Friday, 20 August 2010

Cinta Ketupat - 3

“Assalammualaikum~~!!! Assalammualaikum~! Ada orang di rumah tak? Mak Tin??” laungku memberi salam di hadapan pintu rumah Mak Tin yang terbuka sedikit.

Kalau sudah terbuka tu, sememangnya adalah orang kan? Tapi mana Mak Tin ni? Ku toleh ke kiri, ku toleh ke kana. Tidak pula ada benda-benda yang menimbulkan syak wasangka. Kereta Honda City Mak Tin masih lagi ada. Menunjukkan tiada pecah rumah telah berlaku. Kalau tidak mesti kereta itu dibawa lari juga. Tapi ada satu lagi kereta sport Audi A5 berwarna hitam berkilat mengisikan tempat letak kereta yang kosong bersebelahan kereta Mak Tin. Tapi, takkan lah pencuri pakai Audi R8 kot? Tapi kalau bukan pencuri, siapa yang pakai?

‘Wah, pastinya Mak Tin beli kereta baru. Tapi Mak Tin ni.. biar betul beli Audi A5? Ini dream car aku ni. Dia nak buat apa dengan kereta best macam ni?’ aku bermain dengan seribu satu persoalan.

“Assalammualaikum~~!!” laung ku lagi sekali.

“Waalaikumsalam” jawab satu suara dari dalam. Seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan 7 tahun kini berdiri di hadapanku. “Aunty, aunty~ aunty nak jumpa siapa?” tanyanya pintar dan tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik dan sihat ala Kodomo Lion. Aku terkesima sekejap. Wajahnya juga persis seseorang. Tapi siapa? Aku pantas meredah kotak minda untuk gambar seseorang. Rambut ikal badan sedikit gempal.. HA! Kidong~!

“Kidong ahh” terlepas nama itu dari mulutku.

“Yes aunty? Aunty ni nak jumpa Kidong ke? Tapi Kidong tak kenal Aunty pun” dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin cuba mengingati jika dia pernah bertemu ku di mana-mana sebelum ini.

‘Eh perasan pula budak ni nama dia Kidong’

“Adik, Mak Tin mana?”

“Nama Kidong bukan Adik. Choneun Kidong imnida. Annyeonghaseyo!” fulamak! Ni ke anak angkat Mak Tin dari Korea tu? Fasih giler bahasa Korea budak ini. Bukan itu sahaja, fasih juga berbahasa Melayu. Tercengang aku seketika.

“Aunty cari siapa?”

“Mak Tin.. is she in?” sesungguhnya aku lebih senang berbahasa Inggeris dengan budak ini. Aku pun tidak tahu kenapa. Dia budak pintar.

“Mak Tin? No Mak Tin here”

Eh? Aku salah rumah ke? Aku melirik lagi ke garaj. Itu betul, kereta Honda City tu memang Mak Tin yang punya. Ku kecilkan pandanganku untuk melihat nombor plat kereta itu. Ha! Betul pun, itu kereta Mak Tin.

“So who lives here Kidong?” tanyaku ramah dan melebarkan senyuman selebar-lebarnya.
Trying to be friendly lah kononnya~

“Kidong, omma, appa, Nek Tin and… ” belum pun sempat dia menghabiskan jawapannya, terdengar satu suara yang agak familiar.

“Kidong ahh~ nuguseyo?”

“Umma, nam molla” balas budak kecil itu. Nasib baik lah aku faham bahasa Korea ni sedikit-sedikit. Mengerti juga aku dengan apa yang mereka bicarakan.

Dan yang empunya suara menyapa. Terkejut aku melihat wajah itu. Dan rasa sebak bercampur gembira berbaur menjadi satu.

“UNNIEEEE!!!!!!OHMYYY!!! Bila unnie balik???” aku melurutkan pegangan kantung plastik yang ku pegang ke pergelangan dan memeluk wanita itu kejap.

“Alya, mung apa khabar? Lama kita tak jumpa naaa~ masih ingat unnie kaaa?”

“Alaa.. unnie, takkan lah tak ingat unnie..” aku mengesat air mata ku yang akhirnya mengalir. Dia juga ku lihat mengesat air matanya dengan hujung bajunya.

“APPAAA!! Omma nangis. Ada orang buat omma nangis,” budak berambut ikal itu terus berlari comel ke dalam dengan suaranya yang nyaring. Aku dan Ashie-unnie tercengang lalu ketawa melihat gelagat si kecil.

