Wednesday, 26 August 2009

Story-Tell #7

Written by Co-Author, Hurul Aini
: To Dubai With Love [2]

=====+++++=====

“Oh my god….are you guys really Tohosinki. Ommo….i really cannot believe this. Hahaha.” Aku ketawa ria sambil tanganku menutup mulut yang sudah tersenyum ceria.

Hati masih berdetak tidak percaya. Tangan kemudian mula mengetuk kepala. Kemudian mencubit pipi. Adeh….sakit. Okay, this is not a dream.

“Anata-wa kyuka-chu dess ka?” Max menyapa ramah, namun aku pula yang blur dengan soalannya. Adehhh….aku tau bacic japanese je, yang pandai sangat tegur guna japanese tu apasal. Itu la lain kali kalau nak keluar negara study bebetul dulu bahasa jepun. Kan sendiri dah susah….tapi apa kes pergi Dubai nak kena belajar bahasa jepun pulak. Aku agak Max menanya sama ada aku datang bercuti, namun takut pula kalau tersalah tafsir.

“Gomenasai. Watashi wa nihongo o hanasemasen. Eigo o hanasemass ka?” ciss, kata tak pandai japanese, tapi masih juga menyambung ayat guna bahasa jepun.

“Are you a tourist?” Micky pula bertanya. Yeah, nasib baik Micky ada. Walaupun bahasa Inggerisnya macam comel je didengar, tapi sekurang-kurangnya ada juga bahasa pengantara antara kami.

“No. I’m having some works here. Will stay here for about ten days. How about you guys? Concert?“

“Urm…no. Not a concert. But we doing some shooting for our music video. But we done now, so we take a break here. Hey, why don’t you join us for lunch and we can talk more. I guess all of us really want to get to know the only people that know us here.” Lagi sekali aku mengetuk kepala, yang lain tersengih melihat tindakanku. Terserempak dengan Tohosinki di Dubai satu kebetulan yang teramat menakjubkan. Dan dipelawa makan tengah hari bersama….jika ini mimpi, tolong jangan kejutkan aku. Tapi logik juga, kalau aku yang bertemu mana-mana keluarga yang datang dari Malaysia di sini, sudah pastinya aku akan ramah dengan mereka. Semangat serumpun di negara orang.

“Shall we” pelawa Hero pula takkala pintu lif terbuka dan ruang foyer tingkat bawah sudah kelihatan. Aku mengikut sahaja langkah mereka. Terasa seperti Makino atau Jandi berjalan bersama F4 di dalam drama Hana Yuri Dango atau Boys Over Flower je. Cuma bezanya mereka berlima. Yang paling tak best, Yun Ho berjalan beriringan denganku pula….aii, macam tau-tau je mamat ni aku minat dia dulu. Sambil itu, aku membalas SMS Daniyal menyatakan yang aku ingin bersiar-siar sendiri di sekitar hotel & berterima kasih atas pelawaannya. Sendiri konon….sendiri ke berenam?hehe…

Kami bergerak melalui ‘simulated submarine voyage‘ menuju ke Al-Mahara Restaurant. Restauran makanan laut yang mengandungi aquarium besar yang memberi impak seolah-oleh pelanggan berada di dalam lautan. Sambil menunggu makanan tiba, kami terus berbual-bual. Sekejap mengguna bahasa Inggeris, sekejap mengguna bahasa Jepun, kadang-kadang bercampur istilah korea. Dan bila masing-masing kehilangan perkataan yang boleh difahami, bahasa isyarat pula diguna. Nasib baik kami duduk di ruang peribadi, jika tidak pasti gelak tawa kami mengganggu pengunjung-pengunjung yang lain.

Sejam berbual sudah hilang kekok untuk kami bercerita. Aku juga sudah hilang gemuruh dan teruja yang dirasai awal-awal tadi. Banyak perkara yang dapat kami bualkan. Xiah, Max & Micky juga tidak pernah kering idea untuk menceria keaadan. Dan sudah pastinya mereka yang banyak bertanya tentang aku. Mengenai asalku, mengenai pekerjaanku dan mengenai imejku yang lain dari perempuan-perempuan yang sering mereka temui sebelum ini. Aku juga banyak bertanya mengenai aktiviti terkini mereka. Jujur aku mengakui kepada mereka yang kini aku kurang mengikuti perkembangan mereka dek kerana kesibukan kerja. Ada masanya aku dan Micky berdebat mengenai aiskrim yang dihidang. Hero pula asyik mengomen tentang makanan yang dihidang, berusaha difikir apa bahan yang diguna dalam makanannya. Aku tahulah kau pakar memasak, tapi takkan la sampai nak juga pastikan sama ada Cayenne pepper atau Hanoi Habanero yang digunapakai…aigoo. Yun Ho lebih banyak mendiamkan diri, hanya sekali sekala mencelah. Namun dia aktif bertanya bila soal imejku dibangkitkan. Ya, aku tahu, Yun Ho lebih sukakan wanita berpakaian konservatif (seperti aku…kekeke).

