Wednesday, 18 March 2015

Fall In 5,6,7,8 ! - Bab 1



Di salah sebuah gerai di tempat yang cukup tersorok. Tak tahu lah pula bahagian Seoul yang mana yang cukup tersorok. Rasa-rasanya adalah juga dalam 2 jam perjalanan dengan kereta. 

‘Adik aku ani dah buang tabiat agaknya’ Si Abang hanya mampu merenung yang sedang menikmati jajangmyeon dengan penuh perasaan. 

“AHJUMMA, HANA JAJANGMYEON JUSEYO!” Si Adik mengorder. 

“Ji Wook aaaa… sudah-sudah lah tu! Kau tahu ini dah mangkuk ke berapa kau order?” Si Abang mula naik risau bila adiknya mula memesan satu lagi Jjangmyeon. Matanya pantas mengira mangkuk yang sudah tersusun bertingkat-tingkat di hadapan matanya. Silap haribulan, kalau tak diberhentikan, boleh je kalah Twin Tower KLCC nih. ’15 semuanya! AIGOO!’ 

**Sedikit info: Jajangmyeon adalah sejenis noodle yang biasanya dimakan oleh orang yang single atau orang yang berasa kesunyian sebagai menyambut ‘Black Day’ yang jatuh pada 14 April. 

Si abang merenung jam tangannya untuk melihat haribulan. ’14 April…’ Genap tiga bulan. 

“Ji Sub Hyung… kau tak akan tahu apa perasaan aku. Kau tahu tak, sakit tuh nya di sini tau!” Dan si adik mula meraung lagi. Si Abang menggeleng dah tak tahu nak buat apa lagi. “Sampai hati tau Min Young curang depan mata aku! Selama ini tak cukup ke pengorbanan aku untuk dia. Dan dia sanggup berpaling arah. 3 tahun hyung! 3 tahun!” 

[Sila youtube dan imagine scene ini dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini versi Akustik Beatbox]  

“HAISH… Ji Wook ah! Kau jangan lah nak over pulak! 3 tahun dari mula kau kenal dengan dia berlakon dalam cerita Healer tu! Kau bercinta dengan dia tak sampai pun 3 bulan. Kalau… 5, 6, 7, 8 bulan boleh terima la! Cuba lah logic sikit!”

Si adik berdiri dan menarik kolar baju abangnya yang digelar Ji Sub Hyung itu. “Hyung tak akan faham. Dan tak akan pernah faham. ITU CINTA hyung! CINTA!! Hyung tak pernah jatuh cinta, hyung tak akan tahu!”

“Ergghh.. Ji Wook! Tercekiklah aku macam ni! Gila sudah budak ni! HAISH! Ada ker patut dia kata aku tak tahu apa itu CINTA” 

[Sila imagine scene ini dengan lagu ‘The Condition Of My Heart’ nyanyian Fly To The Sky] 

Ji Sub yang sudah mula naik temperature menarik kembali kolar Ji Wook dan beralih keluar sedikit dari gerai. 

DUSH! Satu tumbukan dihadiahkan kepada Chang Ji Wook. “Ha, ambiklah kau hadiah daripada abang seibu tapi tak sebapa kau ini!”    

Dan hujan pun turun selebatnya. Selebat tangisan Chang Ji Wook yang sangat meruntun jiwa bagi sesiapa yang memandangnya. Ahjumma yang bawa Jjangmyeon ke-16 pesanannya pun terus meletakkan mangkuk itu ke atas meja dan bergegas semula ke dapur untuk mengambil payung. Ahjumma berlari meredah hujan dan memayungi kedua adik beradik itu yang sudah bergelut di dalam hujan itu. 

[Sila imagine scene ini dengan lagu “The Condition Of My Heart” by Fly To The Sky] 

“Ahjumma, apayo…” Chang Ji Wook merintih dan menangis di dalam pelukan Ahjumma Jjangmyeon. So Ji Sub berdiri dan mengesat darah di bibirnya. Hatinya sakit melihat adiknya sebegitu. Walaupun bukan sebapa, tapi Chang Ji Wook masih tetap adiknya. Mereka berkongsi rahim yang sama. 

“Gwenchana.. Ji Wook. Gwenchana… kita balik dulu ye. Kamsahamnida Ahjumma” Si abang memujuk adiknya. Tapi Ji Wook degil. Dia belum ingin menjejakkan kakinya semula ke Seoul. Hatinya masih hancur. Hancur. Dan telefonnya dibuangnya jauh. Pecah berderai.

“Bawa adik kamu masuk ke rumah ahjumma. Kamu pun. Tengok luka kamu ini tak akan bawa kamu ke mana-mana. Demam lagi nanti lain jadinya. Bila kamu balik Seoul nanti, lain pula ceritanya nanti,” Ahjumma menawarkan pertolongan. Mereka bukan calang-calang orangnya. Nanti cerita yang memang hangat akan bertambah hangat lagi. Paparazzi di merata tempat. Dia khuatir akan keadaan hati si adik yang di matanya cukup parah. ‘Haihs, orang muda kalau bercinta tak ke mananya’ dia memandang sayu kedua adik beradik itu. 

Si abang memapah si adik ke rumah ahjumma. So Ji Sub berebsar hati menerima pelawaan ahjumma itu. 

Manakala si ahjumma pula menutup kedainya untuk setengah hari itu. Agaknya cukup lah 16 mangkuk Jjangmyeon hasil jualannya pada hari itu. Ada rezeki lebih dari hari-hari biasa. Cukup-cukup lah kejutan yang diterimanya hari ini.  Sudahlah artis terkenal datang berkunjung ke gerainya. Dan sekarang pula, membantu mereka. 

Siapa tidak kenal dengan Chang Ji Wook dan So Ji Sub wei! Oh well… orang kampong tempat tinggal dia ni memang tak kenal. Tapi anak angkatnya yang seringkali berkunjung melawatnya rajin saja untuk mem-burn DVD drama-drama korea terbaru agar dia boleh menengoknya. Jadinya dia jadi kenal. HEALER! Chang Ji Wook tu kan budak HEALER tu! Drama tu dah tiga tahun dah. Tapi dalam sebulan dua ni baru lah dia berpeluang nak tengok. Al-maklumlah kan… di tempat yang terpencil ini, tak ada maknanya nak tengok drama semua itu. 

Apa yang terjadi pada hari ini, sama ada rezeki atau ujian, dia kurang pasti. Dia berserah. Yang penting, dia ikhlas tolong orang. Bukan dia nak menyibuk, tapi dia mendengar cerita kedua adik beradik itu. ‘Memang rezeki Nurul Celza lah kalau dia melawat hari ini. Tapi hari ini budak tu kerja. Hujung minggu baru ada! Mau pengsan budak ni kalau dia tahu siapa yang datang gerai aku hari ini! Takpelah, karang aku selfie dengan budak berdua ni kalau ada kesempatan dan aku LINE dia’ Otaknya mula ligat merancang sesuatu. Heesh! Licik juga ye ahjumma ini tapi walaupun licik hatinya sangat baik.  Tersenyum dia terkenang akan anak angkatnya yang bernama Nurul Celza itu. Atau nama Koreanya, Min Ja.  Pekerja yang baru ditransfer ke Korea tiga bulan lalu oleh anaknya, Hyun Bin yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat telekomunikasi SAMSOON. Hyun Bin, budak tu pun satu. Sampai sekarang belum kahwin lagi!  Heeesh! Bercinta nya bagai nak rak ke sana kemari, perempuan keliling pinggang. Tapi satu pun belum ada yang dibawa pulang ke Seoul. Alih-alih budak clumsy Nurul Celza ni jugak yang dihantarnya kat aku! AIGOO. Hyun Bin aaaa~  

“Ahjumma…” satu panggil mengejutkannya dari lamunan. Terlupa dia seketika dengan tetamu tersangat istimewa yang tak diundang itu.

“Aaa.. Ji Sub-ssi, ahjumma minta maaf” Matanya melirik pada Chang Ji Wook yang sudah duduk di hujung korner. Nampak badannya terketar-ketar. Ahjumma mengeluarkan tilam panas dari dalam almari. Tilam panas ini biasanya akan digunakannya sewaktu musim sejuk. Tapi ini bukan musim sejuk. Cuma ada hati yang tengah sejuk, tengah beku ketika ini yang memerlukan haba yang panas untuk dicairkan semula.  

“Kamsahamnida Ahjumma…” So Ji Sub mengucapkan terima kasih kepada Ahjumma yang sanggup bersusah payah membantunya adik beradik. “Ahjumma… First Aid Box isseoyo?” 

“Aaah… cheogeot isseoyo…chakkamanyo,” Ahjumma yang baru hendak mengeluarkan kimchi nya dari peti sejuk bergegas untuk menunaikan permintaan Encik So Ji Sub. 

“Takpe Ahjumma… saya ambil sendiri. Dan Ahjumma tak perlu lah pakai bahasa formal. Anggap saja kami ni macam anak Ahjumma juga” balas So Ji Sub ramah. Alahai! Boleh imagine tak? Lelaki kacak ramah macam ni… caiiirr! Caiirrrr! Memang Nurul Celza akan cairrrrrr! Confirm!! 

Tapi anak angkat nya itu… Citarasa punyalah berbeza. Hero FROZEN tu juga lah jadi pujaan hati dia. Healer konon… tapi hati dia sendiri tak mampu nak rawat. Ahjumma tersenyum simpul sendiri macam Koala Bear tersenyum sambil mencampur adukkan bahan-bahan bagi Kimchi Special nya.
Ye u ols! Ahjumma akan memasak lagi! 16 mangkuk Jjangmyeon memang tak cukup untuk ubati hati yang tengah luka dek putus cinta tak sampai 3 bulan. 3 minggu jer u ols! 3 minggu! Ahjumma menggeleng-gelengkan kepalanya. AIGOOOOOOOOOO………………………..

“5….6….7….8….Ahjumma, smileeeeee!” KLIK! Berbunyi kamera. PAP! Terkena hempasan sudip kayu ke atas kepala So Ji Sub! Ha, amik kau kejut aku lagi! 

“Aaaa….. appayo!” So Ji Sub menggosok-gosok kepalanya. Silapnya juga lah sebab terusan saja dia menghampiri Ahjumma yang sedang sibuk dengan Kimchi Special nya lalu mengambil selfie bersama. Ooooo..artis ambik gambar dengan peminat oooo.. oooo.. bertuahnya! ‘Nasib baik aku ni… tua sedar diri… kalau tak…’ ketawa nakal dalam hati. 

“Sorry… Ahjumma..” 

“Sorry..sorry… anak ni ingat ni lagu Super Junior ke? Heesh budak ni!” 

“Woaaa.. Ahjumma! Kenal juga dengan Super Junior ke?” 

“Cuba tak kenal. Anak makcik Hyun Bin tu suka jer dengar lagu diaorang tu. Entah apa-apa kumpulan anak muda sekarang ni ye. Lagu entah apa-apa. Lirik entah terjun ke laut mana entah” 

“Dah tu Ahjumma suka lagu yang macam mana?” 

“Yang macam ni…. “ Ahjumma mengambil sudipnya dan mula menyanyi… “Eojji geurayo eo eojjae geurayo~ sibang nal ullyeonoko tteonagalbaen saranghandago mwottamsi geuraetdanggayo~*”

[Lagu hasil search kat YouTube Korean Country Music – Moon Hee Ok: 천방지축 (Cat & Mouse) …hmm, best jugak lagu ni!] 

So Ji Sub terhibur ketawa. Dan ahjumma juga. 

Lupa seketika akan perbezaan selebriti dan orang biasa. 

Lupa juga seketika dengan mamat Frozen tu!  

Serapatnya mereka seolah mereka ada pertalian yang rapat. Samada di kelahiran sebelum ini. Atau di kelahiran akan datang. 

Mungkinkah? Apakah? 

Tapi itu yang dirasakan hati So Ji Sub. Dan firasatnya tidak pernah salah. Salah satu kelebihan So Ji Sub leeee tu.  

3 comments:

Noreul Basumi said...

omomomomo shee unnie..
tiga jejaka tampan dalam ini cerita..daebak!!!
oh..ada mak hyun bin oppa..
"eomeoni, annyeonghaseyo..chonun noreul imnida" - berangan ckp ngan mak bin oppa
bin oppa di KL..i wish..
keep it up shee unnie..imaginasi anda memang setinggi himalaya..(^_^)
*psttt-masih kabur nie siapa hero..

Shee said...

Hahaha siapa kah hero? Rasanya tak clear lagi lah ye... Hehehe ingatkan dah clear... lol! Takpe takpe....

Kalau ada dua hero boleh tak?? Hahahahaha

chemistry_lady said...

DUSH! Satu tumbukan dihadiahkan kepada Chang Ji Wook. “Ha, ambiklah kau hadiah daripada abang seibu tapi tak sebapa kau ini!”

wakakaka.... part ni sgt kelakar.... tersembur ketawa...

xkisah la berapa hero pun shee... kalau shee yg karang tentu best! unnie cam berharap next episode ada watak noreul sket... lps tu next2 episode leh masuk hurul n shee ke... walaoweh.... bestnyersssss

choppppp... unnie tau.. yg amik gambar yg terbang dek angin masa dlm subway tu ji sub shi kan??? arwah tunang lak sape ek????

unnie ada cadangan... pekata watak hyun bin yg kat msia tu... ada bunga cintun cinta pejabat dgn cik noreul kite..... katakan la noreul nie vendor ke... customer ke... xkisah le... janji sama...

peh tu.... ji chang wook lak... membawa diri ke brunei... wah gitu... ntoh le... hahahhahaha... part nie unnie still thinking camane....

tq ye shee... cite nie confirm boleh jual... hahahaha