“Itu anak unnie. Kidong nama gelarannya. Nama sebenarnya Daniel Shim”

“Ohhh…ingat Kidong yang betul tadi. Sebijik juga dengan Kidong Speedy Scandal tu. So, unnie bahagia lah skang dengan hubby unnie tu?”

“Alhamdulillah Alya, bahagia sesangat. Ayah unnie pun dah mampu terima dia skang ni. Skang ni ayah kat belakang tu dengan abang Alya mencari daun silat. Lawak juga tengok orang tak pernah masuk hutan belantara, tiba-tiba masuk hutan” Ashie-unnie tersenyum senang.

Terpancar sinar kebahagiaan di matanya. Aku bersyukur akhirnya dia kembali juga ke pangkuan Mak Tin dan Pak Abu. Ashie Unnie, satu-satunya anak tunggal Mak Tin dan Pak Abu yang merajuk membawa diri kerana cinta terlarang apabila dia kahwin lari dengan seorang lelaki berbangsa Korea. Siapa namanya? Aku pun tidak ingat. Rupanya ini yang mama maksudkan dengan kerugian jika aku tidak bertandang ke rumah Mak Tin.

“Ha~ ni rendang daging untuk Unnie sekeluarga” aku menghulurkan bekas plastik yang ku bawa tadi.

“Alya tak nak masuk dulu ke?”

“Eh tak pe lah unnie.. nak get ready untuk berbuka lagi. Riuh kang mama kat rumah tu”

“Ok lah, kirimsalam Mama Alya juga. Nanti-nanti kita berbuka sama-sama ye. Jumpa kat masjid pun boleh juga”

“Okay.. oh by the way, Alya lupalah unnie.. hee.. siapa nama hubby Unnie tu? Alya lupalah”

“Laaa… lupa? Abang Alya tu nama dia Abdul Wakeel Shim. Nama Korea dia Shim Min Chul”

“Shim Min Chul? Alaa.. nama sebijik macam member T-Max tu, “ aku memberitahu Ashie unnie.

“Bukannya lagi sebijik. Dah memang pun dia orangnya” balas Ashie-unnie tersenyum.

“HAHHHH????” Aku terkejut baboon.

“Iye.. betul lah tu. Waktu unnie kahwin dengan dia, dia belum jadi artis lagi pun”

“Oh- ohmyyy! Artis tu unnie! You sure are so lucky, unnie” Aku betul-betul tidak menyangka akan pertemuan sebegini. Confirmlah kereta Audi Sport tu dia yang punya! Artis tu.. mesti pakai kereta glamour gitu!

“Alhamdulillah, Alya. Dia memang suami yang baik. Nanti unnie kenalkan dia dengan Alya. Nak autograf pun boleh juga. Tapi skang ni dia takde..tengah sibuk kat belakang tu”

“Tak apalah unnie. Nanti akan jumpa juga esok-esok. Insya-Allah. Eh? Dah lewat ni unnie.. Alya balik dulu ye. Kirimsalam Mak Tin” walaupun hati ini teruja sangat untuk bertemu dengan artis itu. Al-maklumlah kan, aku tak pernah pun jumpa artis secara live nih. Ni kan pula jumpa artis Korea, artis Malaysia pun aku tak pernah terserempak lagi. Adeh~

“Ahh.. insya-Allah~” aku dan Ashie-unnie bersalaman lagi dan saling berpelukan. Ku meninjau-ninjau si kecil Kidong. Tapi tiada bayangnya. Mungkin dia sudah mengadu dengan ayah dia agaknya. Tersenyum aku sebelum berlalu. Girang hati ini akan pertemuan bersama Ashie-unnie. Sungguh tidak ku sangka. Mama sure knows bagaimana untuk surprisekan anak kesayangannya ini!

4 comments:

Unknown said...

*terkedu

ar ar..SHIm MInchul???
kyaaaaaa...anak aku daniel sjim..kumpulan U kiss tu ke??kekekekke..

adeh..wae wae wae...??

*TERKEZUT ni...

Unknown said...

er sori ..i come again..
nama dier shin min chul...bukan shim...

...er anak saya nama shin dongho..ye buleh jugaklah nak nama kan mohd daniel shin pong...ahhahahaha

xXrucciXx said...

kurang asam tau yg buat fan-fic ni... buat aku sakit pipi n rahang... cissss

hahahaha

hurulaini said...

owh...aku lambat 2 tahun nak komen...lol...nerbes tengok nama shim..nasib shim minchul...kalau shim changmin memeng ku datang jadi penculik....lol