Showing posts with label CK. Show all posts
Showing posts with label CK. Show all posts

Wednesday, 1 September 2010

Cinta Ketupat - 5

“Tapi Kak Ashie kau sendiri yang cadangkan…”

Belum pun sempat mama menghabiskan apa yang ingin dicakapkannya, aku terusan membantah, “Mama!! Mama tau tak Shim Min Chul sebenarnya husband Kak Ashie! Takkan lah mama nak kahwinkan Alya dengan husband Kak Ashie. Takkan lah Kak Ashie nak suruh husband dia kahwin dengan orang lain.. kesian dengan Kidong tau! Alya tak nak! Alya tak nak!!”

Mama terdiam, berkerut dahinya.

“Husband, Shim Min Chul? Kidong? Siapa tu?” nampaknya mama seperti berfikir. Mungkin mama sudah menyedari akan kesilapannya ingin menjodohkan aku dengan suami kesayangan Ashie-unnie.

Dan mama bersuara lagi, “Ooooo.. maksud kamu Wakeel Shim. Ha! Tu memang laki Kak Ashie kamu. Tapi tunang kamu bukan nya si Wakeel tu. Tapi si Ikhmal tu..”

“Ikhmal? Errrr……” giliran ku pula menggaru kepala ku yang tidak gatal. Mama yang keliru ke kau yang keliru ni sebenarnya?

“Ah.. Ikhmal. Nampaknya kamu belum berjumpa lagi kot.. Takpe lah karang kat masjid, mama kenalkan kamu dengan dia lepas terawih, waktu moreh. Jangan pula nak escape. Kamu tu belum lagi jumpa orang kampong. Ramai dah yang tanya tu.. bila kamu nak muncul kat masjid tu” mama mencadangkan aku berjumpa tunangan ku itu dan mengambil kesempatan untuk membebel kerana aku belum menunjukkan muka untuk bersembahyang terawih sejak bulan puasa bermula. Alasan ku letih, belum biasa lagi, dan macam-macam. Aku tahu akan kerugiannya. Tapi aku kan baru balik.. so mesti nak sesuaikan diri dulu dengan keadaan kampong yang sudah lama ku tinggalkan.

“Iye lah.. iye lah.. “ aku akur walaupun aku masih keliru. Ikhmal oh Ikhmal~ namanya sungguh sedap. Kacak kah orangnya? Sempat lagi aku berangan.

********************

Selepas terawih,

“Mama, Alya kit rut.. tak tahan ni.. Alya balik dulu ye”

“Eh? Macam-macam lah pulak Alya ni. Buang kat masjid ni jer lah..”

“Ish.. mama ni.. tak nak lah. Takut lama pula Alya bertapa kat sini. Alya balik ye,” tiba-tiba saja perut ku memulas-mulas.

“Ke ni nak escape lagi lah ni?”

“Takut jumpa Ikhmal ke Alya?” giliran Ashie-unnie pula menyakat.

“Tunggu lah sekejap Alya, Mak Tin suruh Ikhmal hantar kamu ye.. Jauh tu” Mak Tin pula bersuara.

Bulat mataku. Jauh apanya? Bila masa pula rumah aku jauh dari masjid ni? Enjin kereta belum panas lagi aku sudah sampai dekat rumah.

“Err.. tak yah lah Mak Tin” kalau aku setuju waktu-waktu aku macam ni, alamat memang tak sampai rumah aku sudah melepas. Kot-kot lah handsome sangat si Ikhmal tu.

Ashie-unnie yang seperti boleh membaca fikiranku bersuara pada Mak Tin, “Biarlah ibu, biarlah mama.. kot kot nanti si Ikhmal yang temankan.. takut ada pula yang melepas. Iyalah kan.. si Ikhmal kita tu handsome bagai nak rak..” terkekek-kekek Ashie-unnie ketawa. Aku mengetap gigi merenungnya sambil menahan sakit perutku.

“Ok mama, unnie, mak tin – Alya chow!” pantas aku menyalam tangan mereka dan terus menghilang.

******

“Ah lega~” aku menyeka peluh setelah keluar dari tandas. Bergegas ke bilik mandi untuk mengambil air sembahyang semula untuk kembali ke masjid.

Aku ingin bersiap-siap untuk mengunci semula pagar rumah bila aku terdengar bunyi sesuatu. Bunyi seperti dentingan rantai mangga ditarik-tarik. Meremang bulu roma aku untuk sementara waktu.

‘Heesh.. bulan puasa ni mana ada benda-benda macam ni’ aku cuba menenangkan diriku. Iyelah kan, siapa tidak takut kan? Hanya ada dua buah rumah saja di kawasan itu. Rumah aku dan rumah Mak Tin. Aku memberanikan diri untuk menoleh ke sebelah kiri. Ke arah rumah Mak Tin. Ku melihat ada satu bayang sedang menunduk mencuba untuk menarik-narik kunci pagar Mak Tin. Tidak nampak wajahnya.

Berkumat-kamit mulut ku membaca surah Ayatul Kursi dan aku cuba memberanikan diri. Aku mendekati dan bila aku hampir, aku suluhi bayangan. Suluhan itu tepat ke wajahnya membuatkan dia terkejut. Wajah putih tidak berdarah menggegarkan seluruh jiwaku dan membuatkan suaraku lantang menyebut, “Allahu Akbar!” dengan keras. Tapi tubuh itu tidak beralih. Melihat akan keadaan itu, aku pasti bahawa bayangan itu adalah seorang manusia.

“HOI! Kamu siapa? Buat apa dekat sini? Astaghfirullah..hari baik bulan baik ini kamu lakukan kerja sebegini, mak bapak kamu tak ajar ke?” kataku kasar lagi berani. Kalau apa-apa, aku pastinya akan lari memecut, lagipun lelaki di hadapan ku ini tidak mungkin akan sempat melakukan apa-apa padaku kerana aku adalah bekas pelari pecut kebangsaan wakil sekolah rendah. Tapi, ada masih ke power aku tu? Aku sempat meraba perutku yang boroi yang terlindung di sebalik jubah hitam ku. Don’t blame me, blame Melbourne for that… hohoho

“Ini rumah saya, cik. Saya nak masuk rumah ni. Tapi salah bawa kunci pula. Kunci yang sebenar tinggal dekat masjid”

“Boleh percaya ke ini rumah kamu?” aku menanyakan lagi soalan pada pemuda yang wajahnya masih tidak jelas. Kenapa muka dia tak jelas, entah-entah… fikiran ku mula meliar ke bahagian mistik di hemisfera minda aku. “Ini rumah Mak Tin saya”

“Mak Tin tu mak angkat saya. Saya tinggal di rumah dia sementara waktu ni untuk sesi pertukaran mahasiswa Seoul. Nama saya…” terang lelaki itu.

Tapi belum sempat dia meneruskan keterangan dirinya, aku menyambung, “Ikhmal?”

“Eh, so you know my name?” tanyanya lagi.

Aku cuba mengecilkan pandanganku tapi masih tidak jelas. Dia ni ke tunang aku? Dan belum pun sempat aku cuba mengalihkan lampu suluh ku untuk menatap wajahnya, keadaan riuh rendah di belakang kami. Rupanya mama dan keluarga Mak Tin dah sampai.

“Ikhmal! Kamu salah bawa kunci… kamu sedar tak?” Ashie-unnie menghumban gugusan kunci kepada si lelaki yang berdiri di hadapan ku kini.

Melihat akan keadaan kami yang berhadapan begitu, Ashie-unnie pantas menangkap,” Ewah..ewah.. merpati dua sejoli ni dah berkenalan nampaknya ibu, mama”

“Kenapa borak-borak dalam gelap ni? Nasib baik lah takde orang kampong lalu lintas kat sini ni. Kalau tak mau kahwin free kamu malam ni,” bebel Mak Tin. Dalam pada masa itu, aku sempat juga meninjau-ninjau untuk melihat wajah suami Ashie-unnie. Tapi tiada bayangnya.

“Unnie, mana hubby unnie?” aku menggamit lengan Ashie-unnie.

“Wah..wah..tunang dah kat depan mata..nak pula nengok lain. Yang ni tak hensem ke?”

“Sssh… kakak ni diam arr. Tak kenal maka tak cinta lah kak”

“Seharusnya sekarang kamu dikenalkan” Mak Tin menyambung dan mengajak kami masuk ke dalam. “Mari lah masuk ke dalam agar dapat berkenal-kenalan”

“Ma.. “ aku memaut lengan mama pula.

“Pergilah Alya. Pergi beramah mesra dengan Ikhmal tu. Bakal laki kamu juga” bisik mama dekat padaku.

“Tapi..Alya tak suka lah dengan dia. Slang dia cakap tak best lah mama” aku merungut dalam rungutan yang hanya boleh didengar oleh mama.

“Pergi je lah…”

“Mama tak nak pergi ke?” tanya ku.

“Mama nak salin pakaian jap. Karang mama bawa baju persalinan kamu. Mak Tin mengajak kita lepak kat rumah diaorang malam ni, katanya nak menganyam ketupat. Kamu pergilah dulu dengan diaorang, okay?”

Tidak ingin mengecewakan mama, aku akur.

“Jom masuk Alya”

Si Ikhmal… maksud aku… tunang aku itu..sudah mendahului masuk ke dalam rumah. Kelibatnya juga tidak ku nampak. Heesh, tunang dia depan mata pun dia tak ajak. “Hampeh! Minus One point!” rungutku bila duduk di atas sofa di bilik tamu rumah Mak Tin sambil membuka telekungku dan melipatnya, meletakkan nya ke tepi.

“Apa nya yang minus one point ni Alya? Ikhmal ke? Dia masuk ke dalam kejap… tunggu lah.. kata nak salin baju sekejap. Kamu minum lah dulu, Unnie nak naik sekejap, nak tukar baju Kidong jap”

Aku hanya mengangguk sambil mencapai gelas yang dihulurkan oleh Ashie-unnie.

“Ha! Jangan buat apa-apa tak elok tau kat bilik tamu ni. Bukannya unnie tak kenal kamu tu.. kamu kontrol-kontrol lah darah gemuruh kamu tu”

“Heesh.. unnie ni.. ke situ pula. Kalau dia hensem macam Kim Hyun Joong, boleh lah unnie advise camtu. Kalau dok, bolayanlah”

“Alya~ Alya~ jangan lawan cakap orang lebih tua dari kamu. Dah terkena kang, baru tau,” sambung Ashie-unnie sebelum dia menghilang naik ke atas.

“Funny betul lah Ashie-unnie ni.. tak ubah-ubah” aku menyandarkan badanku pada sofa sambil menghirup air oren sejuk itu. Lega rasanya.

Thursday, 26 August 2010

Cinta Ketupat - 4

Burp! Aku bersendawa kekenyangan. Mata mama tajam menikam wajahku yang berkelakuan sungguh tidak senonoh itu.

“Oops.. Alhamdulillah~” aku sedar akan kesilapanku.

“Heesh.. sungguh tak senonoh. Kalau macam ni, macam mana nak kahwin?”

Aku tersedak.

“Siapa yang nak kahwin ma?” tanyaku. Blur attack. Mama maksudkan aku ke? Tapi dengan siapa?

“Alya, dah buka puasa pun Alya.. takkan lali lagi kot.. jangan bagi seribu satu alasan. Bukan mama tak kenal dengan Alya tu. Alya sayang, kalau Alya tak sedar juga.. anak mama cuma ada satu je. So dia lah yang mama nak kahwinkan”

“Alya?” aku menunjuk diriku.

“Ah, takkan berkenan.. tadi kan dah jumpa ngan bakal suami. Surprise kan? Kamu yang nak sangat kan kahwin dengan laki Korea kan.. so mama cari lah untuk kamu satu..”

“MAMA!!!! Tapi… “

“No, I don’t accept ‘NO’ as an answer no more. Alya yang janji ngan mama kan over the phone last time waktu mama telefon last time Alya waktu Alya kat Melbourne last time, if mama jumpa mamat Korea sebijik ngan mamat bunga tu, you are getting married. Alya tu bukannya muda sangat lagi…”

Janji?

‘Bila masa pula aku berjanji ni?’ aku mengerutkan dahiku cuba untuk memutarkan kembali CD ingatanku.

*Flashback*

“Alya, Alya sibuk ke?” memecah suara mama masuk melalui corong telefon.

“Not really ma… Alya tengah duduk depan computer nih, baru je selesai hantar assignment. So now kira free lah..”

“Ada exam ke?”