Setelah lebih tiga jam melepak di Al-Mahara, mereka mengajak pula aku meneroka sekitar Burj Al-Arab. Mulanya hanya berlegar-legar di ruang lobi hadapan yang luas, kemudian bergerak menuju ke kolam air pancut sebelum menyambung borak menghadap atrium sambil memerhati keindahan galeri koridor yang membentuk corak honeycomb. Petangnya kami berjalan-jalan di pantai…dan sama-sama merenung matahari terbenam dari pantai Dubai.

****

Sudah beberapa bulan telah aku tinggalkan Dubai. Hari-hariku masih sibuk dipenuhi beban kerja yang tak pernah berhenti. Namun Dubai memberi impak besar pada diriku. Tanpa pengetahuan dunia, aku kini sering berhubung dengan ahli-ahli DBSK melalui internet. Kebiasaanya hanya berbalas e-mel kerana kami masing-masing sentiasa sibuk. Tapi ada kalanya juga kami berhubung melalui Massanger. Cumanya bahasa masih menjadi masalah antara kami. Kerana itu, bersungguh mereka ingin mempelajari Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Aku juga cuba belajar tulisan jepun & korea, tapi payah sungguh untukku kuasai.

Kadang-kadang aku senyum sendiri bila rakan-rakan bercerita mengenai mereka. Bila timbul gosip-gosip pelik, kebiasaannya aku tanyakan sendiri pada mereka kesahihan sesuatu cerita. Dan bagai ada perjanjian bisu, aku tidak pernah menceritakan pengalaman di Dubai kepada sesiapa.

Malam ini konsert mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert kedua mereka di Malaysia. Pagi tadi aku sempat bersarapan bersama mereka. Mereka memberi tiket konsert VVIP kepadaku. Gembira, tapi terasa sayang pula dengan tiket paling murah bernilai RM103 yang telah kubeli lebih sebulan lalu. Hanya pagi tadi ada peluang bertemu mereka. Selepas konsert nanti mungkin takkan ada peluang bertemu lagi..entahlah. Sungguh, tiba-tiba terasa rindu dengan saat-saat ketika di Dubai. Setiap hari aku berborak panjang dengan mereka. Ingat lagi hari ketika aku ingin bertolak balik ke Malaysia, lama kami berbual-bual sebelum aku akhirnya menaiki teksi ke lapangan terbang. Sebelum aku pergi, Yun Ho sempat memberikan seutas rantai perak berloket bintang lima bucu. Entah bila dan dimana dia membeli. Dia tidak mengatakan apa-apa sewaktu memberi rantai itu, hanya sekeping kad yang bertulis “My Little Princess, i will become a star watching over you “. Aigoo YunHo ni, kalau nak ngorat cakap direct to the point la…kura-kura dalam perahu betul.

********************

Sewaktu konsert, aku perhatikan YunHo kurang menari. Sebulan lepas dia mengalami sakit tulang belakang ketika latihan konsert. Doktor suruh dia berehat 3-4 minggu, makin menyakitkan diri ada la mamat ni. But I’m proud of you, sakit tulang belakang dan sakit kaki pun boleh lagi bawa menari & keep on the concert. Yet, he really made me worried.

Keesokan pagi, aku berkesempatan lagi bersarapan dengan mereka. Yunho sudah dilarang bergerak dan hanya berehat di sofa. Selepas makan, aku ambil peluang berbual dengan Yunho. Risau betul dengan dia.

“You should take a break“.

“My legs and my back bone already broke”. Dia gelak kecil. Aku mengeluh perlahan.

“Please don’t make fun of this matter. You keep on hurting yourself”.

“Don’t worry to much. I will be okay soon. Anyway, do you like the necklace i gave you?”. Dia bertanya dengan nada bersungguh.

“Yup, i like it. Thats a very precious gift for me.” Aku menjawap dengan nada selamba.

“So now….i have another gift for you”.

“Oh really…haha…you shouldn’t have. But I don’t see anything here”. Aku mula melihat-lihat sekitar. Baru aku sedar hanya kami berdua sahaja di ruang tamu itu. Yang lain rasanya di bilik mengemas bagasi.

“You cannot see it. But you can feel it”. Dia tersenyum penuh makna.

“What do you mean?” I smell something fishy here.

“I wanna give you my heart. Would you like to accept it?” Dia bertanya dengan nada yang lembut, tapi cukup tegas untuk menyatakan kesungguhannya.

“Are you kidding?”

“No. I’m serious. I really like you”.

“But we just know each other. We meet in a lift, going lunch together. Spend few days together talking non-stop. Its just impossible”

“Yeah…we just meet. But since i first saw you at the airport, it’s like a fate, i always notice you around. When you sitting near the fountain, when you walk alone at the beach or at the causeway, when you playing with the lift, i always saw you. And somehow i keep on thinking about you. Yeah, it seem too fast, but you know this might be the last chance we meet each other. So, i want to make this clear. And i do really hope you will accept me….please…”

Aku hanya memandang dia. Lidahku kelu…

No comments: