Monday, 25 January 2010

Cinta File Pink [12]

Sudah hampir 6 bulan Liyana bekerja di Triangle Entertainment. Dan selama 6 bulan itu jugalah hatinya hancur lumat kerana bekerja di bawah supervision Encik Junsu, si kuku besi itu. Tapi dia bukan jenis yang boleh mengalah seperti itu. Walaupun sudah berbakul-bakul sumpah seranahnya buat si kuku besi itu, tapi sikap sabar masih boleh dibendungnya. Nasib baiklah dia punya boss yang baik seperti Encik Zul. Kalau tidak, dah lama dah dia letak jawatan. Apa-apa dia mengadu dengan Encik Zul. Kalau tak dengan Encik Zul sekalipun, isteri Encik Zul yang jadi tempatnya mengadu masalahnya tentang si kuku besi itu.

"Unnie, saya dah tak tau dah nak buat macam mana ngan Encik Junsu itu. Buat ini salah, buat itu salah. Semuanya yang saya buat salah. Apa salah saya unnie sampai diduga macam ini? Kalau kata tak suka, pecat jer lah. Tapi bila Zul-sshi kata nak pecat saya last time, bebudak berlima tu pula yang mati-mati membantah habis-habisan," adu Yana pada suatu hari waktu dia bertandang ke rumah Encik Zul atas ajakan isteri Encik Zul, pelakon utama My Lovely Sam-Soon itu.

"Sabar je lah, dik oii! Anak buah unnie memang macam tu orangnya. Panas baran tak bertempat. Tapi hati dia baik, Yana. Yana ambiklah sikit masa lagi untuk kenal dia ye.."

"Sikit masa? Maksud unnie? Dah hampir setengah tahun dah Unnie saya kerja kat sana..tapi hubungan kitaorang..memang berantakan! Nasib baik bebudak tu ada..sekurang-kurangnya terubat juga hati saya ni tengok kerenah diaorang. But serious unnie, dengan pekerja lain- dia tak macam tu! Dengan saya je dia macam tu. Apatah lagi dengan bebudak SNSD dan Wonder Girls, lembut gigi dari lidah jadinya.. sampaikan budak office last time salah cetak 300 CD tu last time dia buat dek saja.. dia cakap tak apa. Tapi bila saya salah bawak music score..mula lah dia bising macam apa! Wae unnie? wae?" sedih hati Yana bila mengenangkan sikap ketua nya itu.

"Alaaa..janganlah nangis, okaay. Nanti ye.. tahan sikit je lagi. Nanti unnie bilang ngan Encik Zul suruh bincang elok-elok. Takpun, nanti unnie sendiri je yang cakap dengan dia tau. Okay, sudahlah tu" Kim Sun Ah memeluk pekerja kesayangan suaminya yang sudah dianggapnya seperti anak buahnya sendiri. Walaupun Yana memanggilnya Unnie. Tapi kerana umur Yana yang tidak jauh dengan Junsu, dia menganggap Yana seperti anak-anak buahnya, sebagaimana dia menganggap budak-budak DBSK yang lain juga.

"Aniyo, unnie.. tolong jangan bagitahu dia. Nanti dia dapat tau yang saya suka mengadu dengan Unnie. Habis lah lagi saya jadi bahan kritikan. Buat sementara ni, I'll try to bertahan. I will give myself another chance. Tapi bulan depan or bulan seterusnya, if semakin teruk, I will go with my dad's request. To go back to KL"

"Wae? Kuala Lumpur?"

"Yup.. because my parents pun tak sanggup sebenarnya tengok saya macam ni. Itu pun atas permintaan saya, unnie. Tapi tolong lah unnie. Tolong jangan bagitau kat siapa-siapa. Not even to Encik Zul."

"Ok..ok.."

"Yaksok?"

"Yaksok-hae~" Kim Sun Ah haya tersenyum pahit sebab dia tidak menyangka akan perancangan gadis manis di hadapannnya ini. Tiba-tiba dia rasakan Junsu terlalu melampau sehingga sanggup melukakan hati kecil milik Yana itu. And she really needs to something about it.

********************

"Hey! Macam mana ko buat kerja ko ni hah?" tinggi suara Junsu memecah gendang telinga Yana di pagi yang begitu sibuk.

"Minus one siapa yang ko bawa ni? Kan aku kata tadi bawa minus one dari Park Jin Young"

"M-m-maafkan saya Encik..t-tapi hari ni kan DBSK yang recording. Sebab tu saya bawa minus one dari Park Hyo Shin. Pasal kalau ikut schedule kat sini, DBSK sepatutnya record lagu tu hari ni," balas Yana gugup. Dia pasti dia bawa minus one yang betul.