“Hrm.. takde. My course memang takde exam lah ma.. eh kenapa mama tanya ni? Bunga-bunga lah pula” cara pertanyaan mama sungguh berbeza. Seperti ada hajat yang besar.

“So kalau mama bincang sesuatu dengan Alya skang ni, boleh ke?”

“Eh mama ni.. sound macam tu. Buat Alya tak senang duduk lah” aku bangkit dari meja belajarku dan menuju ke atas katil.

“Ah, penting discussion nih. Tentang masa depan Alya”

“What?? Mama nak discontinue uni Alya ke?”

“Eh tak lahh..”

“Dah tu?”

Dan mama pun terus bercerita panjang lebar membuatkan aku betul-betul tidak senang duduk.

“Eh mama ni.. tak nak lah kawin awal-awal. Alya tengah tunggu Mr. Right Alya ni. Stail lama betul lah main jodoh-jodoh ni. Kang Alya tak suka dia kang.. kesian anak mama ni tau.. Mama tak sayang ke anak mama ni?”

“Sebab mama sayang anak mama lah, mama buat macam ni”

“Mama ni…” aku merungut. Kurang senang dengan cadangan mama. Mama ingin menjodohkan aku dengan anak kenalan Mak Tin. Eiks! Tak pernah pun jumpa, nak kahwin ke? Ini bukan dalam novel. Aku menarik muncung sedepa ku.

‘Kalau dia hensem macam Hyun Joong-oppa boleh lah, aku layan je’ rungut ku dalam hati kononnya. Tapi rupanya tidak di dalam hati rungutan ku itu, bila mama boleh mendengarnya.

“Eh nak juga yang macam mamat bunga tu… kalau Mama kata mama jumpa orang macam dia, kamu nak kahwin ke dengan dia?” kata Mama.

“Boleh juga ma..dapat laki hensem macam tu, mesti mama bangga giler lah. Cucu-cucu mama mesti cantik dan hensem nanti,” aku terkekek membalas.

“Betul eh?” tanya mama lagi memastikan.

“Betuuuul.. kalau mama boleh bawa Kim Hyun Joong tu ke Malaysia kahwin dengan Alya, I will do whatever you want,” balas ku lagi. Pastinya itu satu yang mustahil.

“Cerita-cerita tang Hyun Joong ni.. Uihhs..mama tau ke siapa dia? Mama dah tengok ke drama tu?” soalku teruja. Wah! Mama ku update lah dengan Korea nih!

“Laa.. kan Alya yang suruh mama tengok drama tu. So mama suruh lah Pak Mat cari DVD dia untuk mama. Dah anak mama macam gila bayang dengan budak Hun Jung tu”

“Bukan Hun Jung lah mama, tapi Hyun Joong” aku membetulkan kesilapan mama menyebut nama lelaki pujaan ku itu.

“Sama jer lah bunyi dia.. heesh.. eh, Alya.. mama skang bukan nak cerita tang mamat bunga tuh..
tapi nak cerita tang pertunangan kamu ni”

“TUNAAAANGGGGG?”

*end of flashback*

“Ma, so skang dia dah jadi tunang Alya ke ma?”

“Ah – anak angkat Mak Tin tu dah jadi tunang kamu Alya. Yang kamu pakai tu cincin dia lah”

“WHAAAAATTTTTT??” Aku melihat cincin berlian yang tersarung di jari manis ku.

“But mama cakap cincin ni, Mak Tin yang bagi untuk mama” dan bila saja sedar apa yang ku cakapkan, aku menekupkan mulut ku. Sheesh!!

“Tapi Ma, kan dia… “

“No, tapi – tapi…” dan mama terus berlalu meninggalkan ku terkulat-kulat.

‘… dia kan suami Kak Ashie’ aku meneruskan apa yang ingin ku katakan dalam hati. Aku betul-betul risau.

Ku cubit pipi kanan, ku cubit pipi kiriku berkali-kali, terasa sakitnya. Dan ku lihat jari manis ku yang masih tersarung cincin itu, memang wujud cincin itu. Tapi sampaikah hati aku memusnahkan kebahagiaan Ashie unnie? Takkan mama tak tau yang Ashie unnie dah kembali?

Dan aku sendiri..sanggup kah aku untuk bermadu?

