Kini pagi-pagi lagi Yana sudah berada di studio untuk membuat persiapan dan testing segala alat untuk recording satu lagi track terbaru kumpulan Wonder Girls. Hatinya berlagu riang mengenangkan hujung minggu yang paling best kelmarin. Tersenyum dia mengenangkan Sulastri yang bergegas ke hadapan menyambutnya di pintu selepas dia dihantar pulang oleh Hyun Joong. Betul-betul true fan lah pembantu rumahnya itu. Sempat juga dia berpesan pada Sulastri agar jangan dihebohkan tentang itu pada jiran tetangga.
"Wah..neng..nngak sih. Nggak mungkin. Gwe nggak ser Ji Hoo sunbae ngan orang lain, neng. Neng boleh aja.. gwe izin"
Melepas ketawa Yana mendengar jawapan Sulastri. Terhibur hatinya. Ibunya pula sudah menarik tangannya untuk bercerita dengan Yana untuk mengorek cerita bagaimana semua itu bermula. Dan dengan ibunya, Yana memang tidak berselindung apa-apa.
"Melepas lah mak ni.. nak bermenantukan artis terkenal.." Hajah Zaiton pura-pura mengeluh selepas mendengar cerita anak gadisnya itu untuk menyakat anaknya. Tapi sekias perasaan risau ada juga bertandang di hatinya. Tidak disangkanya begitu besar Yana menaruh harapan uuntuk meraih cinta Xiah. Dia maklum akan itu. Mana taknya nak maklum, setiap minggu.. Yana pasti akan mengutus surat pada Xiah menyatakan kasih sayangnya dan sokongannya yang padu.
Yana hanya mengangguk, "Mak, Xiah tetap No.1 in my heart!"
"Up to you, Yana. Tapi satu nasihat mak, jangan sampai yang dikejar lepas, yang dikendong pula berciciran" Hajah Zaiton mengusap tangan anaknya dan berlalu ke dapur.
"Ala.. mak ni.. cakap macam tu pulak. Yana bukan nak kahwin sekarang lah.. Yana nak enjoy dulu. Ni pun Yana baru dapat kerja.. takkan dah keluar dengan Hyun Joong, dah plan nak kahwin," yana menarik muncung sedepa tanda tidak puas hati dan membontoti mamanya ke dapur untuk minum petang.
"Mak bukannya apa Yana.. mak risau. Yang dengan Yana keluar tadi tu bukan calang-calang orang, Yana. Dan mak ni yang dulu makan garam dari Yana.. mak dapat rasakan yang Hyun Joong betul-betul dengan kamu.." Hajah Zaiton meletakkan pinggan yang berisi cucur udang yang disambut dari Sulastri untuk hidangan minum petang mereka.
Berkerut dahi Yana dan dia mula berfikir, 'Nampaknya aku perlu jelaskan pada Hyun Joong secepatnya. Agar tiada siapa yang mengharap dan tiada siapa yang terluka'
Kali ini Yana betul-betul prihatin dengan hati orang. Kerana dia tahu betapa sakitnya hati bila dikecewakan. Walaupun lukanya telah pulih, tapi bekas luka tu tetap akan ada sampai bila-bila. Terkenang dia pada Mark, bekas teman lelakinya sewaktu dia menuntut di universiti dulu. Dia tak pernah berdendam dengan Mark kerana dengan Mark telah tercipta seribu satu kenangan yang cukup indah. Dia salahkan dirinya kerana terlalu menaruh hatinya pada tiang harapan yang tertinggi. Tapi bila tiang itu patah, hatinya yang jatuh berderai.
Yana tersenyum pahit dan tanpa sedar airmatanya mengalir. 'I kinda miss you, Mark' lepas bisikan hatinya. Yana menyapu airmatanya dan melihat kiri dan kanan, takut-takut ada yang nampak dia menangis sebegitu.
Yana kesal dengan sikapnya yang mudah dibuai perasaan. Dia menyambung semula kerjanya menyusun CD-CD yang berselerak dan menempatkannya semula pada rak yang telah disediakan. Dan matanya tertancap pada sekeping CD Minus One salah satu kumpulan kesayangannya iaitu Fly To The Sky. 'Woah! Minus One Condition Of My Heart lah' teruja Yana bila saja dia membuka CD itu.
Yana melihat jam tangannya. Lagi satu jam lebih sebelum waktu bekerja mula. 'Baru pukul 7. Hmm..masih awal ni. Boleh lah aku test try kejap lagu ni.. terus je aku buat mic test' sengih-sengih Yana membayangkan yang dia akan menyanyi dalam studio ini. Studio di mana tempat orang-orang yang disayanginya menyanyi. Menyanyi adalah satu hobi Yana masa lapang. Well, not really menyanyi to be exact. Tapi melalak kot!
Yana memasuki bilik rakaman dengan membawanya remote control yang membolehkannya menekan butang play pada CD Player yang berada di luar. Canggih giles! Wireless lah pulak benda ni! Dia berdehem-dehem cuba untuk melonggarkan otot-otot tekaknya. Dan menekan butang play. Yana dibuai perasaan, mendalami setiap bait lirik lagu itu mengalunkan lagu dari kumpulan Fly To The Sky itu. Dia berada dalam alamnya dan di luar sedarnya, air matanya menitis lagi.
Dan di luar sedarnya juga, ada yang memerhatikannya dan mendengarnya di sebalik pintu studio rakaman yang renggang itu. Terpaku mendengar alunan suara yang cukup merdu itu. Cukup dengan ad-libnya yang begitu perfect.
**********

+++++
Note:
Oops! Entri kali ni pendek lah pulak ;)
No comments:
Post a Comment