"Cuba tengok betul-betul schedule tu! Hari ni Wonder Girls masuk studio! Bukan DBSK! Tak habis-habis ngan DBSK! DBSK! DBSK! tu je yang di fikiran kau kan? Cik Yana, kalau nak buat kerja..buat betul-betul. Tau tak dah berapa banyak masa terbuang if nak ambik minus one lain? 5 minit!! Tau tak dalam 5 minit, kita boleh siapkan satu recording tau!!!!" Junsu meninggikan suaranya walaupun dalam hatinya kurang senang dengan perbuatannya itu. Dilihat gadisnya itu hanya tertunduk sepi.

"Apa lagi tercegat kat situ? Cepat ambik minus one Park Jin Young now!"

"Hey, apa bising-bising ni? Sampai keluar boleh dengar tau suara engkau lah, Junsu! What now?" tiba-tiba pintu studio di buka dari luar. Micky bersuara. Jae Joong dan Max juga masuk dan berkerut dahi mereka mendekati Yana yang sudah tertunduk sepi.

"Korang buat apa kat sini?" tanya Junsu hairan bila teman-temannya muncul.

"Laaa.. ko lupa, hari ni kan kita recording. Lagu baru yang Park Hyo Shin buat."

"MWUHHH???" Junsu terkejut bukan kepalang dan terus memandang Yana yang masih tertunduk.

Tiba-tiba Yana mengangkat wajahnya..sayup-sayup suara YunHo di telinganya memberitahu Encik Junsu akan schedule mereka hari itu. Dan tiba-tiba dirasakan pandangannya berpinar-pinar dan dia rebah.

"YANA-SSHI!!!!" Max yang kebetulan berada di sebelah Yana pantas menyambut tubuh kecil Yana yang hampir mencium lantai studio.

"Yana-sshi, gwenchana?" Max bertanya. Dan Micky terus meluru ke arah Yana. Dan Junsu hanya berdiri kaku.

Tapi dalam sekelip mata, bila melihat Yana tidak ada respon akan soalan yang diberikan oleh Max, dia pantas menerpa dan mengangkat tubuh kecil Liyana dari Max dan mencampungnya keluar untuk membawanya ke rumah sakit. Diikuti oleh budak berempat yang lain.

"Hyung..cepat" dilihat Max sudah sedia menanti di hadapan lobi dengan BMW X5 nya. Entah bila Max berlari sepantas itu, Xiah sendiri tidak sedar. Dia merasa betul-betul risau. Betul-betul bersalah melihat gadisnya longlai di pangkuannya kini.

"Hyung, you drive!" Max terus beralih tempat dan mengarahkan YunHo untuk memandu. YunHo yang memang terkenal dengan gelaran 'speed racer'nya trus mengambil tempat di driver's side. Dan Jae Joong serta Micky ikut masuk dari pintu sebelah kiri.

Setiba mereka di rumah sakit, mereka terus ke ruang kecemasan dan disambut oleh seorang doktor serta tiga jururawat.

"Encik, encik tak boleh masuk! Encik boleh tunggu di sana" salah seorang daripada jururawat itu menghalang mereka dari mengikuti Yana yang sudah dibawa masuk oleh doktor dan dua jururawat yang lain di atas katil beroda.

Lima minit berlalu tapi belum ada kelibat doktor keluar dari bilik kecemasan itu.

"Junsu-ahh~ apa yang ko dah buat dengan Yana, hah?" tanya Micky kasar.

"Aku tak buat apa-apa" jawab Xiah sambil meramas rambutnya. Gusar.

"Kalau kau tak buat apa-apa, macam mana dia boleh pengsan? Yang bising-bising kat studio tu kenapa?"

"Ermm..aku tak sengaja sebenarnya. Dia bawa masuk minus one Park Hyo Shin. My mistake, aku ingatkan Wonder Girls yang buat recording hari ni. Schedule aku cakap macam tu. Tu pasal lah aku tengking dia. Tapi tup-tup korang masuk, bagitau hari ni kita yang recording dan tiba-tiba dia pengsan,"

"Ya Rabbi! Ko tak schedule betul-betul ke Xiah?" Jae Joong mencelah.

"Dah cek dah.. memang betul kan Wonder Girls hari ni yang recording.." pantas Xiah mengeluarkan kertas kecil yang sudah remuk dari poket seluarnnya dan menghulurnya pada Micky.

