2 years before….
Aku menarik perlahan beg beroda. Satu beg bimbit diletak sekali di atas beg beroda itu. Sebuah beg laptop disandang di bahu. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai memang memenatkan walau hanya duduk di kerusi separa empuk. Dari kejauhan terdengar sedikit kekecohan di hadapan pintu ketibaan antarabangsa Dubai International Airport. Aku terus berjalan melintasi sekumpulan manusia yang masih lagi kecoh itu. Terdengar suara menutur bahasa jepun dan korea, sekilas aku menoleh bila dirasa seperti sedang diperhatikan. Namun langkah diteruskan menuju ke arah seorang teman yang sedia menanti di sisi sebuah teksi.
“Welcome to Dubai, hurulaini. I hantar you ke hotel dulu, rehat for a day. Esok baru I bawa you tengok site” ringkas tutur kata Daniyal, rakan sekerja yang kini bertugas untuk projek di Dubai ini. Ya, misiku ke Dubai bukan untuk melancong, tetapi untuk berkhidmat untuk projek pembinaan Dubai Rainforest City, salah satu projek pembangunan di Dubai yang diterajui oleh jurutera-jurutera & arkitek dari Malaysia.
***
Sudah empat hari aku di Dubai. Aku menetap di Burj Al-Arab kerana pemilik hotel ini merupakan client bagi projek yang kami kendalikan. Namun terasa seperti pembaziran kerana kesibukan membataskan aku untuk menikmati semua yang ada dihadapanku ini. Namun bersyukur, hari ini dan esok hari cuti, boleh lah aku meneroka bandar ini…tidak, di sekitar hotel ini saja sudah cukup memadai. Takut juga hendak keluar dari kawasan hotel ini, ini negara orang.
Di dalam lif, aku menghadap pemandangan Persian Gulf yang mengujakan. Hotel ekslusif ini membolehkan aku bermain lif turun naik sehingga empat kali tanpa ada sesiapa yang memasuki lif itu. Namun kemudian sekumpulan lelaki memasuki juga lif itu. Aku masih lagi menghadap pemandangan luar. Lelaki-lelaki tadi bercakap-cakap mengguna bahasa korea. Sekali-sekali bercampur bahasa Jepun. Mendengar tutur mereka yang tidak kufahami membuatkan aku teringat sahabat-shabat di Malaysia. Waiem, Ashie, Tok, Kak Rozie & Shee, rakan berlatih bahasa korea & jepun. Juga rakan yang sama-sama mendalami budaya negara-negara Asia Timur.
Tiba-tiba nada “Triangle” berlagu. SMS dari Daniyal menawar untuk menjadi pemandu pelancong jika aku ingin keluar berjalan-jalan. Namun aku tidak segera menjawap, masih menimbang sama ada mahu keluar ke bandar atau tidak. Cuaca panas ala padang sahara ini memang melemahkan semangatku untuk keluar.
Aku mengalih arah pandang menghadap arah pintu kerana sudah hampir sampai ke tingkat bawah. Detik itu juga aku mendengar salah seorang dari lelaki-lelaki di lif itu menyanyikan semula ringtone yang aku gunakan tadi, dan kemudian disambung oleh rakan-rakannya yang lain. “Korean” getus hatiku, namun saat itu aku mula memerhati mereka satu persatu. Macam kenal, tapi tak mungkin…
Mereka semua senyum ke arahku.
“Ano, Sumimasen“…aku cuba memula bicara.
“Hai“…jawap lelaki berwajah seiras Xiah. Atau mungkin memang dia.
“Tohosinki dess ka?”…aku memberani menanya.
Mereka semua ketawa mendengar soalan aku. Aku juga tidak tahu apa yang lucu, namun aku terus tersenyum sahaja.
“Hai. Tohosinki dess. Boku-wa YunHo. Anata-wa?” Seperti dijangka ketua kumpulan itu yang akan menjawap.
“Watashiwa Hurulaini dess. Dozo Yoroshiku.“
Hati masih berdetak tidak percaya. Dubai telah menemukan aku gadis Malaysia yang biasa dengan insan-insan yang dikagumi dari Korea.
Dan pertemuan yang tak dijangka ini menjadi permulaan sejarah.
No comments:
Post a Comment