'TIDAAAAKKKKK!' teriak ku dalam hati. Aku tidak sanggup untuk memusnahkan kebahagiaan kakak kesayangan aku.

Tidak ada kah lelaki lain di dalam dunia ini?

'Ada- Kim Hyun Joong kan ada.. kenapa perlu Min Chul-ssi juga yang jadi pilihan Mama? Tu kan menantu Mak Tin?'

1001 persoalan menyesak masuk ke dalam mindaku. Dan aku berlari ke bilik mama untuk memberitahu mama hal yang sebenar.

Aku harus menghentikan perkara ini secepat mungkin!

PANIC ATTACK ON THE ROWS!!

Friday, 20 August 2010

Cinta Ketupat - 3

“Assalammualaikum~~!!! Assalammualaikum~! Ada orang di rumah tak? Mak Tin??” laungku memberi salam di hadapan pintu rumah Mak Tin yang terbuka sedikit.

Kalau sudah terbuka tu, sememangnya adalah orang kan? Tapi mana Mak Tin ni? Ku toleh ke kiri, ku toleh ke kana. Tidak pula ada benda-benda yang menimbulkan syak wasangka. Kereta Honda City Mak Tin masih lagi ada. Menunjukkan tiada pecah rumah telah berlaku. Kalau tidak mesti kereta itu dibawa lari juga. Tapi ada satu lagi kereta sport Audi A5 berwarna hitam berkilat mengisikan tempat letak kereta yang kosong bersebelahan kereta Mak Tin. Tapi, takkan lah pencuri pakai Audi R8 kot? Tapi kalau bukan pencuri, siapa yang pakai?

‘Wah, pastinya Mak Tin beli kereta baru. Tapi Mak Tin ni.. biar betul beli Audi A5? Ini dream car aku ni. Dia nak buat apa dengan kereta best macam ni?’ aku bermain dengan seribu satu persoalan.

“Assalammualaikum~~!!” laung ku lagi sekali.

“Waalaikumsalam” jawab satu suara dari dalam. Seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan 7 tahun kini berdiri di hadapanku. “Aunty, aunty~ aunty nak jumpa siapa?” tanyanya pintar dan tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik dan sihat ala Kodomo Lion. Aku terkesima sekejap. Wajahnya juga persis seseorang. Tapi siapa? Aku pantas meredah kotak minda untuk gambar seseorang. Rambut ikal badan sedikit gempal.. HA! Kidong~!

“Kidong ahh” terlepas nama itu dari mulutku.

“Yes aunty? Aunty ni nak jumpa Kidong ke? Tapi Kidong tak kenal Aunty pun” dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin cuba mengingati jika dia pernah bertemu ku di mana-mana sebelum ini.

‘Eh perasan pula budak ni nama dia Kidong’

“Adik, Mak Tin mana?”

“Nama Kidong bukan Adik. Choneun Kidong imnida. Annyeonghaseyo!” fulamak! Ni ke anak angkat Mak Tin dari Korea tu? Fasih giler bahasa Korea budak ini. Bukan itu sahaja, fasih juga berbahasa Melayu. Tercengang aku seketika.

“Aunty cari siapa?”

“Mak Tin.. is she in?” sesungguhnya aku lebih senang berbahasa Inggeris dengan budak ini. Aku pun tidak tahu kenapa. Dia budak pintar.

“Mak Tin? No Mak Tin here”

Eh? Aku salah rumah ke? Aku melirik lagi ke garaj. Itu betul, kereta Honda City tu memang Mak Tin yang punya. Ku kecilkan pandanganku untuk melihat nombor plat kereta itu. Ha! Betul pun, itu kereta Mak Tin.

“So who lives here Kidong?” tanyaku ramah dan melebarkan senyuman selebar-lebarnya.
Trying to be friendly lah kononnya~

“Kidong, omma, appa, Nek Tin and… ” belum pun sempat dia menghabiskan jawapannya, terdengar satu suara yang agak familiar.

“Kidong ahh~ nuguseyo?”

“Umma, nam molla” balas budak kecil itu. Nasib baik lah aku faham bahasa Korea ni sedikit-sedikit. Mengerti juga aku dengan apa yang mereka bicarakan.

Dan yang empunya suara menyapa. Terkejut aku melihat wajah itu. Dan rasa sebak bercampur gembira berbaur menjadi satu.

“UNNIEEEE!!!!!!OHMYYY!!! Bila unnie balik???” aku melurutkan pegangan kantung plastik yang ku pegang ke pergelangan dan memeluk wanita itu kejap.

“Alya, mung apa khabar? Lama kita tak jumpa naaa~ masih ingat unnie kaaa?”

“Alaa.. unnie, takkan lah tak ingat unnie..” aku mengesat air mata ku yang akhirnya mengalir. Dia juga ku lihat mengesat air matanya dengan hujung bajunya.

“APPAAA!! Omma nangis. Ada orang buat omma nangis,” budak berambut ikal itu terus berlari comel ke dalam dengan suaranya yang nyaring. Aku dan Ashie-unnie tercengang lalu ketawa melihat gelagat si kecil.

“Itu anak unnie. Kidong nama gelarannya. Nama sebenarnya Daniel Shim”

“Ohhh…ingat Kidong yang betul tadi. Sebijik juga dengan Kidong Speedy Scandal tu. So, unnie bahagia lah skang dengan hubby unnie tu?”

“Alhamdulillah Alya, bahagia sesangat. Ayah unnie pun dah mampu terima dia skang ni. Skang ni ayah kat belakang tu dengan abang Alya mencari daun silat. Lawak juga tengok orang tak pernah masuk hutan belantara, tiba-tiba masuk hutan” Ashie-unnie tersenyum senang.

Terpancar sinar kebahagiaan di matanya. Aku bersyukur akhirnya dia kembali juga ke pangkuan Mak Tin dan Pak Abu. Ashie Unnie, satu-satunya anak tunggal Mak Tin dan Pak Abu yang merajuk membawa diri kerana cinta terlarang apabila dia kahwin lari dengan seorang lelaki berbangsa Korea. Siapa namanya? Aku pun tidak ingat. Rupanya ini yang mama maksudkan dengan kerugian jika aku tidak bertandang ke rumah Mak Tin.

“Ha~ ni rendang daging untuk Unnie sekeluarga” aku menghulurkan bekas plastik yang ku bawa tadi.

“Alya tak nak masuk dulu ke?”

“Eh tak pe lah unnie.. nak get ready untuk berbuka lagi. Riuh kang mama kat rumah tu”

“Ok lah, kirimsalam Mama Alya juga. Nanti-nanti kita berbuka sama-sama ye. Jumpa kat masjid pun boleh juga”

“Okay.. oh by the way, Alya lupalah unnie.. hee.. siapa nama hubby Unnie tu? Alya lupalah”

“Laaa… lupa? Abang Alya tu nama dia Abdul Wakeel Shim. Nama Korea dia Shim Min Chul”

“Shim Min Chul? Alaa.. nama sebijik macam member T-Max tu, “ aku memberitahu Ashie unnie.

“Bukannya lagi sebijik. Dah memang pun dia orangnya” balas Ashie-unnie tersenyum.

“HAHHHH????” Aku terkejut baboon.

“Iye.. betul lah tu. Waktu unnie kahwin dengan dia, dia belum jadi artis lagi pun”

“Oh- ohmyyy! Artis tu unnie! You sure are so lucky, unnie” Aku betul-betul tidak menyangka akan pertemuan sebegini. Confirmlah kereta Audi Sport tu dia yang punya! Artis tu.. mesti pakai kereta glamour gitu!

“Alhamdulillah, Alya. Dia memang suami yang baik. Nanti unnie kenalkan dia dengan Alya. Nak autograf pun boleh juga. Tapi skang ni dia takde..tengah sibuk kat belakang tu”

“Tak apalah unnie. Nanti akan jumpa juga esok-esok. Insya-Allah. Eh? Dah lewat ni unnie.. Alya balik dulu ye. Kirimsalam Mak Tin” walaupun hati ini teruja sangat untuk bertemu dengan artis itu. Al-maklumlah kan, aku tak pernah pun jumpa artis secara live nih. Ni kan pula jumpa artis Korea, artis Malaysia pun aku tak pernah terserempak lagi. Adeh~

“Ahh.. insya-Allah~” aku dan Ashie-unnie bersalaman lagi dan saling berpelukan. Ku meninjau-ninjau si kecil Kidong. Tapi tiada bayangnya. Mungkin dia sudah mengadu dengan ayah dia agaknya. Tersenyum aku sebelum berlalu. Girang hati ini akan pertemuan bersama Ashie-unnie. Sungguh tidak ku sangka. Mama sure knows bagaimana untuk surprisekan anak kesayangannya ini!

Cinta Ketupat - 2

Satu ketukan halus di pintu bilik menyedarkan ku. Suara mama menusuk masuk ke telinga ku.

‘Eh, aku tertidur ke?’ tersedar aku dari tafakur ku. Ku usap kepalaku dan wajahku, ternyata aku masih bertelekung. Sah! Aku memang tertidur sewaktu bertafakur tadi.
Betul ke aku bertafakur?

“Kejap ma…” aku membuka telekung ku dan menyidainya semula di tempat biasa. Aku menuju ke pintu sambil tersenyum.

“Ha, senyum-senyum ni kenapa? Lama betul kamu sembahyang Asar.. kamu buat sunat ke?” tanya mama sambil mengerutkan dahi. Aku yang tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari mama tersengih lagi macam kerang busuk dua minggu.

“Ha! Sengih-sengih macam tu.. kompom arr tertidur dalam solat. Ya Allah~ kamu ni Alya? Besar panjang ada Master macam ni pun… perangai tak pernah berubah” bebel mama. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Kenapa ma?”

“Lahh.. dia tanya lagi. Mama kan nak mintak Alya tolong.. tolong hantar sedekah buat Mak Tin kau tu. Ni ha bekas dia” mama menghulurkan kotak plastik berwarna hijau berisi dua bekas.

“Ok lah.. ok lah.. Alya hantar.. heee.. but mama buat apa ni?” tanyaku cuba mengintai-intai kotak plastik dan mendekatkan hidung ingin mengambil aroma. Hmm~ bau macam rendang daging. Nyum!

“Mama buat rendang daging. Mak Tin special request. Sebab Mak Tin kau hari ni buat lontong. Kang bekasnya jangan lupa bawa balik ok?”

Uihs! See.. special request tu. Rendang daging mama sungguh special! Terkenal di seluruh alam. Eh ya ke? Banyak lah seluruh alam.. tapi betul, sure tak tipu punya. Kalau Kim Hyun Joong rasa rendang daging mama nih buat cicah ketupat waktu raya .. uihhs.. mau tak balik Korea dia. Siap-siap ajak keluarga dia tinggal kat Malaysia ni. Panjang angan lagi sikit. Siap-siap maunya dia suruh ibu dia pinang mama. EYHHH?? PINANG MAMA? Tsk. Tsk. Lahh pulaaa.. maksud aku pinang anak mama. Hehehehe..

"Tapi kenapa Mak Tin special request rendang daging mama awal puasa ni ma? Bukan Mak Tin selalu special request untuk first day raya ke? Ni belum pun raya lagi, anak bulan ramadan pun masih belum besar," aku bertanya pada mama kehairanan merujuk pada awalnya mama menerima pesanan Mak Tin.

"Ala Mak Tin kau tu, anak angkat dia tu mengidam nak makan ketupat dengan lemang dia datang Malaysia ni, tu yang Mak Tin turutkan keinginan dia tu. Takut dia balik Korea nanti, kempunan pula dia. "

Mendengar akan jawapan mama, aku menarik 'O' ku panjang tanda mengerti. "Ooooooooo..patutlahhhh."

“Dah, dah apa lagi tercegat kat situ tu? Mama nak solat jap. Hantar now – kang mama dah selesai solat, mama nak bekas ni kosong dan ada kat meja dapur. Dengar?” Aduh! Walau dah bersara mama ni, tapi aura cikgu dalam diri dia masih ada feel gitu.

“Ok- madam!” dan aku mengangkat kanan ku menunjukkan tabik dan menghentak kaki kiri ku ala-ala prebet bersara tahun 60-an.

“Malas betul mama nak layan kamu ni,” mama menggelengkan kepalanya sebelum berlalu ke bilik tidurnya.

