu rumahnya yang meminati pelakon Boys Before Flowers yang satu ini. Sulastri lah yang menemankan dia dan Yana untuk menengok drama bersiri

itu. Tapi Hajah Zaiton lebih berkenan pada si comel Yi Jung Sunbae.

"Aku rasa dia ni memang salah rumah. Jom kita keluar" Dan Hajah Zaiton dan Sulastri terus keluar sambil di tangannya masih mengenggam remote kontrol untuk membuka pagar besar di luar rumah itu.

"Tri, Kamu tau berbahasa Korea kan?"

"Tau bu, sedikit-sedikit. Belajarnya jugak dari drama"

"Kamu cakap sama dia yah? Aku tak tahu.."

"Bisa aja bu" dan mereka berdua mendekati pagar.

Kelihatan Hyun Joong menundukkan kepalanya memberi hormat apda dua wanita yang mendekatinya di sebalik pagar besar itu. Yang satu kelihatannya nampak bergaya walaupun umurnya sudah mencecah 40-an - mungkin itu ibu Yana. Hyun Joong meneka. Dan yang satu pula ada tersangkut tuala di bahunya, dalam 30-an..nampak lusuh sedikit - mungkin pembantu rumah kot? Hyun Joong meneka lagi. Hyun Joong mengukir senyumpa pada kedua mereka sambil menyapa, "Annyeong haseyo"

Hajah Zaiton yang sememangnya tidak tahu berbahasa Korea menyiku lengan Sulastri untuk membalas sapaan anak muda kacak di hadapan matanya ini.

"Saranghaeyo oppa~" balas Sulastri konfiden.

"SULASTRI! Tu je ke bahasa Korea yang kamu tahu. Kalau itu aku pun tahu. Selalu saja Bapak Haji kamu menyebutnya. Heesh.." geram Hajah Zaiton dibuatnya. Hyun Joong hanya tersenyum melihat gelagat kedua wanita di hadapannya ini walau dia tidak tahu apa yang dibicarakan oleh mereka. Tapi tercuit juga hatinya melihat gelagat si pembantu rumah itu bila membalas sapaannya tadi. Terkejut pun ada juga dengan ucapan cinta yang baru dituturkan. Kesian juga Hyun Joong melihatnya. 'Takpelah aku bawa mereka cakap English pun ok lah' desis hati Hyun Joong.

"Good Morning, Aunty. I am Kim Hyun Joong. I come here to see Yana" sebiji-biji sebutannya bahasa Inggerisnya tapi cukup jelas sebutannya di telinga Hajah Zaiton.

"Ahh..good. So you can speak English?" tanya Hajah Zaiton.

"Ye~ a little bit"

"That's okay. Yana's friend?"

"Ye~" ramah Hyun Joong menjawab.

"Aren't you Ji Hoo sunbae?" keluar juga soalan itu akhirnya dari mulut Hajah Zaiton.

"Ye~ I am the actor. Call me Hyun Joong, Aunty"

"How come you know Yana?"

"She is my office mate to be exact" dan Hajah Zaiton terus terkenang akan anaknya yang masih agaknya bergumpal di bawah selimut yang sememangnya bekerja di Triangle Entertainment.

"Triangle Entertainment"

"Ye~" balas Hyun Joong lagi. Masih di sebalik pagar. Dari air muka wanita di hadapannya itu, dia dapat membaca tanda supaya berhati-hati sebelum membuka pagar. Dia faham.

"Tri, panggil Yana" bisik Hajah Zaiton pada Sulastri yang berdiri di sebelahnya.

Tiada respon. Hajah Zaiton menoleh pada Sulastri yang masih terpacak di sebelahnya merenung Hyun Joong. Tak berkelip matanya memandang jejaka tampan itu. Hajah Zaiton terus mengambil remote kontrol di genggaman Sulastri. Membuatkan Sulastri terkejut dan melatah, "Ji Hoo sunbae. Saranghae~"

"Oops! Excuse me!" malu Sulastri dan menekup wajahnya dengan tuala yang tersangkut di bahunya.

"Tak habis-habis lagi dengan Saranghae, Tri?" pantas tangan Hajah Zaiton menekan butang hijau pada remote kontrol membukakan pagar rumah mereka untuk membiarkan Hyun Joong masuk. Hyun Joong tersenyum melihat gelagat pembantu rumah itu. Hajah Zaiton menyiku lengan Sulastri.

"SULASTRI! Sudahlah tu..masuk! Panggil Yana" Hajah Zaiton meninggikan suaranya sedikit untuk menyedarkan pembantu rumahnya yang sudah jauh berada di dunianya sendiri.

"B-baik..bu.. "terkejut Sulastri mendengar sergahan majikannya dan bergegas masuk untuk mendapatkan anak kesayangan majikannya.

Sementara itu, Hajah Zaiton mempersilakan tetamu kacak yang tak diundang itu masuk.

"May I know your name Aunty?" tanya Hyun Joong ramah kepada ibu gadis yang mendapat tempat di hatinya itu. Sekarang dia pasti itu adalah ibu Yana bila dia terpandang gambar keluarga yang tersangkut di dinding ruang tamu. Kemas. Elegan. Kontemporari. Itulah yang dapat digambarkan Hyun Joong akan keadaan rumah itu.

"Call me Aunty Ton" balas Hajah Zaiton sambil menuang teh hijau untuk Kim Hyun Joong. "I think Yana still upstairs. She hasn't woke up. You have a date with her today?" tanya Hajah Zaiton melabuhkan punggungnya ke atas sofa berwarna hitam di hadapannya.

"Ah..ye..." teragak-agak Hyun Joong menjawabnya. Maklumlah dia sebenarnya tidak mendapat persetujuan dari Yana pun untuk datang ke rumah ini. Alamat rumah dan nombor telefon Yana pun dia dapat dari sekretari Encik Iskandar, Jane. Selepas dia bangun tadi pagi, dia terus menghantar mesej pada Yana memberitahunya bahawa dia akan menjemput Yana dan membawanya keluar pada pagi itu. Tapi tidak ada balasan..dan jenuh menunggu dia terus memandu ke rumah Yana di Seoul Hill itu. Perlahan Hyun Joong mengambil cawan berisi teh itu dan menghirupnya perlahan.

"Earl Grey?" tanya Hyun Joong perihal teh yang diminumnya. Yes, dia mencuba sedaya upaya untuk mengambil hati ibu Yana. Al-maklumlah, nak pikat anak.. mesti pikat hati ibunya dulu kan? kan?

"Good! You are really good!" melabung-lambung pujian Hajah Zaiton untuk Hyun Joong. Dia menyukai budi bahasa anak muda di hadapannya ini. Dan mereka terus berbual-bual, bertukar-tukar pendapat. Ternyata mereka punyai citarasa yang sama. Menanam pohon bonsai dan juga mengumpul setem. Hajah Zaiton membawa Hyun Joong melihat taman kecil bonsainya yang terletak di belakang rumah beliau itu membuatkan Hyun Joong terpegun sementara menunggu anaknya turun selepas dibanguni Sulastri.