"YO! Ko dah buta apa? Ni kan schedule untuk minggu depan lah! Hari Rabu depan! Bukan hari rabu ni! Cuba ko tengok betul-betul printed dates! Punya lah besar haribulan macam tu.. ko tak nampak ke?? ARGH! Aku memang tak tau nak buat macam mana lagi dengan ko ni," dan Micky mengepal tangannya sebelum dihalang oleh Jae Joong.

"sudahlah tu oii. Ni kan hospital..cubalah tolak ansur sikit. Xiah, ni sudah nyata salah kau. Lepas ni, aku nak kau minta maaf dengan Yana," YunHo cuba menenangkan keadaan yang cukup tegang antara Micky dengan Xiah.

"Huh..tu pun kalau dia ada kesempatan lagi nak minta maaf dengan budak tu. ARGHHH!!!!" dan Micky terus melepaskan geram menumbuk dinding hospital. Terkejut Max dibuatnya.

"Maksud kau?" tanya Xiah mengsyaki sesuatu.

"Micky-ahhh!!" Jae Joong berkata perlahan mengetap bibirnya sambil merenung tajam Micky.

"Argh! Korang tak kan pernah tau apa-apa! Aku nak keluar ahhh!" dan Micky terus berlalu keluar dari hospital.

"Apa yang terjadi sebenarnya hyung? Apa yang kami tak tau ni? Apa maksud Micky-hyung bila dia cakap macam tu? Yana sakit ke? Dia sakit apa? Serius ke?" bertalu-talu soalan ditanya Max pada Jae Joong yang tertunduk gelisah. Tidak siapa yang patut tahu tentang itu. Hanya dia, Hyun Joong dan Micky saja yang tahu. Tapi silap Micky, emosi di luar kawalan..akhirnya rahsia yang selama ini disimpan bocor.

"Jae Joong, kenapa dengan Yana?" tanya YunHo.

Dan belum sempat Jae Joong menerangkan, pintu bilik kecemasan terbuka.

"Doktor, bagaimana ngan Yana doktor?"

"Korang ni siapa?" tanya Encik Doktor.

"Kami kawan sekerja dia," pantas Xiah menjawab.

"Buat masa ni keadaan dia stabil. Kami baru sahaja put her under ORT sebab rasanya badannya kekurangan air dan terlalu lemah. And sudah hubungi ibu bapa dia ke? Saya nak cakap dengan kedua orang tuanya," terang Doktor tegas.

"Saya dah hubungi diaorang, doktor. Mereka akan sampai dalam 10 minit. Agaknya dalam perjalanan." Micky yang keluar tadi membalas. Dan dia tidak datang berseorangan. Bersamanya ialah Kim Hyun Joong, teman baik Yana. Terkejut juga Xiah dengan kehadiran Hyun Joong. Dan dia terus berteka-teki. Lidahnya seperti kelu dan mindanya mula merawang memikirkan yang bukan-bukan bila melihat akan keadaan gusar Jae Joong tadi. Ada sesuatu yang tersirat.

"Baiklah, bila parents patient datang, suruh diaorang masuk terus ke bilik saya, ye nurse dan tolong sediakan segala dokumen dan hantar pada saya secepat mungkin!" pinta doktor itu pada jururawatnya sebelum berlalu.

"Baiklah, Doc! Dan encik semua, boleh tunggu di sana ataupun boleh balik first. Lagipun, kami belum dapat membenarkan pelawat untuk melihat cik Yana waktu ini. Hanya orang tertentu saja," terang jururawat yang berumur dalam lingkungan 30-an itu.

"Tapi nurse.."

"Chang Min-sshi, it's better like this. Orang sekeliling sudah sedar akan kehadiran encik semua. Reputasi encik semua mesti dijaga. Kalau apa-apa yang terjadi pada encik dan pihak media dapat mengesan semua ini, kami tidak ingin pihak hospital terlibat sama. Lagipun, keadaan Cik Yana buat masa ni OK. Encik semua tak perlu risau," terang jururawat itu perlahan.

Menyedari akan keadaan mereka yang exposed sebegitu, YunHo terus bertindak. "Betul kata nurse tu, guys. Kita balik dulu lah. Rasannya Hyun Joong & Micky boleh tinggal sini waiting for ayah dan ibu Yana untuk datang and kita kena balik to company untuk inform Zul-sshi tang ni"

"Here.." Hyun Joong menghulurkan bag yang berisi topi dan scarf untuk menyembunyikan wajah mereka.

"Thanks mate," balas Jae Joong.

"And- kereta dah ada ready kat luar!" balas Micky perlahan.

