“Tapi Kak Ashie kau sendiri yang cadangkan…”
Belum pun sempat mama menghabiskan apa yang ingin dicakapkannya, aku terusan membantah, “Mama!! Mama tau tak Shim Min Chul sebenarnya husband Kak Ashie! Takkan lah mama nak kahwinkan Alya dengan husband Kak Ashie. Takkan lah Kak Ashie nak suruh husband dia kahwin dengan orang lain.. kesian dengan Kidong tau! Alya tak nak! Alya tak nak!!”
Mama terdiam, berkerut dahinya.
“Husband, Shim Min Chul? Kidong? Siapa tu?” nampaknya mama seperti berfikir. Mungkin mama sudah menyedari akan kesilapannya ingin menjodohkan aku dengan suami kesayangan Ashie-unnie.
Dan mama bersuara lagi, “Ooooo.. maksud kamu Wakeel Shim. Ha! Tu memang laki Kak Ashie kamu. Tapi tunang kamu bukan nya si Wakeel tu. Tapi si Ikhmal tu..”
“Ikhmal? Errrr……” giliran ku pula menggaru kepala ku yang tidak gatal. Mama yang keliru ke kau yang keliru ni sebenarnya?
“Ah.. Ikhmal. Nampaknya kamu belum berjumpa lagi kot.. Takpe lah karang kat masjid, mama kenalkan kamu dengan dia lepas terawih, waktu moreh. Jangan pula nak escape. Kamu tu belum lagi jumpa orang kampong. Ramai dah yang tanya tu.. bila kamu nak muncul kat masjid tu” mama mencadangkan aku berjumpa tunangan ku itu dan mengambil kesempatan untuk membebel kerana aku belum menunjukkan muka untuk bersembahyang terawih sejak bulan puasa bermula. Alasan ku letih, belum biasa lagi, dan macam-macam. Aku tahu akan kerugiannya. Tapi aku kan baru balik.. so mesti nak sesuaikan diri dulu dengan keadaan kampong yang sudah lama ku tinggalkan.
“Iye lah.. iye lah.. “ aku akur walaupun aku masih keliru. Ikhmal oh Ikhmal~ namanya sungguh sedap. Kacak kah orangnya? Sempat lagi aku berangan.
********************
Selepas terawih,
“Mama, Alya kit rut.. tak tahan ni.. Alya balik dulu ye”
“Eh? Macam-macam lah pulak Alya ni. Buang kat masjid ni jer lah..”
“Ish.. mama ni.. tak nak lah. Takut lama pula Alya bertapa kat sini. Alya balik ye,” tiba-tiba saja perut ku memulas-mulas.
“Ke ni nak escape lagi lah ni?”
“Takut jumpa Ikhmal ke Alya?” giliran Ashie-unnie pula menyakat.
“Tunggu lah sekejap Alya, Mak Tin suruh Ikhmal hantar kamu ye.. Jauh tu” Mak Tin pula bersuara.
Bulat mataku. Jauh apanya? Bila masa pula rumah aku jauh dari masjid ni? Enjin kereta belum panas lagi aku sudah sampai dekat rumah.
“Err.. tak yah lah Mak Tin” kalau aku setuju waktu-waktu aku macam ni, alamat memang tak sampai rumah aku sudah melepas. Kot-kot lah handsome sangat si Ikhmal tu.
Ashie-unnie yang seperti boleh membaca fikiranku bersuara pada Mak Tin, “Biarlah ibu, biarlah mama.. kot kot nanti si Ikhmal yang temankan.. takut ada pula yang melepas. Iyalah kan.. si Ikhmal kita tu handsome bagai nak rak..” terkekek-kekek Ashie-unnie ketawa. Aku mengetap gigi merenungnya sambil menahan sakit perutku.
“Ok mama, unnie, mak tin – Alya chow!” pantas aku menyalam tangan mereka dan terus menghilang.
******
“Ah lega~” aku menyeka peluh setelah keluar dari tandas. Bergegas ke bilik mandi untuk mengambil air sembahyang semula untuk kembali ke masjid.
Aku ingin bersiap-siap untuk mengunci semula pagar rumah bila aku terdengar bunyi sesuatu. Bunyi seperti dentingan rantai mangga ditarik-tarik. Meremang bulu roma aku untuk sementara waktu.
‘Heesh.. bulan puasa ni mana ada benda-benda macam ni’ aku cuba menenangkan diriku. Iyelah kan, siapa tidak takut kan? Hanya ada dua buah rumah saja di kawasan itu. Rumah aku dan rumah Mak Tin. Aku memberanikan diri untuk menoleh ke sebelah kiri. Ke arah rumah Mak Tin. Ku melihat ada satu bayang sedang menunduk mencuba untuk menarik-narik kunci pagar Mak Tin. Tidak nampak wajahnya.
Berkumat-kamit mulut ku membaca surah Ayatul Kursi dan aku cuba memberanikan diri. Aku mendekati dan bila aku hampir, aku suluhi bayangan. Suluhan itu tepat ke wajahnya membuatkan dia terkejut. Wajah putih tidak berdarah menggegarkan seluruh jiwaku dan membuatkan suaraku lantang menyebut, “Allahu Akbar!” dengan keras. Tapi tubuh itu tidak beralih. Melihat akan keadaan itu, aku pasti bahawa bayangan itu adalah seorang manusia.
“HOI! Kamu siapa? Buat apa dekat sini? Astaghfirullah..hari baik bulan baik ini kamu lakukan kerja sebegini, mak bapak kamu tak ajar ke?” kataku kasar lagi berani. Kalau apa-apa, aku pastinya akan lari memecut, lagipun lelaki di hadapan ku ini tidak mungkin akan sempat melakukan apa-apa padaku kerana aku adalah bekas pelari pecut kebangsaan wakil sekolah rendah. Tapi, ada masih ke power aku tu? Aku sempat meraba perutku yang boroi yang terlindung di sebalik jubah hitam ku. Don’t blame me, blame Melbourne for that… hohoho
“Ini rumah saya, cik. Saya nak masuk rumah ni. Tapi salah bawa kunci pula. Kunci yang sebenar tinggal dekat masjid”
“Boleh percaya ke ini rumah kamu?” aku menanyakan lagi soalan pada pemuda yang wajahnya masih tidak jelas. Kenapa muka dia tak jelas, entah-entah… fikiran ku mula meliar ke bahagian mistik di hemisfera minda aku. “Ini rumah Mak Tin saya”
“Mak Tin tu mak angkat saya. Saya tinggal di rumah dia sementara waktu ni untuk sesi pertukaran mahasiswa Seoul. Nama saya…” terang lelaki itu.
Tapi belum sempat dia meneruskan keterangan dirinya, aku menyambung, “Ikhmal?”
“Eh, so you know my name?” tanyanya lagi.
Aku cuba mengecilkan pandanganku tapi masih tidak jelas. Dia ni ke tunang aku? Dan belum pun sempat aku cuba mengalihkan lampu suluh ku untuk menatap wajahnya, keadaan riuh rendah di belakang kami. Rupanya mama dan keluarga Mak Tin dah sampai.
“Ikhmal! Kamu salah bawa kunci… kamu sedar tak?” Ashie-unnie menghumban gugusan kunci kepada si lelaki yang berdiri di hadapan ku kini.
Melihat akan keadaan kami yang berhadapan begitu, Ashie-unnie pantas menangkap,” Ewah..ewah.. merpati dua sejoli ni dah berkenalan nampaknya ibu, mama”
“Kenapa borak-borak dalam gelap ni? Nasib baik lah takde orang kampong lalu lintas kat sini ni. Kalau tak mau kahwin free kamu malam ni,” bebel Mak Tin. Dalam pada masa itu, aku sempat juga meninjau-ninjau untuk melihat wajah suami Ashie-unnie. Tapi tiada bayangnya.
“Unnie, mana hubby unnie?” aku menggamit lengan Ashie-unnie.
“Wah..wah..tunang dah kat depan mata..nak pula nengok lain. Yang ni tak hensem ke?”
“Sssh… kakak ni diam arr. Tak kenal maka tak cinta lah kak”
“Seharusnya sekarang kamu dikenalkan” Mak Tin menyambung dan mengajak kami masuk ke dalam. “Mari lah masuk ke dalam agar dapat berkenal-kenalan”
“Ma.. “ aku memaut lengan mama pula.
“Pergilah Alya. Pergi beramah mesra dengan Ikhmal tu. Bakal laki kamu juga” bisik mama dekat padaku.
“Tapi..Alya tak suka lah dengan dia. Slang dia cakap tak best lah mama” aku merungut dalam rungutan yang hanya boleh didengar oleh mama.
“Pergi je lah…”
“Mama tak nak pergi ke?” tanya ku.
“Mama nak salin pakaian jap. Karang mama bawa baju persalinan kamu. Mak Tin mengajak kita lepak kat rumah diaorang malam ni, katanya nak menganyam ketupat. Kamu pergilah dulu dengan diaorang, okay?”
Tidak ingin mengecewakan mama, aku akur.
“Jom masuk Alya”
Si Ikhmal… maksud aku… tunang aku itu..sudah mendahului masuk ke dalam rumah. Kelibatnya juga tidak ku nampak. Heesh, tunang dia depan mata pun dia tak ajak. “Hampeh! Minus One point!” rungutku bila duduk di atas sofa di bilik tamu rumah Mak Tin sambil membuka telekungku dan melipatnya, meletakkan nya ke tepi.
“Apa nya yang minus one point ni Alya? Ikhmal ke? Dia masuk ke dalam kejap… tunggu lah.. kata nak salin baju sekejap. Kamu minum lah dulu, Unnie nak naik sekejap, nak tukar baju Kidong jap”
Aku hanya mengangguk sambil mencapai gelas yang dihulurkan oleh Ashie-unnie.
“Ha! Jangan buat apa-apa tak elok tau kat bilik tamu ni. Bukannya unnie tak kenal kamu tu.. kamu kontrol-kontrol lah darah gemuruh kamu tu”
“Heesh.. unnie ni.. ke situ pula. Kalau dia hensem macam Kim Hyun Joong, boleh lah unnie advise camtu. Kalau dok, bolayanlah”
“Alya~ Alya~ jangan lawan cakap orang lebih tua dari kamu. Dah terkena kang, baru tau,” sambung Ashie-unnie sebelum dia menghilang naik ke atas.
“Funny betul lah Ashie-unnie ni.. tak ubah-ubah” aku menyandarkan badanku pada sofa sambil menghirup air oren sejuk itu. Lega rasanya.