Satu ketukan halus di pintu bilik menyedarkan ku. Suara mama menusuk masuk ke telinga ku.
‘Eh, aku tertidur ke?’ tersedar aku dari tafakur ku. Ku usap kepalaku dan wajahku, ternyata aku masih bertelekung. Sah! Aku memang tertidur sewaktu bertafakur tadi.
Betul ke aku bertafakur?
“Kejap ma…” aku membuka telekung ku dan menyidainya semula di tempat biasa. Aku menuju ke pintu sambil tersenyum.
“Ha, senyum-senyum ni kenapa? Lama betul kamu sembahyang Asar.. kamu buat sunat ke?” tanya mama sambil mengerutkan dahi. Aku yang tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari mama tersengih lagi macam kerang busuk dua minggu.
“Ha! Sengih-sengih macam tu.. kompom arr tertidur dalam solat. Ya Allah~ kamu ni Alya? Besar panjang ada Master macam ni pun… perangai tak pernah berubah” bebel mama. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Kenapa ma?”
“Lahh.. dia tanya lagi. Mama kan nak mintak Alya tolong.. tolong hantar sedekah buat Mak Tin kau tu. Ni ha bekas dia” mama menghulurkan kotak plastik berwarna hijau berisi dua bekas.
“Ok lah.. ok lah.. Alya hantar.. heee.. but mama buat apa ni?” tanyaku cuba mengintai-intai kotak plastik dan mendekatkan hidung ingin mengambil aroma. Hmm~ bau macam rendang daging. Nyum!
“Mama buat rendang daging. Mak Tin special request. Sebab Mak Tin kau hari ni buat lontong. Kang bekasnya jangan lupa bawa balik ok?”
Uihs! See.. special request tu. Rendang daging mama sungguh special! Terkenal di seluruh alam. Eh ya ke? Banyak lah seluruh alam.. tapi betul, sure tak tipu punya. Kalau Kim Hyun Joong rasa rendang daging mama nih buat cicah ketupat waktu raya .. uihhs.. mau tak balik Korea dia. Siap-siap ajak keluarga dia tinggal kat Malaysia ni. Panjang angan lagi sikit. Siap-siap maunya dia suruh ibu dia pinang mama. EYHHH?? PINANG MAMA? Tsk. Tsk. Lahh pulaaa.. maksud aku pinang anak mama. Hehehehe..
"Tapi kenapa Mak Tin special request rendang daging mama awal puasa ni ma? Bukan Mak Tin selalu special request untuk first day raya ke? Ni belum pun raya lagi, anak bulan ramadan pun masih belum besar," aku bertanya pada mama kehairanan merujuk pada awalnya mama menerima pesanan Mak Tin.
"Ala Mak Tin kau tu, anak angkat dia tu mengidam nak makan ketupat dengan lemang dia datang Malaysia ni, tu yang Mak Tin turutkan keinginan dia tu. Takut dia balik Korea nanti, kempunan pula dia. "
Mendengar akan jawapan mama, aku menarik 'O' ku panjang tanda mengerti. "Ooooooooo..patutlahhhh."
“Dah, dah apa lagi tercegat kat situ tu? Mama nak solat jap. Hantar now – kang mama dah selesai solat, mama nak bekas ni kosong dan ada kat meja dapur. Dengar?” Aduh! Walau dah bersara mama ni, tapi aura cikgu dalam diri dia masih ada feel gitu.
“Ok- madam!” dan aku mengangkat kanan ku menunjukkan tabik dan menghentak kaki kiri ku ala-ala prebet bersara tahun 60-an.
“Malas betul mama nak layan kamu ni,” mama menggelengkan kepalanya sebelum berlalu ke bilik tidurnya.
Aku tersenyum senang melihat senyuman mama. Hati ku ringan. Sejak pemergian ayah menghadap Illahi tujuh tahun lalu, mama yang bersusah payah membesarkan aku. Dan kini, satu pintaku – walau ku tidak sempat untuk membalas jasa ayah, aku berjanji untuk membalas jasa mama yang telah banyak berkorban untuk ku. Untuk masa depanku.
‘Ma, akan ku lakukan apa saja untuk membahagiakan mama,’ bisik hatiku dan itu janjiku. Janji ku di hadapan batu nisan ayah selepas ayah dikuburkan tujuh tahun lalu. Tiba-tiba terbias rindu di hati ini buat ayah. Air mata ku yang ingin mengalir dapat ku tahan. Aku pantas menuruni tangga untuk menghantar sedekah juadah ke rumah Mak Tin sebelum mama menyedari akan perubahan angin monsun ku.

1 comment:
ewah ewah...org suh anto rendang, manyak plak tanya....ahhahha..
alya tuh obses tul ngan kim hyun joong ye...kekkee
Post a Comment