Dan Jae Joong, YunHo, Chang Min dan Xiah terus berlalu. Walau hati rasa berat untuk meninggalkan Yana, tapi rasa bersalah lebih memberati rasa kasihannnya. Dia perlukan penjelasan dengan apa yang terjadi. Dan untuk menanyakan perkara sebenar pada Micky dan Hyun Joong adalah satu perkara yang mustahil.

"Apa-apa call!" teriak YunHo sebelum mereka meninggalkan kawasan bilik kecemasan itu. Dan dilihatnya Micky hanya mengangkat tangan memberi isyarat dengan ibu jarinya.

********************

"Yana, you okay ke?" tanya satu suara yang familiar. Perlahan Yana membuka matanya. Bibirnya terasa kering.

"Eh, Hyun Joong.. ni kan ORT betul-betul?" tanya Micky pada Hyun Joong bila melihat tangan Yana yang dicucuk dengan jarum menghubunginya pada air ORT.

"Yana, you betul-betul pengsan ke?" tanya Hyun Joong risau menyedari akan keadaan Yana yang sungguh pucat.

"Mianhe, oppa.."

"I thought it's part of our plan last time" balas Hyun Joong dan memegang erat tangan Yana.

"Gwenchana oppa. Memang dah diberi ujian sebegini. Tu lah tak dengar cakap ayah, ayah selalu cakap sakit jangan dipinta.. sekarang dah jadi macam ni.. ahh.. I'm sorry.."

"It's okay. You don't have to worry about that.. everything will be fine"

"Doktor cakap apa?" giliran Micky pula bertanya.

"Oh..I'm okay. Nothing to worry much. Dia cakap Yana terlalu lemah je. I think I must be really tired."

"So ni nak minta cuti lah ni dari Zul-sshi?"

"Eh takpe lah oppa, I'll be fine. No worries, okay?" Yana meyakinkan kedua lelaki di hadapannya.

"No, no.. I will get you a two weeks' sick leave? No objection." balas Micky pada gadis di hadapannya yang memang cukup terkenal dengan sikap keras kepalannya.

Hyun Joong: "Eh terujanya??"

Micky: "Eh mestilahhh.. we will go for a trip with Yana-sshi!!! You, me, Yana-sshi and Jae Joong!"

Yana: "Micky oppa, Xiah-sshi?"

Micky: "Kena tanya Hyun Joong, kena bawa dia juga ke?"

Yana: "Hyun Joong-oppa, can we? Pleaaasee..."

Hyun Joong yang sebetulnya teragak-agak ingin membawa Xiah (because Xiah yang menyebabkan Yana masuk hospital) dan bila dia sedar yang Yana tidak tahu siapa Xiah dan siapa Junsu.. so akhirnya bersetuju.

Hyun Joong: "Oklah.. we will go. We will bring all DBSK and SS501 members then'. Lagipun dah lama kita tak ambil cuti kan?"

Micky: "Betul betul betul. Okay, aku balik dulu lahh.. I want to discuss it with Zul-sshi and nak brain-wash Xiah jap!"

Yana terkejut hairan.

Yana: "Micky-oppa, kenapa nak brain-wash Xiah? Dia ada buat salah ke?"

Micky mengetap bibir menyedari akan keterlanjurannya. Walaupun dia rasa bersalah kerana sahabatnya itu mengakibatkan Liyana masuk hospital, tapi sahabat baiknya yang sudah jatuh cinta dengan Yana masih juga ingin diback-upnya.

Micky mencuba untuk cover-up akan kata-kata nya yang terlepas. "Ha'ah.. ni nak brain-wash dia sebab dia dah lama tak datang recording! Tak faham aku!"

Yana hanya mengangguk perlahan. Risau juga dia bila mendengar Micky ingin memarahi Xiah tanpa sebab. Tapi bila dia dah tahu sebabnya..dia hanya mengangguk perlahan, setuju. Dia sendiri pun hairan. Enam bulan dia bekerja sini, jarang sekali dia nampak Xiah masuk studio. Kekadang dia merasakan seperti ada yang tak kena je. Yang nyatanya, bila Xiah ada, Encik Junsu pula takde. Bila Encik Junsu ada, Xiah pula takde. Pernah dia cuba ingin untuk mengutarakan soalan ini pada pihak yang berkenaan, tapi selalu saja ada yang menghalangnya. Lama-lama, dibiarkannya begitu saja. Dan ini kesempatannya.

"Micky-oppa, I think janganlah brain-wash Xiah but ask him to talk it through with Encik Junsu."