Aku tersenyum senang melihat senyuman mama. Hati ku ringan. Sejak pemergian ayah menghadap Illahi tujuh tahun lalu, mama yang bersusah payah membesarkan aku. Dan kini, satu pintaku – walau ku tidak sempat untuk membalas jasa ayah, aku berjanji untuk membalas jasa mama yang telah banyak berkorban untuk ku. Untuk masa depanku.

‘Ma, akan ku lakukan apa saja untuk membahagiakan mama,’ bisik hatiku dan itu janjiku. Janji ku di hadapan batu nisan ayah selepas ayah dikuburkan tujuh tahun lalu. Tiba-tiba terbias rindu di hati ini buat ayah. Air mata ku yang ingin mengalir dapat ku tahan. Aku pantas menuruni tangga untuk menghantar sedekah juadah ke rumah Mak Tin sebelum mama menyedari akan perubahan angin monsun ku.

Wednesday, 18 August 2010

Cinta Ketupat - 1

Mataku terkebil-kebil memandangnya. Aku di alam mimpi kah? Ku cubit pipi kanan ku. Terasa peritnya. Terasa juga satu usapan lembut di pipi kanan ku menghilangkan rasa perit itu. ‘Ma, Alya tak bermimpi kan mak?’ tanya ku di dalam hati tanpa menyedari tangan ku sudah memegang tangan sasa dan mendekatkannya lagi ke pipiku. Suam rasanya menenangkan jiwa. Berputar dunia ku seketika dipenuhi lagu cinta. Dia merenungku lembut. ‘Hafiz~’ ku sebut nama itu dan si dia mengukir senyuman manisnya.

BUK!

“HOH! Astaghfirullah!” Aku terbangun dari tempat lena ku. Mendengar akan suara ku itu, pastinya cukup besar sehingga sampai ke telinga mama yang sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa. Bunyi aku jatuh seperti nangka busuk bergolek happily down the stream. Hehehehe~

“Alya, kenapa? Buat kejut mama je.. Anak bertuah! Tidur lagi waktu Asar!” Ibu mula membebel sambil menyuakan senduknya pada jam dinding yang terletak di ruang tamu. Aku menjeling pada waktu yang ditunjukkan mama, terduduk sambil tersengih serang busuk.

“Sorry ma. Alya tired tired a bit. Kejap ma, lepas ni Alya ikut mama pergi dapur okeh? Buat sirap okeh? Alya naik atas jap sembahyang Asar. Tumpang lalu ye mama.. mwa!” aku membongkokkan badan sedikit melintas ibu untuk naik atas.

“Hmm. Tapi kang jangan pula tak turun-turun. Mama nak Alya hantar sedikit makanan ke rumah Mak Tin sebelah. Dengarnya anak angkatnya dari Korea dah tiba”

Terhenti langkah ku menaiki tangga dan berpaling pada ibu. “Korea?” pantang sungguh telingaku mendengar nama negeri itu. Bukan jelik tapi teruja. Sebab jiwa fangirl aku yang sungguh ultimate ini. Dan di fikiranku mula membayangkan alangkah baiknya kalau anak angkat Mak Tin itu Kim Hyun Joong. Pastinya aku akan bertuku bertangga di hadapan rumah Mak Tin. Akan ku tunjukkan bakat dan skil rumah tangga ku dari memasak air sehingga memasak telur goreng dadar ala-ala Adam Liaw, Master Chef Australia 2010. Tersenyum aku seorang diri mula jauh terapung-apung di planet Neptune.

“Ewah~ ewah.. panjang angan. Dah sembahyang ke adik manis oii?” suara mama memecah telinga ku lagi. “Dah hampir kering cetek mama boil air, belum lagi berganjak dari situ. Mula lah tu.. sebut je Korea, berangan lah tu nak kahwin dengan budak biola tu! Takde maknanya Alya oiii~” terpacul lagi kepala mama dari dapur.

“Dah, dah~ pergi sembahyang skang. Pas tu hantar bekas..”

“Alaa..mak je yang hantar lah.. pinggang Alya sakit lah”

“Banyak alasan. Jangan nak macam-macam. Alya yang rugi nanti” dan mama terus berlalu ke dapur semula.

‘Rugi? Rugi kenapa? Ah..takde maknanya’ dan aku mengangkat bahu endah tak endah dan terus mendaki anak tangga ke bilikku di tingkat atas ingin menunaikan kewajipan Asar yang telah ditetapkan.