"Meaning?" berkerut dahi Hyun Joong dan Micky memandang Liyana. Dalam hati mereka, 'dia tau ke?'

"Oh.. it has been 6 months I work there. I know there's something wrong between Xiah and Encik Junsu. Eheh.. rasa lucu pulak sebut nama diaorang macam tu. Macam sebut nama Xiah Junsu lah pulak.. oh, I mean...things will never work out if both of them go separate ways. You all need Junsu-sshi as your studio manager and you also need Xiah as your background. Kalau dua-dua pergi tempat lain, bilanya album nak siap? In things like this, we have to be professional. Fans out there can't wait. Pihak media pula akan terus mengesan. Kalau berita ni sampai ke tangan media, reputasi kumpulan dan syarikat akan tercemar. We don't want something like that to happen," panjang ceramah Yana.

"Ohh.. okay.. we will see about that. I'll go first okay? Jae Joong dah tunggu dah kat luar" Micky pun berlalu.

"Hyun Joong-oppa, apa masalah Xiah ngan Encik Junsu sebenarnya?"

"How do you know tang ni?"

"Oh..it's just a rough guess. It's just too obvious. There's something wrong. Because I never see those two turn up together."

'Mana nya budak berdua tu turn up? when budak tu orang yang sama Yana oiii' desis hati Hyun Joong. Kasihan juga dia dengan Yana yang lurus bendul nih.

"Diaorang suka perempuan yang sama ke?"

"Eh.. macam mana tau nih?"

"Serkap jarang je.. tu kan perkara biasa. Lelaki- kalau diaorang berbalah..biasanya.. mesti pasal perempuan. Siapa oppa?"

"Urmm.."

"Yoo Bin eh?"

"Eh dok lahhh.. Yoo Bin is mine"

"Eyhhh..sejak bilaaaa?? Tak share puuunnn!" Yana menarik muncung panjang.

"Dah lahh tu.. jangan sibuk sangat. You better take a rest. Or else, trip is cancel!" Hyun Joong cuba menghentikan cerita sebelum panjang berjela-jela dan takut dia akan terlepas cakap pula. Sebab kalau boleh dia tidak ingin tersepit di dalam ini - walau hakikatnya dia memang dah tersepit pun. Hyun Joong menarik nafas dalam-dalam.

"Okaay..okayy.." Yana akur dengan Hyun Joong walaupun hatinya masih ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku antara Xiah dan Junsu. 'Takpe, aku akan korek nanti dari Chang Min. Pastinya budak tu tahu something' fikirnya sendirian sambil merenung tepat wajah kacak Hyun Joong yang sedang mengupas buah epal untuknya.

Yana tersenyum sendiri.

Hyun Joong yang menyedari dirinya diperhatikan mengangkat kepalanya memandang Yana yang sedang senyum merenung dirinya.

"Kenapa? Oppa hensem ke? Dah jatuh hati ke?" sakat Hyun Joong.

Gugup Yana seketika, "Eh- dok lah. Tak boleh lah oppa..."

"Kenapa tak boleh? Sampai bila Yana?" soal Hyun Joong masih penuh pengharapan.

"Maybe we're not meant to be together. Oppa, we dah janjikan.. we are not going to talk about this. Everything is on God's will" balas Yana perlahan membuka mulutnya perlahan apabila Hyun Joong ingin menyuapkan epal ke dalam mulutnya.

"Hmm.. harapnya God's will is on my side lah~" sambung Hyun Joong pula.

"Yoo Bin?" Yana cuba serkap jarang.

Tergelak Hyun Joong seketika. "Itu second option! If God's will is not on my side to be with you - then I'll go with her! Buat back-up"

"OMGGGGGG OPPPAA!! Tak baik tau main kan hati perempuan.."

"Yelah..yelah..I gurau je kaaay.. tu pun nak marah.."

"Of course.. I'm mad. Yoo Bin is such a nice girl you see! If Oppa tak nak dia - bagi kat Kyu Jong lahh..I'm sure Kyu Jong will love him with all his heart."

"Oh no.. definitely no... I won't kalah kat budak kampong tu.."

Yana merungut perlahan, "This is the reason why I can't be with you. Self-centred betul.."

"What did you say?" tanya Hyun Joong.

"Oh.. tak de apa-apa. I said, epal tu sedap. Oppa beli kat mana? Very sweet"

And the time passed by dengan gelak ketawa mereka berdua di dalam bilik itu. Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati dengan rasa cemburu di sebalik pintu bilik rawatan yang renggang itu.

No comments: